Isnin, Oktober 5

Melangkah Meninggalkanmu

saat melihat dirinya

aku terasa marah
yang masih lena di kamar
padahal semalam diriku tidak jauh beza begitu

aku terasa marah
bilamana hak-Nya tak ditunaikan
dan diambil sambil lewa

dalam hati terasa membara
tapi aku diam mencuba
kerana aku jua pernah sepertinya
lalai, alpa
kini kusedar
namun kesedaranku
mampukah kembali memadam segala cela
dan membawa cahaya
menerangi singgahsana

aku mahu cahaya kembali berkelip
dan kunang-kunang terus bersama
jangan biar syaitan terus menoda
dan akhirnya sesat di alam nyata

saatnya aku benci melihat dia
benci melihat diri dalam jahiliyah
benci yang mungkin tidak ketara
namun ku telusuri masanya
itulah aku jua dulu sepertinya

mahu ke kikis dan sental seluruhnya
jahiliyah yang pernah melanda
mahu ku kembali dari buaian lena
kembali agungkan Dia di dasar hati
utamakan Dia dalam setiap erti
tunaikan hak-Nya!

3 ulasan:

atiqahmki berkata...

allahuakbar!naikkkkk smgt bace niii.
as i told awin, akk rasa akak dah mule paham bahasa korang:D

everjihad berkata...

hoho..
nape?
seblum ni tak berapa paham ek?
terlalu berbunga?
tak straight foward?

hehe..
semenjak menjak belajar english 3U n 4U, sastera + critical thinking mula membiak..

implicit. kena FIKIR baru dpt FAHAM kot mesej disebaliknya.

kalau tak fikir jauh ke dalam, mesej mungkin tak tercapaiai.

tapi takpe.Al-Quran pun cabar kita suruh befikir.

bahasa itu sungguh terlalu indah
bahasa itu punya seni
bahasa itu punya hati
bahasa melambangkan jiwa
kerana bahasalah yang bakal menyentuh rasa, menyentuh jiwa! =)

ummu berkata...

Subhanallah
puitisnya mengetuk jiwaku yang hitam ini