bismillah
Dah lama aku tak mencoret sesuatu di blog usang ni. Sedar tak sedar musim salju sudah pun kunjung tiba. Apakah iman ini beku bersama dingginnya suhu? Nauzubillah.
Terbaca suatu post yang menarik tentang cinta. Di sini.
Beberapa menjak ini, aku mengalami krisis diri. Krisis identiti. Rasanya setiap tahun akan alami ujian yang sama. Bila baca balik post-post lepas, terasa macam.. 'aku ke yang tulis semua tu?' .. Hu. Kadang-kadang terasa dulu lebih hebat dari sekarang. Dilema menyinggah sanubari.
Namun semalam, membangkitkan aku dari terus lena melayan soal peribadi. Terima kasih ya Allah! Kerana 'mengetuk' pintu hatiku dari terus menerus hanyut dalam bayangan. Aku dikejutkan dengan menyaksikan realiti umat ini. Realiti dunia. Oh Tuhan, jangan kau biarkan aku buta dan pekak dari melihat dan mendengar tangisan dan jeritan mereka dalam memperjuangkan Al-Haq. Aku cukup tersentuh. Air mata basah mengalir ke pipi. Entah bila kali terakhir aku menangisi tentang umat. Entah bila kali terakhir, fikiranku sibuk memikirkan umat!
Astaghfirullahal azim. Aku hanya mampu beristighfar dan memohon ampun pada Allah agar mengampuni khilaf aku yang satu ini. Terlalu asyik dalam dunia sendiri hingga saudara sendiri yang sedang kebuluran tidak diendahkan.

Dimana benar nilai islam itu mendarah daging dalam diri? Ya Tuhan.."Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil PEDULI urusan UMAT islam maka dia bukanlah dari golongan mereka"
tersentak sejenak. powerful message.
lagu ini membuahkan harapan, mendambakan kedamaian
syabab kita ..mereka juga berjuang ..!
ayuh lurus dan rapatkan barisan!
ayuh lurus dan rapatkan barisan!
Aku mahu menjadi sayap kanan dan kirinya. To serve the ummah. Ya Tuhan, perkenankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan