Ahad, Jun 19

my muntalaq

bismillah

usai keluar dari perkampungan tarbiyyah, aku terasa seperti terjadinya satu titik tolak dalam hidupku. tarbiyyah yang begitu menghidupkan jiwa, dan sungguh mengesankan hati ini. dan tidak mampu aku untuk menolak dari melakukan perubahan demi perubahan dalam diri. syukur dan segala puji bagi-Nya yang selayaknya menerima segala pujian. bersyukur kerana Dia masih sudi menebarkan rahmat-Nya buatku, mengurniakan petunjuk hidayah pada hati ini. hati yang kerap kali adakala ego pada-Nya, angkuh, sombong malah tidak mengendahkan kewujudan-Nya.

namun Dia masih lagi menyayangi diri yang hina ini, yang asalnya dari titisan-titisan air mani yang kalau diberi pada makluknya seperti ayam, mungkin ayam pun lari atau malah dipijak-pijak. betapa asal kejadiannya cukup hina tanpa mulia. hanya manusia itu menjadi mulia bilamana dia mengizzahkan islam dalam diri. islam yang asalnya dari Tuhan.

perasaan ini terasa sangat 'dush3'. betapa selepas selesai program, hati menjadi sangat sensitif. Alhamdulillah. moga petanda baik itu akan terus berkekalan.

Insha Allah curahan hati akan bersambung..

Tiada ulasan: