****
kunang-kunang hanya singgah sebentar
mungkin sudah tertulis dalam pena-Nya
***
usah ditangisi apa yang bukan milikmu
langit tak selalu cerah
malam kadangkala tidak berbintang
siang belum tentu cerah
malam kelam kan hilang
**
terima kasih ya Rabbi
atas peluang yang Kau beri
ruang waktu mengenalinya
mengenali hati dan budi
ruang menyendiri
untuk aku menyedar diri
***
firasat hati ada menyapa
aku tidak bicara
saatnya datang menjelma
Tuhan mahu bicara
pada aku yang telah alpa
***
bisikan hati
aku harus mengundur diri
jangan biar diri tersasar lagi
tumpu hatiku
untuk dekat pada Ilahi
merealisasi diri
impian pertiwi
harapan dini
ummah menanti
hari demi hari
tertegak hak hakiki
Syukur ya Tuhan atas segala nikmat yang Kau beri.
Tiada apa yang patut aku sesali kerana Engkau lebih Maha Mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan