Rabu, November 10

monolog

Aku melihat pelbagai jenis ragam manusia di sekelilingku. Ada yang begitu komited mengejar cita-cita. Penuh kesungguhan menatap helaian-hilaian buku mata pelajaran bersama nota-nota. Menatap komputer tanpa jemu.Aku terfikir apa sebenarnya yang mereka kejar?


Aku tak tahu mengapa dan mana silapnya. Kadangkala terasa asing. Bukan tidak mahu bersungguh-sungguh. Tapi entah kenapa kadangkala diri terhimpit dengan beberapa persoalan hidup. Kadangkala terasa hilang arah tuju. Bukan tak tau perlu arah ke mana. Tau je perlu ke mana tapi bagaimana mahu ke sana seperti dalam bayang-bayang. Kabur. Jalan manakah yang mahu dituju. Jalan mana yang mahu aku terus ada. Jalan ini benarkah? atau jalan itu yang ada silaunya?



Kadang-kadang hidup macam blur kejap.

'struggle'. bunyi macam menderita kata akhi. 
mengapa tidak ganti dengan sesuatu yang punya konotasi yang lebih positif seperti, fokus, rajin, bersungguh-sungguh..


tak semena buat diri terfikir. benar. mengapa ya struggle itu yang mula2 terucap setiap kali ada yang bertanya, 'how's studies?'

Mencari- cari. Masih dalam pencarian. Mencari sesuatu yang dekat di hati. 
Hambar.Ilmu yang dituntut tak kurasa membekas di jiwa. Seringkali terasa. Ah benarkah ini jalanku?Seakan terasa tak serasi di jiwa. Ilmu yang tidak ku rasa ‘roh’ nya. Ilmu yang sekadar ilmu.


Aku ingin belajar ilmu yang lebih dapat mendekatkan diriku pada Tuhanku.
Aku ingin belajar ilmu yang menambah pengetahuan tentang kekuasaan Tuhanku.


Atau sebenarnya aku belum cukup kenal diriku. Belum cukup kenal dengan ilmu-ilmu yang ‘asing’ itu? Tak kenal, maka tak cinta, bukan? (cuba memujuk hati)

Atau sebenarnya, masalah itu terbit dari dalam diri sendiri. Masalah jahiliyyahkah atau sebenarnya apa masalahnya? 

Zon selesa yang menjadi satu cabaran buat diri.. Mahu ikut hati atau mahu perang diri?

Robarts Library
10.30pm

2 ulasan:

ikan :) berkata...

k.qurratul ain...huhu...

it really touch my heart...huhu...T_T

everjihad berkata...

@ikan comel:

hu. apa yg awk terkesan tu? (rs post ni mcm biasa-biasa je =T)