Sabtu, Oktober 10

Ya Allah ..kuatkan hati ini


moga nur islam yang tulen dapan membasahi bumi Toronto

Alhamdulillah,, semalam tercapai jugak hasrat nak mulakan 'usrah' dekat toronto. usrah sambil makan-makan. sembang-sembang. borak-borak tentang diri masing-masing. memang itu asal tujuan aku untuk kali pertama usrah bertamu. berkenalan dengan lebih dekat lagi. yang jauh didekatkan. yang dekat dirapatkan.

sebenarnya usrah tak bermakna kita bukak majlis dengan surah fatihah n tutup dengan tasbih kifarah. usrah dah mula sejak kita keluar bersama dan mahu bertemu. walau aku selalu ikut usrah tapi kali ni aku terasa kekok nak 'bawak' usrah. mengemudikannya perlukan pemerhatian, pemahaman tentang setiap ahli usrah. serius aku katakan aku terasa canggung kadang2.

mula dengan cari tempat untuk makan. sembang-sembang. aku macam tak banyak bercakap. dan aku tau itu boleh buat suasana tak berapa seimbang. mungkin sebab aku baru baca artikel berkisar seorang mukmin tak akan berkata sesuatu kalau bukan kerana Allah dan tak akan melakukan sesuatu yang tak bermanfaat bagi dirinya. aku keliru jap. tapi memang terasa aku selalu terbabas dalam sekian waktu.

tapi kali ni pasti bicara bermanfaat untuk merapatkan ukhuwah. mengapa ada bisikan yang mengundang ragu di hati? walhal kau tahu semua kerana Ilahi.'makhluk itu' benar-benar memerangkap aku seketika.

hati dan perasaan berbunga untuk bertemu.
hati yang dinanti pun tiba.
namun aku seakan tak bersedia.
pertemuan yang signifikan walau hanya bersua untuk bermesra.
niatku hanya berpasak kerana Dia.
mahu membawa hati lebih dekat pada-Nya.
tapi bagaimana?

aku takut aku tak berupaya.
personalitiku yang berbeza menjauhkan rasa ..

kenapa lemah itu datang menyapa?
aku mahu percaya
Allah punya rahsia
dan lemah itu ada hikmahnya
lemah jangan dibiar selamanya

hati itu begitu mulia
mahu menjadi hamba yang lebih baik
bahagia aku mendengarnya
tuturan ikhlas terpancar dari nurani
yang kembali mahu mencari
jalan kepada Ilahi

dapatkah aku menyuluh jalan
membimbing hati yang mahu kembali?

aku jua punya hati
aku takut untuk gagal
ak takut langkahku mati
kenapa rasa itu hadir dalam diri?
kala kau mahu menyeru pada Ilahi??

kuatkan aku ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

dengan rahmat-Mu Ilahi
tautkanlah hati-hati ini

tetapkan hati ku ya Rabbi
ikhlas untuk-Mu

4 ulasan:

musafir ilmu berkata...

truskan usaha.. kuatkan semngat.. engkau pasti akan dapat melakukannye... buat yg terbaik... hehehe.. ijtahid ila akhirihi.... muaffaq

atiqahmki berkata...

sangat suka madah ain.
same2 kite doa, kite tak menyebabkan org yg mahu mendekat makin menjauh, nauzubillah.

everjihad berkata...

@ musafir ilmu,

syukran ya sohibi. ud'uni ila rabb

@kak tiqah,

insyaAllah. harap aku bukan hanya bermadah. titipkan doa bersama, ya ukhti.

Abdullah Munir berkata...

kerana menjadi murobbi itu jauh melangkaui mendapat kelulusan ijazah dlm bidang perubatan a.k.a medic..kerana murobbi itu merawat penyakit yg tidak dapat dilihat oleh mata kasar..kerana murobbi itu 'doktor hati'.

dan gajinya....