Jumaat, Februari 26

oborku untuk terus melangkah walaupun pelan

teringat satu ketika, komen aku pada seorang teman yang jua merangkap sahabat fillah, insha Allah..bila baca ni, buat aku rasa semangat balik . huu. ade guna jugak time ade semangat pi semangatkan orang. nt semangat tu datang balik kat kita..

juz like a quote, "What you give, you get back"

errr..tapi aku rasa terpukul r lak bila fikir balik quote neh.. TT__TT

ya Allah tolong aku..

-__-

*****

Irliana Ismail sedang mengalami satu tekanan jiwa dan perasaan yang amat hebat...knapa perkara sebegini seringkali terjadi pada diri ini.....='(

Wed at 10:52am · ·
Nur Qurratulain Binti Hamzah
Nur Qurratulain Binti Hamzah
banyakkan bersabar ye ir..
mintak Allah tolong.
Allah kan sebaik-baik penolong.
Kalau Allah yang tolong, kejap n mudah je apa2 masalah nak selesai..insha Allah. ♥ =)

rindu ko..huu..
da lame x dgr ko tazkirah. T_T
waduhh gue rindu bangettt same kamu lorrr!
Wed at 11:18am ·
Irliana Ismail
Irliana Ismail
hahhaha...sape la aku qotul nak bagi tazkirah..terase mcm x layak je
Wed at 11:32am
Nur Qurratulain Binti Hamzah
Nur Qurratulain Binti Hamzah
elele..ir.merendah dirinye..huuu..bukan dulu ko ke bg tazkirah..huu..

aku suke dgr tazkirah ko!
selalu je jeles. (aku ngn iz r..sbb ko jenis reti ckp bab2 agama. xmcm kitorang)

btw, gud ada share satu quote yg menarik sekali kat grup sharing hadis and ayat quran..

Ramai yang berkata: "Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun." Sepatutnya anda perlu menyahut kata2 ini

"أصلحْ نفسك وادعُ غيرك"

...(Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)...

Sila buktikan kepada saya bilakah tarikh & waktu anda akan menjadi baik? Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba2 rumah yang mempunyai
dua tiang sudah menjadi milik kita.

so, no way to feel inferrior.

hmm.. aku pernah dgr kakak naqibah aku ke ckp yg lebey kurg mcm ni r, kita patut rs bersyukur bila kita ni berkecimpung dlm hal urusan dakwah. sbb, hny dai'e je akan terus merasa kekurangan diri. terasa diri tak layak, banyak kekurangan, dsb utk menyampaikan kebaikan dan kebenaran. walhal, pada mereka-mereka yg mungkin tak sama sekali terlibat dlm hal dakwah, mungkin tak akan pernah sekali-kali memikirkan perkara tersebut.

so, benda ni actually, satu advantage. take it at the bright side.

kalau terasa diri kurang, or 'tak layak', cuba cermin2 diri balik, part mana yg patut try cover n improve.

insha Allah, we all want to be a better person right? =)

senyum la ir.. ^___^
jgn monyok2.
nt cepat tua.hehe.. =p
Wed at 12:03pm ·
Irliana Ismail
Irliana Ismail
hahaha..thx for the sharing...tp..apsal ko n iz jeles plak..xsilap aku korang lagi byk ilmu..hadis2...aku citer mengarut jer pandaila..aperla nak dijeleskan????
Wed at 12:05pm
Nur Qurratulain Binti Hamzah
Nur Qurratulain Binti Hamzah
jeles r sbb nampak ko terer menyampaikan ilmu. ilmu banyak tak bermakna bleh nak sampaikan kat org baik2..
Wed at 12:08pm ·
Irliana Ismail
Irliana Ismail
betul ker aku mampu????
Wed at 12:12pm
Nur Qurratulain Binti Hamzah
Nur Qurratulain Binti Hamzah
iye betul!!! masha Allah..
Allah bagi ko kelebihan ir, yg mmg takde kat org lain.
pleaseeee jgn rasa rendah diri. jangan sekali biar setan kelabukan hati ko n halang kau dari terus buat benda yang benar.

kan selalu je kita baca dalam ma'thurat.. =)

[286]Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

ko ada potensi besar, ir.
untuk sebarkan dakwah, perjuangan nabi kita dengan lagi meluas lagi.

kalau bukan ko sape lagi?
kalau bukan KITA sape lagi?????????????

apakah islam tu akan tersebar secara 'sendiri'nya? tanpa ada orang yg menyebarkannya?

apakah kita mungkin akan berjaya merasai ISLAM yang kita nikmati sekarang ni, kalau bukan sahabat-sahabat rasulullah, orang-orang yang telah beriman dulu dari kita turut ikut sunnah terbesar Rasulullah iaitu berdakwah . menyebarkan ISLAM.

come one..

jangan jadi orang yang KEDEKUT ir!

kalau bukan sebab mereka, kalau bukan sebab usaha-usaha mereka, jerit payah mereka, BERMATI-MATIAN untuk tegakkan kebenaran, perjuangkan ISLAM, ko jangan mimpi r ISLAM yg kita ada ni nak sampai pada kita.

apakah sekadar angan-angan akan mahligai istana saja mampu kau miliki tanpa usaha ke arah itu?

percayalah ir, Allah tak ciptakan potensi n kelebihan yg ada pada ko tu SIA-SIA!

indeed, anything on this earth must have reasons!

p/s: sori kalau ayat aku mcm kasar sket, n buat ko rasa terpukul ke. tapi mmg 'sengaja' nak buat camtu. harapnya ko sedar yg ko ni aset yg mahal sekali. permata dakwah. bernilai dan sukar dicari ganti. percayalah pada dirimu akan kelebihan yg ada kurniaan Ilahi..
Wed at 1:19pm ·
Nur Qurratulain Binti Hamzah
Nur Qurratulain Binti Hamzah
aku sungguh sayangkan kamu ir.sayangkan kamu kerana Allah. sbb tu aku ckp mcm tu.

usahakan sedaya yg mampu. mati boleh menjemput mu bila2 msa dan kamu mahu berkejaran ke syurga sana bukan? dan urusan akhiratmu itu adalah segala-galanya. itu yang lebih UTAMA. kerana itulah tempat sekembali yang kekal abadi. DUNIA hanya persinggahan, tempat untuk mencari BEKAL untuk kamu pulang ke daerah sana. Sungguh, dunia hanya bersifat sementara sahaja!

harap kamu mula bangkit kembali dari merasa lemah, IR ku sayang..

Ingatlah pesanan Syed Qutub..

Saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dlm
perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu
melawan rasa lemah itu( syed qutb)

Jom capai kemenangan!
Kemenangan hakiki kita bila mana kita berjaya merebut tempat untuk kekal berada di syurga Ilahi sana!

Khas buat mu,
Irliana binti Ismail yang kukenali,
dia seorang yang tabah.
dia seorang yang kuat.
dia seorang yang penyabar.
dia takkan pernah kenal putus asa

ayah dia polis.
ayah dia tegas dengan prinsip.
manakan tumpah kuah kalau tak ke nasi.
begitu juga anaknya.
hidup punya prinsip tersendiri.
prinsip yang bertunjangkan Ilahi.

aku punya sahabat yang bernama Irliana binti Ismail.
Dia seorang yang sabar.
Dia seorang yang tabah.
Dia seorang yang kuat.

Dia permata dakwah!
♥ AKU SANGAT RINDU PADANYA! ♥

Moga Allah terus merahmati sahabatku ini hingga ke akhir hayatnya.. Ameen ya rabb!

(kalau tak silap aku r ayah ko polis dulu... weh kalau tersilap fakta sori tau!btw, entah betul ke tak peribahasa yg aku guna nih..adess..hrp cikgu suzi tak marah aku.. ~_~)
Wed at 1:28pm ·
Irliana Ismail
Irliana Ismail
jazakallah khoiran....syukran kathira jiddan fi kulli syai' ya ukthi..barakallahufik....=
)
Wed at 6:33pm
Yiena Ina
Yiena Ina
korg smua nie sebenarny crita ape...hieee...aq xfhm..
Wed at 8:53pm
Nur Qurratulain Binti Hamzah

ir senyuummmm =) ^____^ smile back!

@yiena ina : oh tak paham kee.. mane tak paham tu? huu..

@ir huu..ir aku harap ko paham maksud ak.. kalo ko tak paham.err gitau ak tau!! kang ak syok sendirik jek.. adeih..
10 minutes ago ·
~_~
Qurratul!!! STOP PROCASTIONATION NOWW!!!!
*_*

Move foward! Do not stop!

"Do not let what you cannot do interfere with what you can do."
- John Wooden

Selasa, Februari 23

Apa nak takut??!

yes! get to work!

apa nak takut?
apa?
takut tak lepas jpa?
hey come one qur.
yakin r dengan diri.
thats not the end of the world
nauzubillah. (not goin imagine it to happen. but yet, He knows what the BEST for us)

even so if that happen. yes that not the end of the world.
yakin la. ko bleh bawak diri. u r not such an unworthy piece babeh.
u r very precious piece of this world!
u know that.

experiences that you go through,
everything that in you
those are valuable.
takut jpa tak taja kamu dah?
ko patut lagi takut kalau Allah da tak nak 'layan' kamu lagi.
ko patut lagi takut kalau Allah tarik balik sume nikmat yang dia bagi kat ko selama ni, yang ko dok buat tak heran, buat duno, tak nak buat keje yang Dia suruh. dok lengah2, dok khayal2, dok malas.

ha, time tu ape lagi alasan yg ko ada bleh ko nak bagi?
kalau kalau tak lepas jpa pun, thats not the end of the world babeh! not it's not!

yet u still have Him by urside.
Allah bersamamu andai kamu terus bersama-Nya
tanpa putus asa
tanpa lelah
tanpa jemu

syukur. syukur. teruskan hidup bersyukur dengan apa yang ada.
melakukan yang TERBAIK.
Tuhan pastikan menunjukkan kebesaran dan KUASAnya
bagi HAMBA yang SABAR
dan TAK KENAL putus asa.
bukankah dengan ujian ini juga buat ko selalu beringat?
'kalau aku hanya tinggal setahun je lagi kat sini.. apa aku nak buat? nak bazirkan macam tu je ke? atau buat 'sesuatu'! - yg so that aku tak nyesal, even any what that might happen. )

aku terfikir. kenapa ya Allah. kenapa ujian macam ni lagi yang kena kat aku.
ujian 'ketakutan' pada 'cut off point' , JPA.
hari tu dah kena dah.
time ni kena lagi.
hari tu macam dah lepas.
tapi rupanya, itu hanya gate depan. rupanya ada gate belakang jugak yang nak kena bagi lepas..

dah la.
tak payah takut.
kenapa nak takut.
Allah kan ada. =)

rezeki Allah itu sudah pasti ada.
tinggal kita untuk YAKIN dengan-Nya.
[6]Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). -Surah Hud-

6. There is no moving creature on earth but its sustenance dependeth on Allah. He knoweth the time and place of its definite abode and its temporary deposit: All is in a clear Record.


senyap.
tenang.

get to work!
yes. get to 'work' and work.
jangan biar ketakutanmu menghalangmu dari kamu terus 'bekerja'

kerja itu dan 'kerja' itu.
kerja sihir itu takkan pernah berhenti menyesakkanmu.
takkan pernah akan habis.

jangan takut.
yes. jangan takut!
berani! berani! berani!

yakin dengan Dia.
YAKINLAH!

('yakinlah..' buat aku teringat kat cikgu noraini ibrahim. cikgu bm, cikgu sejarah. teringat mesej yg dia hantar kat aku. time tu tunggu result spm. and aku mintak dia doakan aku. doakan aku dapat keputusan yg baik tuk spm. aku ingat lagi dia kata lebey kurang macam ni,

'yakinla dengan Tuhan. kamu anak yang baik. Allah pasti membalas dengan keputusan yang baik.'

tersentuh, terharu. bila dia kata, 'anak yang baik'. masalahnya, anak yg baik ke aku ni? insaf di situ. then bila dia ckp, 'yakinla.' bila baca macam terasa ada tanda seru di situ. 'yakinla!'. dengan gaya cikgu yang dapat aku bayangkan. semangat dia tu..meresap terus dalam jiwa aku walau sepatah je perkataan yang dilontarkan. ..)



ya Allah..
rasa tak tertanggung di jiwa. doakan aku kuat, wahai sahabatku sekalian!

oh..
bergetar..jiwa bergelora..
perasaan diuji. takut. risau. sesak. bantu aku ya Allah.
di saatnya aku memilih untuk bersama-Mu..

roh kudusMu..

Isnin, Februari 22

hasrat yang terpendam ...

Bismillah.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Hari ni aku mengorak langkah baru. Langkah yang tegar. Simbolik hati meneruskan kembali perjuangan menimba ilmu di bumi bertuah ini. (setelah seminggu reading week).

hari ni pertama kali aku pakai niqab ke universiti. (finally..alhamdulillah. hasrat hati tercapai. sekuat manakah? selama manakah? Wallahu'alam. bermula dari perubahan hati yang tulus mencari yang hakiki. cuba meluruskan hati. menjernihkan hati. dan langkah ini yang ku kira terbaik buat aku. secara tepat utk dikatakan, untuk 'living consciously'.). This 100% MY CHOICE. I choose to wear it. I decide to wear it. Wearing niqab.

hasrat lama yang terpendam. dan kini aku merealisasikannya. yes. no joke. no dreaming. I'm acting on it. nothing impossible. pakai purdah kat canada? awak ni biar betul? boleh ke? nanti orang cop terorrist kang camne? nak pakai tu kat negara-negara arab nun bleh r. kenapa tak kat mesir ke? (sebab dah aku xbelajar kat mesir).well, hidayah Allah tu berada dimana-mana. siapa kata pergi negara barat kita tak boleh berubah ke arah yang lebih baik? (takde sape kata pun..)

aku harap simboliknya niqab ni, meniqabkan jugak hati aku. mensucikan hati aku yang selalu kotor ternoda. simbolik yang jugak menjauhkan diri aku dari sarang jahiliyah. niqab ni jugak yang akan peringatkan aku, ikhlaskan setiap tanduk aku hanya kerana Dia. ingatkan aku jugak untuk pelihara akhlak. sebab berat amanah membawa imej islam. jangan sampai jadi fitnah pada D & T. masha Allah nauzubillahi min zalik.

insha Allah, dengan niqab ni jugak, menguatkan aku untuk melangkah lagi jauh. satu ujian dah lepas. ujian apakah? 'fear within myself'.

terlalu signifikan untuk aku celotehkan semuanya di sebalik niqab ini. (nak kira logik, apalah yang ada di sebalik penutupan wajah? tapi simboliknya kuat mengakar kepada hati. dan apakah aku akan terus TEGAR memakainya? insha Allah, andai tiada perkara yang darurat menghalang. keputusan muktamad aku kira. bermulalah perjuangan aku kini bermujahadah dengan nafas yang baru. ya. nafas yang baru. setelah lama bergelut dalam selut.

aku tak bajet seawal ni gerak langkah aku. aku bajet plan nak berubah summer nanti, ('sume2' bajet nak buat time summer..)tapi perancangan Allah tu memang tak pernah terjangka. hati entah semena tergerak. tanpa rasa membuak-buak dan berkobar, langkah dimulakan dengan secara selambanya. tanpa angin, tanpa awan. tanpa menunggu lagi untuk 'kuat'. malah cuba struggle membina diri untuk kuat. tapi tujuan pakai bukan sebab nak kuat. tujuan pakai yang telusnya, sukar untuk aku perkatakan. biarlah Dia yang menghakimi.

sebenarnya diri ni terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan. apakah betah untuk aku memakainya? risau pun ada. tapi apa perlu risau dalam urusan kebaikan?(pelik tak pelik..setan mmg suka bagi hati musykil =o).tapi, sebab ada kelemahan tu la harus diusaha membaiki ke arah lebih baik. sebab ada kelemahan tu la patutnya bertindak. bukan hold me back. dah2..benda baik tu kalau nak buat, buat je la. fikir panjang
-panjang, setan pun mula bertandang. niat baik, niat betul, bismillah jalan..


Alkisahnya untuk hari ni, mula-mula sebelum nak keluar rumah, fikiran aku punyalah serabut giler dengan prep presentation yang rasa banyak tak settle. Aku isitkharah pagi tu. Ilham nak pakai pun datang waktu pagi-pagi. Idea gila. Dah tu, malas nak pk, istikharahla cepat-cepat. tapi lepas istikharah, hilang pulak rasa berkobar tu yang kejap tadi ada menyala. pelik aku. fikiran kosong.

tak rasa apa-apa. dah lepas solat, aku tunggu-tunggu jugak respon dari Dia. Dalam masa tu, aku ikut je rasa gerak ati..and gerak hati aku nak baca quran surah mukminun. aku pun perhatikan la kot ada petunjuk-petunjuk yang bersangkut paut. takdela sangat. aku habiskan je la baca terjemahan satu surah mukminun tu. nak bagi puas hati. malas nak baca sekerat-sekerat jalan. cerita tak habis.

then, rasa macam tertarik dengan satu ayat ni Allah kata, ikutlah agama nenek moyangmu ibrahim, pastu aku macam tergerak nak tau, niqab ni zaman nabi ibrahim dah ada lagi ke? aku pun ape lagi, pergi r search. n terus dapat jawapan. dari kitab genesis yang katanya perempuan zaman tu memang perkara biasa pakai niqab. - penutup muka. lagi-lagi maryam ibu nabi Isa a.s.

aku klik link-link lain yang berkaitan n terus jumpa satu link video ni kat utube. The Niqab in Islam. panjang syarah sheikh tu. mau ada sejam. aku ikut dengar je la.

dah lama lepas tu, sambil dengar sambil gosok baju, gosok tudung, belasah sekali r gosokkan niqab kot2 la tergerak hati nak pakai ke. tapi cenderungan yang kuat takde la sangat-sangat. tapi bila lepas dengar ceramah sheikh tu, aku pertimbang-timbangkan la. pastu aku cuba kaitkan dengan ayat-ayat quran yang aku jumpa hari ni. satu ayat tu aku ada terbaca surah mukmiun. Allah kata orang yang takut tu, antara sifatnya yang menyegerakan kebaikan.

[57] Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada
(kemurkaan) Tuhan mereka;
[58]Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
[59]Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan Tuhan
mereka;
[60]Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
[61]Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Bila aku dengar sheikh tu cakap, pakai niqab tu sunat. buat dapat pahala, tak buat tak dosa. so kira benda tu baikla kan. fikir-fikir, buat je la..rugi apa..dah simpan lama dah. nak takut ape lagi? adus. susah tak susah tu berperang dengan diri sendiri. nak pakai ke tak. nak pakai ke tak. pakai je la. bukan dosa pun.. ish ape la masalah nya nak buat benda baik ni. apsal r susah sangat.well itu r namanya mujahadah, cik qurratul. dah2, pakai je! full stop. baca bismillah, pejam mata, pejam hati n chaloo..

time paling mencabar giler time aku serabut kepala dengan prep, da pk, cabut je r niqab ni. kang org pandang rendah lak. tapi again, benda yang mencabar ni la yang patut aku tempuh. mana ada benda kat dunia ni yang xde susah pada permulaan.

tapi lepas aku buat selamba je keluar pakai. ok je. takde apa2 pelik pun. so far hari ni, semua berinteraksi dengan aku baik-baik sekali. takde yang pandang pelik or jauhkan diri ke. tapi tuk untuk hari ni la. tak tau la hari-hari esok camne. tapi aku percaya, orang canada ni terbuka mindanya. mungkin pada pemikiran mereka, 'lantak ko r nak buat apa, asal ko xkacau hidup aku sudah.'

memang dah termaktub dalam piagam undang-undang mereka pasal hak asasi manusia.

Everyone has the fundamental FREEDOMS.
1/ freedom of consciene and religion,
2/ freedom of thought, belief, opinion and expression, including freedom of the press
etc...

I am FREE to believe what I want to believe and I am free to express on what I believe as long I'm not violating other people's right.
yup. sungguhpun kelihatan tegarnya aku, aku ada rasa takut. takut kalau orang pandang rendah niqab tu sebab kelemahan aku sendiri. tapi sampai bila nak takut? manusia memang semua ada kelemahan. mana ada manusia yang sempurna. the only thing that we can do is try keep on improving ourselves. sebab Allah kan Maha Mengetahui. Dia tau apa kemampuan kita. Dia tau apa kekurangan kita. apa yang kurang tu , mintaklah Allah tolong coverkan.

Yang penting, YAKIN.

sebab tu la dengan atas langkah ni, aku kena usaha jauh lagi kuat dari biasa. bukan lagi insan yang hanya meratap lemah. tapi simboliknya ke arah anjakan peribadi.

well, benda ni terletak pada PILIHAN individu. aku rasa aku dah cukup terang lagikan bersuluh, segala dalil-dalil tentang hukum pemakaian niqab ni. dah jelas. so, up to me to choose and decide on which sounds appeal and strong to me based on my own understanding not other people's understanding. What I know and what I understand, will never be the same as what others might know and understand.

So berdiri atas keputusan sendiri la.

aku mungkin tak mampu mengubah suasana. tapi aku mampu mengubah diri. aku mahu lakukan apa yang termampu dan sedaya yang boleh dilakukan. sebab? Allah menyaksikan. dan dan Allah nak tengok amal siapa yang terbaik. Bukan bermakna niqab itu segala-galanya baik dan tiada celanya. Baik dan buruknya bergantung pada hati. Celanya tetap ada walau dimana-mana. Kerana adanya cela itulah harunya jadi lebih awas dan berhati-hati. Tapi cela itu juga mampu di atasi bukan saja bermula dari dalam ke luar, tapi pengaruh luar kepada dalam juga boleh terjadi.

Dunia ni tempat perlumbaan.
Dunia ni tempat perniagaan.
Tempat ujian.
Tempat untuk beriman pada Allah dan rasul.
Perlumbaan dalam mengerjakan kebaikan.

Nak berlumba masuk syurga, berlumba nak redha Allah, berlumba hati siapa paling suci iaitu hati yang paling bertaqwa di sisi-Nya. Siapa antara kita yang dipandang olehnya.

Yang dihakimi bukan aku yang berniqab, bukan dia yang berjubah, bukan pakaian itu yang dinilai. tetapi HATI. dan ku kira demi memperhalusi untuk menjaga hati, aku pilih langkah ini...
sebaik-baik pakaian itu bukanlah fizikalnya.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk
menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah
yang baik.”
(QS.4 :26)
Apa itu yang dikatakan TAQWA?
Ada satu artikel ni kupas pada benda ni.

Moga Allah tetapkan hatiku pada jalan yang diredhai-Nya.
Ameen.


Wallahu'alam. Wallahu musta'an.

Love your heart =)

Some facts about fear:

Fear only lives in the past and in the future, not in the present. Fear runs from positive thoughts and deep breathing.


Qurratul,

the next time you are in a place of fear

take some deep breathes and ask yourself,

"Am I in the present moment?"


Then think of three things you are most grateful for in the here and now.

Not only will this little exercise pull you into the present moment,
but it will make you feel good too. BONUS!!

Here's too fearless living, Qurratul!

You can be fearless, because I believe in YOU!!


Love,

*Your Heart*

Ahad, Februari 21

Living consciously

just because our minds don’t immediately know how we will accomplish something, it doesn’t mean it is impossible.
Living consciously :
It is about analyzing and evaluating my choices, behaviors and habits so that I understand why I am steering my life in the direction it is heading. This is in stark contrast to being on autopilot, a state I was in for a number of years.

Jumaat, Februari 19

BELIEVE your DREAM is POSSIBLE

I personally remember a time when I truly believed that I would grow up to be a famous tennis player competing on the world stage. As I grew older, this dream changed to being a critically-acclaimed movie director. Somewhere along the line, though, this dream faded and for a long time I never properly replaced it.

For some reason, I stopped dreaming. Actually that is not quite accurate- I never stopped dreaming, it is just I stopped believing my dreams were possible.
-Peter Clement

Rabu, Februari 17

Feeling Away

This is exactly what I feel at the moment.

O Allah please hold my hand tightly
as I feel away and away from You

Every time I open my eyes,
I hope YOU still in my heart
I want You to be in my heart always and ever
But surely that not easy
as the place of dunya that full of attractions and leisure

Don't let me fall in love with dunya
indeed nothing can impress me in this world
other than your love for me

***
yang dicari kian hilang
yang hilang kian menyepi
yang menyepi kian meninggi

Allahu Rabbi
mahukan yang kudus terus mendiami hati
untuk aku terus tegar berdiri
dalam arus ilusi
*feel like I wanna run!*
*_*


sayap iman

hari demi hari
kurasakan imanku makin merosot
bayangan-bayang ideal mula timbul
suasana yang aku idamkan
suasana yang aku bencikan

terasa masihkah wajar ku di sini?

ah jiwa ini meronta
kadangkala rasa terumbang ambing
walau kutau hanya Dia tempat mengadu
namun kadangkala
terasa ku perlu ruang lain menyatakan belenggu
dan ku pasti Dia Maha Mendengar
walau cara apa pun aku perguna

***
syukur yang perlu kupanjatkan
jangan melihat apa yang tiada
tapi melihat apa yang ada
berpaksi mata hati
berpasak iman bertunjangkan Ilahi

***
arus makin deras menarikku
untuk ikut sama dalam aliran
mahu saja ku berdiri di tengahnya
tidak mahu berganjak walau sedikit
namun tetap arus itu punya tempias

sedikit demi sedikit
waktu demi waktu
aku makin terhakis

jangan sampai waktunya
aku hilang dalam bayang
jangan sampai waktunya
aku mula terbang melayang
jangan sampai waktunya
aku jatuh meninggalkan bayang

sedih di hati
hanya Dia mengerti
lubuk hatiku
terasa tidak mampu mengota janji
sedayanya hatiku
aku tidak mahu imanku pudar dalam arus duniawi

bukan.
bukan mereka
tetapi aku
bukan mereka
tetapi aku..
lemahnya sendiri

ada saat
aku lebih rela hidup tanpa arus
tapi itu tidak mungkin
kerana arus itu sentiasa ada.

***
ah kenapa harus berasa lemah
bukankah aku yang patut mencipta arus
mencipta suasana yang ku damba

bukan aku yang patut menurut 'arus'
tapi aku yang perlu menuntun arus

***
setiap detik kumohon pada-Mu

ya Tuhan ...
selamatkan aku dari bencana duniawi
ya Tuhan ...
selamatkan aku dari menjadi hamba yang lalai
ya Tuhan...
selamatkan aku dari terus menerus tergolong dalam kelompok yang rugi

apakah aku tak punya pilihan ?

ku mohon keteguhan hati
membina sayap peribadi
mencari sayap meneguhkan diri
demi imanku
untuk Ilahi

Look as a leader!

By becoming someone who gets to the point
you’ll be more productive and people will look to you as a leader.

Selasa, Februari 16

Happy people

The happiest people don't necessarily have the best of everything;
They just
make the best Of everything they have.

Jumaat, Februari 12

If The Prophet Mohammad P.B.U.H. were Among Us

Subhanallah MasyaAllah... I hope I can direct such as this program in my country one day! Insha Allah..

Rabu, Februari 10

menunggu-Mu

kian hari kumenunggu jawapan dari-Nya

aku sering bertanya pada Dia
apakah yang terbaik di saat ini?
naluri hati sentiasa terduga
apakah yang terbaik untukku ?
bertanya kembali pada diriku
benarkah itu yang terbaik untuk Dia?
aku bertanya lagi dan terus tertanya
apa yang harus ku laku untuk-Mu?

ya Tuhanku
Tunjukkan padaku jalannya.

jangan biar aku keliru
dalam diriku cuba mencapai restu-Mu
untuk hidupku yang sekelian waktunya

hidupku yang hanya sedetik cuma
yang ku mahu
hanyalah yang terbaik buat diriku untuk-Mu

Duhai pemilik hati yang mencipta segala rasa
aku menunggu jawapan dari-Mu
dalam erti ku menduga seribu bicara
segala yang menyelinap di dalam kalbu
yang tersingkap dari lena itu
apakah itu petanda dari Mu ?
dalam mimpi
dalam maya
dalam nyata


aku terus bertanya
dan ku pasti suatu hari akan terjawab akhirnya
persoalan yang menduga rasa
detik masa yang menghimpit jiwa
ku biar segala kemelut jiwa
melebarkan sayap terbang merata
mencari bayang yang mampu meresap jiwa
kembali pada-Nya jua

jangan biar ku menduga dalam celaru
kelirunya aku

tak mahu dibiar hitamnya noda
merosak segenap jiwa
menyelubung gemilang cahaya
tidak mahu dibiar jiwa kaku meraja
dalam senggang dalam sukar dalam alpa
air suci itu mensucikan jiwa
ketenangan kembali menjelma
menggugurkan segala dosa

dalam bayang
dalam rasa
dalam jiwa
jiwa itu tenang pada kebaikan

sungguh beruntunglah mereka yang mensucikan jiwanya
merugilah yang mengotorinya [91:9-10]

Wallahu'alam
Wallahumusta'an

Madison Ave
Jumaat
220110
22:44

Crazy moment of thinking

inspiration! stay warm! stay cool!

Dear Qurratulain Dear myself, Dear Diary.. Dear Allah..
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. My hearts start to beat better now.

ada je terfikir, is this what I really want to do in my life?

What I want in my life? of course other than seeking and gaining Allah's bless. I'am thinking of how I want to shape my life with what I want, what is needed, what is important..




yeah..of course seeking of knowledge is essential indeed. I'm not denying that.

but..

going to lecture, tutorial, have tonnes of reading, assignments and essay to work on.

how I may stay with this life in the next couple of years??

if I dont acknowledge and recognize and say to myself.

This is what I want to do. and this will be my way..

searchin for which road to take in this life, is indeed really critical.

i used to think, supposed i be here? What I mean is supposed I studying at University of Toronto, in Canada, studying history, politics, economics, psychology and so on

is this what I want to do in my life?

I don't know. I just follow what Allah shows me and trusting the decision that I ever make is also with His will, therefore I am here.

fuhh..

self-crisis I would say.!
in a way getting twenty..
while the need in determining my way of life..conducting my own way of this precious life..
Determining what is IMPORTANT to me and also to other people, and what is not.
how important of this thing over something.
How a decision and action that I make today might affect what is tommorow.
day by day..somehow this question trigger me day by day.


I also thinking, will i stop doing what I want to do because of my fear of failure? why should let that fear stop you from doing things that you want to do in life. The chances are always once. I knew this life if we dont grab the opportunity now, perhaps we will miss it and never see it anymore in future.

But by thinking of this, also give me somehow a problem which I afraid of losing the chance. I always see the chance to do all the good things until I found myself somehow pre-occupied and need to consider which is much important to me. But then, I realize there are something can wait and there are something that will never have the second chance. Just like to think, at least if I die, how can the deed I did today may bring me to pass the sirotul mustaqim or at least help me in akhirat..

when thinking this, keeping balance of choices that I have to make day by day, make me realize and always want to realize and keep on making my goal of akhirat and jannah the most important thing in a decision. not even neglecting what I 'supposed' to do, but just try to turn on the other side that I need to be aware of. How busy am I, I should not make my eyes blind what happening around me. what if I die today, what have I done as a bekal (preparation) for my kampung akhirat?? I this deed can somehow give a guarantee and help me out when the day of judgement occured?


Thinking of this, really make my decision become more wise than before. Not only thinking the benefit of this world for the future but thinking of something that I believe is certain.

itulah hakikat IMAN.

kadang2 selalu terlupa je pasal rukun iman, apa yang patut diimani, n apa yang kita berimankan. the very basic thing indeed really crucial.

well somehow this morning I am thinking and pondering of something else too.

Hm...
why I always get low mark?

I knew I work hard but but hardwork in university i really a waste if it is not efficient and productive.

What is efficient?

Tell me what is efficient? I knew what that's word mean but I cant pun my words better that what I'm thinking in my head.

ahha. what I'm ranting.

okay this not really my point here. my point is, I want to say that I'm thinking all the way to campus

hmm..maybe one of the factor is because I dont really engage with all those subjects. I do feel it is important of my course - (social science, international relations) but I don't feel so connected. What should I do? Maybe I found it is not really pick my interest much. Yeah..learning about something that so abroad. Oh..if I'm not that interest maybe I should do something else..

erm..maybe if let say anything happen, i just go back my country and study about my religion deeper..aha.i used to think just went to pondok2. jadi budak pondok..I am always find myself interested with religion..

BUT..

hey come on..why u need to feel give up so early?

you are already here.
and you have choose your way here.

why you still keep thinking

oh..maybe i should accept my DQ(darul quran) offer last two years..
and be what i want to be..huffaz the whole quran and the be something something..

neh. remember this is such a ridiculous thought that setan really want to bother u.

come one. remember this one hadis rasulullah not encouraged to use the word 'maybe' with something that had past.

why when you find your life getting harder and you feel you want to run away. in fact, those kind of thing will never make you any better.


just now I have appointment at writing centre. express myself, address my problems in getting started working on ESSAYS.

and when I get to talk with her, I found like. .WOW..

I getting interested to know more about this world, about history, about politics ..I can see how important and crucial for me to really study and work harder on this course.

When she start to brainstorm some ideas that I should consider and look upon. For example some of the questions that related to my research on an analysis the significance of a major peace treaty to international systems.

She start giving me some questions. Brain storiming. I chose treaty of versailles.

and here some question that have change my passion and I found myself getting more interested to know and seek the answer!








Try to think of how the process of the treaty in making?
you can try see the world map and look what happen before 1919 and after 1919
how all those territories and the other part of the world was divided ?
how the treaty change the world ?
how world being divided.
for example,
might be you can see whether there is change in ur country,
Malaysia before 1919 and after 1919.
who has the power?
Why they want to divide the world with that certain way?
You can look on europe and maybe can ask ur TA which should be focus on. Either on europe or you can also include other part of the world.

For example, before 1919 ottoman empire the territory is almost the east part. but what happen after 1919. how this treaty has changed the world. See what has comfe from this treaty that make some country exist for today.

memang superb ah..

bila dia sebut pasal ottoman empire. uish..ISK..berdegup kencang plak ati aku dengar. sure r aku nak tau..

so, to conclude my point, erm.kadang2 kita nak je something. tapi kita jumpa benda lain. kita tak tau benda tu kita minat ke tak. tapi kita tak reject mentah2 n tak jugak ikut rasa nak buat benda yg kita nak buat je. kita ikut apa peluang yg kita dapat. makanya, nak kata, explore la peluang2 yg ada. jgn biar peluang yg ada tu tertutup dek kerana kita rasa mungkin kita patut jadi apa yg kita betul2 nak jadi..sebab..kita tak tau apa yang terbaik tuk kita. at the end of the day, sbnrnya kita tak tau pun apa yg kita tak minat tu sbnrnya benda tu jauh lagi baik n suit dgn hati kita yg sebenar-benarnya..

sbb juz sharing ape yg ku rasa. aku ada je terpk,,mcm..ape aku nak buat belajar benda2 ni. nanti nak keje ape. tak nampak bayang2..dah tu belajar benda2 ni apa yg aku bleh dpt n sumbangkan..


but at last, aku dapat satu pahaman..ko xya risau2 nanti nak jadi ape, in future tu kita bukan tau. n tak bleh nak plan pun future camne. apa yg penting skang, belajar je benda yg rasa2 boleh bg manfaat to make a difference in future. faham sejarah. learnt the lesson. belajar politik, tgk cara org tadbir negara. belajar psycho, tengok camne kesan pemikiran ke atas tindakan seseorang, tgk camne cara org berfikir dipengaruhi dgn faktor2 yg ada. belajar ekonomi..? hmm.aku still tgh cari passion kenapa aku kena belajar ekonomi. even kelas ekonomi la paling aku lemah. haprak tak paham. tapi subjek ni plak yg aku skor. ajaib betol . teringat aku masa sekolah rendah dlu..kelas ustazah hasbiah. ajar bahasa arab. bukan aku paham sangat apa dia ajar lagi2 ajar macam garang je. tapi kelas dia ar aku skor. hmm..ada kaitan dgn berkat tak? tapi kelas econ tak nampak pun..kelas politik, maunya aku cuba struggle nak paham tapi exam kantoi gak. -_-

teringat pasal semalam. semalam dalam tekanan jiwa, aku rasa jiwa aku mula bebas, bila satu persatu blog-blog aku singgah mencari kekuatan dalaman. dari blog awin, ke blog kak tiqah, ke blog adik dia, then ke blog hilal asyraf, ..ada blog2 lain jugak. ada saja mesej2 yg tersirat yang aku pelajari. satu benda yg aku suka, aku sangat suka akan peringatan. suka nak dekat dengan orang2 yang Ingat Tuhan, ingatkan pasal Alam akhirat ingatkan balik apa yang kekal. baru aku tersedar, aku sekarang ni dalam ujian. sume benda yg susah2, n rasa berat, payah, perit...ha ni r namanye ujian! ayoyo..camne r bleh terlupa. bila da teringat, dapat pulak ayat2 pengasih..teringat pasal tarbiyah..huhu...

lately, after secra telusnya buat curahan hati dengan semut2, aku terasa mcm..ntahla. mcm2 perasaan yg best aku dapat. seronok bc cerita semut2 yg jugak berkongsi rasa. memang berkongsi rasa tu signifikan sangat. bercakap dgn org, dari hati..sungguh mengesankan jiwa. nangis je bila baca. tersentuh. TT_TT..sebut pasal nangis, teringat post hilal asyraf pasal menangis kerana Allah. betul2 satu peringatan. entah bila r aku last nangis2 kerana Allah. takut amalan tak ckup. rasa diri hina. huu..selalu tak terasa pun diri ni hamba giler2. rasa biasa2. mungkin hanyut ngan dunia tak ingat kampung akhirat.

terpukul gak baca kisah2 sahabat. Alangkan rasulullah yg maksum, suci giler xde dosa tu pun MENANGIS. kita spe nak bandingkan dgn rasululah?? ckp sket.. kita ni siapa???

dosa bertimbun menggunung kott. kalau tak sedar diri lagi, tak tau la. tapi terasa insaf kejap. harap insaf ni, mengesankan jiwa pastu membuahkan amal n tindakan. tak hilang n lupa camtu je. sbbtu perluny peringatan. mmg peringatan tu betul2 bermanfaat bagi org beriman. sbb tu kena kuatkan diri utk sama2 kuatkan org lain jgk. suke r post hilal pasal cinta gak. ntah camne bleh terbaca. now baru paham skop bercinta dalam islam. oh sungguh sweet. kita sayang dia, nak bawak dia masuk syurga sama2 dgn kita. cinta kita cinta yang suci. sampai boleh tembus nak bawak ke pintu gerbang syurga. kalau kita tau kita nak cinta yg suci tu, mestila kita nak pelihara cinta kita tu dari ternoda..tak nak ade kotor2 n daki y melekat. by jauhi apa yg terlarang oleh Allah.

bila direnungkan dgn mendalam, baru dapat mesej dia. rupanya saya pernah jatuh cinta..rasa nak n sayang org tu smp nak selamatkan dia n tunjuk jalan yg boleh bawak kita ke syurga..sblum ni tak sedar yg itu dinamakan cinta.

hmm..bila paham, memang cinta tu best la. bagi power. baru faham kenapa ada fitrah cinta tu. kalau bukan sebab cinta, kita tak rasa nak dekat dgn org tu. kalau bkn sebab cinta, kita mungkin tak hirau pun pasal org tu. tapi bila teringat org tu n nak dia sama2 ngan kita sama2 nak pegi syurga, baru kita hirau n kongsi apa2 je yg kita rasa dpt smpaikan kita dgn dia ke syurga. indah nya..so sweet babeh. i like it.thanks Allah for give me something precious and worth to think about n feel in.



aku ada gak dalam jalan2 terpk..

how can we run from doin mistake again and again?

manusia tu mmg xbleh larikan diri dari buat silap. mesti ada je silap dia kat mana2. tapi org kata, as long we learnt, and not keep the same mistake. but what about if we tend to keep on doing the same thing again and again?

soalan retoric..

ok..my pen should off.

tak larat da nak meluah rasa..
shud start working on my research..

to my dear buddies..
do keep praying for me ya..
love u all for the sake of Him..

ma'assalam.

Selasa, Februari 9

Brilliant ideas and ACTIONs

Ideas are important, but they’re only valuable after they’ve been implemented. One average idea that’s been put into action is more valuable than a dozen brilliant ideas that you’re saving for “some other day” or the “right opportunity”. If you have an idea the you really believe in, do something about it. Unless you take action it will never go anywhere.

tekanan jiwa ...

Dear Diary,
Dear Allah..

tadi aku mcm ada tekanan jiwa. entah. fikiran berkecamuk. rasa macam hopeless kejap. lagi-lagi bila dapat tau result psycho yg keluar tu aku dapat 28/60 = 46% yg weightage dia 30%.

aku bgtau akak. akak kata, tu fail namanya.

ohh fail..

ku semangat.. -_-

bergetar hati fikir apa akan jadi nanti seandai kalau aku tak dapat result minima n yg mcm jpa nak n bagi lepas syarat khas yang jpa kenakan, camne?. apa akan jadi? tetiba rasa otak semak. tengok balik surat perjanjian. ahh. kenapa? kenapa aku takut sangat ni? kenapa risau sangat pasal ni? apa risau aku boleh buat? tak guna la weh. tapi apa air mata aku boleh buat? walaupun air mata tak boleh buat apa2 tapi tetap air mata tu cuba bagi aku sedikit kekuatan. bukanlah air mata tu berkuasa tapi yang Maha Berkuasa yang menciptakan air mata tu, memang ada tujuannya. kenapa Allah, Dia ciptakan air mata? kalau takde kesedihan atau takde kegembiraan untuk diraikan?

jadi memang itulah fitrah manusia. ada masa dia gembira. ada masa dia sedih. ada masa dia tenang. ada masa dia serabut. ada masa iman dia membara. ada masa iman dia kuncup.

aku pun tak tau ar. selalu je terpk, selalu jugak tertanya..apa aku dah buat? what have you done, Qur?

tak guna jugak nak hukum atau salahkan diri saja. sebab lagi fikir kelemahan diri, lagi rasa lemahnya. aku tau depan Allah, aku memang hamba yang lemah. tapi as in manusia yang Allah dah ciptakan dengan sebaik-baik ciptaan, sebaik-baik kejadian, AKU yang Allah dah LANTIK untuk jadi MANUSIA, jadi KHALIFAH, dan bukannya kejadian lain, macam lembu ke atau kerbau, ayam..patut tak boleh rasa lemah.

"..dan jangan kamu berasa lemah dan jangan bersedih kerana kamu adalah yang tertinggi, sekiranya kamu beriman.."
[Ali-Imran ; 139]

setan je sume tu!
saje nak kacau aku. ah pegi belah r ko setan. gi main jauh2!!

aku tak nak teman setan dalam neraka. tak nak! tak nak!
tau tak nak. tapi buat setan tu jadi kawan. apekah? tak nak kawan setan lagi. tak nak!!

nauzubillahi minassyaitonirrajim..

risau,takut, serabut, semak, pesimis

nyahlah kau..

selamat datang

cik

cool,optimis, positif, ketenangan, kedamaian, ketenteraman, kebahagiaan dan CINTA

xpe r. life is learning process. the result indicates something that I need to work on. sejauh mana aku boleh cuba nak usaha, aku pun tak tau. tapi aku cuba nak buat yang terbaik untuk hidup aku.

memang banyak benda bertembung, ada je benda yang macam memanggil-manggil perhatian aku. hard for me to say 'no'. aku terfikir, yes, aku patut utamakan studi, aku patut lebih tumpukan bnyk masa pada studi tapi sebenarnya bukan masa yang banyak tu sebenarnya yang jadi persoalan tapi soal 'keberkatan' waktu keoptimaan masa yang aku guna untuk studi. hidup kat dunia ni, bukan hanya utk studi sahaja. ada jugak tanggungjawab lain. aku tau, ada risiko disebalik action aku. tapi dalam hidup takde benda yang dapat bagi jaminan. aku cuma terfikir, kalau aku mati, apa yg aku dah sumbangkan kat dunia ni, apa yang aku dah cuba buat utk manusia lain? sejauh mana dah aku usaha?

urusan dunia memang tak akan habis. saatnya bila ada matlamat untuk akhirat, mengejar apa yang pasti bagi aku pulangan di alam sana, aku tau itu lebih baik. hidup kat dunia ni sebenarnya hanya utk cari BEKAL bagi hidup kat akhirat nanti.kena manfaatkan sebaik mungkin. at the end, sampai masa nyawa Allah tarik. Allah bagi hidup, bagi ujian, nak tengok sape beriman, sapa yang terbaik amal antara semua. ~>Al-Mulk:2-

Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan". Ad-Dhuha 93:4
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun. (Annisa' : 77)
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik.{isra:19)

Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya di antara penduduk negeri. Maka tidakkah mereka bepergian di muka bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul) dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya? (yusuf : 109)
Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebagian dari mereka atas sebagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya. (isra':21)
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (An-An'am:32)
Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? (Al-Qasas :60)
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An-nahlu:96)
Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa. (An-Nahlu:30)


bila fikir pasal akhirat, baru hati aku reda. tenang kembali. semuanya pulangkan kat Allah. Allah Maha Tahu apa yang aku lalui, apa dalam hati aku, apa yang aku usaha. manusia menilai hasilnya, tapi Allah tak. Allah nak tengok usaha je. so ape lagi, usahalah. usaha n usaha.

jadi nape nak takut? why and what should be afraid of? bak kata julia, why you should be afraif of something that did not happen yet? belum terjadi pun. bleh je usaha lagi, lagi n lagi. yes Qurratul! kenapa nak takut? Allah super power ada.

segala bayangan tu, at the end, in future, kat tangan n kuasa Allah jugak nak jadi. even kalau terjadi apa2 pun, you still have Him to rely on. remember? dari tak dapat fly, bleh fly pastu. even surat rayuan yg first mentah2 da bagi surat reject. tapi. .rayu kat Allah lagi. usahakan lagi. rayuan kedua tak semena-mena, keputusan berubah. ntah sape r lembutkan hati org2 tu kan? ha keje sape tu?

so, the point is, PASAKKAN KEYAKINANmu pada DIA. trust Him! bersangka baik dengan Allah. sangka yang baik2 je tau! jgn yg buruk. buruk2 tu kena selalu reflect, refresh n delete. Allah tu kan menurut persangkaan hamba-Nya.

Ingatlah akan nikmat-Ku yang Telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku[42], niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan Hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk).(Q.S al-baqarah:40)

buat apa Allah suruh. tunai apa yang dah ko janjikan kat Allah. penuhi hak Allah! the rest, Allah akan bagi settle. you dont have to worry. yes, indeed human can't run from it, but remember setan pun tgh kuat bekerja nak bagi askar2 dia ramai teman dia sama2 kat neraka t. dia tu cukup la alim, cmpur licik nak perdayakan anak adam yg lemah lembik n yg jenis leka2 lalai2 nih. kalau setan yg tau kompem nanti masuk neraka keje kuat giler2 nak sesatkan anak adam tanpa ada kenal erti putus asa, jemu, penat, patut jugak belajar dari setan yg aku pun kene kuat keje giler2,usaha, usaha n usaha. mana boleh kalah dengan setan.


tak nak jadi org yg rugi!

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(QS. ‘Ashr :1-3)


no more excuse, Q!

"kalau awk lembik2, lagi lambat la islam nak naik.."

jalan taqwa atau jalan fujur
islam ke jahiliyah..
A atau B..

bak kata, tareq suwaidan..

life is a collection of your decision.

my life, my decision, my choice

awak nak islam ke tak nak neh? (pinjam ayat awin)

change attitude and get started!

Insha Allah, I will find my way!

layan..
Insha Allah - God Willing


video