aku mahu pakaian yang terindah
bukan hanya sekadar gaun putih menawan
bukan solekan tebal yang menutup segala cela di muka
bukan jua berandamkan manik-manik mutiara
bukan perhiasan dunia yang hanya bersifat sementara
bukan perhatian manusia hina yang ku damba
Demi Tuhanku,
aku mahu pakaian taqwa
aku mahu jaga waspada
aku mahu pakaian taqwa
biar apapun yang mereka kata
aku tetap aku
aku mahu menjadi aku
aku mahu percaya diriku
andai tiada siapa mahu setuju denganku
biar saja Allah menentu
aku tahu siapa aku
dan aku tahu kenapa aku begitu
keranaa itu
aku perlukan ruang buat diriku
aku butuhkan pertolongan Tuhanku
menunjukkan jalan-Nya padaku
saatnya yang kumahu
buktikan pada mereka
aku tak perlukan pakaian yang hina
kerana aku sudah cukup mulia
dengan pakaian dari syurga
tidak perlu kau bersungguh
cuba menggugah pendirianku
kerna tidak mahu aku berganjak
dari terus menjadi diriku
inilah aku!
terimalah aku seadanya
hormati aku apa adanya
dan kasihi aku kerana-Nya
jangan kau biar maruah aku tercemar hina
lantaran dunia yang meleka
jangan kau biar aku menjadi alat mereka
diperalat sebagai bahan hukuman jaja
untuk dikata dusta nan hina
aku bukan permainan mereka
yang kau bisa katakan apa saja
yang kau bisa melempar segala kata
aku dan diriku
berdirinya aku
hanyalah kerana Tuhanku
hanyalah kerana Tuhanku
jangan kau cela aku pada wajah rahsia
jangan kau cela aku pada nama
kerana kau tak pernah kenal diriku siapa
kerana kau tidak pernah kenal hidup diriku untuk apa
takkan ku biar segala
ruang fitnah berleluasa
selagi kudrat ada dari Yang Esa
walau dunia sudah tiba penghujung cerita
dikala aku mahu menjaga
dengan penuh waspada
biarlah aku dengan langkahku
jangan kau pasung mati langkahku ini
kelak engkaukah
yang akan disoal di hari kemudian?
yang akan disoal di hari kemudian?
jawab pertanyaanku!
kelak adakah engkau
yang akan menanggung segala tindak tandukku?
yang akan menanggung segala tindak tandukku?
Tidak!
Bahkan tidak sekali-kali!
kelak aku
yang bakal dihukum atas segala tingkah laku
yang bakal dihukum atas segala tingkah laku
engkau tak mungkin
menanggung apa yang aku perlaku
menanggung apa yang aku perlaku
dan aku tak mungkin menanggung dosa pahalamu
oleh itu
biarlah aku dengan langkahku
biarkan aku dengan pendirianku
biarkan aku membentang langkahku
biarkan aku melebarkan sayapku
biarkan aku mencipta bahagiaku
biarkan aku menanggung deritaku
biarkan aku berjuang dengan hidupku
biarkan aku untuk tersenyum puas di penghujung cerita hidupku
biarkan aku puas hanya mencari dan mendamba redha Tuhanku
Biarkan aku menggapai awan cinta di langit syurga
biarlah..
biar dunia ini menyaksikan
kerana dunia ini sudah dicipta sedemikian
menjadi saksi ke atas diriku
dan aku menjadi saksi ke atas mereka
atau segala apa yang diperbuat di muka bumi ini
dan Dia Maha Menyaksikan segala sesuatu
apa yang zahir dan luput dari hati
Madison Ave
5:04 pagi
Khamis
25/02/2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan