Isnin, November 15

saat itu ...

ya. aku dahagakan peringatan.

hari ini terasa 'kosong'. serba tak kena. entah mengapa terasa berat mahu ke kelas. mungkin juga kerana aku ada 'alasan'. namun demamku sudah kebah cuma kepala terasa mencucuk-cucuk. rasa serba salah jugak nak ponteng, tapi bila fikir2 kalau dalam kelas pergi, tak boleh absorb pun buat apa. < alasan yea..

ah alasan. seribu satu alasan boleh dicipta. kalau betul2 mahu, 1001 dalih boleh ditepis.

Entah kenapa hati ini terasa mahu mencari sesuatu. Mahu lupakan sebentar realiti yang dijalani.

Bermula dari mendengar tausiyah dari Bro. Nouman Ali, kemudian beralih kepada buku Stephen Covey 7 habits of Highly Effective People (merasakan diri ini semakin kurang efektif kebelakangan ini), kemudiannya dicapai pula buku tulisan Dr. Raghib As-Sirjani - Menjadi Pemuda Peka Zaman.

Di situ aku temui sesuatu.
Di situ aku temui jawapan yang membelenggu.
Di situ aku tahu, mengapa aku kekurangan the 'sense of urgency'.

Bak kata, Bro Nouman Ali, "It indicates something..which is problem with iman."
"Adakah orang-orang yang pernah berpesan kepada para pemuda, beramallah dengan serius dan bersungguh-sungguhlah dalam belajar, kerana Allah azzawajal senantiasa mengawasi anda dan Dia akan memberikan balasan terhadap setiap usaha dan kerja kerasmu? atau justeru mereka hanya berpesan kepada generasi muda, belajarlah dengan sungguh-sungguh kerana sebentar lagi akan ada ujian. Siapa yang berhasil dan lulus dalam ujian tersebut, ia akan mendapatkan pekerjaan di dunia dan gaji yang besar, tempat tinggal yang lebih baik dan selesa, kenderaan atau pekerjaan yang lebih menjanjikan berbanding saudaranya yang tidak lulus dalam ujian tersebut"

ya.
Apabila saatnya diri terlupa
Tuhan itu Maha Melihat dan Memerhati
Apabila saatnya diri terlupa
Segala yang dikerjakan pasti dihitung
Apabila saatnya diri itu terlupa akan Rabbnya
Saat itulah akan terhilang arahnya


****
ya Tuhan jangan lupakan aku saat aku terlupa diri.

saat aku lalai, terleka
saat aku lupa pengawasan-Mu
saat aku terlupakan diri-Mu

Engkau yang Maha dekat
Maha halus 
Maha teliti

Tiada ulasan: