Ahad, Ogos 31

From KLIA

sekarang ni, tinggal kami berlima. tadi baru je hantar mama abah kat klia. ni kat klia lagi. on the way nak balik. hmm. terlayan pulak desire yang satu tuh. tapi dah tak fikir dah lagi lps ni. InsyaAllah. i've expressed two intention to my parents. especially mama. i believe in Allah, He will is the best planner ever. I leave to him the rest.but i feel relieve i've express it. deep inside my heart, i hope that dream will be realise one day. perhaps. who knows right? that was my dream for now. i have another big dream in future of course but this one is the personal dream.
yeah..now, let's move on and make a step toward. yesterday i've went to mph after sent my cousin to wmaju station putra. i've read few motivation books. inspiring! now let's take a move!.say no to waste time.

Those dream my secret.

Rabu, Ogos 20

Puisi hati buat bakal 'imam'ku

Wahai kaum ADAM,
usah mengharapkan ketaatan,
binalah kepimpinan..
usah mengharapkan wanita semulia
Saidatina Fatimah Az-zahrah,
andai peribadimu tidak sehebat
saidina Ali Karamullah Wajhah..


Wahai kaum HAWA,
akal setipis rambutmu,
kukuhkanlah dgn ilmu..
Perasaan serapuh kaca,
perkuatkanlah dgn iman..
Hati selembut sutera,
hiasilah dgn peribadi..


Romantis namun tidak kalis

Untukmu Bakal 'Imam'ku
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia Penciptamu..
rahsia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu ku singkap dengan segunung tauba
t dan sepenuh kesungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku,
Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,
Menggeletar diri ini apabila terfikirkan
azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur
kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,
sungguh kita menempah siksaan Allah.
Ya Tuhan .. lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad
yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.
Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku a
ndai maharnya bukan
kemampuanmu untuk mendidikku
menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...

Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini
mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku
agar syahidmu ku damba,
berikanku segala kasihmu jua agar sujudku
kan tegar padaNya dalam memohon
dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah
yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku
sepenuhnya sebahagian hati
yang kau sediakan untuk diriku
agar sebahagian hati mu itu
akan menjadi inspirasi padaku
untuk menghantar
satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan
sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.

Suamiku,
hatimu itu milik robbul jaleel,
dan ku pohon sebahagian itu
sebagai semangatku wahai suamiku.
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,
bahawa dirimu suami ku bukan milikku
dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..
kalian milik Allah,
dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.

Wahai suamiku, diri ini sekarang,
hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,
kerana yang kuimpi seorang pejuang
untuk menyambung jihad yang terbentang
dengan melahirkan para mujahid...

Wahai suamiku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu
yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redhanya,
sebagai hamba yang menikmati kurniaan
yang tidak terkira dari rafiul a'la,
bersamalah kita bersyukur,
bersyukur dengan mencintai DIA
lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...
kerana hilang erti pada sebuah kehidupan
andai cinta dari Allah tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa melukakan hati
sepatutnya hati-hati kita robek sudah
kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab
dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita
diatas lembaran tahajjud dan istikharah...
InsyaAllah inilah pencarian kita...
~~ If you want to build a family, a faithful one,
you can never build it on what Allah has stated
as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed
if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.
You can't have a happy family
if Allah doesn't help you so,
and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side.
You can't expect Him to help you
if you did the wrong step from the very beginning.~~
*kredit to nur-mutiara

Selasa, Ogos 19

My NEW Notebook!


Now I’m more free to express whatever I feel and thought! Oh..Well, now, I’m blogging and ‘diaring’ using my new laptop! Pinky laptop! Hoho..
Just bought from PC Fair. 2nd August ago..which means 2 weeks ago.
How much ?
RM 1999.
Brand :Ftec
Not a famous branded. but for me it is enough as long it is easy to carry to anywhere and it works so that i can do my work. That's the main purpose why i buy laptop!
PINKY!! actually, mula2 ak da amek da wane itam. n mmg reject r nak amik pink. but at last, b4 nak bayar tu, tetiba abang tanye aku, "tak nak amik pink ke?" haizz..aku pun usha2 r balik..otak aku sibuk menganalisa segala reason nape ak patut amik PINK? WHY PINK?
pastu, dptla aku simpulkan n simbolikkan dgn beli warna pink ni, i want to be outstanding. the striking color bring to extraordinary. yeah..n some more, guy usually wont take pink. normally it will be gurl stuff therefore, pink is special! rather than black. unisex. i love things tht special and unique. by the way, pink itself has it's own charisma and characters. I believe in that!

Isnin, Ogos 18

kenapa kita begitu lemah?

kenapa kita begitu lemah??
kenapa aku begitu lemah?

aku tak mahu mengulangi dosa semalam
lagi dan lagi..

sungguh di hati mahu meninggalkan perbuatan jahiliyyah
mengapa aku begitu lemah?
sedih di hati .

kenapa ya?
kenapa aku ni begitu lemah ?
lembiknye! nak lawan nafsu sendiri pun tak dapat lawan
Ya..
Rasulullah bukankah ada menyebut
memerangi hawa nafsu itu adalah jihad y paling besar


sedih melihat diriku
terperangkap lagi dan lagi
kemelut rasa yang dibiarkan saja
tanpa dilawan, kubiar saja menuruti rasa
itulah nafsu !

aku leka dan leka
ahh..
kenapa lemahnya??



mereka mujahideen dulu
berperang, bermati-matian
nak tegakkan islam di muka bumi ni

baru kelmarin aku dapat rasakan
betapa semangat jihad
nak tegakkan islam tu
mcm berkobar-kobar dalam diri
aku terasa masa tu jugak mcm nak sebarkan nak sampaikan kat sume orang
aku nak cakap, islam dulu pernah gemilang
takluk 2/3 dunia!
skrg masa utk bangkitkan islam tu balik!

semangat bagai terbakar
namun harini
aku terbelenggu lagi dengan dosa,
terperangkap lagi dgn perbuatan jahiliyyah ..
lemahnya aku..

dulu..
muhammad alfateh berjuang untuk menawan kota constantinople
salahudin al ayubi berjuang selama 800 tahun cuba nak tawan
syed qutub, hasan al banna berjuang nak tegakkan islam!
aku???
ape y aku da buat?
nak tegakkan islam dalam diri pun tak boleh nak buat
sedihnye!
Saidina Umar ada berkata,

Tegakkanlah islam dalam dirimu,
nescaya islam akan tertegak di atas bumimu


ya allah..betapa lemahnya aku ni..
ya Rasulullah..betapa lemahnya umatmu ni..


ISK Part 4

Salam.

hope to share with you and 'open' your eyes and mind. life is not all about studies. kdg2 terfikir. adakah mengejar cita2 tu misi terbesar kita? grad, convo n then what? what is our contribution to muslim world? not only muslim but to all human beings. hadis nabi ada menyebut, sebaik-baik org beriman ialah org yg paling banyak membuat kebaikan kepada manusia. manusia tak kira islam ke x. cth simple, mcm kita buat kapal terbang. sume manusia boleh guna. so tu dikira masuk. so the thing is, after dpt sedikit kesedaran, walaupun ilmu kita tak seberapa, GRAB it, hold and share with other. apa y kita tau, sampai2 kan. mcm Abu Zar yg dengar n tahu bbrp ayat Quran, tapi dia seorang y sangat2 menyampaikan apa y dia tau. yg kita ni? dah brp lama n brp bnyk ayat quran atau pun ilmu y kita dpt? tapi ada x kita cuba sampaikan n bg peringatan kat orang lain?? knp kita selalu tak sampaikan apa y kita tau???Renung2kan..

dalam surah mudatsir Allah ada sebut. ayat 1-5;
1. wahai org y berselimut!
- Kenapa org y berselimut? significant selimut ni, nak simbolkan keselesaan, nak kata wahai org y tgh relax2, tgh bersuka2, tgh bersenang-senang, sbb selimut tu, kan bg kita seles.

2. Bangunlah! Maka beri periingatan!
- ini ayat perintah. Allah mmg suruh kita bagi peringatan. kpd siapa? kpd umat manusia.

3. dan agungkanlah Tuhanmu
- bg peringatan tentang Islam. bgtau n sebarkan apa tu Islam. cerita pasal keagungan Allah.

4.dan bersihkanlah pakaianmu
- pakaian kat sini simbolikkan diri kita. pertama kita bg peringatan kat Allah. lps tu, kita bersihkan diri kita dari dosa.

5.dan tinggalkanlah segala perbuatan y keji(mungkar).
- nak bg peringatan kat org, nanti org akan tgk peribadi kita balik. so, bila da bg peringatan kat org tu, lps tu, perbaikkan diri dlm ms y same. bg je peringatan. kalau org tak nak degnar, tak pe. sabar. ramai lagi orang y nak dengar.

oh yea lg satu y menarik nk sentuh is pasal tujuan n matlamat kita hidup.
kan Allah ade sebut dlm surah zaariyah ayat 56.


sekali2 tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya utk beribadah kpd-KU.

dlm konteks ibadah, fikirkan skop y luas. ibadah bukan tertumpu pada solat, puasa je. n jgn lupa Ibadah tu terbahagi kpd 2. ibadah umum, ibadah khusus. ibadah khusus tu mcm haji, puasa, zakat..

n ibadah umum tu mcm, makan, mandi..beristinjak pun dikira ibadah. kira apa2 y diniatkan kerana Allah tu sume dikira ibadah.

y interesting nye akak tu kata, cuba cek balik dalam benda y kita buat, bnyk je bnd y bkn ibadah. simple nk detect, benda y kita tak tergamak nak ucap bismillah tu maksud dia bukan ibadahla tu. contoh, mcm main komputer game ke or pegi wayang tgk citer harry potter. ada ke kita sbut bismillah masa nak buat? mcm tak kena kan? so dat one is not ibadah.

so, dalam seharian kena jelas, matlamat hidup kita. aku ni hidup utk ape? aku buat ni kerana apa? cuba kita analogikan mcm robot. kita cipta robot, pastu kita cipta tu, khas tuk dia memasak, kemas rumah n menyanyi untuk kita je. tiba2 dia tak buat mcm apa y kita setkan. pergi buat sampah berterabur, rumah bersepah..rasa2 mcmana? mesti mcm geramkan? " Ya Allah..robot ni..aku ciptakan dia suruh kemas rumah..bukan suruh buat benda lain!" kita pun naik bengkek. mcm tu gak r simple analogi, kalau kita buat benda lain dari benda y Allah suruh n dah set tuk kita buat, mesti r dia MURKA. dia da bg kita nyawa, makanan, pakaian, org2 y sayang kat kita, dia bg kita kasih sayang, rezeki, mcm2 nikmat. pastu kita pegi buat benda lain lak. tak agungkan Dia. tak sujud n patut kat Dia. mestilah murka. tapi Allah bukanlah mcm manusia. sifat Allah tu, berbeza.cuma nanti dia mesti ada murka jugak kalau kita senitasa je buat dosa pastu takmo tobat.

lg satu, smlm abah ade sentuh pasal dakwah. dakwah ni, maksud dia mengajak. other meaning could be mengajak kpd kebaikan, jauh kemungkaran. berbeza sikit dgn peringatan. yg tadi, tu kita ingatkan manusia, agungkan Tuhan. abah kata, dakwah ni antara peringkat tertinggi. kalau kita tak mampu nak buat dakwah, paling penting, biar segalanya bermula dalam diri kita. sbb, tak guna kita suruh org buat baik, tapi kita tak buat. itu Allah cukup murka. boleh cek dlm surah saff ayat 2-3. so, nak suruh org tinggalkan benda jahat, kita sendiri kena amalkan. cuma kita tak dapatla nak tunggu diri kita ni perfect, smp langsung takde dosa o tak buat silap. tetap kena bagi peringatan kat org lain jugak. cuma Allah kasi warning sket, da ingatkan org, sendiri kena buat!


so, buat masa ni, ni je la dulu. to be continue...

*nak tules sume y dpt smlm mcm ssh jek.kejap2 teringat n ada da lupa sket2.namun smgat tu cuba gak dikekalkan..

Ahad, Ogos 17

ISK Part 3

Masa zaman Turki Uthmaniah, ade r sorang ni nama dia Muhammad Al-Fateh. Umo dia masa tu 24 tahun je. Tapi umo dia ms tu, dia da fikir da mcamana nak bebaskan n tawan kota Constantinople yang mana pernah dicuba oleh Sheiksh Salahuddin Al-Ayubi tapi tak Berjaya. Selama 800 TAHUN!. Dan dia berfikir, sbb dia tau, Nabi pernah bersabda; (lebey kurg maksudnye)

Barangsiapa yang Berjaya menawan rom timur( kota Constantinople), dia adalah pemimpin terhebat dan tentera-tenteranya adalah sehebat-hebatnya dan strategi yang diguna adalah yang terhebat.

Jadi, Muhammad Al-Fateh ni, dia nk jadi org yg dimaksudkan Nabi, dia nk merealisasikan hadis nabi tu. Sbb, dalam hadis nabi, ada tersebut, Parsi nanti akan Islam takluk, kemudiannya Rom. Pastu, ada sahabat Tanya, rom bahagian mana? Rasulullah s.a.w. jwb, rom timur akan dibuka dulu which is kota Constantinople.


Jadi, nak citer betapa hebatnya Muhammad Al-Fateh ni, dia ni, umo baru 24. Tapi nak citer hebat nye dier ni, dia adalah panglima perang. Dia bawak armada dia, 14 buah kapal sumenye, pastu dia Tanya kat semua orang yang kat situ, nak berperang, ikut nak tawan Constantinople ni.

Lebey kurg mcm ni la dia tanya,



“ Siapa antara kamu semua ni yg sejak dari baligh pernah tinggal solat fardhu, duduk.”


Tentera dia sume, tetap berdiri. Maksudnye, tentera dia tu sume tak pernah tinggal solat.

Next, dia tanya,



“ Siapa antara kamu semua ni yang dari baligh ,pernah tinggal solat-solat sunat, duduk. ( contoh mcm sunat rawatib, dhuha..etc)”

Adala beberapa orang yang duduk.
Lps tu, dia Tanya plak ,




“siapa antara kamu di sini, yang sejak dari baligh pernah tinggal solat malam, duduk"

Semua tentera dia duduk. Dia sorang je yang berdiri. Maksud dia kat sini, dia ni mmg tak pernah tinggal solat malam..
Tengok! Betapa hebatnya Muhammad Al-Fateh ni.

Kata kak Firdausi,
“Kalau kita? Mungkin soklan pertama lagi dah terduduk.
Lepas ni, mungkin kita bole train anak kita yg rijal jadi hebat mcm Al-Fateh ni. Dari kecik, tak pernah tinggal buat solat malam. Amacam? Tapi emaknya kena lagi hebat la kan! Kena mula buat solat malam..”

Hmm..fikir pasal ni, buat aku terfikir gak. Takde r terfikir masa tu. Tapi ntah, masa tgh jalan balik dari solat, satu fikiran menyelinap. Meaning, skrg ni, if i m goin to be a mother one day, of course la kan by marriage, how am i goin to train my son? Meaning aku akan lahirkan seorang pejuang Islam. Hmm..peranan besar tu. Meaning skrg ni, kena fikir bukan untuk diri je, of course la skrg kena mantapkan n bangunkan diri n fikir gak, nanti ada anak, apa kita nak bagi kalau kita takde. I mean mcm takde ilmu la. Kalau kita sendiri kering, mcmana? Apa akan jadi..kalau bukan aku, biarlah generasi seterusnya yg memperjuangkan dan menegakkan Islam tu kembali. So, skrg ni, apa patut aku buat, mantapkan iman, mantapkan ilmu, lps tu, nanti ada anak, hmm train dia jadi pejuang Islam. Tau berperang, hafal n faham quran. Pastu, bgtau sejarah Islam.

Islam pernah jadi kuasa besar mcm US skrg ni. Islam dah takluk 2/3 dunia. Kalau org pejuang Islam masa tu, Nampak tanah Amerika, dah lama Amerika pun ditawan Islam. Tapi masa tu, Amerika terpisah dgn lautan. Bahkan Islam tu bkn je hebat dr segi kuasa, tapi dari tamadun dia. Tamadun ilmu y mantap smpaikan org barat y datang pun akui, kehebatan fikiran2 ilmuwan n cendekiawan Islam masa tu.

To be continue..

ISK Part 2.

ISK bhgn 2

disampaikan oleh kak hadzirah( tak sure ireland ke UK)

point:

kita biasa tgk sejarah dari mana? kita tgk biasanya dr zaman jahiliyah.

apa Maksud zaman Jahiliyyah?

zaman jahiliyyah = zaman sebelum kedatangan Islam.
Nabi Isa 1 M
Nabi Muhammad 573M

dalam masa y lama 1 M - 573 M tu masa y lama!
mcm2 penyelewengan da belaku
patut2 berhala da mula ada. disembah. dipuja.

Zaman Dakwah


Cuba tengok Mekah.
Mekah tu dulu mcmana?
MEkah tu dh la mcm perkampungan je.kecik je. balik2 Nabi dakwah pusing2..orang dah sampai menyampah. Nabi pergi rumah ke rumah nak cerita pasal Islam. " balik-balik Muhammad.." dushh..tutup pintu. tapi Nabi teruskan jugak. Abu Jahal tu. dah 100 kali dah Nabi jumpa n dakwah.

Agak2 berapa ramai penduduk Mekah masa nabi kena berdakwah?
n kira-kira dalam 10 ribu org.

Nabi pulak kena berdakwah bila dah turun wahyu.
Berapa lama Nabi berdakwah di mekah?

13 tahun kan?
Cuba tgk berapa ramai yang peluk Islam?
313 orang..dari 10,000 orang.

sikit! significant dier, org Mekah masa tu, mmg susah nak dakwah. org asyik reject.

adakah dakwah Nabi dikatakan gagal?

nope. tak. bukan gagal. sbb 313 which is y 3% tu adalah gol. yang hardcore punye. solid molid. yg pure punye. Rasulullah tarbiah, hati dorang, iman dorang kuat, mantap , kukuh. first thing y rasulullah sentuh, pasal akidah, TAUHID. suburkan iman n taqwa. lps tu, Rasulullah berhijrah ke Madinah. atas perintah Allah.

masa tu, pernah ke Rasulullah fikir y dia akan pergi nak buat negara kat Madinah? tak. Rasulullah pegi sbb Allah suruh. Dia pun pergi. Tapi ALLah nak bagi negara kat Nabi atas usaha sungguh Nabi berdakwah kat orang mekah. walau sikit je y peluk Islam.


apa beza ayat y diturunkan kat Mekah n Madinah?

kat madinah dah turun ayat pasal hukum hakam. kalau kat mekah lak turun pasal tauhid, akidah..

Kenapa?
Ikut logik k. kat madinah, tengokla. kerajaan pun xde. so, kalau nk turunkan ayat pasal hukum hakam, tak logikla. xde kuasa nk laksanakan. tapi kat madinah, dah ada kerajaan. makanya masa tu dah ada kuasa nak laksanakan. n org Islam kat madinah masa turun ayat pasal diharamkan Arak, terus mereka buang semua arak. betapa iman dorang masa tu, mmg jelas dpt nampak.

kalau kita, agaknya la, andai wahyu turun lps tu kata diharamkan guna kertas misalnya,
Berapa ramai antara kita yang takkan persoalkan perintah Allah?
Berama ramai yang sami'na wa ato'na. Kami mendengar dan kami patuh?


to be continue...zzz

Ini Sejarah Kita. [ISK] Bah.1

Ini Sejarah Kita! (ISK)

2hari ni aku berkampung kat masjid bangsar. Ada program nama dia ISK. }Ini Sejarah Kita. Program yang bagus. Baru tersedar, dan minda terbuka. Terasa berapi-api nak kongsi dengan orang yang takde masa tu. ntahla. aku rasa apa yang aku dapat tu, sangat2 tak ternilai. sangat2 penting, significant.

ok, tak tau nak mula dari mana. tapi aku cuba la 'muntahkan' segala isi perut yang ada aku simpan dalam memori aku. sebab masa tu, aku tak terasa sangat nak mencatat setiap benda. rasa mcam nak dengar je. malas nak catit pulak masa tu. sbb kalau tules smbil dgr rasa tak puas.

Aku rasa bersyukur, Alhamdulillah. segala puji bg Allah, sbb aku terpilih utk dgr n dapat mutiara berharga ni. Subhanallah! mungkin inilah 'kebaikan' yang Allah maksudkan. InsyaAllah.

Ini Sejarah kita.* (aku cuba buat ringkas seringkas, ringkasan. ak taknk meleret. tak nak bnyk masa 'terbuang' pdahal bnyk bnd lagi patut buat. )

Akak Firdausi dari Dublin, Ireland mulakan bicara..

Siapa kita?

mcm2 jwpn ade.

-manusia
-hamba Allah
- perempuan muslimah
-umat nabi Muhammad
-org Islam
- Rakyat Malaysia
- Orang Melayu
- generasi baru
-anak( tp xde org sebut)


pastu, akak tu tanye, mana lagi penting? Kita jadi org Melayu penting ke?

ada yang kata penting...
sbb ada hak keisitmewaan n ketuanan. dpt biasiswa..

pastu, da hangat2, n pening2 pasal status.. antara ISLAM, Melayu, Pelajar atau Pelajar, Melayu, Islam? yang mana betul?

konklusinya, sume setuju n spendapat, Islam y paling penting berbanding y lain.

Nanti kat Akhirat,
kita ni, tak dipandang Allah pun. Kita ni kat dia, sapela sangat. ape la sangat. takde tempat pun.

Allah tak pandang yang lain selain, HATI & AMAL.
Allah tak pandang kita ni, perdana menteri ke, kita ni org MElayu ke, orang arab ke, kita ni kulit putih ke, kita ni cantik manis ke, tapi dia hanya pandang HATI & AMAL.


amal kena baik, hati kena baik.

*try cari buku The Sealed Nectar - Raheeq Makhtum

pastu, masuk pasal Hadis Logam..yang dikaitkan dgn umar-alkhattab.Umar ni, tau2 je r kan dia tu masa jahiliyyah dia camne. apa dia dah buat?

-tanam anak hidup-hidup.
-bunuh orang.

senang kata- dia ni paling ganas r. n dikatakan kalau dia ni jalan kat satu lorong, setan pun takut dgn dia. Betapa nak katanya, 'aura' dia ni, mmg buat semua takut. Brutal hardcore. n smp satu tahap tu, dia da mmg beriya nak bunuh Nabi da,tapi ada orang mcm perli dia.." Alah..nak bunuh Muhamad konon, adik ko tu pun da peluk Islam". pastu dia ni, xtahan, ape agi, pergi rumah adik dia, Fatimah. tgk2 adik dia tgh baca Quran surah Toha kalau xsilap. terus hati dia cair masa tu..

1. Hadis Logam

Manusia itu logam. Barangsiapa yang terpilih semasa jahiliyyah, dia juga akan terpilih semasa Islam, sekiranya(dgn syarat) dia faham.


Maksud hadis tu, takkan hilang la ke'gah'an seseorang tu sblum dia Islam, n bila dia da masuk Islam. dgn syarat dia FAHAM. cth mcm Umar la, ganasnye dia, gahnye dia tu, Hilang ke? lps dia masuk Islam? tak. bahkan lagi bertambah hebat lagi org kagum.

Jadi, kita ni logam.

Kan ada je macam2 logam. Apa sifat logam?

-kental,
-kuat
- kukuh, ..
-mudah dibentuk,
-mengembang bila panas, mengecut bila dia sejuk? (kalau mcm tu,kita ni mengembang bila panas la..?hoho..)
- mudah lebur

Kita antara logam yang terpilih dari logam2 yang lain.
bukan mcm logam besi buruk tu. mcm logam kete kancil ke, yang tumbuk terus kemek. kita ni, logam yang kalau tumbuk, kental, kuat, tak kemek.


cuba tgk, antara semua y amik SPM kat Malaysia ni, kita yang terpilih. cuba kira,

kira2 la..ade 5000 orang yan dpt scholar dari 400,00 calon SPM 2007.

5000/400 000 x 100% = 1.25%

meaning, kita ni adalah logam y 1% terpilih. sedar x? { muqaddimah}

Islam Madinah vs Musyrikin Mekah

Perang Badar (around 300) vs 1000 lebey

org Islam Menang. Tapi perang badar dikatakan perang y paling emosional Sebab? masa tu, keadaan dia, mcm abang kena bunuh adik. adik perang dgn abang yang sedarah-sedaging. tapi, orang Islam, dah tak ngaku dah adik dia tu saudara dia. sbb dia rase, ayah dia seorang Islam. maka, orang Islam lain, sume saudara dia. y bukan Islam, bukan saudara.

*"Setan itu musuh y nyata bagi kamu."

2. FAHAM vs TAHU

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda;

"sesiapa y Allah nak bagi kebaikan, Allah akn bg kefahaman dalam Ad-din (agama). "


jgn ingat kebaikan y Allah bg tu, kita dpt kete besar, dpt isteri cantik, dpt pergi belajar oversea, no. bkan tu. tapi kebaikan y Allah nak bagi tu is, bila Allah bagi kita faham apa tu Islam.

3.Maksud islam

ISLAM tu asal maksud,

-selamat, aman, damai, makmur,

cuba bukak quran, tgk surah Baqarah ayat 131.

izqola lahu robbuhu aslim. qola aslamtu lirobbil'alamin

"Ingatlah ketika Tuhan berfirman kepadanya (Ibrahim) ' Berserah
dirilah!' Dia menjawab, aku berserah diri kepada Tuhan Sekalian Alam.


aslim - berserah dirilah!

maksud kat sini, islam tu kena menyerah diri. apa maksud menyerah dri ni?

bila kita kata, serah diri tu kena serah diri jiwa dan raga.

faham. faqqih, maksud dier, bukanlah sampai kena terer fiqh. cuba tgk, brp ramai sahabat Nabi y bkn ahli fiqh? tgk sumayyah y sanggup mati utk Islam padahal Quran tak habes turun lagi.

so,faham agama tu bukanla maksud kita ni kena ada ilmu agama y mcm faham n terer bab2fikh. tapi kita tetap la kena tau hukum. cuma nak kata, faham agama tak bermakna, bnyk ilmu agama n tau fikh2 je. munkin kita boleh jd lebih faham dari mereka y belajar ilmu fikh.

TAHU ilmu agama n FAHAM Islam.

2perkara y berbeza.
Faham tu lebih bernilai dari tahu je.

Nak faham mcamana?
tgk ayat 179 a'araf.

" dan sungguh akan kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah ( mcm tgk kesan org dulu y da diazab) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan ayat-ayat Allah. Mereka seperti haiwan ternah, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-rang yang lengah"

kesimpulan ayat tu,

> Allah akan isi neraka dgn org y PEKAK, BISU, TULI dgn ayat Allah.
> yang tak nak faham, yang tak nak dengar peringatan, tak nak tgk kebenaran.

simple, kalau nak jadi ahli neraka, jadilah orang y PEKAK, BISU, TULI. TAK PAYAH AMIK TAU ape2 y terjadi, ape2 kat sekeliling. tak yah amik tau pasal Islam. tak payah amik tau. simple. jadilah ahli neraka.

untuk JADI ISLAM, nak masuk Syurga,
kena faham ayat Allah. kena guna pancaindera.


Faham dgn hati

mcmana nak faham ek? bahasa Arab pun kita tak faham. hmm...kena la usahakan, belajar. tak semestinye kita terer arab. tapi kita kan ada tafsir, so tu la cara dia. nak faham ayat Allah, baca la tafsir, baca terjemahan Al-Quran. fahamkan dengan HATI, bukan dengan akal.apa maksud dier? bukan faham dgn akal?

simple. contoh mcm kita belajar bio, fizik, kimia ke..biasa kita fahamkan dgn akal. ada tak kita guna hati? beza kan kalau kita baca novel. ha tgk bila kita baca novel tu kan..bila ayat dia " angin sepoi-sepoi berlalu..burng berkicau bergema di puput telinga" konon..kita kan baca dengan hati..kita 'feel' lebey sket..terasa mcm kita kat dalam citer tu..

so, mcm tu gak r bila kita baca Quran. Ayat Allah. kena baca dengan hati. bukan mcm kita baca teori fizik ke, or baca suratkhabar. faham dengan hati, bukan dengan akal.

4. Hati seketul daging.

Sebut pasal hati ni, dalam hadis ke-6 dari hadis 40.

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.



cuba tengok beza akal n hati.

kita tafsir ilmu2 sains by akal. hati pulak, kita tafsir n cenderung kpd nilai, apa tujuan hidup kita? dari mana kita datang? lepas ni apa kita nak n patut buat? peranan hati utk menyuruh akal berfikir.

dalam dunia ni ada dua jenis manusia. org sains tulen, org sains sosial. org sains ni mcm kita sedia tau y jadi engineer, doctor, saintis. org sains sosial lak mcm diplomat, lawyer, psychologist, pakar sejarah, ahli perniagaan, ..

n biasanya, dalam dunia, org sains sosial yang memimpin dunia. cuba tgk, presiden US. dia tu org sains tulen ke sains sosial? cuba tgk kuasa-kuasa besar ni kan..biasa dorang ni mem'pergunakan' org sains tulen ni..walau kita hebat buat bom pun, yang punya kuasa n kawal org2 politician sume kan..so nak katanya, bg orang sains tulen ni, kena sedar. jgn biar smp 'diperalatkan'. \

try bkk Quran,tgk surah 35 ayat 43

35:43



to be continue...

Sabtu, Ogos 9

Kenapa biar diri ditipu lagi?!



Saya ni bodohla. Asyik kena tipu je! KENAPA ye? Kenapa saya asyik kena tipu je? Kadang2 tu kan..saya pun tak sedar saya kena tipu.

Bila saya dah sedar, memang saya dah ditipu. Dia tipu saya. Saya ingat saya buat baik. Dia tipu saya, saya ingat saya di jalan yang betul. Dia tipu saya, saya ingat saya makin bagus. Dia tipu! Saya kena tipu! Siapa tipu saya? Oh dia tu, adalah makhluk yang paling alim di alam malakut suatu ketika dulu. Dia belit saya. Dia tipu saya. Kenapa saya selalu kena tipu?

Saya dah banyak bazir masa, bazir nyawa
Saya dah banyak lalai dan leka.
Saya dah banyak berbuat dosa.
Mampukah saya kembali ke jalan menuju Dia?

Saya tak nak ditipu lagi. Diri ini selalu menipu. Itu saya tau. Diri ini suka menipu. Itu pun saya sedar. Tapi kenapa ya saya biar diri saya ditipu berkali2. Bodohlah mereka yang melakukan kesilapan lebih dari dua kali. Kata Saidina Umar, rugilah mereka. Saya tak nak

jadi orang yang rugi. Tapi saya selalu biar diri saya ditipu, ditipu, dan ditpu lagi. Ditipu mati2, ditipu hidup2, kena tipoo kaw2 punyer beb! huhu..

Kenapa??
Kenapa kau biar dirimu ditipu lagi oleh syaitan laknatullah, QUrratul?
Kenapa kau biar dunia itu ibarat segala-galanya?
Kenapa kau biar NAFSU itu menguasai dirimu?

KENAPA???

Dimanakan pendirian mu?
Dimanakan peganganmu?
DImana??

Kau biar dirimu terus ditipu lagi. Lagi dan lagi.

Nafsu!! Ahh.,sume manusia ade nafsu!!!

Nafsu tido, nafsu makan, nafsu syahwat,

Tak payah la kata nafsu. Nampak macam berat sangat. tukar ganti dengan keinginan dan kemahuan. sama saja ertinya.

inilah jeritan batinku disaat ini. Meronta. Sakit. Derita. TERPEDAYA.

Bilalah nak insaf ni?
Dah masuk lubang kubur baru nak insaf ke ha?
Da orang baca talkin, sume nangis2 baru nak insaf?
Bila nak insaf!!!! Insafla weh! Taubat banyak2, masa peluang masih ada. Mana ko tau ko idup sampai esok pagi? Tak insaf2 lagi? ape

ko pikir ko bagus sangat ke? Takde buat dosa? konon buat baik. (harap2) tapi hati, sape tau. Diam, hati ko riak ujub takbur. ko

bangga bila orang puji, ko bangga kalau dpt perhatian..tak tunjuk bangga, tapi bangga dalam hati. Sama je! apa ko ingat Allah tak tau ke ape dalam hati?

Ape ko ingat ko ni anak baik ke ?
Dah tolong mama abah?
Apa ko da buat untuk dorang? Selalu balik rumah, lepak je. Memeningkan kepala. Menyakitkan hati. Jarang2 ringan tangan nak hulur tangan. Kalau angin bagus, nafsu baik, boleh la harap lagi. Setakat buat kerja rumah simple2. kalau tak, balik mNenyemak je.
mana ertinya cahaya penyejuk mata?


Ntah nape la ye? Hidup ni, satu kitaran. Satu putaran. Tak lama lagi, dah nak kiamat. Tak sedar lagi ke weh? nak tunggu sampai dajal datang ke? Risau benda yang tak patut/ tak perlu dirisau. Itu r namanya diperdaya. Setan suke r tu! bersorak, berpesta dia. Sbb dapat sesatkan anak adam yang sorang ni. Kena tipu hidup2. Kena tipu banyak kali pun, dia tak sedar2 lagi. Syok ditipu. Harini tinggal solat Isyak, ko tak kisah sangat. Ko rasa, not big deal. Boleh qadho'. Tertinggal solat subuh pastu pagi tu relek je.. apa nak jadi ni weh?

Ko nak jadi contoh kat orang lain. diri sendiri tak betul lagi. Khalifah Allah? ape kejadah..

Selama ni ape ko da buat? Makan, minum, tido, pegi kelas, naik bas, turun bas, balik, bazir masa, solat, baca quran (kadang2). Inilah realiti hidup AKU. AKU. yang konon 'mujahidah solehah' dilabel or dipanggil. Bagus2. Aku tak salahkan plak. Baguslah. Moga2 biarlah panggilan tu, semakin sebati, dalam jiwa dan diri ini. Biarlah terserlah dari dalamny.Amin. Luarannya apalah erti di sisi Allah. Hatta si pelacur, pun Allah memandang pada hatinya. Hati yang kasih, memberi minum pada seekor anjing pun dah cukup bagi Allah nak ampunkan dosa si pelacur tu.


Berbalik pasal khalifah Allah. Ko ni kan, selalu lupa. Lupa satu hal. Kena TIPU satu hal plak. dah suruh orang lain buat baik, ape pasal ko sendiri tak buat? pesan orang lain buat, tapi sendiri 'terlupa' nak amalkan. TErlupa ke firman Allah, dalam surah As-soff ayat 2. Ko ni hafal ayat tu. Tau makna. Tapi tak amik iktibar. Ape kejadah?


Kabura maqtan 'indallahi an taqulu ma la ta'lamun..
"Besarlah kemungkaran di sisi Allah, bagi mereka yang mengatakan sesuatu yang
tidak mereka kerjakan"



Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan
diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat) Maka
tidakkah kamu berpikir?" [TMQ:2:44]


Inilah masalahnya. Khalifah Allah. Berat tugas dia. Pertama, Allah dah sebut.

Kuntum khoyra ummatin ukhrijat linnasi takmuruna bil ma'ruf wa tanhauna 'anil mungkar, wa tu'minu na billah.


Kenapa Allah kata umat Islam tu umat yang terbaik???

Simple as it is. Bagitau aku, agama mana yang ajaran dia nak prevent evil? biasa aku tengok, cure ade r. Simple as it is. cuba tgk maksud ayat tu.

Kamu adalah sebaik- baik umat (sbg contoh y unggul) dalam kalangan MANUSIA.

sbb apa?

kamu menyeru ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, dan BERIMAN kepada Allah.

Simple formula.
1-suh orang buat baik.
2-cegah orang buat jahat.(jangan bagi org buat jahat)
3- beriman, bertaqwa kepada Allah.

Allah dah bagi amanah, kenapa tak bertanggungjawab?

Sia2lah mereka yang menolak amanah Allah. Sia2 belaka! MEreka tak layak jadi manusia! Siapa yang tolak amanah Allah. Manusia,

mmg Allah ciptakan mmg la takde tujuan lain nak jadi hamba abdi kepadaNya. Tapi kena di dunia ni???

Terang2..Allah da kata da kat malaikat. Dia nak jadikan manusia ni khalifah kat muka bumi ni. Malaikat tak puas ati r. APsal plak.

Manusia tu suke buat jahat, berpecah belah, suka buat pertumpahan darah. Allah kata, Dia lebih Mengetahui.

So, simple point is, Allah tu nak manusia kat Dunia ni, hanya nak jadikan manusia tu as KHALIFAH. tadbir muka bumi ni. n dari dalam

perut n rahim ibu lagi, roh kita da setuju da. da buat MoU da ngan Allah. tapi bila lahir2, tup2 kufur. Kufur nikmat, kufur hakikat.

Tak sedar diri betul kita ni! Nama dah cukup tinggi. MANUSIA. tapi tak nak galas amanah y diberi. Weh, kalau tak nak galas, tak patut

jadi manusia. Tempat kita bukan watak utama kat muka bumi ni. Patut duduk kat seat penonton tu. Sape penonton tu? Gunung

ganang, haiwan binatang. Walau dorang ni penonton jek, dorang ni penonton yang taat, patuh. Dorang selalu zikir setiap masa kat

Allah. Dorang sedar, sape cipta dorang. tapi yang manusia ni? Dah r tak sedar diri. Tak sedar ada tanggungjawab, ada peranan di

dunia ni. Apa ingat hidup ni suka2, nak rilek2, nak main2, nak suka2? Sedar diri la sikit. Kita punya tanggungjawab, dan kita akan

ditanya, kita dah laksanakan tanggungjawab tu ke belom.

Kepada, saudara mara, member2, sume tu mmg dah jadi tanggungjawab kita. Ah chong, mutu, ah leong, sume kita nak dorang

same2 masuk syurga dgn kita. Jangan r kedekut. Nak masuk sorang2. Ajak la dorang sekali. Tak kesian ke?kita datanga dari DATUK y

SAMA. datuk nenek kita sume sepesen. takde yang lain version. ADAM n HAWA. n kaum kita satu je. Takde melayu, cina india, bayan,

irish. no2..kaum kita satu je, kaum ape? kaum MANUSIA. kita bukan betik, bukan tembikai, buka unta, bukan! kita kaum manusia.

Satu speseis.

Allah pandang dunia ni mcm sebelah kepak nyamuk je la. Apalah ertinya, nak bermegah2 dengan dunia. n , simple, kalau kita tak

sedar diri lagi, tak nak pikul tanggungjawabm=, tak nak galas amanah, apa ingat Allah kisah ke ha? Allah tak kisahla. Dia siap ada

firman lagi. Maksud dia, bagi siapa yang tak nak amik tanggungjawab ni, Allah akan gantikan dengan kaum yang lain. Nak ke kita?

tmpt diamik orng. Tak nak ke kita jadi orang yang memperjuangkan n menegakkan agama tu semula. Agama yang makin rapuh di

akhir zaman.

hmm..

coretan batiniah.

Ntah ape pasal r aku emo plak masa ni.

Ntah r. ini cuma peringatan bermakna . Buat diri aku sendiri. Bagi sesape yang baca, kalau terkena batang hidung sendiri, fikir2 kan. renung2kan. Min aina ila aina. Dari mana kita datang, kemana la kita nak pegi lepas ni..Hidup tak lama. Kejap je.

inilah realiti. Walau luaran, nampak bagus, dalam belum tentu. Tapi tidak bermakna, boleh diprasangka buruk. Cuma nak kata, luaran hanyalah cermin dan bayangan yang dalam. tak menentukan yang benar2 di dalam. Allah je yang boleh menilai isi hati di dalam setiap manusia. Bukan kita.


Wallahu'alam.

Ampunkan diriku Ya Allah.

Lindungi diri aku dari TIPUDAYA syaitan yang direjam!