Memaparkan catatan dengan label monolog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label monolog. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 31

tika hari itu


sumber : kredit

tika hari bahagia itu
aku mahu pakaian yang terindah
bukan hanya sekadar gaun putih menawan
bukan solekan tebal yang menutup segala cela di muka
bukan jua berandamkan manik-manik mutiara
bukan perhiasan dunia yang hanya bersifat sementara
bukan perhatian manusia hina yang ku damba

Demi Tuhanku,
aku mahu pakaian taqwa
aku mahu jaga waspada

aku mahu pakaian taqwa
biar apapun yang mereka kata

aku tetap aku
aku mahu menjadi aku
aku mahu percaya diriku
andai tiada siapa mahu setuju denganku
biar saja Allah menentu

aku tahu siapa aku
dan aku tahu kenapa aku begitu
keranaa itu
aku perlukan ruang buat diriku
aku butuhkan pertolongan Tuhanku
menunjukkan jalan-Nya padaku

saatnya yang kumahu
buktikan pada mereka
aku tak perlukan pakaian yang hina
kerana aku sudah cukup mulia
dengan pakaian dari syurga

tidak perlu kau bersungguh
cuba menggugah pendirianku
kerna tidak mahu aku berganjak
dari terus menjadi diriku

inilah aku!
terimalah aku seadanya
hormati aku apa adanya
dan kasihi aku kerana-Nya

jangan kau biar maruah aku tercemar hina
lantaran dunia yang meleka
jangan kau biar aku menjadi alat mereka
diperalat sebagai bahan hukuman jaja
untuk dikata dusta nan hina
aku bukan permainan mereka
yang kau bisa katakan apa saja
yang kau bisa melempar segala kata

aku dan diriku
berdirinya aku
hanyalah kerana Tuhanku

jangan kau cela aku pada wajah rahsia
jangan kau cela aku pada nama
kerana kau tak pernah kenal diriku siapa
kerana kau tidak pernah kenal hidup diriku untuk apa

takkan ku biar segala
ruang fitnah berleluasa
selagi kudrat ada dari Yang Esa
walau dunia sudah tiba penghujung cerita

dikala aku mahu menjaga
dengan penuh waspada
biarlah aku dengan langkahku
jangan kau pasung mati langkahku ini

kelak engkaukah
yang akan disoal di hari kemudian?
jawab pertanyaanku!
kelak adakah engkau
yang akan menanggung segala tindak tandukku?
Tidak!
Bahkan tidak sekali-kali!

kelak aku
yang bakal dihukum atas segala tingkah laku
engkau tak mungkin
menanggung apa yang aku perlaku
dan aku tak mungkin menanggung dosa pahalamu

oleh itu
biarlah aku dengan langkahku
biarkan aku dengan pendirianku
biarkan aku membentang langkahku
biarkan aku melebarkan sayapku
biarkan aku mencipta bahagiaku
biarkan aku menanggung deritaku
biarkan aku berjuang dengan hidupku
biarkan aku untuk tersenyum puas di penghujung cerita hidupku
biarkan aku puas hanya mencari dan mendamba redha Tuhanku
Biarkan aku menggapai awan cinta di langit syurga

biarlah..
biar dunia ini menyaksikan
kerana dunia ini sudah dicipta sedemikian
menjadi saksi ke atas  diriku
dan aku menjadi saksi ke atas mereka
atau segala apa yang diperbuat di muka bumi ini
dan Dia Maha Menyaksikan segala sesuatu
apa yang zahir dan luput dari hati

Madison Ave
5:04 pagi
Khamis
25/02/2010.

Khamis, Jun 23

aku rindu kamu

bismillah.

ditakdirkan aku terklik post-post lama. dan terjumpa aku dengan entri ini.

terlalu lama dia menyepi
aku terlalu rindu padanya.
sungguh aku rindu !
ibarat pinggu rindukan bulan

oh bulan..
sampaikan salamku padanya.

oh angin..
sampaikan salam rinduku padanya.

oh tuhan
peliharalah sahabatku dari segala celaka dan binasa

sungguh aku rindu padanya

ya Ilahi,
ku mengerti
bahwa diri ini
tidak mampu sekadar memerhati
ku mengerti
bahwa Engkau mengetahui
diri ini terlalu lemah bersendiri

selaut harapan kudamba
hanya pada-Mu, raja segala raja
di bawah lembayung rahmat-Mu peliharalah dia
hanya Engkau sebaik-baik pemelihara
hanya Engkau yang Maha Berkuasa

taman permata,
4:44am

Selasa, Mac 22

imagine one day ..

Bismillah,

coretan seorang hamba yang penuh khilaf, yang tak confirm lagi masuk syurga.

pagi tadi sembang2 dengan housemate aku,husna, seputar pasal kehidupan ..
macam2 yang disembangkan ..
bila usia makin dewasa, pemikiran pun kena dewasa.. sembang2 pun bukan sembang-sembang biasa.. (ecece..ehem2..hehehe =P)

antara yang disembangkan ialah tentang dugaan-dugaan dalam kehidupan. dia bercerita kisah suka duka hidup dia. aku pulak cukup terbuka dan setia mendengar sambil-sambil cuba kasi dia pelajaran yang patut dia kutip sebagai kekuatan dalam kehidupan.

walau usia dia sebaya usia kakak aku, tapi aku rasa itu bukan penghalang untuk aku 'mendidik' dia. cuba mengenalkan dia dengan erti islam yang sebenar. bila aku tengok dia, cuba pandang dengan kasih sayang. cuba pandang dia dengan penuh akhowat..pandang dia, yang dia ni suatu hari akan jadi seorang ibu, akan ada suami, ada anak-anak. yang anak-anak tu mesti dan perlu dibesarkan dengan nilai-nilai islam. thats why even dia berbeza 'bangsa' dan bahasa dari aku, dan of course kadang2 tak senang nak explain benda2 islam yang mentarbiyyah dengan cara yang aku faham dan untuk diterjemahkan dalam english, tapi cuba je la yang sebolehnya.

dan seputar sembang-sembang hati ke hati tu, aku ingatkan dia tentang pentingnya cabaran-cabaran dan dugaan-dugaan yang ada sekarang ni untuk dihadapi dengan penuh ketabahan, kecekalan, kesabaran, dan keimanan yang tinggi.

okla. to be frank and straight to the point, lama-lama sembang, termasuklah topik kawen. usia 20-an ni sangatlah tak boleh lari dari topik ni. dan sebenarnya tak perlu lari pun. perlu hadapi, perlu terbuka.

bila aku kasi dia lecture sikit, baru aku tersedar n terasa aku ni dah matang sikit la pasal bab ni berbanding dulu. (bukan angkat bakul ye). dulu super rebina sikit

antara kita, sapa yang tak nak kawin? ada suami, ada isteri, ada cahaya mata yang comey2.. dan dia memang nak sangat kawin, tapi ayah dia kata habis belajar dulu. dan aku setuju je dengan pendapat ayah dia. (kalau mmg dah ada somebody, tu lain ceritalah.dia ni nak je kawin. tapi belum ada sapa lagi pun. cuma perasaan nak tu macam meluap2 je, sebab dia rasa sangat lonely). tapi bukan ayah dia tak nak dia kawen in fact memang nak sangat dia kawen, tapi dia nak jugak anak dia habis studi dulu.

aku tekankan kat dia, lagi 2 tahun je pun nak habis kan studi. sekarang ni lah masanya untuk persiapkan diri.

"Imagine one day you will be a mother.. if you can't handle, tackle your anger right now, you can't be patience enough, how are you going to deal that with your kids, your husband.. Life for marriage sure will be tougher than now. It's not that easy as you might think. ~ GEt married and live happily ever after .~."

"Imagine if one day you have a husband.. imagine if you can't control your anger, and your ego.. you feel so much hurt..imagine that..if you cant handle it now, learn to forgive and forget, you might suffer for your entire life with your husband. and imagine to be hurt and live with him for the rest of your life for about 30-40 years? or maybe your anger too much that can lead to divorce..is that what you want? therefore for now, it is important to think, learn,prepare yourself. How to be a good wife, how to be a good mother ..Think about it. Yes, you might be in pain for now, having so much hardships, but later insha Allah you will get a happy life for all the struggles.."

lebih kurang camtu la gaya aku cakap.. dan bebel kat dia macam2 lagi. tapi sangat stresskan kat dia, sekarang nilah masanya untuk have the mindset absorbing everything from life to get prepared for the next phase of life (insha Allah kalau ade rezeki panjang umur). be a strong person. tahan dengan ujian kehidupan.

n somehow bila ingatkan dia macam tu, diri aku sendiri sebenarnya macam dah tergerak untuk begerak ke arah tu. tersedar kejap.. oh mann imagine if I'm going to be a mother one day.. mcm2 perangai buruk ada lagi.. aishh.. rosak budak tu nanti..

n kebelakangan ni banyak dibincangankan soal peranan wanita.. role of women in nation-building la. mother of nation la. dan macam2 lagi isu pasal how women should be hero instead of 'victim'. and itu dalam subjek politic and women studies..

lepas sembang-sembang, terus rasa inspired over something..
terus terpanjang angan-angan, 'wishes2' yang dulu, impian yang mahu dinyatakan..
perasaan, fikiran yang pernah bermain-main dan semadi dalam ingatan..

cakap kat husna,

"You know what.. when I still in in high school, I really want to be full-time housewife, mother at home..nurturing and raising the kids carefully..(maybe inspired by my dad)"

I really want to be most of the time at home like my mom. I really really want not to be working at  office like other typical working-women..and now I realize how I can realize this dream and make this wish come true..

*How? hehe.. *

I don't really have a thorough plan, but for now I do have some rough plan for life and I want to work for it and start getting the passion.  and everytime I start to work, study, I remember the moment for my 'future' and I remember those 'dreams and wishes' that I want to fulfill and I want it to be realized. (with God's will). I knew it's hard to think about marriage. It's not that easy. It is a crucial and heavy matter that you should not take it lightly. You have to be serious as marriage is the step towards building a generation. and to generate, nurturing the kids later, it need from within. and all starts from ourselves.

ada terjumpa satu blog ni tadi, kisah cerita sepasang suami  isteri ni cerita pasal macamana cara dia didik anak dia yang baru umur setahun tapi dah pandai baca ABC, alif ba ta..memang menarik jugak la. boleh baca kisah  tu kat sini.

kagumm..bila baca post tu, terasa mcm..wahhh..seronoknya dapat anak yang cerdik macam tu. ya Allah.. nak satu jugak! =p.. dan mulalah terbayang2, nak dapat anak nanti nak 'hafiz'kan dia..nak itu nak inikan dia..

well, angan-angan ni tak boleh biar angan-angan saja. it has to work from within. perlunya planning, dan paling penting OBJEKTIF. matlamat mardhotillah. (Allahu Ghayatuna) bila muhasabah kembali, waduhh.. terasa diri ni penuh kekurangan. dengan tak disiplinnya, mutabaah amal yang rongak2.. nak anak hafiz, tapi emaknya sendiri tak 'hafiz'(tak menjaga), macamana ..?

nak anak hebat macam Sultan Muhammad Al-Fateh? aish.. kalau setakat sunat rawatib, mathurat, benda sunat2 tu pun tinggal, liat..macamana? tahajud tak yah sebut la kalau asyik bangun subuh terkejut. T.T

hu. bila koreksi balik, banyak benda perlu islah, islah, islah. bila dah dakwah kat orang, at the end all those peringatan tu sebenarnya datang kat diri balik. n sebenarnya sebelum dia jadi bermanfaat kat orang lain, yang paling bermanfaat tu pada diri sendiri jugak..

kalau dah cakap kat orang, sendiri tak buat, cakap tak serupa bikin, aishh mau tak kena laknat, kena balun dengan Allah nanti..nauzubillah (refer Surah As-Saff:2)

cakap pasal peringatan, dalam solat semalam, terasa something. masa tu solat maghrib ke isyak. jadi imam. kalau jadi imam kena baca kuat sikit la kan. bila baca kuat, kita dapat dengar bacaan tu balik jelas pada pendengaran kita dengan orang lain. aku baca surah baqarah. ayat 1-10 kalau tak silap. tiba rakaat kedua, ayat ke-6, hati terasa gerun kejap. bergetar.

bila baca cuba selami dan hayati makna dia. kebelakangan ni, dalam UO selalu je sebut2 pasal 'kekafiran'. 2 minggu lepas tadabbur tafsir surah insaan diceritakan sifat2 orang kafir. lepas tu minggu ni tadabbur surah baqarah ayat 214-216. ayat first tu sebut pasal  kehidupan dunia yang terasa indah bagi orang kafir.

and apa yang gerunnya Allah memang terang-terang sebut, orang kafir ni tempat dia di neraka. akan diazab dengan dasyat. nauzubillah. back to the story, baca ayat ke-6 tu,

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
 Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
ayat yg ke-6 tu nampak macam simple je. macam common dan biasa je kita jumpa kan. macam kat dalam surah yasin, Allah ada gak cakap camni.. tapi kan, yang buat hati aku bergetar kejap tu, bila maksud ayat tu diselami lagi..

 amaran = peringatan..

Allah cakap, sifat-sifat orang kafir tu sama je .. ko kasi dia peringatan ke tak kasi ke, dia sama je..
cuba baca, ulang, dan fahamkan versi lain sikit..

kalau kita ni bila dah islam, dengan belum dapat 'islam', sama je, takde beza, kita ni macam sape?
kalau kita ni join usrah, sama je macam sebelum kita join, takde berubah apa2, takde beza,kita ni macam sape?
kalau kita ni dah dapat sentuhan tarbiyyah, dah mula sedar itu ini, tapi kita tetap tak berubah ke arah yang lagi baik, malah mungkin in the state of 'denial', tak mau menerima hakikat atas segalanya, ha kita ni macam sape?

nauzubillah. dush! terasa macam satu tamparan kejap. terasa macam.. ya Allah takutnya..entah aku ni dah cukup beriman ke tak.
pilihan hanya dua
beriman secukupnya atau tidak. takde pun pernah jumpa dalam quran atau kat mana2, separuh2 beriman, beriman sekerat-sekerat, or boleh nak beriman sikit2, beriman part-time..
huu..entah2 selama ni yang aku dok baca2 kisah-kisa yang Allah dok cerita tu..azab2 pasal orang2 kafir.. yang selalu aku ingat, orang2 kafir tu orang lain, bukan aku, dan 'mustahil la aku ni sebahagian dari orang kafir kan', TAPI boleh jadi aku sendiri tergolong dalam golongan tu sebab ada sifat2 yg ada pada golongan tu. nauzubilllah..!

itulah sifat-sifat orang kafir yang antaranya,
- membelakangkan hari akhirat (ada tersebut dalam surah al'ala kalau taksilap)
- hidup ikut acuan sendiri, ikut nafsu (tak ingat surah mana)
- dah diremind, dah diingatkan, sama je macam kasi peringatan ke tak. takde beza. (surah baqarah, yasin)

masha Allah..

ya Allah, moga hati ini terus tsabat pada hidayah yang Kau kurniakan..

hamasah yang ada pada saat ini,
kekalkanlah ya Allah.
gentar rasa ini
jangan kau lenyapkan ya Allah..
rayuan seorang hamba..


17 Cole,
12:53AM

Sabtu, Disember 4

impian and 'goals'

terbaca blog ukhti fathiyyah. dah kawin. aku kalau tengok yg married ni memang cepat tertarik macam magnet. apatah lagi la kalau still student..memang sangat2 kagum. how they manage their life.

there is someone in my mind that I'm really impressed. ada je few other couple lain..

hu.

ada some interesting post. how she reflects herself. aku yang baca ada jugakla dapat manfaat. untuk islah diri, insha Allah. buat renungan..

sambil baca dengar pulak si lydia sembang-sembang dengan husna housmate aku cakap pasal kawin.
aish..awat la deme ni sembang pasal kawin.

hu. kawin oh kawin. memang takkan basi la cerita kawin2 ni selagi kita tak kawin! 

rasa macam dah lama tinggalkan pemikiran untuk kawin. sama ada buat masa ni atau untuk masa akan datang. rasa macam dah lama tak fikir.

perlu ke nak fikir?
perlu ke nak fikir sekarang?
mungkin perlu. mungkin tidak. depends.

si makcik tu berbunyik,

''by 35 you must have at least 2 babies. the doctor told me after 35 you will no longer productive"

my mum gave birth to me when she was 40. 
she's not bad, ay?
cayalah mama aku!
erm, hebat kuasa ALLAH tu.

but thats not really the matter that I want to point here.

last few days i guess, my housemates did talk about marriage thingy. until one moment, i told them, 

'don't just talk about your dream husband. what about think of how many children you wanna have?'

then they asked me,
'ain, how many children do you want?'

ohho.. 
soklan cepumas sungguh.
the answer?

'as much as i can! i wish to have twins..', i replied them.

haha. isn't that the 'easiest' way to get 'as much' as we can? 

just imagine if twins for 3 times or may be triplet. hmm.. in 5 years we may get 6 or 10kids. wow. isn't that awesome?

ah. berangannya Qurratul ni. panjang betul mimpi dia..
eh. bukan mimpi da. tinggi cita-cita tuh. [poyo kejap. back up diri sendiri]

abah pernah kata, 
cita-cita tinggi tu cetusan iman.
ha! see.. {iye la..pandai je dia nak goreng..};

tapi anak ramai is not the goal. yang goalnya nak capai mardhotillah. nak gapai redha Allah. anak ramai ke, anak sikit ke, ada anak ke, takde anak ke it's not really the matter as those are only wasilah (penghubung), ok.

farah pernah sebut kat aku, jangan sebut impian. tapi sebut 'Goal'.

apa beza impian dengan goal ni? impian bila kita sebut kita mungkin terasa itu satu mimpi. tak mungkin terjadi. tapi kalau kita tukar kepada goal ataupun matlamat, walau nampak macam mustahil tapi boleh diusahakan.

I don't know. It just that, when I heard Lydia said, your productivity will reduced after 35, it just strucks me and makes me think.

memang mentaliti barat (aku ada baca buku ape ntah. dia siap kasi statistik), kalau tak silap subject individual and families, pasal perubahana fenomena dulu dan sekarang. women tends to delay their marriage because of school ~ to get higher education. 

kenapa perlu higher education? 
to get good and better job.

education = income

itu antara matlamat depa. tapi itu matlamat aku studi ke? oh.. tidak sekali. matlamat aku lagi tinggi dari tu la weh! apa barang studi setakat nak dapat kerja jadi 'kuli'? aku tak mahu jadi kuli duniawi. sori ar beb. aku nak jadi kuli sejati only pada Allahu Rabbi.

kalau lelaki, mereka masih mampu membebaskan sperm even if they are already 80! tapi kalau perempuan? ada limit dia. usia 20-an memang waktu yang sangaaat subur utk perempuan to produce.

it's just a question of,

ARE YOU READY GURL?

oh man. thinking of to have a baby/babies, (even I don't have a husband yet), makes me a bit scared. Scared because I think I still not prepared. What have I prepared so far? 

Tapi kalau nak fikirkan sangat apa yang kurang, macam low self-esteem la pulak. nak tunggu diri sempurna mati la tak kawin2 kot. Kena pandai-pandai balance. Kena tau apa yang kurang, apa yang ada. Dari situ, top up la yang mana perlu, yang mana termampu. 

{pandai2 je dia nasihat diri sendiri ye}

baitul muslim yang nak dibina bermula dari individu yg berjiwa dan berperibadi muslim.

do you know what is my wish? ( or I should change it into goals? :D)

i wish that dream will come true.
or maybe I shoud change that.
I want to work on that dream to be true!

Well, I don't know who I'm going to marry to.
I'm still praying, searching, waiting ..

i want to marry 'someone'... that can makes me to be someone! 
siapa dia tu ye? malu pulak nak tulis kat sini.

takpela. kita simpan je. My secret with Him! ^_~

ikutkan hati, tak nak kawin lambat2. 
ikutkan hati nak je anak cepat.
sebelum segalanya terlambat.

Allahu'alam.
Allahumusta'an

Isnin, November 15

saat itu ...

ya. aku dahagakan peringatan.

hari ini terasa 'kosong'. serba tak kena. entah mengapa terasa berat mahu ke kelas. mungkin juga kerana aku ada 'alasan'. namun demamku sudah kebah cuma kepala terasa mencucuk-cucuk. rasa serba salah jugak nak ponteng, tapi bila fikir2 kalau dalam kelas pergi, tak boleh absorb pun buat apa. < alasan yea..

ah alasan. seribu satu alasan boleh dicipta. kalau betul2 mahu, 1001 dalih boleh ditepis.

Entah kenapa hati ini terasa mahu mencari sesuatu. Mahu lupakan sebentar realiti yang dijalani.

Bermula dari mendengar tausiyah dari Bro. Nouman Ali, kemudian beralih kepada buku Stephen Covey 7 habits of Highly Effective People (merasakan diri ini semakin kurang efektif kebelakangan ini), kemudiannya dicapai pula buku tulisan Dr. Raghib As-Sirjani - Menjadi Pemuda Peka Zaman.

Di situ aku temui sesuatu.
Di situ aku temui jawapan yang membelenggu.
Di situ aku tahu, mengapa aku kekurangan the 'sense of urgency'.

Bak kata, Bro Nouman Ali, "It indicates something..which is problem with iman."
"Adakah orang-orang yang pernah berpesan kepada para pemuda, beramallah dengan serius dan bersungguh-sungguhlah dalam belajar, kerana Allah azzawajal senantiasa mengawasi anda dan Dia akan memberikan balasan terhadap setiap usaha dan kerja kerasmu? atau justeru mereka hanya berpesan kepada generasi muda, belajarlah dengan sungguh-sungguh kerana sebentar lagi akan ada ujian. Siapa yang berhasil dan lulus dalam ujian tersebut, ia akan mendapatkan pekerjaan di dunia dan gaji yang besar, tempat tinggal yang lebih baik dan selesa, kenderaan atau pekerjaan yang lebih menjanjikan berbanding saudaranya yang tidak lulus dalam ujian tersebut"

ya.
Apabila saatnya diri terlupa
Tuhan itu Maha Melihat dan Memerhati
Apabila saatnya diri terlupa
Segala yang dikerjakan pasti dihitung
Apabila saatnya diri itu terlupa akan Rabbnya
Saat itulah akan terhilang arahnya


****
ya Tuhan jangan lupakan aku saat aku terlupa diri.

saat aku lalai, terleka
saat aku lupa pengawasan-Mu
saat aku terlupakan diri-Mu

Engkau yang Maha dekat
Maha halus 
Maha teliti

monolog ...[2]

A piece of advice from Bro. Nouman Ali

Purify your heart by start the relationship with Allah
- legitimate zikir.

read quran more

He talks something about 'sense of urgency'

hu. that stucks me.

I think I lack of that

I don't feel the urgency to do my studies therefore I'm procastinating. even it seems not so 'bad' like I'm not into those entertainment stuff. Alhamdulillah 'ala kulli haal, I'm not being tested by addiction to manga, movie and those related things but coming on to myself, I being tested with other things. - managing priorities -

Always in my mind, hey am I doing this right? or maybe I shouldn't?
There's always something that I want to do that not even related with my typical 'work'. I love to work on something else. I've no idea why can't I have such passion that will boost me to do those things?

I always ask myself why?
I can't give the anwer.

What really interest me?
I may have the answer but not found the way.
I maybe in the state of denial. 
Sometimes a feeling of sabotage in myself.

Why can't I just keep on going the things that I 'should' do?
Finding the answer is not as hard as finding the solution.
Finding the solution is not as hard as to act on 

Yet, clarifying what's really a priority here is a tough question to me.
I remember where there was an old lady advised me,
you have a lot of things that may be fascinating to you. but you have to do what you have to do. you have to be where you should be. 
What I should be
What I should do

What I want to be
What I wanna do

What I have to be
What I have to do

critical ...
the answer maybe clear enough
but at some point, at a moment..
it just a feeling 
of losing the way
of losing the self


Rabu, November 10

monolog

Aku melihat pelbagai jenis ragam manusia di sekelilingku. Ada yang begitu komited mengejar cita-cita. Penuh kesungguhan menatap helaian-hilaian buku mata pelajaran bersama nota-nota. Menatap komputer tanpa jemu.Aku terfikir apa sebenarnya yang mereka kejar?


Aku tak tahu mengapa dan mana silapnya. Kadangkala terasa asing. Bukan tidak mahu bersungguh-sungguh. Tapi entah kenapa kadangkala diri terhimpit dengan beberapa persoalan hidup. Kadangkala terasa hilang arah tuju. Bukan tak tau perlu arah ke mana. Tau je perlu ke mana tapi bagaimana mahu ke sana seperti dalam bayang-bayang. Kabur. Jalan manakah yang mahu dituju. Jalan mana yang mahu aku terus ada. Jalan ini benarkah? atau jalan itu yang ada silaunya?



Kadang-kadang hidup macam blur kejap.

'struggle'. bunyi macam menderita kata akhi. 
mengapa tidak ganti dengan sesuatu yang punya konotasi yang lebih positif seperti, fokus, rajin, bersungguh-sungguh..


tak semena buat diri terfikir. benar. mengapa ya struggle itu yang mula2 terucap setiap kali ada yang bertanya, 'how's studies?'

Mencari- cari. Masih dalam pencarian. Mencari sesuatu yang dekat di hati. 
Hambar.Ilmu yang dituntut tak kurasa membekas di jiwa. Seringkali terasa. Ah benarkah ini jalanku?Seakan terasa tak serasi di jiwa. Ilmu yang tidak ku rasa ‘roh’ nya. Ilmu yang sekadar ilmu.


Aku ingin belajar ilmu yang lebih dapat mendekatkan diriku pada Tuhanku.
Aku ingin belajar ilmu yang menambah pengetahuan tentang kekuasaan Tuhanku.


Atau sebenarnya aku belum cukup kenal diriku. Belum cukup kenal dengan ilmu-ilmu yang ‘asing’ itu? Tak kenal, maka tak cinta, bukan? (cuba memujuk hati)

Atau sebenarnya, masalah itu terbit dari dalam diri sendiri. Masalah jahiliyyahkah atau sebenarnya apa masalahnya? 

Zon selesa yang menjadi satu cabaran buat diri.. Mahu ikut hati atau mahu perang diri?

Robarts Library
10.30pm