Sabtu, Ogos 9

Kenapa biar diri ditipu lagi?!



Saya ni bodohla. Asyik kena tipu je! KENAPA ye? Kenapa saya asyik kena tipu je? Kadang2 tu kan..saya pun tak sedar saya kena tipu.

Bila saya dah sedar, memang saya dah ditipu. Dia tipu saya. Saya ingat saya buat baik. Dia tipu saya, saya ingat saya di jalan yang betul. Dia tipu saya, saya ingat saya makin bagus. Dia tipu! Saya kena tipu! Siapa tipu saya? Oh dia tu, adalah makhluk yang paling alim di alam malakut suatu ketika dulu. Dia belit saya. Dia tipu saya. Kenapa saya selalu kena tipu?

Saya dah banyak bazir masa, bazir nyawa
Saya dah banyak lalai dan leka.
Saya dah banyak berbuat dosa.
Mampukah saya kembali ke jalan menuju Dia?

Saya tak nak ditipu lagi. Diri ini selalu menipu. Itu saya tau. Diri ini suka menipu. Itu pun saya sedar. Tapi kenapa ya saya biar diri saya ditipu berkali2. Bodohlah mereka yang melakukan kesilapan lebih dari dua kali. Kata Saidina Umar, rugilah mereka. Saya tak nak

jadi orang yang rugi. Tapi saya selalu biar diri saya ditipu, ditipu, dan ditpu lagi. Ditipu mati2, ditipu hidup2, kena tipoo kaw2 punyer beb! huhu..

Kenapa??
Kenapa kau biar dirimu ditipu lagi oleh syaitan laknatullah, QUrratul?
Kenapa kau biar dunia itu ibarat segala-galanya?
Kenapa kau biar NAFSU itu menguasai dirimu?

KENAPA???

Dimanakan pendirian mu?
Dimanakan peganganmu?
DImana??

Kau biar dirimu terus ditipu lagi. Lagi dan lagi.

Nafsu!! Ahh.,sume manusia ade nafsu!!!

Nafsu tido, nafsu makan, nafsu syahwat,

Tak payah la kata nafsu. Nampak macam berat sangat. tukar ganti dengan keinginan dan kemahuan. sama saja ertinya.

inilah jeritan batinku disaat ini. Meronta. Sakit. Derita. TERPEDAYA.

Bilalah nak insaf ni?
Dah masuk lubang kubur baru nak insaf ke ha?
Da orang baca talkin, sume nangis2 baru nak insaf?
Bila nak insaf!!!! Insafla weh! Taubat banyak2, masa peluang masih ada. Mana ko tau ko idup sampai esok pagi? Tak insaf2 lagi? ape

ko pikir ko bagus sangat ke? Takde buat dosa? konon buat baik. (harap2) tapi hati, sape tau. Diam, hati ko riak ujub takbur. ko

bangga bila orang puji, ko bangga kalau dpt perhatian..tak tunjuk bangga, tapi bangga dalam hati. Sama je! apa ko ingat Allah tak tau ke ape dalam hati?

Ape ko ingat ko ni anak baik ke ?
Dah tolong mama abah?
Apa ko da buat untuk dorang? Selalu balik rumah, lepak je. Memeningkan kepala. Menyakitkan hati. Jarang2 ringan tangan nak hulur tangan. Kalau angin bagus, nafsu baik, boleh la harap lagi. Setakat buat kerja rumah simple2. kalau tak, balik mNenyemak je.
mana ertinya cahaya penyejuk mata?


Ntah nape la ye? Hidup ni, satu kitaran. Satu putaran. Tak lama lagi, dah nak kiamat. Tak sedar lagi ke weh? nak tunggu sampai dajal datang ke? Risau benda yang tak patut/ tak perlu dirisau. Itu r namanya diperdaya. Setan suke r tu! bersorak, berpesta dia. Sbb dapat sesatkan anak adam yang sorang ni. Kena tipu hidup2. Kena tipu banyak kali pun, dia tak sedar2 lagi. Syok ditipu. Harini tinggal solat Isyak, ko tak kisah sangat. Ko rasa, not big deal. Boleh qadho'. Tertinggal solat subuh pastu pagi tu relek je.. apa nak jadi ni weh?

Ko nak jadi contoh kat orang lain. diri sendiri tak betul lagi. Khalifah Allah? ape kejadah..

Selama ni ape ko da buat? Makan, minum, tido, pegi kelas, naik bas, turun bas, balik, bazir masa, solat, baca quran (kadang2). Inilah realiti hidup AKU. AKU. yang konon 'mujahidah solehah' dilabel or dipanggil. Bagus2. Aku tak salahkan plak. Baguslah. Moga2 biarlah panggilan tu, semakin sebati, dalam jiwa dan diri ini. Biarlah terserlah dari dalamny.Amin. Luarannya apalah erti di sisi Allah. Hatta si pelacur, pun Allah memandang pada hatinya. Hati yang kasih, memberi minum pada seekor anjing pun dah cukup bagi Allah nak ampunkan dosa si pelacur tu.


Berbalik pasal khalifah Allah. Ko ni kan, selalu lupa. Lupa satu hal. Kena TIPU satu hal plak. dah suruh orang lain buat baik, ape pasal ko sendiri tak buat? pesan orang lain buat, tapi sendiri 'terlupa' nak amalkan. TErlupa ke firman Allah, dalam surah As-soff ayat 2. Ko ni hafal ayat tu. Tau makna. Tapi tak amik iktibar. Ape kejadah?


Kabura maqtan 'indallahi an taqulu ma la ta'lamun..
"Besarlah kemungkaran di sisi Allah, bagi mereka yang mengatakan sesuatu yang
tidak mereka kerjakan"



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan
diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat) Maka
tidakkah kamu berpikir?" [TMQ:2:44]


Inilah masalahnya. Khalifah Allah. Berat tugas dia. Pertama, Allah dah sebut.

Kuntum khoyra ummatin ukhrijat linnasi takmuruna bil ma'ruf wa tanhauna 'anil mungkar, wa tu'minu na billah.


Kenapa Allah kata umat Islam tu umat yang terbaik???

Simple as it is. Bagitau aku, agama mana yang ajaran dia nak prevent evil? biasa aku tengok, cure ade r. Simple as it is. cuba tgk maksud ayat tu.

Kamu adalah sebaik- baik umat (sbg contoh y unggul) dalam kalangan MANUSIA.

sbb apa?

kamu menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, dan BERIMAN kepada Allah.

Simple formula.
1-suh orang buat baik.
2-cegah orang buat jahat.(jangan bagi org buat jahat)
3- beriman, bertaqwa kepada Allah.

Allah dah bagi amanah, kenapa tak bertanggungjawab?

Sia2lah mereka yang menolak amanah Allah. Sia2 belaka! MEreka tak layak jadi manusia! Siapa yang tolak amanah Allah. Manusia,

mmg Allah ciptakan mmg la takde tujuan lain nak jadi hamba abdi kepadaNya. Tapi kena di dunia ni???

Terang2..Allah da kata da kat malaikat. Dia nak jadikan manusia ni khalifah kat muka bumi ni. Malaikat tak puas ati r. APsal plak.

Manusia tu suke buat jahat, berpecah belah, suka buat pertumpahan darah. Allah kata, Dia lebih Mengetahui.

So, simple point is, Allah tu nak manusia kat Dunia ni, hanya nak jadikan manusia tu as KHALIFAH. tadbir muka bumi ni. n dari dalam

perut n rahim ibu lagi, roh kita da setuju da. da buat MoU da ngan Allah. tapi bila lahir2, tup2 kufur. Kufur nikmat, kufur hakikat.

Tak sedar diri betul kita ni! Nama dah cukup tinggi. MANUSIA. tapi tak nak galas amanah y diberi. Weh, kalau tak nak galas, tak patut

jadi manusia. Tempat kita bukan watak utama kat muka bumi ni. Patut duduk kat seat penonton tu. Sape penonton tu? Gunung

ganang, haiwan binatang. Walau dorang ni penonton jek, dorang ni penonton yang taat, patuh. Dorang selalu zikir setiap masa kat

Allah. Dorang sedar, sape cipta dorang. tapi yang manusia ni? Dah r tak sedar diri. Tak sedar ada tanggungjawab, ada peranan di

dunia ni. Apa ingat hidup ni suka2, nak rilek2, nak main2, nak suka2? Sedar diri la sikit. Kita punya tanggungjawab, dan kita akan

ditanya, kita dah laksanakan tanggungjawab tu ke belom.

Kepada, saudara mara, member2, sume tu mmg dah jadi tanggungjawab kita. Ah chong, mutu, ah leong, sume kita nak dorang

same2 masuk syurga dgn kita. Jangan r kedekut. Nak masuk sorang2. Ajak la dorang sekali. Tak kesian ke?kita datanga dari DATUK y

SAMA. datuk nenek kita sume sepesen. takde yang lain version. ADAM n HAWA. n kaum kita satu je. Takde melayu, cina india, bayan,

irish. no2..kaum kita satu je, kaum ape? kaum MANUSIA. kita bukan betik, bukan tembikai, buka unta, bukan! kita kaum manusia.

Satu speseis.

Allah pandang dunia ni mcm sebelah kepak nyamuk je la. Apalah ertinya, nak bermegah2 dengan dunia. n , simple, kalau kita tak

sedar diri lagi, tak nak pikul tanggungjawabm=, tak nak galas amanah, apa ingat Allah kisah ke ha? Allah tak kisahla. Dia siap ada

firman lagi. Maksud dia, bagi siapa yang tak nak amik tanggungjawab ni, Allah akan gantikan dengan kaum yang lain. Nak ke kita?

tmpt diamik orng. Tak nak ke kita jadi orang yang memperjuangkan n menegakkan agama tu semula. Agama yang makin rapuh di

akhir zaman.

hmm..

coretan batiniah.

Ntah ape pasal r aku emo plak masa ni.

Ntah r. ini cuma peringatan bermakna . Buat diri aku sendiri. Bagi sesape yang baca, kalau terkena batang hidung sendiri, fikir2 kan. renung2kan. Min aina ila aina. Dari mana kita datang, kemana la kita nak pegi lepas ni..Hidup tak lama. Kejap je.

inilah realiti. Walau luaran, nampak bagus, dalam belum tentu. Tapi tidak bermakna, boleh diprasangka buruk. Cuma nak kata, luaran hanyalah cermin dan bayangan yang dalam. tak menentukan yang benar2 di dalam. Allah je yang boleh menilai isi hati di dalam setiap manusia. Bukan kita.


Wallahu'alam.

Ampunkan diriku Ya Allah.

Lindungi diri aku dari TIPUDAYA syaitan yang direjam!

5 ulasan:

nik uqbah berkata...

salam.
zuyyina linnasi hubbussyahawatu minan..ila akhir ayah.
sememangny ALLAH telah menghiasi semua itu sebagai ujian bwat kita..

dan syaitan pula menarik-narik kita ke arah benda-benda tuh!

andai iman kita lemah, kita ikutje apa syaitan cakap..

kemudian, terbit rasa penyesalan.

tak lama, iman luntur balik,

kita ulang balik apa yang kita dah azam sepenuh jiwa raga tak nak buat lagi(bagi orang yang hatinya masih ad imanlah..)

hati memang frust sesangat!

tapi, bagi ana ada satu resolusi yang paling berkesan kot..

"ingat mati"

andai mati kita ketika sedang..

'riya'
'merancang melakukan perbuatan munkar'
'melakukan maxiat'

maka siapa kita ketika bertemu Rabb?

Tanpa Nama berkata...

salam...

hummm...mcm kamu ni ade msalah je...takpe2, Allah maha Mngetahui, DIa tau ape yg trbaik utk kita...kita just truskan usaha kita...n mmg lumrah kalau rasa apa yg nti rasa tu, kita kan manusia biasa (nak kata pnjang2 tak reti lah)

insyaAllah, masa yang akn mredakan keadaan

jaga diri n jaga iman

salam

everjihad berkata...

hmm..betul tu betul! INGAT MATI.

tapi as sebab kita selalu terlupa kita ni akan mati, makanya sume gejala2 hati tu berleluasa dan bermaharajalela.

to pagar>

ntahla. masalah?
hmm..masalah hati kot!

sy pun tak tau la. tak semena2 ilham tu datang scara tiba2 n live saya post terus kat blog. terasa mcm nak tules mcm gitu. terasa macam ditipu.itula perkataan dia. asyik kena tipu je. bodohnye saya, kalau biar diri ni asyik kena tipu.

itulah perkataan yang sekrang ni, saya akan cuba cakap kat diri saya.

"BODOHNYA AKU KALAU ASYIK KENA TIPU!"


sebab apa?
sebab diri ni mmg tak sedar diri. jadi, dalam proses nak menyedarkan diri, kene say something yang harsh, biar guna AKAL dalam bertindak. bkan guna NAFSU dan bkn MENURUT nafsu. kadang2 nafsu tu lebey dari iman n akal. iman kata tak boleh, haram! akal memproses, mentafsir, "betul jugak kata iman tu, bukan baik pun.." tapi nafsu kata " ala , bukannye ape2 pon..".. nak berkeinginan je...

nafsu tak pernah fikir, kesan n akibat. akal pernah memikirkan. tapi sayangnya nafsu tu power sket sbb dia ada setan. jadi setan pun bodek2, maka tertumpaslah iman sekejap. bila2 da sedar, oh terasa diri ini ditipu!

kadang2, diri tersedar, tapi tak usaha pulak nak cepat2 sedar. n keluar dari kancah kealpaan.

hmm...ntah ape la sy merepek ni kan..

tapi saya mmg tau syaitan tu jahat. saya pernah dgr suara org yang kena kacau jin. n suara dia sangat2 buruk, dan menyeramkan.saya tgk live dkt tv 3 prog Al-Kuliyyah. Betul2 siaran langsung. n mmg jin tu ckp, bila dia ditanya oleh ust dr darussyifa', benda dlm badan tu jawab, "aku nak sesatkan dia!"

seriau mendengarnya. mmg betul bukan mcm suara manusia. suara yang besar, sangat garau, seram n tertegak bulu roma.

sejak tu, bila kadang2 tu, saya ada rasa takut. n taknak buat benda tak elok. sbb saya terfikir, setan tu sangat2 la menakutkan, menyeramkan, buruk suara sangat huduh. nape nak ikut dia? nape tak nak ikut ape yang Allah suruh?

kita dikurnia akal. Kita ada pilihan. Allah da bagi jalan baik, jalan jahat. dalam dunia ada 2 pilihan je. nak buat baik atau sebaliknya. Pilih neraka atau syurga. Syurga ? KEnapa jalan syurga tu susah n kadang2 berat betul nak buat? rasa sangat pahit?


perjuangan dan mujahadah ke syurga tu pahit sbb syurga rasanya sangat manis.

Wallahu'alam.

Sedang mencari-cari kenikmatan iman dan agama yang dianuti. n sedang membina diri utk menjadi mukminah sejati.

Jolynn berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jolynn berkata...

Syaitan mmg dah bertekad, asalkan anak Adam terus conquer kat muka bumi ini, dia akn terus tetap cuba utk sesatkan kita semua.

Syaitan ni mmg hampeh. Saya pun dah banyak kali ditipu Syaitan laknatullah. Hampeh!

Huhu...

Takpe, kita semua akan berjihad lawan si syaitan nih. Kita senang terpedaya sbb x nampak dia..

Katakan kalau manusia boleh nmpak alam ghaib, huh, sudah pasti manusia x berani nak ikut syaitan laknatullah ini... Sbb manusia tak dpt melihat kebesaran Allah mencipta benda2 ghaib...

Kalau manusia boleh lihat neraka dan syurga, confirm manusia x berani nak buat kejahatan...

Tapi, saya masih lemah... dan hina giler...

=(

Kita sama2 doa utk meneruskan jihad kita ye... Huhu...