hari demi hari
kurasakan imanku makin merosot
bayangan-bayang ideal mula timbul
suasana yang aku idamkan
suasana yang aku bencikan
terasa masihkah wajar ku di sini?
ah jiwa ini meronta
kadangkala rasa terumbang ambing
walau kutau hanya Dia tempat mengadu
namun kadangkala
terasa ku perlu ruang lain menyatakan belenggu
dan ku pasti Dia Maha Mendengar
walau cara apa pun aku perguna
***
syukur yang perlu kupanjatkan
jangan melihat apa yang tiada
tapi melihat apa yang ada
berpaksi mata hati
berpasak iman bertunjangkan Ilahi
***
arus makin deras menarikku
untuk ikut sama dalam aliran
mahu saja ku berdiri di tengahnya
tidak mahu berganjak walau sedikit
namun tetap arus itu punya tempias
sedikit demi sedikit
waktu demi waktu
aku makin terhakis
jangan sampai waktunya
aku hilang dalam bayang
jangan sampai waktunya
aku mula terbang melayang
jangan sampai waktunya
aku jatuh meninggalkan bayang
sedih di hati
hanya Dia mengerti
lubuk hatiku
terasa tidak mampu mengota janji
sedayanya hatiku
aku tidak mahu imanku pudar dalam arus duniawi
bukan.
bukan mereka
tetapi aku
bukan mereka
tetapi aku..
lemahnya sendiri
ada saat
aku lebih rela hidup tanpa arus
tapi itu tidak mungkin
kerana arus itu sentiasa ada.
***
ah kenapa harus berasa lemah
bukankah aku yang patut mencipta arus
mencipta suasana yang ku damba
bukan aku yang patut menurut 'arus'
tapi aku yang perlu menuntun arus
***
setiap detik kumohon pada-Mu
ya Tuhan ...
selamatkan aku dari bencana duniawi
ya Tuhan ...
selamatkan aku dari menjadi hamba yang lalai
ya Tuhan...
selamatkan aku dari terus menerus tergolong dalam kelompok yang rugi
apakah aku tak punya pilihan ?
ku mohon keteguhan hati
membina sayap peribadi
mencari sayap meneguhkan diri
demi imanku
untuk Ilahi
1 ulasan:
dear my lovely ukhti,
bersyukur ada nye rasa itu, bersyukur bila hati kita dijentik, nyata, Dia masih lagi beri kita peluang untuk memperbaiki diri, meneguhkan lagi hati :)
pandang segalanya dari sudut hikmah :)
take care :)
Catat Ulasan