Sabtu, Jun 28

Tudung labuh tak praktikal?

Well, today i've went to my cousin's nikah ceremony in Klang.

The whole family were going. Pagi yang kelam kabut! Semalam pergi makan dekat restoran Cheng HO. Resotran empunya Amy Search ~ yg rasanye dh bertaubat. Alhamdulillah. Ada jumpa dia smlm. n abg aku tngkp gmbr abg dgn dia. Hmm..dr meja kitorang makan tu je dh bleh nmpk dier. aku suka tengok muka dia. Bukan sebab apa. Aku suka tengok muka orang yang 'bersih'. Ntahlah. boleh nampak dari muka. Pancaran hidayah. Apa-pun aku harap, Moga Allah tetapkan hati dia tetap dalam keadaan Iman n cenderung kepada Islam. InsyaAllah.

Sebut pasal harini, masa dalam perjalanan nak pergi rumah belah perempuan. Sepupu aku yg nak kawin tu lelaki. Rumah dia kat Kluang. Yg kat Klang ni, belah perempuan. So, masa dalam kereta aku tido jek. Celik-celik dah sampai area Klang tapi tak sampai rumah pengantin tu lagi. Masa aku celik-celik tu, abah dah sampai satu tempat kat bandar Klang. Rasanya masa tu dah sesat. Jadi abah stop tepi, suruh atih pegi tanya orang. Masa stop kereta tu, kak yang macam teriak (xde la teriak mane pun..tp xtau nk gune perkataan ape)

" Eh mama..tgk tu ada orang pakai serban. Ada sekolah agama ke kat sini?? "

Mama,

" Eh tak tau ke , kat sini kan ade sekolah tahfiz. Ala tahfiz Klang..xkan xpernah dengar kot.. "

Kak Yang,

" Oh..ade ke..? xtau la pulak.."

Aku pun menjengah2 la. mana gerangannya yang pakai serban tu. Oh rupanye ada..Sorang dua dok berdiri kat situ. and lagipun nampak macam ada ramai lagi yang pakai. baju sume pesen same jekk..Rupa2nye ada pendaftaran untuk tahfiz kat citu..patut r..ramai..

Sebut pasal Serban.
Hmm..baru je smlm aku baca pasal fesyen orang lelaki Islam.
Dari apa yg aku baca, kalau nak diikutkan mmg serban tu sangat-sangat dituntut memakainya. Sebab serban tu sebagai tutup kepala melambangkan syiar Islam and Sunnah Nabi. Barangsiapa yang tak pakai, menyalahi sunnah nabi. Tapi hukum pakai tetap sunnat. Kalau pakai dapat pahala berganda2! tapi kalau tak pakai, tak dapat dosa. Menyalahi sunnah tu betullah. Sebab tak ikut cara pakaian nabi. Tapi dalam buku tu, terangkan pasal zaman sekarang, kadang2 orang lebih memikirkan keuntungan dunia berbanding akhirat untuk dijadikan bekalan. Ni nanti aku share, ape fadilat orang pakai serban. Cuma dari point of view ak, betul la. pakaian tu la mencerminkan jiwa dan peribadi. Kenapa Nabi pakai macam tu? Sebab nak bezakan antara umat Islam dengan orang bukan Islam.

Kenapa?

Orang ISlam tu, agama yang tertinggi dari agama yang lain. Agama yang mulia. Andai, pemakaian orang Islam pun sama jekk macam orang bukan Islam, xder beza, maka apalah maknanya atau apalah bezanya orang Islam tu dengan orang bukan Islam. Tak ada yang membezakan dari segi zahirnya. Rugi bukan?

Tapi zaman sekarang ni, payah nak cari golongan yang betul-betul pegang pada Sunnah Nabi. Barulah aku faham, kenapa lah Nik Aziz tu dok gi mane pun, mesti berserban, mesti berjubah! Sebab itulah pakaian Nabi. Mmg salute n respect r sape yg dpt buat sunnah Nabi nih!!

Pada kaca mata aku plak, aku suke tengok lelaki yang berserban. Sebagaimana, rata-rata lelaki yang suke tengok perempuan bertudung labuh, yang menyejukkan pandangan, aku rasa aku punya pandangan yang serupa pada lelaki-lelaki yang berserban. Berusaha mengamalkan sunnah Nabi. Suka tengok diorang, sebab rasa seronok tengok syiar. Bukanlah aku pegi usha. Xder keje..Aku nampak n perhati dari jauh jek..xder r perhati from top to the bottom!

Hmm..kalau aku, mungkin aku admire orang mcm tu. Admire orang yang amalkan sunnah nabi, cintakan sunnah nabi. What a great life will be! Tapi aku tau, aku xde la sebaik mana. Cuma punya impian macam tu jek..Susah kan nak jumpa lelaki yang sanggup nak pakai serban! Susah sehh..xpayah tipoo r..aku tau, ramai yang payah nak menjatuhkan 'kemachoan' mereka.

" Ape klass pakai serban"
" Pak2 lebai sesuai r pakai serban.."
" Tak macho r pakai serban.."

Mungkin ini antara ape yang dorang akan kata..

atau pun..

" Erm..aku tak layak lagi pakai serban.."

same jekk..

Mcm isu tudung labuh. Hmm..
Sebut pasal tudung labuh. 2-3 hari lepas, mama ade cakap kat aku..

" Ala dik, xusah la pakai labuh2 ni. nanti kat sane mane ade orang pakai..sume pakai smart2. ha tgk Aliah tu. Td datang, smart je pakaian da..ini labuh2..ape la..xpraktikal"

(ini dialog yg ak dah gabungkan dr 2-3, jadi 1. )

pastu aku tanye balik,
" Apanye yang tak praktikal? " mase ni suara aku mcm slow jek..huuh..sbb ak tau ni mcm isu sesitip bg aku..tp xde r mcm membentak..just dlm ati aku.." ape hal plak x praktikal!!"

pastu mama mcm xjwb sangat. mungkin tak tau nak jawab ape kot..

Aku pun, malas nak ckp pnjg, nak elak diri, n nak naik atas.

masa tu kakyang ade sekali . Kak Yang pun kte la,
" Ala mama ni..ape salahnye. Nak praktikal macamana lagi..karang dia terus tukar pakai pelik2 karang..nanti entah2 balik dr Canada ke terus tukar imej..n pastu bru dia kata..'ha ini baru praktikal..' masa tu payah la pulak. Dulu masa pakai labuh dikata tak praktikal..

ala masa ni biar je dia tu pakai labuh2..nanti tengoklah smpai satu masa sampai dia dah tak nak pakai n rasa nak labuh2 dah.."


Huhu..sedey aku dengar! Astaghfirulllah..Ya Allah..sampai mcm tu sekali..
Dalam hati aku.." Ya Allah tetapkan hati aku, nak ikut sunnah..walau manusia memandang rendah padaku.."

Huhu..sedey2..Masa mama puji Aliah, aku terfikir..ape la sangat. Mama kata smart tgk dia pakai. Yes i know baju dia tu bleh kata smart la nak banding ngan aku ni kan..xpandai bergaya..xreti nak berfesyen..pakai baju pun jenis besar2..tdung pun besar2..Mama kata, okla tu asal tutup aurat. Tutup aurat pada fahaman mama tu aku rasa belum cukup. Hmm..kalau gini, jangan kata nak niqab, haiihh baru berlabuh2 pun dh sedap kene sound. huhu..impian dihati untuk berniqab..BIlakah ia dpt kulaku..

Sedey, sbb mama tak faham.
Sedey sbb kak yang tak faham
Sedey sbb kwn aku pun tak faham.
Sedey tak buat dorang cuba faham.

Hmm..mcm yg ape aku dapat dr kelas Ust, Yunus yang mama pun ada sama sekali, ust ade sebut..


" Pakaian itu adalah kefahaman asas dia tentang agama "


lebey kurg mcm tu la. hmm ust pun ade sebut, perempuan kene pakai tudung yang labuh, melepasi bahagian dada. pakaian xboleh yang menarik perhatian, xboleh jarang kena tutup semua kecuali muka dan dua tapak tangan. Paling penting, pergelangan tangan tu kena tutup. hehe..aku tau rahsia kat pergelangan tangan tu, ada rahsie sebalik tu tapi aku ade pernah bgtau aliah.
bengong..dia xcaye..TT_TT..hampeh jekk..ape2 la..aku pun xbleh nk buktikan scr saintifik. tp itupun ak dengar2 jek..ape2 r..kalau aku, mmg ak tutup. malu r. kalo sesape yg tau rahsia tu dengan mudahnye dia dah tau sume. Ish3..bahaye2..

Tapi dekat rumah, abah pun xde la pernah terangkan aurat tu mcamana. atau bagi faham dengan seterang2nya. atau terangkan, jelaskan ke..mungkin sebab tu mama pun, faham mcm tu jek. pakai tudung, tutup badan. dah. tutup aurat lah tu. walhal itu belum cukup..

tapi bukan nak salahkan sape2..abah pun bukanlah dari mereka2 yang grad dr sekolah agama ke. pasal hukum, mungkin dah jelas. tutup aurat tu wajib. ok lepas. tapi betulkah aurat sudah ditutup dengan sempurna? hmm..aku bersyukur sebab aku faham. Aku dapat faham pun, secara tak langsung n aku faham bukan dari rumah. Mula2 aku pakai labuh pun, bukannye aku ada specific reason. tapi ntah. masa tu aku rasa nak pakai. aku suke. so aku pakai. Mana datang suka? Allah lah yang campakkan perasaan tu. Maka Bersyukurlah pada Allah akan nikmat yang satu ni.


Hmm..tapi kan .aku pun manusia gak. aku pun perempuan gak. Ape ingat aku tak suka nak rasa seksi ke? Of course I do! Semua perempuan mesti nak rasa seksi beb. Kadang2 geram aku tengok kat pempuan yang sexy mexy..hishh..ape dier ingat dier sorang je ke sexy?? hahaha..

tapi pada aku, nak seksi pun hanya kpd insan yang selayaknye la kan..Mahal tuh! hua3..so ak rs Tak payah la nak tayang2 sekarang. simpan n tunggu masa, n tepat pada masanyer, siap r! Jeng3...

So..as simple it is..aku tutup, aku labuh2 sume ni sbb aku rasa mahal r.. Kalau aku tak kisah, xder r ak buat sume nih..Salah satu sebab labuh2 ni, 1st sbb Dalam Quran dah sebut. Lagipun cara nak tundukkan pandangan kaum adam. Ape ingat kaum adam tu iman kental sangat ke? INgat sume bleh ke nak jaga mata..hmm tak sume. Jadi aku rase, nak tolong r dorang jaga pandangan dengan tutuplah apa yang patut. tp tu r..Paling kurang, kita ni xde la menarik pandangan kaum ar rijal. Tu jek..tapi skrg ni, benda ni mungkin..hmm..ntahlah..tak tau nak ckp macamana. Benda ni simple je sbnrnye. Sebab tu pentingnya FAHAM. Kita ni haram dipandang oleh mereka. Tapi mereka2 tu, bukan selamanya kuat iman. Kadang2 tak tahan jugak sebab macam2 pengaruh ada. Sape tak tengok pempuan langsung tu, mmg iman mantap r! Aku salute..Mcm irfan dak junior aku..hohoho..lagi prefer ckp ngan lantai berbanding ckp beredepan dgn perempuan..! hehe..bagus2..aku suke..

Kalo sume lelaki kat mcm tu, ak rase perempuan (kalo masih ada rasa malu) mesti segan nak cakap dengan lelaki!

Kadang-kadang mungkin kita dah tahu satu ilmu tu. Tapi timbul pulak soal YAKIN. Dalam konteks ni, yang aku nampak pada mama atau pada orang lain, benda ni kot. Bukan tak der ilmu maa. tapi dorang tak yakin. Sekarang ni, aku beramal dengan ilmu, lepas tu aku beramal sebab aku yakin dengan apa yang aku percaya. Aku percaya dengan macam gini, aku punya kehormatan, aku punya kemuliaan, aku punya personaliti yang berbeza dari yang lain. Aku punya fikirah. Dengan imej begini, aku tahu kenapa aku buat semua ni. Kenapa???? Semua ada sebab. Bukan saja2. aku tau, Allah suruh macam ni pun ada sebab ada hikmah dier. ape ingat Allah saje2 ke nak suruh..Mestilah ada hikmah tersirat dan sebab dia. Cuma manusia kadang-kadang beramal tanpa ilmu. Kadang2 beramal tanpa memikirkan. Kenapa?

Mengapa penting beramal dengan berfikir?
Sebab di situlah kita akan faham. Kenapa kita beramal macam gini macam gitu. Aku nak hurai semua pasal ni pun, rasanye tak cukup masa. Tapi buat masa ni, inilah apa yang aku faham. Sungguh Indah Islam tu kalau korang cuba faham..Percayalah beb! Ko takkan nyesal nyerr..huhu..Rase mcm bahagia jekk kalau dpt buat ape Allah suruh. Tapi itulah. Setiap jalan menuju Dia mestilah ada halangan. Ibarat nak mendapatkan sekuntum bunga mawar yang mewangi. Mawar tu berduri. Nak kata kat sini, nak buat Allah suruh pun, kadang2 bukanlah senang. Aku tak nak kata susah. Sebab aku tak suka pikir negatip. HIdup aku, tak suke stress2. Aku suke peacefull and hepy life. Ha, halangan nak buat apa Allah suruh tu NAFSU. Apa ingat, nafsu suka ke ikut apa agama suruh??

Jeng3..

Mesti r membentak dier..!

Hmmm...tapi kalau nafsu tu kita didik, bagi dia faham, biar dia tunduk ikut kita. Aku rasa, InsyAllah, Allah akan tunjuk jalan. Penting hati tu. Sebab hati tu yang kawal segalanya. Hmm..mcm2 dah aku sentuh nih..n bnyk benda dah aku lontarkan menurut pemahaman aku SELAMA NI.


Back to the main yang aku nak cakap. Pasal believe. Macam apa yang aku nampak kat mama, mungkin mama takut penerimaan orang kat aku camne. Pandangan manusia melebihi segala-galanyakah? Hakikatnya, kita bukan hidup di dunia saja. tapi kita masih ada kehidupan nun di akhirat sana. Maka sebaiknya, gunakan akal untuk memandu kita ke jalan yang benar dengan pancara hidayah yang Allah kurniakan. nafsu mungkin berkata, 'tidak praktikal' atau ape2 je la...
tapi, nak dikatakan..syariat tu yang utama.

Mana lebih penting?
Pandangan manusia ke pandangan kita di sisi Allah?

Ape2 pun, tak boleh tunding jari kat sapa. For now, i'll just point to myself. Mungkin aku ni, pakai tak cukup comel..tak cukup kemas. tapi kalau tak cukup praktikal..haizz..tu mmg ak xbleh terime..sensitip tuh! ha..as sebab mama puji Aliah tu r, menggerakkan hati aku bagi buku yang besh kat dier..pasal Aurat n Hukum Bersolek.

plg kurang, aku harap dapat lepaskan r tanggungjawab aku as kawan. Sayang dia, sebab tu ak buat mcm tu..Aliah kalo ko bace, hmm..aku buat sbb ak sayang ko. huhu.,tapi tu r kalo ko tgk family aku, hehe...kakak aku pun lebey kurang jek kan... Hmm..payah gak nak kata..sbb kakak aku pun sama je mcm orang lain. xde beza sgt. Ak pun tengah terpkir2..

Nak ajak orang, keluarga sendiri pun belum sempurna.Tapi aku cubalah buat yang aku boleh buat dulu. Ajak kawan faham tuntutan sebenar dlm Islam ni camne. Kalau faham, InsyaAllah senang nak buat. Tapi tak senang jugak, kalau tak yakin. hmm..soal yakin tu, kena try slow2. Nak buang, perasaan yang pentingkan pandangan manusia. Kena yakin. Allah lebih menghargai setiap apa yang kita hijrah, yang kita buat sebab Dia. Insya Allah.

Dari pakaian timbul Tarikan. Dari tarikan ada hubungan. Dari hubungan terjalin ikatan. Hmm..lepas tu ape lagi? huhu..

Tahu > Faham > Amal > Yakin


Wallahu'alam.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saye ske bace yang nie mnarik sgt..

mcm ade sdikit persamaan ttg tudung labuh tu..

everjihad berkata...

hmm persamaan yg mana tu?