Memaparkan catatan dengan label my muntalaq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my muntalaq. Papar semua catatan

Khamis, Jun 23

kena marah I :(

bismillah
makluman : ini post luahan + refleksi + memujuk hati

apsal aku je yang asyik kene marah ehhh???

hu memang la asyik kena marah kalau sentiasa n selalu ada benda yang tak kena.  hu. okay ini luahan perasaan semata. agak berbeza dari post2 entri sebelum ni since  mood n tahap iman berbeza-beza pada setiap waktu.

aku manusia biasa. ya memang manusia biasa. bukan malaikat bukan nabi. iman ada naik turun ada rendah tinggi. post yang mungkin nampak agak emo, diharap yang membaca sila-sila melontar nasihat.

kadang-kadang geram jugek. asal aku asyiikkk je sangat kena marah. marah pulak teruk-teruk pulak tu. walaupun dah biasa tapi kadang-kadang ada masa perit jugak tau. huu. kadang rasa nak nangis je tapi dah besar panjang patut tak emo n patut take it as a thing to ponder and reflect. n patut bersyukur ada lagi orang nak marah aku daripada ada orang yang langsung tak dimarahi. hu. pernah je rasa sunyi dari kena marah. itu masa-masa yang lapang yang jauh berenggang dari kapten.

 what an innocent and cute LITTLE boy!

but still aku rasa marah is not the best way to change people or get things done. whatever it is, fine. i take this as a test for me. banyakkan bersabar dengan kerenah manusia especially with people that delivered us to this world. hu. susah. it's not easy but I believe same as her. susah jugak nak bersabar n bertahan dengan anak macam aku ni. both are just the same.

ok ini luahan emo aku kepada si kenit yang umo baru setahun jagung.

 walau ketinggian dia tak sama macam pokok jagung. 
tapi fi'il dia masha Allah menguji tahap keimanan betol! 

pantang dia buat salah asyik aku je yang kena marah! ye la sape lagi yang setia menghuni rumah ni siang n malam kan? yes, aku takde adik n takpernah ade adik(secara nasabnye) maybe tak reti nak jaga budak. hu. but i'm learning.. n janganlah asyik nak marah je.. huu bisa buat hidupku tensen buk..tensennn.. n i can feel how it feel to be 'kakak' yg ada adik kecik yg tak reti jaga n bawak diri.. (erm teringat kpd something else pulak..)

but then qu, kapten marah pun memang sebab salah ko kot. budak tu manela ade akal sangat nak jaga diri dia. not even know what is good or bad. not even can differentiate yang mana satu makanan n mana satu bukan. memang la kalau anything happen to him, kapten will sue and blame you not him.

ok. kita memang tak boleh nak change pple kan. but u know we have to change ourselves first to make something or someone change.

oh si kenit yang baru setahun jagung..

ko memang buat aku kena belajar banyak bersabar walaupun umo ko baru setahun setengah.. n yes, jugak boleh buat orang lain berubah. hebat jugak ye pakcik alfarisi ni..disebabkan dia orang lain nak tak nak kena berubah.

oh yes. pada tanggal 20 jun, 2011, aku telah melakukan satu sejarah dan perubahan dalam hidup aku. even it looks like a small thing and not really matter to others but then it is like an achievement for me.

kenapa satu achievement?

well, consider memandangkan aku memang tak pernah ada adik kecik. tak pernah jaga budak. never have babies in my life for about 20 years since i was born. nama pun anak bongsu. setakat budak kecik nak agah-agah jumpa kejap-kejap tu adela like my cousins or anak-anak cousins. but then to have a little baby at home for almost the whole day, I never experience that until I am 21 years old, back to Malaysia from Canada and meet my little nephew physically not online with my own eyes, that already 1 year old I would cheer this as my little achievement.

fuh it's a challenge. apa cabaran-cabarannya menjaga seorang budak? boleh buat post entri baru! but anyways, the achievement that I made and I am glad n proud of it that I did it. Alhamdulillah Allah provides me some courage not to 'hands up'.
kisah si alfarisi yang buat 'projek' sewaktu kapten tiada. aku memang dah agak dah dia ni buat 'projek' tapi saje je buat dono.dalam hati aku dah berteriak,'dah agak dah dia ni buat projek. I can smell it! Oh no!! Faris!!!!! how dare you did it in front of me when NO ONE else!'

but then, since dah takde sape dah kat rumah n kapten tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah dengan si kenit ni, nak tak nak memang tak bleh ngelat. huuu.. aku berkerut-kerut kat dia, cakap..'alfarisi..sampai hati u buat i camni.. asal i plak nak kena basuh bon*** u.. '..

geramnye tengok die..rase nak gigit-gigit!!

dengan muka comel dan innocentnya dia kat aku menambahkan lagi rasa,
'ahhhh tidakkk...! kenapa sekarang wahai alfarisiku..??'

but then later fikir-fikir. ok since no one at home this is the opportunityla. if ada orang lain, then orang lain yang buat.. peluang untuk belajar ye. okla, since baru dapat muntalaq, I take it as a reason patut lebih tertolak utk rebut peluang kebaikan n 'pekerjaan'.. fine. dengan tanpa pengalaman, n walau rasa geli akhirnya selesai jugak menguruskan projek tu. n aku make surekan si kenit tu wangi sewangi-wanginya n bersih sebersih-bersihnya!

perasaan? fuh. not bad. not as bad as what I think. takdela teruk n susah sangat. even nampak sangat 'yek tek' nye..

walaupun ada masa sangat geram dengan si kenit, tapi geram-geram pun rasa sayang kat dia memang dah mendarah daging. geram tu biasalah bila dia tak behave. hu agaknye camtu kot rasa geram kapten kat aku bila aku tak behave. T.T dush..!

i shud be a makcik that more lovely and instead of asyik rasa geram kat dia. hu. geram tu  geram yg sampai rasa nak gigit-gigit  kat dia n nak jerit.. ' faris...!! please behave!!'

anyways, another things to change, is mengurus rasa 'geram' tu dengan lebih baik. sebab bila aku geram sangat dgn dia, dia pun akan tunjuk the same react to me. n dia pun tunjuk 'geram' dia kat aku gak. haha. kesian-kesian. tak baik tunjuk benda tak baik kat budak kecik. kesian gak bila tengok dia tengah 'geram' n mula memberontak. huu. again, my fault. TT_TT

It's not easy to be a mummy
but to have a baby,
only for those who are lucky
that He choose to gain His greatest mercy..


Wallahu'alam. Allah knows the best.
Smile! :) (even in gloomy day)

Selasa, Jun 21

it's not easy if your iman heavily SLEEPY!


bismillah.

mujahadahnya nak tengok berita dunia untuk satu jam. nak cuba ambil tau hal-hal orang serata dunia dengan bersungguh-sungguh sepenuh hati, sepenuh perhatian. tapi senang lagi nak tengok rancangan tv berbentuk hiburan untuk satu jam. in fact, mungkin berjam-jam lama pun takpe. tapi kalau tengok berita alahai.. terasa beraat nye.. cerita pasal politik sana sini, perang sana sini. tapi itulah realiti dunia yang berlaku yang selama ni kita aku endah tak endah nak peduli dan ambil tahu.

I have to admit myself that, it's not easy thing to do and try to be consistent and sangat bertepatanlah dengan kata-kata Imam Hassan Al-Banna

Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. 
mungkin sebab dulu tak biasa rajinkan n biasakan diri. tapi sebab ada hadis nabi,

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil PEDULI urusan UMAT islam maka dia bukanlah dari golongan mereka" 
walaumacamana berat pun kena jugak ambik tau. if not, tak termasuk dalam golongan muslimin. nauzubillah. tapi rasa berat tu tetap ada. sebab hal-hal ehwal umat di dunia hal-hal serius.bukan hal main-main. hal yang melibatkan nyawa, etc. dan bukan mudah untuk kita terus menerus berfikir, dengan kisah hal-hal serius, perihal untuk menyelamatkan, memperbaiki dan mengubah keadaan umat, kalau sebelum ni hidup asyik 'berfoya-foya'.

but then this is mujahadah! and for this turning point,you know you have to leave and kill all the jahiliyyahs!


inspired as well by this post, that after knowing and having a better understanding in this path, we need to change ourselves to be a better person to make this world better.

sungguh mengenal tarbiyyah dengan erti kata sebenar mengajarku untuk berubah demi Allah.
mendidik aku untuk bersabar dalam melakukan setiap perubahan demi perubahan
kerana setiap yang dikerjakan pasti akan mendapat balasan di 'dunia' sana.

kalau sebelum ni, bukan peramah, demi DnT, kena ramahkan diri. kalau sebelum ni tak pernah kisah langsung pasal hal umat, apa terjadi di sana sini, but now you need to know. kalau sebelum ni agak tak kisah pasal perasaan hati orang lain, lani kena berhati-hati. bukan bertindak sesuka hati sampai orang rasa menyampah dan benci dalam hati. n the list go on for things that we need to change.

 

Allahumma, I beg you to provide me strong iman in my heart!

Ahad, Jun 19

saat cincin tersarung di hati..



saat cincin tersarung di jari,
aku dapat merasakan sesuatu..
merasakan satu perasaan yang sukar diungkapkan..
membuat aku sentiasa tersenyum pabila memandangnya

suatu kelainan dalam diri
'sudah berpunya'? aku disalah erti
jauh meleset dari sangkaan yang lazim menerjah diri

cincin khazinatul asrar..
tiada kata mampu mengungkap rasa ini dengan sempurna

namun saat ianya tersarung,
di jari manisku
hidupku terasa sesuatu yang istimewa
jauh di sudut hati aku memendam rasa
dan akhirnya ..

aku tidak mendamba apa-apa
melainkan redha dan rahmat-Nya
yang senantiasa tidak putus bersama
di atas transisi hidupku ini

cincin itu
bisa membuatkan aku sentiasa rindu
bisa membuatkan aku tersenyum malu
bisa membuatkan aku mahu membina rijalku
untuk bersama denganku
menagih kasih pemilik cintaku
memandu hati ke jalan Tuhanku

cincin ini
saat aku menyarungnya
seperti sudah terlekat lamanya
dari saat itu tidak pernah lekang walau sesaat cuma

cincin ini
penuh simbolik qolbi
tersirat makna tersembunyi
tersurat janji di hati
tersimpan dalam lipatan memori
suatu yang menggamit kerinduan hati
pada tanah suci-
pada harmain yang ku cintai
dan kurindui selama hayat ini
sehingga aku punya hasrat suci
andai Allah mahu menjemputku kembali
aku teringin mahu bersemadi
di tanah haram yang ku cintai
tempat dimana rasulullah bersemadi
walau perkuburan baqi' tidak pernah kujejaki
menziarahi mereka yang syahid di jalan ini
namun paling kurang aku mendambakan ya robbi
jasadku bersemadi di tanah suci

moga-moga aku dapat dibangkitkan hampir sekali
bersama kekasih-Mu yang kurindui
memohon mengharap agar syafaatnya menghulur diri
pada diriku yang serba khilaf ini

Allahu rabbi,
moga cincin ini ..
senantiasa mengundang rinduku pada-Mu
rindu untuk bersama-Mu
dalam setiap detik dan segenap waktu
senantiasa rindu untuk menziarahi baitullah-Mu
senantiasa rindu untuk menziarahi kekasih-Mu
senantiasa rindu berzikir kepada-Mu,
senantiasa rindu untuk bersama hamba-hamba-Mu
yang tidak pernah lelah dan jemu
beribadah kepada-Mu
saban waktu
di setiap penjuru
penuh syahdu
dihambat malu
untuk menghadap-Mu
tanpa iman yang sepadu


jawapan pada soalanmu itu,
I am HAPPILY engaged with alharmain!
^_^

my muntalaq

bismillah

usai keluar dari perkampungan tarbiyyah, aku terasa seperti terjadinya satu titik tolak dalam hidupku. tarbiyyah yang begitu menghidupkan jiwa, dan sungguh mengesankan hati ini. dan tidak mampu aku untuk menolak dari melakukan perubahan demi perubahan dalam diri. syukur dan segala puji bagi-Nya yang selayaknya menerima segala pujian. bersyukur kerana Dia masih sudi menebarkan rahmat-Nya buatku, mengurniakan petunjuk hidayah pada hati ini. hati yang kerap kali adakala ego pada-Nya, angkuh, sombong malah tidak mengendahkan kewujudan-Nya.

namun Dia masih lagi menyayangi diri yang hina ini, yang asalnya dari titisan-titisan air mani yang kalau diberi pada makluknya seperti ayam, mungkin ayam pun lari atau malah dipijak-pijak. betapa asal kejadiannya cukup hina tanpa mulia. hanya manusia itu menjadi mulia bilamana dia mengizzahkan islam dalam diri. islam yang asalnya dari Tuhan.

perasaan ini terasa sangat 'dush3'. betapa selepas selesai program, hati menjadi sangat sensitif. Alhamdulillah. moga petanda baik itu akan terus berkekalan.

Insha Allah curahan hati akan bersambung..