Isnin, Februari 22

hasrat yang terpendam ...

Bismillah.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Hari ni aku mengorak langkah baru. Langkah yang tegar. Simbolik hati meneruskan kembali perjuangan menimba ilmu di bumi bertuah ini. (setelah seminggu reading week).

hari ni pertama kali aku pakai niqab ke universiti. (finally..alhamdulillah. hasrat hati tercapai. sekuat manakah? selama manakah? Wallahu'alam. bermula dari perubahan hati yang tulus mencari yang hakiki. cuba meluruskan hati. menjernihkan hati. dan langkah ini yang ku kira terbaik buat aku. secara tepat utk dikatakan, untuk 'living consciously'.). This 100% MY CHOICE. I choose to wear it. I decide to wear it. Wearing niqab.

hasrat lama yang terpendam. dan kini aku merealisasikannya. yes. no joke. no dreaming. I'm acting on it. nothing impossible. pakai purdah kat canada? awak ni biar betul? boleh ke? nanti orang cop terorrist kang camne? nak pakai tu kat negara-negara arab nun bleh r. kenapa tak kat mesir ke? (sebab dah aku xbelajar kat mesir).well, hidayah Allah tu berada dimana-mana. siapa kata pergi negara barat kita tak boleh berubah ke arah yang lebih baik? (takde sape kata pun..)

aku harap simboliknya niqab ni, meniqabkan jugak hati aku. mensucikan hati aku yang selalu kotor ternoda. simbolik yang jugak menjauhkan diri aku dari sarang jahiliyah. niqab ni jugak yang akan peringatkan aku, ikhlaskan setiap tanduk aku hanya kerana Dia. ingatkan aku jugak untuk pelihara akhlak. sebab berat amanah membawa imej islam. jangan sampai jadi fitnah pada D & T. masha Allah nauzubillahi min zalik.

insha Allah, dengan niqab ni jugak, menguatkan aku untuk melangkah lagi jauh. satu ujian dah lepas. ujian apakah? 'fear within myself'.

terlalu signifikan untuk aku celotehkan semuanya di sebalik niqab ini. (nak kira logik, apalah yang ada di sebalik penutupan wajah? tapi simboliknya kuat mengakar kepada hati. dan apakah aku akan terus TEGAR memakainya? insha Allah, andai tiada perkara yang darurat menghalang. keputusan muktamad aku kira. bermulalah perjuangan aku kini bermujahadah dengan nafas yang baru. ya. nafas yang baru. setelah lama bergelut dalam selut.

aku tak bajet seawal ni gerak langkah aku. aku bajet plan nak berubah summer nanti, ('sume2' bajet nak buat time summer..)tapi perancangan Allah tu memang tak pernah terjangka. hati entah semena tergerak. tanpa rasa membuak-buak dan berkobar, langkah dimulakan dengan secara selambanya. tanpa angin, tanpa awan. tanpa menunggu lagi untuk 'kuat'. malah cuba struggle membina diri untuk kuat. tapi tujuan pakai bukan sebab nak kuat. tujuan pakai yang telusnya, sukar untuk aku perkatakan. biarlah Dia yang menghakimi.

sebenarnya diri ni terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan. apakah betah untuk aku memakainya? risau pun ada. tapi apa perlu risau dalam urusan kebaikan?(pelik tak pelik..setan mmg suka bagi hati musykil =o).tapi, sebab ada kelemahan tu la harus diusaha membaiki ke arah lebih baik. sebab ada kelemahan tu la patutnya bertindak. bukan hold me back. dah2..benda baik tu kalau nak buat, buat je la. fikir panjang
-panjang, setan pun mula bertandang. niat baik, niat betul, bismillah jalan..


Alkisahnya untuk hari ni, mula-mula sebelum nak keluar rumah, fikiran aku punyalah serabut giler dengan prep presentation yang rasa banyak tak settle. Aku isitkharah pagi tu. Ilham nak pakai pun datang waktu pagi-pagi. Idea gila. Dah tu, malas nak pk, istikharahla cepat-cepat. tapi lepas istikharah, hilang pulak rasa berkobar tu yang kejap tadi ada menyala. pelik aku. fikiran kosong.

tak rasa apa-apa. dah lepas solat, aku tunggu-tunggu jugak respon dari Dia. Dalam masa tu, aku ikut je rasa gerak ati..and gerak hati aku nak baca quran surah mukminun. aku pun perhatikan la kot ada petunjuk-petunjuk yang bersangkut paut. takdela sangat. aku habiskan je la baca terjemahan satu surah mukminun tu. nak bagi puas hati. malas nak baca sekerat-sekerat jalan. cerita tak habis.

then, rasa macam tertarik dengan satu ayat ni Allah kata, ikutlah agama nenek moyangmu ibrahim, pastu aku macam tergerak nak tau, niqab ni zaman nabi ibrahim dah ada lagi ke? aku pun ape lagi, pergi r search. n terus dapat jawapan. dari kitab genesis yang katanya perempuan zaman tu memang perkara biasa pakai niqab. - penutup muka. lagi-lagi maryam ibu nabi Isa a.s.

aku klik link-link lain yang berkaitan n terus jumpa satu link video ni kat utube. The Niqab in Islam. panjang syarah sheikh tu. mau ada sejam. aku ikut dengar je la.

dah lama lepas tu, sambil dengar sambil gosok baju, gosok tudung, belasah sekali r gosokkan niqab kot2 la tergerak hati nak pakai ke. tapi cenderungan yang kuat takde la sangat-sangat. tapi bila lepas dengar ceramah sheikh tu, aku pertimbang-timbangkan la. pastu aku cuba kaitkan dengan ayat-ayat quran yang aku jumpa hari ni. satu ayat tu aku ada terbaca surah mukmiun. Allah kata orang yang takut tu, antara sifatnya yang menyegerakan kebaikan.

[57] Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada
(kemurkaan) Tuhan mereka;
[58]Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
[59]Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain
dengan Tuhan
mereka;
[60]Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;
[61]Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Bila aku dengar sheikh tu cakap, pakai niqab tu sunat. buat dapat pahala, tak buat tak dosa. so kira benda tu baikla kan. fikir-fikir, buat je la..rugi apa..dah simpan lama dah. nak takut ape lagi? adus. susah tak susah tu berperang dengan diri sendiri. nak pakai ke tak. nak pakai ke tak. pakai je la. bukan dosa pun.. ish ape la masalah nya nak buat benda baik ni. apsal r susah sangat.well itu r namanya mujahadah, cik qurratul. dah2, pakai je! full stop. baca bismillah, pejam mata, pejam hati n chaloo..

time paling mencabar giler time aku serabut kepala dengan prep, da pk, cabut je r niqab ni. kang org pandang rendah lak. tapi again, benda yang mencabar ni la yang patut aku tempuh. mana ada benda kat dunia ni yang xde susah pada permulaan.

tapi lepas aku buat selamba je keluar pakai. ok je. takde apa2 pelik pun. so far hari ni, semua berinteraksi dengan aku baik-baik sekali. takde yang pandang pelik or jauhkan diri ke. tapi tuk untuk hari ni la. tak tau la hari-hari esok camne. tapi aku percaya, orang canada ni terbuka mindanya. mungkin pada pemikiran mereka, 'lantak ko r nak buat apa, asal ko xkacau hidup aku sudah.'

memang dah termaktub dalam piagam undang-undang mereka pasal hak asasi manusia.

Everyone has the fundamental FREEDOMS.
1/ freedom of consciene and religion,
2/ freedom of thought, belief, opinion and expression, including freedom of the press
etc...

I am FREE to believe what I want to believe and I am free to express on what I believe as long I'm not violating other people's right.
yup. sungguhpun kelihatan tegarnya aku, aku ada rasa takut. takut kalau orang pandang rendah niqab tu sebab kelemahan aku sendiri. tapi sampai bila nak takut? manusia memang semua ada kelemahan. mana ada manusia yang sempurna. the only thing that we can do is try keep on improving ourselves. sebab Allah kan Maha Mengetahui. Dia tau apa kemampuan kita. Dia tau apa kekurangan kita. apa yang kurang tu , mintaklah Allah tolong coverkan.

Yang penting, YAKIN.

sebab tu la dengan atas langkah ni, aku kena usaha jauh lagi kuat dari biasa. bukan lagi insan yang hanya meratap lemah. tapi simboliknya ke arah anjakan peribadi.

well, benda ni terletak pada PILIHAN individu. aku rasa aku dah cukup terang lagikan bersuluh, segala dalil-dalil tentang hukum pemakaian niqab ni. dah jelas. so, up to me to choose and decide on which sounds appeal and strong to me based on my own understanding not other people's understanding. What I know and what I understand, will never be the same as what others might know and understand.

So berdiri atas keputusan sendiri la.

aku mungkin tak mampu mengubah suasana. tapi aku mampu mengubah diri. aku mahu lakukan apa yang termampu dan sedaya yang boleh dilakukan. sebab? Allah menyaksikan. dan dan Allah nak tengok amal siapa yang terbaik. Bukan bermakna niqab itu segala-galanya baik dan tiada celanya. Baik dan buruknya bergantung pada hati. Celanya tetap ada walau dimana-mana. Kerana adanya cela itulah harunya jadi lebih awas dan berhati-hati. Tapi cela itu juga mampu di atasi bukan saja bermula dari dalam ke luar, tapi pengaruh luar kepada dalam juga boleh terjadi.

Dunia ni tempat perlumbaan.
Dunia ni tempat perniagaan.
Tempat ujian.
Tempat untuk beriman pada Allah dan rasul.
Perlumbaan dalam mengerjakan kebaikan.

Nak berlumba masuk syurga, berlumba nak redha Allah, berlumba hati siapa paling suci iaitu hati yang paling bertaqwa di sisi-Nya. Siapa antara kita yang dipandang olehnya.

Yang dihakimi bukan aku yang berniqab, bukan dia yang berjubah, bukan pakaian itu yang dinilai. tetapi HATI. dan ku kira demi memperhalusi untuk menjaga hati, aku pilih langkah ini...
sebaik-baik pakaian itu bukanlah fizikalnya.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk
menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah
yang baik.”
(QS.4 :26)
Apa itu yang dikatakan TAQWA?
Ada satu artikel ni kupas pada benda ni.

Moga Allah tetapkan hatiku pada jalan yang diredhai-Nya.
Ameen.


Wallahu'alam. Wallahu musta'an.

4 ulasan:

lidey lim berkata...

alhamdulillah...
tahniah sebap akhirnya tercapai gak impian awak...
sem0ga awak istiq0mah i'allah...

✿qasru addini✿ berkata...

But don’t you see?
That I’m truly free
This piece of scarf on me
I wear so proudly
To preserve my dignity
My modesty
My integrity
So let me be
She says with a smile
I’m the one who’s free
::sami yusuf-free::

ktiqah ottawa berkata...

masyaAllah. terkesima. hu. a good post. speechless nehhh[tiru gaya awin].

Unknown berkata...

Salam ... saya baru 16 tahun . dan ambi sains tulen jek . tak dek blaja PSI , PQS . bahasa arab pun tak ambil . saya NAK sangat pakai niqob sbb nak menjaga hati sy , dan hati musimin lain takut2 terfitnah ... cuma seya beum ada kekuatan untuk beritahu ibu sy. Sy ada sorg kaa yg tinggi ilmu agama. dia tak niqob pun , dan hati die lebih bai dan insyaAllah ikhlas. Itu selalu menjadi punca sy terhenti ut btayakan pd ibu . sy takut ibu ckp apa pulak ... harap boleh beri nasihat dan kaat2 semangat dekat saya ... saya tunggu ... ( diera_lemon2301@yahoo.com )