Rabu, November 24

awak rasa syaitan tengah buat ape sekarang?

soalan teka teki :

apakah dia bila kita kuat, dia lembik, bila kita lembik dia kuat?

jawapan :
_ _ _ _ _ _ _

***
Arakian alkisah, terdapatlah seorang muslim yang belajar(myb)  sedang tekun cuba berusaha untuk mengulangkaji pelajarannya. Pada suatu malam, dia mendapat pengisian mengenai tafsir surah an-nas. Usrah yang diberi nama remedial begitu menarik perhatiannya. Kerana perkataan remedial tidak diketahui maksudnya, lantas dia terus merujuk kepada sheikh google. Ketahuanlah dia bahawa remedial itu membawa erti pembaikan. Makanya, dia tertanya-tertanya apakah usrah  pengisian gabungan malam ini. Tak disangka, dia akan mendapat tafsir surah annas buat kali ke-dua. Makanya usrah pada malam itu kelihatan seperti marathon tafsir. Merentas desa hutan, penuh dengan semak samun serta duri dan batang-batang kayu yang menyekat perjalanan. Walau tersekat-sekat, namun pelari2 merentas desa tidah mudah patah semangat. Masing-masing masih tegar mendengar walau cebisan-cebisan bunyik yang berserakan itu kadangkala mampu saja memutuskan selera dan nafsu yang mungkin memberontak mahu ke sini sana. Namun awan masih berarak mengiringi kedamaian serta ketenangan perjalanan. Marathon masih bertenaga diteruskan oleh si ketua. Walau baton berganti baton, tetap langkah diteruskan.

Tanah yang dipijak terasa basah, meresap ke jiwa. Entah kenapa, baru kali ini baru jiwa terasa basah mendengar titip kalam dari sang murabbi. Syahdu. Dalam menzahirkan rasa kesyukuran, dialog ini berlaku,

"dah lama gak usrah rasa kering. entah kenapa harini terasa basah. alhamdulillah .."
"alhamdulillah! awak rasa apa yang bezanya kalini dengan before?"
"huermm..."
"sbb iman tgh ok ke?mybe if tau punca, buat postmortem, bleh baiki utk future time rs kering?"
"graf iman takdela memuncak sangat-sangat. mutabaah rongak2 la jugak. huhu..mungkin berkat baca yasin?"
"maybe sebab proaktif. type satu2?"
"mungkin!"

simpulnya, terkesan.
apa penyebab kita rasa basah, apa penyebab kita rasa kering?

kenapa harini rasa basah? kenapa sebelum ni rasa kering?
kenapa dulu rasa basah? kenapa sekarang rasa kering?

apa yang buat iman kita up apa yang buat iman kita down?
kenapa sekarang iman+ amal sangat teruk kenapa dulu terasa iman + amal lagi bagus?

***
Pada suatu masa, myb ini punya perjumpaan. Sewaktu dalam perjumpaan, pelbagai persoalan dilontarkan oleh seseorang. Myb ini cuku rasa tak senang dan kemudiannya terasa mendidih tak semena lantaran fe'el seseorang. Bertambah lagi geram bila nampaknya dia yang seperti kurang peduli dan kurang sensitif. Entah kenapa begitu muda rasa amarah itu bergelora. Bagaikan puting beliung berpusar-pusar mahu membaham. Namun, rasa amarah itu tercuit akhirnya oleh gelagat seorang askar yang perkasa,

"awk rs syaitan tgh watpe skrg?", sambil menggelengkan kepala.


tersenyap seketika. Nafsu amarah pun turut ikut sama.dushh! terasa macam satu ketukan atas kepala.

dalam hati,
'ahh!! it's a trap!!!'

suara memujuk,

"kan ada time yang kita blur jgk. maybe dia demam kot",
"oh ya! sangka baik..", cuba memujuk hati.
"setan ni tau2 je kita marathon tadi..."
"terus ujian praktikal Allah kasi.."

pointnya, kadang2 kita geram sangat dengan seseorang sampai terlupa untuk bersangka baik. berfikir bagi pihak dia yang mungkin punya kekangan-kekangan serta masalah-masalah lain.

kadang-kadang, bila iman kita tak lemah sangat, syaitan cuba nak rosakkan kita dengan cara berbeza. Men'cucuk-cucuk' kita melalui manusia, melalui kelemahan kita.
Cth : asal deal dengan orang tu, terus terasa nak menyirap.

Makanya itulah mungkin antara tactic syaitan. Bila anak adam dah mula rasa marah, makanya mudah juga hilang arah. Hilang ingatan seketika. Terlupa kewujudan syaitan. Lebih parah lagi apabila terlupa kewujudan Tuhan! Terlupa mohon perlidungan.Hakikatnya apabila mengingati Tuhan, hati terus terangsang pada kebaikan. Namun, andai sebaliknya, Terlupa untuk bersangka baik. Terlupa pada kebaikan. Tercenderung pada kejahatan. .  makanya itulah antara natijah dari perbuatan buruk dan seharusnya segala yang buruk itu harus kita kembali mencari perlindungan dari Dia yang menCIPTAkan segalanya.

simply put,

nota hari ini,

- kena kenal makrifatullah.
- kena faham sifat-sifat Allah.
- kena kenal siapa musuh utama
- kena tau apa rupa tactic yang musuh kita guna
- kena sentiasa mohon perlindungan dari Dia yang Maha Kuasa.

kenapa kena kenal, kenapa kena tau, kenapa kena faham, kenapa kena mohon?
sebab : itu cara utk pertahankan kemantapan serta keutuhan iman. =)

p.s : hu. tak nak kalah dengan setan! kena selalu berdamping dengan Tuhan. kalau jauh2 dengan Tuhan, setan makin merapat! eiiii..

Wallahu'alam.
Wallahu musta'an.

8 ulasan:

kawan lama berkata...

assalmualaikum...

nak tanya sikit...
apa beza makrifatullah dan sifat-sifat allah??

terima kasih...

askar yg doakanlah supaya benar2 gagah perkasa! berkata...

err tersengih2 dan gelak sorg2 mengingatkan kenangan prjumpaan. smg kekal dlm lipatan memori, inshaAllah. syg antuma! :D

dan mari jgn nakal2 lg next time. hahaha~

Tanpa Nama berkata...

serious nk gelak guling2 waktu perjumpaan tu. perjumpaan paling lawak + nakal i ever had :D

stay strong, ain & chill ^_^

everjihad berkata...

@kawan lama:

wa'alaikumsalam warahmatullah.

sama je makna. takde beza.
makrifatullah bahasa arab. sifat-sifat Allah bahasa melayu.

@askar yang insha Allah gagah perkasa :

iye. perjumpaan yang menguji kesabaran. geram tak terkata waktu tuh. haih. tak tau nape. mmg lain kali kalau jumpa mesti baca 3 qul + doa perlindungan!

hee. nakal2.. =p

@A.H:
tatau la cmne kome ni bleh rs lawak..pelik senanye. teman ni rs lawak pulak bila tgk kome rs lawak.
hehe. mmg nakal..kalo ler deme tau..=p

awk pun semoga kuat jugek. moga kita sama2 kuat ye.. tak sabar nak jumpa winter ni!

Cahaya Kemudahanku~ berkata...

salam.. sekadar perkongsian.. moga bermanfaat..

kawan lama berkata...

@ abdullah...

terima kasih atas jawapan saudara...
akan tetapi, adasalah faham sikit, dari jawapan saudara tue, sbb untuk pengetahuan saudara.. makrifatullah tue meng yea dalam bahasa arab

sifat2 allah dalam bahasa arabnya adalah "sifatullah dan lebih dikenali dengan sifatullah"

jadi soalan saya sebelom nie masih belum terjawap... dan mohon penjelasan... terima kasih...

everjihad berkata...

@Kawan lama:

kalau masih tak berpuas hati, takpelah. saya tiada penjelasan lain. saya rasa orang yang bertanya mungkin lebih arif.

jazakallah.

kawan lama berkata...

@abdullah
mungkin sekadar makluman atau penambahan sedikit info.. sbb saya agak tertarik dengan artikel saudara/ri, akan tetapi timbul suatu kekeliruan sedikit mengenai makna sebenar makrifatullah dan sifat2 allah yang saidari ceritakan dalam artikel ni...

tetapi secara kasarnya, artikel saudari sudah cukup jelas dalam mengaitkan dan penggunaan kalimah itu dalam artikel nie..

cumenye tidak semua faham dan tahu bahawsanya "makrifatullah atau asma'k wa sifah(nama dan sifat2 allah) itu adalah dua bende yang amat berbeza... :-)

sama2 kita cari apa sebenranye 2 perkara itu, in-syaallah..
allahu yurdho 'alaik..