Sabtu, September 26

Jatuh dan BANGUN!



alhamdulillah. selamat jugak sampai rumah dengan roller blade yang baru dibeli semalam.

cerita pengalaman berkasut roda punya signifikan tersendiri. nilai jatuh dan bangun.

dah lama sebenarnya tak jatuh. diri tak minta untuk jatuh. tapi saat merasai jatuh itu mengetuk pintu hatiku. bilakah kali terakhir aku jatuh dan bangun sendiri? mungkin pada zaman kecil beberapa kali 'tertumus'. namun tika kita kecil, tak pernah serik kita untuk bangun semula.

saat bayi mula berjalan, bertatih mengayun langkah, entah berapa kali jatuh dan bangun semula.

saat aku mengatur langkah berkasut roda, seperti juga belajar bertatih. perlahan, selangkah demi selangkah. langkah dibuat penuh berhati-hati. ada tika, aku terjatuh. dan cuba untuk terus bangun.

teman berkasut roda ada bertanya,

"ain jatuh macamana?"
"jatuh ada ke depan, ada ke belakang, ada tadi tu sreett...ke tepi. sedap gilerr"
"sedih aku mendengarnya.."

hmm..jauh di sudut hati, sedih tak terasa. malah bahagia!

bukan pinta untuk jatuh. tapi untuk merasai pengalaman 'real' jatuh dan bangun kembali untuk meneruskan langkah dalam perjalanan yang masih jauh, ibarat satu azimat kekuatan kehidupan.

moga pengalaman yang dirasai membina kekuatan diri. amin.

p/s:best2 naik roller blade. agak memenatkan tapi tak nak mengaku. apa-apapun, alhamdulillah. benda yang kita nampak best kadang2 tak semudah yang disangka..jatuh tu agak sakit pada mulanya, tapi bila terus mengayun langkah sakit dah tak fikir. fikir best je roller skate ^_^

Selasa, September 22

I'm waiting

i'm waiting ...

i'm waiting for that
i'm waiting for the right time
i'm waiting for a precious moment ever

will that only be imagination?


i'm not goin' to stop waiting
and still i'm hoping for it
i hope i could stop that wild imagination
that comes to my mind
either day or night

i'm walking along the street
and looks up into the sky
the day is getting dark
the wind is blowing
touching my cheeks softly

please get off from me
i'm waiting you ..
get off from my hands, nose, tounge and MIND
i'm waiting you to get rid from my life
so that i can have a better days
and my days not off because of you

p/s: i'm waiting for getting better from flu and cough.

Khamis, September 17

Kelam. Suram. Terangilah hati ini wahai Tuhan.

**post dilakukan dalam keadaan mental yang berserabut dengan pelbagai benda. makanya, post ni jugak jadi agak serabut dan tak teratur susunannya. ketika membaca, adalah dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi walau segala bicara mengundang spekulasi.

kejap tadi tengok video tribute at-toriq. [padahal dah lama diberitau]. entah ditakdirkan jari-jari ini akhirnya klik dengan sempurna pada link facebook sahabat A.

dan jazakillah kepada pembuat video yang juga sahabat A.
maaf atas khilaf diri ini.
rasa jauh dah dengan dunia T.
dan setelah jauh juga dengan kalian.

tengok video tu sampai habis, tapi tak rasa zuk sangat. tersentuh mungkin ada tapi tak terkesan di hati. mungkin 'layan' pada masa yang tak kena. wallahu'alam.

perasan pada diri, 'kenapa tak rasa apa2?'

entah. mencari-cari juga jawapan.

kamu melabel pada diri Q.A itu seorang yang bersemangat.

sejenak aku tertanya pada diri.

manakah semangat itu pergi?
semangat yang dulu yang membara sebelum kaki jejak di bumi ini?
apakah aku sudah lupa akan segala hasrat dan matlamat yang mahu direalisasi?

diri yang kelam dan makin kelam.
senyap.
diri menghilang.
kadangkala bagai mengelak.
mengapa?
dan kadangkala juga tak disengajai.
namun itu mungkin hanya pura hati
jika punya kemahuan, pasti diusahakan seribu cara.

Uol?
aku hanya pandang sepintas lalu.
diri ini sudah kronik barangkali.

sentuhan jiwa makin rapuh.
serius makin tandus.
tandanya produktiviti diri makin lesu

sudah lupakah akan kalam yang biasa kita bicarakan?

tujuan hidup kita?
matlamat hidup kita?
visi hidup kita?
erti hidup kita?
dari mana kita datang dan kemana akan kita kembali?
dan siapa kita?

barangkali muhasabah juga sudah lama tidak menjengah diri ini
Ramadhan kali ini separuhnya kehangatan tidak dirasai
adakala diri hilang di larut malam
hati mula mencari kalam suci
namun tiada lagi yang dapat menembusi qalbi

apakah sinar cahaya sudah kelam?
atau aku hanya bermadah pujangga selama ini?

i used to heard,
'something wrong with you'

that time i don't realize it.
now, i feel she is right.
something wrong with me. and i must fix it.

kamu..
aku perlu kamu.
namun aku rasa tak berdaya.
entah kenapa 'semangat' itu pudar

namun kekuatan itu bukan ditunggu. perlu dibina.
dan kekuatan hanya boleh didapati melalui habluminallah. kemudian habluminannas.

pernah mendapat fahaman dan kesedaran itu
semangat UA yang biasa kita lontar2kan tika perbincangan
hanya kupandang sekilas tika melintas blog muntalaq


aku ibarat mula menjalani hidup ibarat 'muslim biasa'dan hari2 yang dilalui tidaklah diertikan sepenuhnya

padahal sudah bermacam2 pengisian sebelum ni disodokkan

adakala penuh sia
adakala rasa hilang dalam senda
ayat2 cinta ada masa tidak tembus ke dalam dada
ayat2 cinta yang kau beri aku hanya memandang sekilas waktu

dapatkah 'cahaya' menjadi cahaya di malam yang kelam?

menjadi bintang yang bersinar tajam
menerobos kegelapan malam?

sejenak melihat dirku dalam selitan video itu
soalan ini berputar..

'kenapa tak kuat memakainya?'

semakin diri hilang dari pandangan..

namun itu bukan persoalan utama.

pokok pangkalnya melihat semangat itu untuk bercambah semula.

hari ini teman serumah ada bertanya,
teman hidup jenis apa yang aku mahukan selain ciri yang beriman dan taqwa.

aku katakan aku mahu yang punya matlamat dan visi yang sama. barangkali sedikit sebanyak minat yang sama.

dia bertanya,
matlamat apakah?

aku hanya berdiam dan berfikir. hanya termampu menjawab,
'biarlah rahsia'

soal UA perlu dirahsiakankah? pada aku
mungkin terlalu awal untuk diperkenalkan tentang 'fikrah' pada teman serumah. lambat laun, kuharap akan dapat juga.

namun, titik tolaknya, hasrat itu terlalu besar. dan siapa gerangannya bukan soal bicaraku.

cuma terlintas pada hati dan fikiran..
ya.jauh di sudut hati aku masih menyimpan hasrat tu. walau tindak tanduk seakan2 lupa akannya.

juga sering tertanya pada diri,
apakah aku sudah lupa akan segala bicara dan azamku sebelum ni?

segalanya mahu dikotakan.
segalanya mahu kulaksanakan.
dan ketahuilah segalanya masih dalam ingatan.

namun entah kenapa terasa diri ini kian kelam saban hari
satu hari di sini, kadangkala penuh dengan keduniaan.
sesaat terlupa akan erti kehambaan.
puas menoleh kiri dan kanan
mencari teman
memandu aku semula untuk berjalan
rupanya aku yang perlu memandu jalan kepada teman
meluruskan jalan yang tidak berjalan

dari arah depan
ada cahaya tiupan
melambai-lambai salam kerinduan
namun lambaian itu kadangkala tidak bersahutan
asifni jiddan

entah apa tujuan post ini, aku pun tak pasti.
jari-jari laju menari seusai menikmati video tribute to attoriq.
dan ini refleksiku.

dunia D dan dunia T.
tanpa kusedar
sudah jauhkah gerabak keretapi meninggalkanku?
atau apakah aku sudah jauh meninggalkan kamu?

Sucikanlah jiwa ini ya Rabbi, Ya Ilahi..