Ahad, Ogos 17

Ini Sejarah Kita. [ISK] Bah.1

Ini Sejarah Kita! (ISK)

2hari ni aku berkampung kat masjid bangsar. Ada program nama dia ISK. }Ini Sejarah Kita. Program yang bagus. Baru tersedar, dan minda terbuka. Terasa berapi-api nak kongsi dengan orang yang takde masa tu. ntahla. aku rasa apa yang aku dapat tu, sangat2 tak ternilai. sangat2 penting, significant.

ok, tak tau nak mula dari mana. tapi aku cuba la 'muntahkan' segala isi perut yang ada aku simpan dalam memori aku. sebab masa tu, aku tak terasa sangat nak mencatat setiap benda. rasa mcam nak dengar je. malas nak catit pulak masa tu. sbb kalau tules smbil dgr rasa tak puas.

Aku rasa bersyukur, Alhamdulillah. segala puji bg Allah, sbb aku terpilih utk dgr n dapat mutiara berharga ni. Subhanallah! mungkin inilah 'kebaikan' yang Allah maksudkan. InsyaAllah.

Ini Sejarah kita.* (aku cuba buat ringkas seringkas, ringkasan. ak taknk meleret. tak nak bnyk masa 'terbuang' pdahal bnyk bnd lagi patut buat. )

Akak Firdausi dari Dublin, Ireland mulakan bicara..

Siapa kita?

mcm2 jwpn ade.

-manusia
-hamba Allah
- perempuan muslimah
-umat nabi Muhammad
-org Islam
- Rakyat Malaysia
- Orang Melayu
- generasi baru
-anak( tp xde org sebut)


pastu, akak tu tanye, mana lagi penting? Kita jadi org Melayu penting ke?

ada yang kata penting...
sbb ada hak keisitmewaan n ketuanan. dpt biasiswa..

pastu, da hangat2, n pening2 pasal status.. antara ISLAM, Melayu, Pelajar atau Pelajar, Melayu, Islam? yang mana betul?

konklusinya, sume setuju n spendapat, Islam y paling penting berbanding y lain.

Nanti kat Akhirat,
kita ni, tak dipandang Allah pun. Kita ni kat dia, sapela sangat. ape la sangat. takde tempat pun.

Allah tak pandang yang lain selain, HATI & AMAL.
Allah tak pandang kita ni, perdana menteri ke, kita ni org MElayu ke, orang arab ke, kita ni kulit putih ke, kita ni cantik manis ke, tapi dia hanya pandang HATI & AMAL.


amal kena baik, hati kena baik.

*try cari buku The Sealed Nectar - Raheeq Makhtum

pastu, masuk pasal Hadis Logam..yang dikaitkan dgn umar-alkhattab.Umar ni, tau2 je r kan dia tu masa jahiliyyah dia camne. apa dia dah buat?

-tanam anak hidup-hidup.
-bunuh orang.

senang kata- dia ni paling ganas r. n dikatakan kalau dia ni jalan kat satu lorong, setan pun takut dgn dia. Betapa nak katanya, 'aura' dia ni, mmg buat semua takut. Brutal hardcore. n smp satu tahap tu, dia da mmg beriya nak bunuh Nabi da,tapi ada orang mcm perli dia.." Alah..nak bunuh Muhamad konon, adik ko tu pun da peluk Islam". pastu dia ni, xtahan, ape agi, pergi rumah adik dia, Fatimah. tgk2 adik dia tgh baca Quran surah Toha kalau xsilap. terus hati dia cair masa tu..

1. Hadis Logam

Manusia itu logam. Barangsiapa yang terpilih semasa jahiliyyah, dia juga akan terpilih semasa Islam, sekiranya(dgn syarat) dia faham.


Maksud hadis tu, takkan hilang la ke'gah'an seseorang tu sblum dia Islam, n bila dia da masuk Islam. dgn syarat dia FAHAM. cth mcm Umar la, ganasnye dia, gahnye dia tu, Hilang ke? lps dia masuk Islam? tak. bahkan lagi bertambah hebat lagi org kagum.

Jadi, kita ni logam.

Kan ada je macam2 logam. Apa sifat logam?

-kental,
-kuat
- kukuh, ..
-mudah dibentuk,
-mengembang bila panas, mengecut bila dia sejuk? (kalau mcm tu,kita ni mengembang bila panas la..?hoho..)
- mudah lebur

Kita antara logam yang terpilih dari logam2 yang lain.
bukan mcm logam besi buruk tu. mcm logam kete kancil ke, yang tumbuk terus kemek. kita ni, logam yang kalau tumbuk, kental, kuat, tak kemek.


cuba tgk, antara semua y amik SPM kat Malaysia ni, kita yang terpilih. cuba kira,

kira2 la..ade 5000 orang yan dpt scholar dari 400,00 calon SPM 2007.

5000/400 000 x 100% = 1.25%

meaning, kita ni adalah logam y 1% terpilih. sedar x? { muqaddimah}

Islam Madinah vs Musyrikin Mekah

Perang Badar (around 300) vs 1000 lebey

org Islam Menang. Tapi perang badar dikatakan perang y paling emosional Sebab? masa tu, keadaan dia, mcm abang kena bunuh adik. adik perang dgn abang yang sedarah-sedaging. tapi, orang Islam, dah tak ngaku dah adik dia tu saudara dia. sbb dia rase, ayah dia seorang Islam. maka, orang Islam lain, sume saudara dia. y bukan Islam, bukan saudara.

*"Setan itu musuh y nyata bagi kamu."

2. FAHAM vs TAHU

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda;

"sesiapa y Allah nak bagi kebaikan, Allah akn bg kefahaman dalam Ad-din (agama). "


jgn ingat kebaikan y Allah bg tu, kita dpt kete besar, dpt isteri cantik, dpt pergi belajar oversea, no. bkan tu. tapi kebaikan y Allah nak bagi tu is, bila Allah bagi kita faham apa tu Islam.

3.Maksud islam

ISLAM tu asal maksud,

-selamat, aman, damai, makmur,

cuba bukak quran, tgk surah Baqarah ayat 131.

izqola lahu robbuhu aslim. qola aslamtu lirobbil'alamin

"Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim) ' Berserah
dirilah!' Dia menjawab, aku berserah diri kepada Tuhan Sekalian Alam.


aslim - berserah dirilah!

maksud kat sini, islam tu kena menyerah diri. apa maksud menyerah dri ni?

bila kita kata, serah diri tu kena serah diri jiwa dan raga.

faham. faqqih, maksud dier, bukanlah sampai kena terer fiqh. cuba tgk, brp ramai sahabat Nabi y bkn ahli fiqh? tgk sumayyah y sanggup mati utk Islam padahal Quran tak habes turun lagi.

so,faham agama tu bukanla maksud kita ni kena ada ilmu agama y mcm faham n terer bab2fikh. tapi kita tetap la kena tau hukum. cuma nak kata, faham agama tak bermakna, bnyk ilmu agama n tau fikh2 je. munkin kita boleh jd lebih faham dari mereka y belajar ilmu fikh.

TAHU ilmu agama n FAHAM Islam.

2perkara y berbeza.
Faham tu lebih bernilai dari tahu je.

Nak faham mcamana?
tgk ayat 179 a'araf.

" dan sungguh akan kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah ( mcm tgk kesan org dulu y da diazab) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternah, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-rang yang lengah"

kesimpulan ayat tu,

> Allah akan isi neraka dgn org y PEKAK, BISU, TULI dgn ayat Allah.
> yang tak nak faham, yang tak nak dengar peringatan, tak nak tgk kebenaran.

simple, kalau nak jadi ahli neraka, jadilah orang y PEKAK, BISU, TULI. TAK PAYAH AMIK TAU ape2 y terjadi, ape2 kat sekeliling. tak yah amik tau pasal Islam. tak payah amik tau. simple. jadilah ahli neraka.

untuk JADI ISLAM, nak masuk Syurga,
kena faham ayat Allah. kena guna pancaindera.


Faham dgn hati

mcmana nak faham ek? bahasa Arab pun kita tak faham. hmm...kena la usahakan, belajar. tak semestinye kita terer arab. tapi kita kan ada tafsir, so tu la cara dia. nak faham ayat Allah, baca la tafsir, baca terjemahan Al-Quran. fahamkan dengan HATI, bukan dengan akal.apa maksud dier? bukan faham dgn akal?

simple. contoh mcm kita belajar bio, fizik, kimia ke..biasa kita fahamkan dgn akal. ada tak kita guna hati? beza kan kalau kita baca novel. ha tgk bila kita baca novel tu kan..bila ayat dia " angin sepoi-sepoi berlalu..burng berkicau bergema di puput telinga" konon..kita kan baca dengan hati..kita 'feel' lebey sket..terasa mcm kita kat dalam citer tu..

so, mcm tu gak r bila kita baca Quran. Ayat Allah. kena baca dengan hati. bukan mcm kita baca teori fizik ke, or baca suratkhabar. faham dengan hati, bukan dengan akal.

4. Hati seketul daging.

Sebut pasal hati ni, dalam hadis ke-6 dari hadis 40.

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.



cuba tengok beza akal n hati.

kita tafsir ilmu2 sains by akal. hati pulak, kita tafsir n cenderung kpd nilai, apa tujuan hidup kita? dari mana kita datang? lepas ni apa kita nak n patut buat? peranan hati utk menyuruh akal berfikir.

dalam dunia ni ada dua jenis manusia. org sains tulen, org sains sosial. org sains ni mcm kita sedia tau y jadi engineer, doctor, saintis. org sains sosial lak mcm diplomat, lawyer, psychologist, pakar sejarah, ahli perniagaan, ..

n biasanya, dalam dunia, org sains sosial yang memimpin dunia. cuba tgk, presiden US. dia tu org sains tulen ke sains sosial? cuba tgk kuasa-kuasa besar ni kan..biasa dorang ni mem'pergunakan' org sains tulen ni..walau kita hebat buat bom pun, yang punya kuasa n kawal org2 politician sume kan..so nak katanya, bg orang sains tulen ni, kena sedar. jgn biar smp 'diperalatkan'. \

try bkk Quran,tgk surah 35 ayat 43

35:43



to be continue...

Tiada ulasan: