pada suatu masa dahulu, aku ada mencoret puisi ini..
aku tidak perlu menghias diri
untuk membuatmu tertawan padaku
kerana aku sudah sedia menawan.
aku tidak perlu bersolek indah menambah seri
kerana hatiku sudah cukup berseri
aku tidak perlu meperindahkan lagi
tentang erti sebuah kebenaran
kerana kebenaran itu sudah tersedia indah menyerlah!
aku jua tidak perlukan lagi
manusia untuk menyampaikan rasa
kerana aku sudah punya Tuhan melimpahi jiwa.
kerna itu
aku yakin dan pasti
maksudku
hanya Tuhan mengerti
dan pasti Tuhan
tidak menyalahi janji
yakinku
pada takdir Ilahi
hanya Dia
yang memberi erti
hari-hari
pada diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan