bisakah kau menerimaku?
ada saatnya aku seakan bermusuh denganmu
ada kalanya aku seperti memerangimu
mengapa begitu ya Tuhan..
aku keliru ...
***
gemersik alunan merdu itu
menggamit rinduku
sungguh syahdu
nian di kalbu
yang membangkitkan rasa
cinta merindu
kembali menghidupkan hatiku
bisakah kau fahami kesuma hatiku?
bisakah kau mengerti tiap langkahku
*****
hari demi hari
ku mengharap suatu hari
kau bisa mengerti segala erti
cinta nan suci
****
demi cintaku
demi cintamu
ku pohon pada Tuhan
pandu hatiku
dambaan jitu
biar hati bersatu dalam restu
***
aku mahu kembali
pada fitrah diriku
walau jahil masih menjajah hati
bisakah Kau menerimaku, ya Rabbi?
3 ulasan:
insyaallah.. segalanye akan menjadi baik .. jika kite sedar bahawa siapa kiter sebenarnye... bukankah kamu mempunyai makne "cahaya seindah pandangan mata" maka berusahalah ke arah itu... dia pasti kan menerima kamu... :-)... uzkur... innallaha ma'aki wa ma'ana...:-)
amin. amin ya Muhaimin..
setau aku, disebalik makna namaku
cahaya penyejuk mata.
hmm..
"cahaya seindah pandangan mata"
menarik..
itukah maksud sebenar namaku?
pertama kali aku mendengarnya
patutla masa aku baru2 datang sini, asal org tanya nama, mesti dia akan cakap
'what a beautiful name'
or
'nice name!'
or
'masyaAllah..'
memang takkan terlepas.
aku pelik gak.
ada satu kali tu,nak pergi buat kad kesihatan or a.k.a UHIP card.
ada seorang adam ni menguruskan hal tu. dia pun kata benda yang sama. aku ckp kat dia, aku da banyak kali da dengar org kata benda yg sama bila dengar nama aku.
he respond,
'as people know what it means'
aku hanya mampu tersenyum sipu.
all i can say, ALHAMDULILLAH.
by the way, thanx for reminding!
aku mahu berusaha ke arah itu.
memaknakan namaku
seluruh jiwa
segenap menjiwainya
dalam setiap hela nafasku.
titipkan doa buatku!
salam... hearm.... name ko klo di terjemahkan satu2 mcm tue lah cahaya penyejuk mata... namun seindah name ko sbenarnye membawa makne "cahaya seindah pandangan mata" dan itulah sebaik2 makna untuk name ko ain... walaupapun... all the best.. buat yg terbaik... insyaallah... inna du'aii ma'akii... wa arju 'alaiki aidhon... mashi... ma'asslamah.. :-)
Catat Ulasan