Isnin, Mac 30

perjalanan kembali ..



satu perjalanan 
mengingatkan kembali

teman yang datang dan pergi
perjalanan singkat meuju abadi

meraih redha Ilahi
meningkat iman di hati 

jalan ini
susah, panjang, berliku ..

gema suara itu
menyapa kembali

dalam perjalanan
dari kota cinta
jua kota tarbiyyah

titik kembali, 
entah ke berapa kali

masih di sini
masih mencari

dasar hati
denyut nadi

nafas rabbani
tamayyuz dini

demi Ilahi 
hanya Ilahi

cinta nurani 
gerimis hati

bertemu bersama
berpisah semula

pinjaman semata
pinjaman sementara

tiada kekal di dunia
melainkan Dia
hanya Dia


Mac 30, 2015
Purnama ketujuh
Ottawa - Toronto



Ahad, Mac 29

dia murobbi sejati

dia murobbi sejati
sudah aku ketahui
dia bakal meninggalkan kami

tidak bersama lagi
mengatur liqo’ kami

mujahadah hati
susuk dia seorang murobbi

hampir 180 detik lagi
dia harus menghadiri
meeting duniawi

namun masih menyempat lagi
menitip kalam mengisi
fikrah, syu’ur, suluki

disampai penuh erti
penuh cinta tak berbelah bahagi 

sarat imannya di hati
meniup kembali
cahaya iman nurani
yang malap hampir mati

pada diri 
sebatang lidi


Liqo' kesekian kali ..

Morisset Library
Ottawa University

29 Mac 2015
Yaumul Ahad
11.27pm / 11.27am

Selasa, Februari 17

skrip bangun pagi

kopipasta dari sini

Bangun pagi, apakah skrip kita?

1. “Saya mahu makan apa?”
2. “Saya mahu makan siapa?”
3. “Saya mahu tolong siapa?”


Jika skrip 1 menjadi rutin, ia berbahaya. Jika skrip 2 digunakan, ia malah lebih bahaya.
Skrip 3 amat perlu diletakkan paling atas, kerana yang pasti rezeki ada Allah siapkan untuk kita. Kita perlu berusaha dan tawakal kepada Allah. Kita mungkin usaha A, dapat cara B – yang tidak kita sangka-sangka. Amat mudah begitu berbanding kita perlu berusaha sendiri 100%.

Rabu, Januari 14

melangkah arus.



Dan kita generasi muda,
haruslah bersedia untuk melangkah lebih jauh dan lama di jalan ini.
Bekalan ilmu dan iman, kefahaman pada thariq amal, serta keberanian dalam terus melangkah ..
walaupun tahu,kesilapan itu pasti berlaku.

Jemaah adalah wasilah menuju kejayaan dakwah.
 Ianya wajib kerana mencapai kemenangan islam itu wajib
 dan kita tak mampu mencapainya keseorangan.

Maka matlamat kita bukanlah pada jemaah.
Matlamat kita tetap pada kemenangan Islam.
Maka kita akan terus membina angka-angka yang berkualiti
demi menyiapkan para rijal yang mampu memasuki seluruh posisi yang ada dalam masyarakat kita.

 Ini penting, kerana bila daulah islam itu tertegak,
kita akan cukup man power
untuk menduduki seluruh jawatan2 yang penting bagi sebuah negara.

maka kerja kita tetap sama, dan tak pernah berubah.
 Itulah dia membina rijal-rijal Muslim, individu Muslim dengan tarbiyah yang mapan,
serta Quran yang berjalan di atas muka bumi.

-arusbaru-

ada masa ..

Ada perkara, masa akan menjadi penyembuh.
Ada perkara masa akan mematangkan kita dan membaiki keadaan.

~us~


Rabu, Disember 17

hamba yang mencari ..

Seorang hamba yang mencari istiqamah dalam bercinta. Bercinta dengan Allah, Rasul, ibu bapa dan orang-orang mukmin. Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah!

Isnin, Disember 1

throw back usrah

  • Astaghfrillah

    Izin Allah
    Alhamdulillah
    Mampu utk bermujahadah
    Bersama online

    Bersama2,
    Annahl 15 36-50

    Nikmat
    Matlamat rasul
    Menjauhkan taghut
    Mengabdikan diri kpd Allah

    Prioriti kta
    Berfikir fikir
    Menggali makna matlamat ini
    Cuba berusaha memikirkan bagaimana nak melaksanakan
    Fikir dalam2, perkara utk capai matlamat tersebut

    Seruan
    Sembahlah Allah, dan jauhi taghut
    Ignore benda2 lain
    Sembahlah aku saja
    Letak yg lain ketepi

    allah jadikan kamu

    Utus satu mesej
    Sembahlah Allah
    Jauhilah taghut, tinggalkan
    Jauhi

    Dalam dunia ni ada satu makhluk dinamakan iblis y mainkan peranan utk sesatkan kamu
    Keduniaan, material, duniawi

    Jauhi benda2 ni
    Benda2 tu mmg akan ada

    Jauhkan diri kamu dari taghut
    Mujahadah melawan hawa nafsu

    Nafsu syahwat
    Nafsu tak baik akan mengajak benda2 tak baik

    Nafsu yg tenang
    Akan ajak kita buat kebaikan
    Distantkan diri kita

    Umat nabi
    Ada yg Allah bg petunjuk
    Ada yg Allah sesatkan

    Nikmat iman bukan kecik!
    Telah dipilih Allah utk dpt petunjuk

    Rapper dr perancis
    Memeluk islam
    Pegi berjihad di syria
    Menemui syahid di sana

    Transformation
    Kekuatan dtg dari Allah

    Outlayer

    Apa yg kita ada
    Nikmat iman
    Tau tujuan
    Nikmat utk peluang menjalankan kehidupan seperti para nabi
    Dapat peluang merasai
    Try test menjalani hidup sbg seorang daie sgt besar
    Patut appreciate
    Allah telah beri watikah
    Seperti Allah beri pada rasul,

    Bersaksilah aku telah menyampaikan
    Menerima watikah.. Utk sampaikan kepada manusia seterusnya

    Perhatikanlah ..
    Unzuru
    Bagaimana org2 yg mendustakan rasul2

    Masa
    Makhluk Allah cipta
    Yang mempunyai satu kualiti yg sgt unik
    Masa ni mcm sama tapi tak sama

    Bila masa dtg ia berlalu
    Tapi masa tu berulang

    Metaphysical
    Ruhi

    Ibn sina dengan avicenna
    Mcm sama tapi tak sama

    We are in different dimension
    Muhasabah sebelum tidur
    Nawaitu baru nak mula pagi

    Solat tiap2 hri waktu sama
    Solat hari ni dgn solat esok tak mesti sama

    Bukan manusia yg menjadikan time and space

    Capsule of time
    allah banyak cite org sebelum2 kita

    Masa maybe tak sama
    Tapi berulang

    Hakikatnya
    Masa tak akan berulang

    Masa ada cirinya yg berulang
    Subuh hari ni berlalu
    Tpi subuh esok akan dtg
    Sunnatullah akan berlaku

    Cerita para nabi ada pattern yg sama
    allah ceritakan pada kita
    Bahawa kamu ni kerana mereka diberi masa

    Begitu cara mereka mengguna masa
    Masa kamu utk mengguna masa kamu

    How do we spend our time?
    What is our priority?

    Dah buat ke matlamat hidup?
    Syiar
    Sembah Allah, tinggal taghut

    Lihat masa kita
    Tgk org lain masa mereka
    Ambil ibrah

    Hubungan kita dgn org sebelum kita
    Makna hidup kita berkesinambungan dgn org sebelum kita

    Tujuan kehidupan daie
    Telah dilaksanakan oleh org beriman sebelum kita

    Kena cari method utk laksanakan syiar dalam waktu ketika kita

    Tadabbur ini sebagai muqaddimah liqo' sem baru.

    Walaupun liqo' kita habis satu tahun tukar buku baru
    Cara nak perbaharui tajdid niat, azam kita.

    Dgn peringatan ini, ingat kembali tujuan, matlamat hidup kita
    Improve lagi, berdoa Allah bersama kita dgn cabaran, ujian akan datang.

    Melihat pada bayang2
    Cmne boleh mengingatkan pada akhirat

    Bersujud kpd Allah
    Ikut ape yg Allah suruh

    Bayang2 ada bila ada cahaya
    Di bawah matahari dan bulan

    Kita tak boleh nak control matahari
    Setengah benda beyond our control
    Pasti ada yg menciptakannya

    Setengah creation Allah

    Niat, matlamat, keikhlasan
    Utk bagi motivation pada kita

    Apa perasaan sbg after melalui ramadhan,

    Musafir alberta vancy

    A
    Different struggle
    Best baru perasan ramadhan ni sgt aware dgn time
    Masa tarikh hari ni
    Ramadhan mengajar benda tu
    Syawal kita conscious jarak makin besar dh syawal ke brp even interval makin ..

    Kdg bila down sgt2 kdg2 layan
    Kdg2 berjaya naikkan

    Alhamdulillah
    Sweet je

    Bila down selalu teringat
    Kdg2 kta down sbb tilawah slack ke ape
    Kdg2 kita terlalu bergantung pd amal kita
    Tak patut bergantung pd amal kita

    Cara bergantung pada Allah
    Melalui amal


    ~ side note ~
    Madrasah ramadhan
    Open house ottawa
    Last day class
    Terus gerak ke vancy
    Singgah kelowna


    Cari masa
    Pause
    Berenti seketika
    Apa zikir terbaik utk Allah
    Cari ayat motivasi yg sesuai
    Higher degree of skills penghayatan
    Memorized pulak
    Menghayati supaya kita dpt mengaplikasi

    Boleh ingat
    Hafal dua

    Ada doa yg mathur
    Sunnah perlu dihafal
    Berdoa sendiri itu sunnah

    Improving the skills level
    Up lagi
    Skrg baca mathurat baca tgk bm dia


    ...
    Challenging part of kak shahira

    A lot of people to catch up
    Mana yg boleh mintak tlg org, .

    Bukan sekadar join.
    Tahun ni plg bnyk bfg,
    Negara still kena proceed
    Kolpernya
    Muayyid gombak

    The thing is
    Should be overwhelmed
    But in heart try to strategize

    Dakwahnya
    Dakwah to ofis

    Require my attentions
    Gombak projek
    Negara, bfg, kolper, muayyid

    Bawah ofis 3 proj
    Very annoyed with myself
    Bila dtg sekali, at once

    Feel bit bad
    Not a great feeling

    Kerja ni kerja Allah
    Jgn benda tak berjalan kerana kita

    Bnyk kena muhasabah.
    Minta byk petunjuk.

    For you
    You gonna be in same situation.
    Kita sama2 saling motivate each other
    Sama2 top up yg mana kurang
    Please
    Dalam ingatkan akak
    Hak2 org canada yg akak terabai
    Please do remind me
    Kdg2 busy sgt
    Jwb 3-4 hari after
    tapi kita kena usahakan

    Sgt looking forward for this reunion
    Bnyk benda kena susun n sort out
    Mungkin ini yg terbaik Allah nak bagi

    Sort out dgn canada dulu
    Dorg dari berpuluh org, tinggal few je.

    Adabnya
    Kelemahan kita
    Tak perlu share semua

    Sbb kelemahan boleh melemahkan
    Mengemban beban dakwah

    Mereadykan diri untuk
    Kongsi

    Something to look forward to
    Ada kegunaan

    Mati bila dah takde keje
    Takde medan itu mati seorang daie

    In shaa Allah kali ni
    Smp situ je

    Half an hour each
    Nt akak emel kan

    Ain still travelling.
    8-9pagi
    8-9pm ontario




    Syawal
  • Fokus kita
    Merasai tanggungjawab

    Apa wahyubpertama?
    Apa wahyu kedua?

    Wahai org yg dlm comfort zone
    Wahai org yg berselimut
    Wahai org yg rileks
    Wahai org yg tak sedar
    Wahai org yg lena

    Qum!
    Faanzir!

    Bangun2! Terus kene pegi jumpe org

  • Tak semua org boleh nak sampaikan
    n org terima hny dgn akhlak baik.

    Saksi biasa kita relate dengan makhamah, in court

    Langgar org tertinggal budak tu..
    Analogi accident, langgar lari

    Kerana ketidaktanggungjawaban
    Kebenaran tak dapat ditegakkan

    Islam tu betul, dari Allah

    You nak jadi ape sebenarnya?
    Kita nak kemana?

    Kita nak bina individu muslim
    melalui usrah, keluarga

    Sebab apa?
    Kenapa usrah?
    Kalau takat fikir takat nak kebaikan, kita fikir pada satu kelompok je.


    Kita nak ni, sebab ni.
    Tanpa individu muslim, tak mugkin dapat baitul muslim, keluarga muslim, yang mengamalkan, melaksanakan islam

    Sorg paham, sorg lagi tak paham mana
    Mungkin tiba2 dua2 paham.

  • Sebab tu utk dengar pengisian ni ada pre requisite. Kena faham dulu point isk baru boleh dapat pengisian yg ni pulak. Sebab tarbiyyah n prog kita ni bertahap.

    Kita nak cater ikut level n tahap org tu. kalau tu belum pernah expose, background lain pulak, sgt zalimla kalau kita terus nak bagi dose tinggi dkt dia. Kesian blur2, tak dapat relate, terawang2.
    Sept 1st, 2013.

Rabu, Oktober 29

throw back daurah

  • Pelukan cendekiawan

    Boleh follow ke?

    Buat berterusan
    Allah kurniakan
    Kita org yg sgt nikmat tinggi
    Utk nak intima'kan

    Rela ditarbiyyah
    Rela ditrain nak jadi daie
    Rela nak jadi murobbi

    Mukmin yg bisu
    Bisu terputus amal dr org lain

    Nak potong que, skrg masanya.
    Allah sayang sangat sangat, Allah bagi eternal. Takde pinjam2.

    Rebut peluang.
    Mengubah!
    Dalam dakwah hanya ada perkataan mengubah.
    menyediakan shortcut2 ke syurga.

  • Approach org yg nak.
    Keluar kpd masyarakat!

    June 29, 2013.
    katibah hawariyyun
    by askar, bait raudhah

Selasa, Oktober 28

throw back hamasah

Niat kita
Kefahaman kita
Semangat kita

Usrah yang akan maintain
Study kita adalah utk dakwah

Dulu masa kita untuk apa?

1 - study
Pastu separuh study, separuh lain2
Separuh keperluan hidup
Lain2 - shopping, melepak, main games

Bila start kenal dakwah, amik masa
Yg mana?

Itu masalah.
Dulu study 50%
skrg jd 30%

tiba2 fail. Katekan.
Nak marah sape?
Nape tak amik masa yg spend utk games, window shopping, etc

Bila dah sedar, patut benda2 jahiliyyah, yg buang masa patut buang.

Jgnla usik yg ni. Masa study.
Kurangkan masa makan, masa tido.
Masa dah jadi pattern lain dah. Baru jadi kita. Kalau tak ngaku umat.

Buat mee smp satu jam?
Takpayah lama2 dkt dapur.
Masa tu berharga.
5minit je masa makan kita.

Main game dah jadi haram.
Windown shopping dah haram.
Makan masa, buat awak fail, nama dakwah rosak, so xboleh buat.

Awak makan utk apa?
Awak study utk apa?
Bkn suka-suka

Jgn dok beralasan
Kalau org biasa
Ajak tarbiyyah, tarbiyyah, tarbiyyah
Biasa kata takde masa la ..
Berapa jam halaqah?
Paling kuat pun 2 jam.
Satu hari kita tgk dia main game
3-4 jam. Bkn studi pun.
Sbb mentaliti, takut nak kacau studi
Sbb jahiliyyah dah jadi mcm keperluan hidup
Kalau xde ni, sy xleh studi
Jd pengrelease tension.

~recording ust.salam~
---
June 28, 2013.

Khamis, Oktober 9

aku pelajar sejarah

aku pelajar sejarah
sejarah manusia purba di timur tengah

menyingkap ada apa itu sejarah?
kadangkala aku alpa hidup penuh 'sejarah'

aku terlihat catatan sejarah
sejarah aku mengenal tarbiyyah
sejarah aku mengikis jahiliyyah
sejarah aku mencita khilafah

setiap nafas yang mendesah
setiap derap kaki melangkah
mencari nikmat tarbiyyah
anugerah terindah
dari Maha Indah


aku pelajar sejarah
bukan aku untuk menyerah!

RL 8:28 / 091014