Rabu, Jun 22

saatnya aku dikafankan..


 bismillah

alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Allah yang membuatkan nadi aku masih berdenyut lagi. kejap tadi aku merasai satu pengalaman yang terlalu berharga. detik-detik waktu serta perasaan yang mencengkam rasa membuat aku terasa insaf. insaf akan hakikat kehidupan ini. 

apakah pengalaman itu?  


 


inilah pengalaman buat sekelian kalinya aku merasai pengalaman menjadi 'mayat hidup' selamat hampir setengah jam.  tidak pernah aku membayangkan untuk menjadi 'model' jenazah. tak disangka aku dicalonkan oleh seorang makcik untuk menjadi 'model'. 

bisik sorang makcik,
"ha nanti awak jadi model ye."

 "err..saya, makcik?"

 " awak kecik. nanti senang sikit" 


aku memandang-mandang orang lain sambil menoleh kepada makcik yang tersenyum simpul mencalonkan aku tuh.. huu mentang-mentang aku paling muda dalam kalangan makcik-makcik. oh tidakk.. apakah aku sedang di'buli' T.T

 tapi aku relakan hati je. teringin gak nak mencuba apa agaknya rasa jadi 'model'. model menjadi mayat agar bisa makcik-makcik yang ada belajar dan menggambarkan dengan lebih jelas keadaan sebenar. cuma bezanya aku yang hidup ni masih boleh bergerak-bergerak, tersengih-sengih, bercakap dan bertanyakan soalan berbanding dengan mayat 'real' yang mati kaku.


makcik yang mengajar dok lancar menerangkan segala jenis perkakas dan alat yang diperlukan n cara-cara nak balut n kafankan jenazah. aku yang dicalonkan jadi model jenazah untuk demo memang dah cuak giler. seram sejuk memang terasa. badan pun memang ada menggigil menggelatar sikit. 


'ish biar betul aku nak jadi model jenazah.', detik hati 

telekung utk dipakaikan pada kepala jenazah perempuan 

kain kafan : 2 pasang kain putih 90 inci(2 meter),kapas,kapur barus,cendana


walau bagaimanapun alhamdulillah Allah kurniakan satu perasaan dan pengalaman yang aku rasai cukup istimewa. dan perasaan sewaktu agak sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata yang sempurna.

pada awalnya, hampir saja aku tak melangkah ke surau kerana cuaca yang mendung. namun, aku cuba berusaha untuk tidak memberi alasan. perubahan mesti dilakukan. kebaikan tak boleh diabaikan. mendung je kot belum hujan takkan tu pun dah nak mengalah? aku bagitau mama, harini kat surau ada belajar praktikal nak kafankan jenazah. mula-mula aku tak bagitau mama kelas harini pasal apa. mama pun macam nak bagi tak bagi. mungkin sebab dengan lambakan kerja rumah yang tak sempurna aku selesaikan. huhu. tapi aku beranikan diri untuk sebut kelas hari ni pasal apa. mama tak semena-mena bagi je aku pergi  siap suruh bawak payung kalau-kalau hujan. 

 aku dapat rasakan, mungkin jauh di sudut hati mama andai suatu hari nanti dia dijemput Ilahi, biarlah ada antara zuriatnya sendiri yang boleh diharap, dapat menguruskan jenazahnya nanti dan bukan orang lain. aku pun ada memasang niat, andai telah datang ketetapan dari-Nya, aku harap biarlah aku dapat menguruskan jenazah ahli keluargaku sebagai khidmat baktiku yang terakhir buat mereka. dan sebenarnya saat aku melangkahkan kaki ke surau, aku lebih memikirkan perihal diriku sendiri lebih dari orang lain. satu peluang untuk aku cuba muhasabah diri. saat aku dikafankan aku cuba merasai dan menyelami apakah rasanya menjadi si mati yang di mana najisku orang lain akan bersihkan, badanku dimandikan dan kemudian dibalut dan dikafankan. 

saat 'dimandikan', makcik yang mengajar ada berkongsi kisah, tentang pengalamannya memandikan seorang jenazah yang najisnya tidak berhenti-henti keluar sehingga orang-orang yang memandikan keletihan membersihkan. kisah tersebut diceritakan untuk dijadikan pengajaran. sebagai iktibar bagi yang hidup, bermuhasabah mengambil pelajaran.

entah apa dosanya pada Tuhan sehingga najisnya tidak mahu bercerai dari badan. nauzubillah. moga Allah merahmati dan mengampuni jenazah tersebut.

masa dikafankan, betapa makcik-makcik riuh bertanyakan soalan untuk memastikan kefahaman mereka jelas dengan tuntutan kaifiat menguruskan jenazah dengan betul. aku hanya mendiamkan diri dan sekali sekala tersengih menahan lucu gelagat makcik-makcik yang ada. diusik dengan usikan, 'comel betul mayat hidup ni.. ' dan pelbagai usikan lain. patut nak cuba feel n insaf jadi mayat terus terhilang pulak bila dah diusik sebegitu. ada jugak yang marah aku asyik pejam mata. dalam hati, 'ish kacau daun je la makcik ni. biarlah orang nak pejam mata, nak cuba hayati 'watak' sikit..' ada jugak yang kata, 'takpela pejam. tak nak masuk habuk..''. ish memang macam-macam. tapi usikan yang aku terasa best, 'ni muka berseri-seri mayat hidup ni.. mati dalam iman..'' 

aku dengan cepat menyambut, 
'insha Allah!! ameen!!' 


dalam hati memang aku harap moga Allah matikan aku dalam keadaan husnul khotimah..tak sanggup dan terbayang mati dalam keadaan buruk. nauzubillah. 

lagi, baru kutau, bila jenazah dah sampai liang lahad, segala ikatan yang mengikat tubuhnya tadi, akan dileraikan. menurut kata makcik yang mengajar tu, katanya nanti mayat tu akan bangun. ada makcik lain pulak menambah, "kalau mayat beriman, ha nanti kubur tu datang pelawa dia.. kalau tak.. " dia tak menyambung tapi aku sudah mengerti maksudnya. tak sanggup membayangkan apa yang bakal menimpa.

saat kepala aku diikat(ni memang betul-betul ikat, tutup muka habis), sambil kedengaran riuh rendah makcik-makcik aku cuba memejam mata, membuka mata. dan saat merasakan tubuhku dibaluti kain kafan dan tak terbayang kalau dah masuk liang lahad, mesti lagi gelap. paling kurang, kejap tadi demo dengan lampu menyilau-nyilau. dan persoalan aku dijawab makcik, 'nanti dah masuk kubur, muka kita akan bertemu dengan tanah. wajah kita akan dibuka. asalnya kita kan dari tanah, nanti balik asal ke tanah jugek..'.

huu. senang je makcik-makcik tu bercakap, berceloteh.. aku yang dok membayangkan seriau terasa.  


sebelum selesai semuanya, ada beberapa perkara yang makcik mengajar pesankan. 

"aurat si mati kena mesti terjaga sempurna. mesti jaga aurat dia biar tertutup terpelihara dan nak mengadap Allah ni kena lawa-lawa, cantik-cantik, wangi-wangi..'

(dalam hati aku, dah mati pun kena bertutup litup, kalau hidup apatahkan la lagi..huhu)

moga sekelumit perasaan dan secebis pengalaman serta ilmu yang Allah kurniakan padaku hari ini menambahkan ketakutan, ketaqwaanku serta kedekatanku pada-Mu yang Allah. 

moga aku termasuk dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai.  ameen.

Saat dikafankan masih aku terasa..
Saat aku dikafankan masih terus dalam bayangan
Kapur barus menjadi bauan
Mungkin sekadar bayangan khayalan
Namun wajar untuk aku beri peringatan
Pada diriku mencari bekalan
Buat teman seperjalanan..

allahumma, matikan aku dalam IMAN!

Tiada ulasan: