Khamis, Disember 1

of misery

bismillah.


Saat aku berjalan pulang dari kelas, aku terfikir sesuatu akan post-post lepas yang aku tulis suatu waktu dulu. Teringat kata-kataku, "the reason I wrote this is so that in the future I can look back and see how I went through the challenges"


Saban waktu, aku sedari masalahnya tak jauh beza. Dari tahun pertama, mahupun tahun ketiga. Mungkin aku belum pas-pas lagi ujian Allah kasi walau mungkin bentuk sedikit berbeza namun masih dalam nafas yang sama. Kalau lepas ujian Allah pun, akan tetap ada ujian lain sebab itulah lumrah kehidupan yang Allah dah ciptakan. 


Teringat aku akan kata-kata muallim south asian politic and society yang bunyinya lebih kurang begini, 


"If your goal to be a mother or a wife, you don't need a professional degree. If your goal to earn money, that you might want to consider to have a higher degree"


Aku pernah tulis, suatu ketika dulu,


Penting sangat ke nak ambik degree apa, major/minor apa, bidang apa? Nanti masuk kubur, bukan Allah tanya ko dulu kat dunia amik degree apa? Semua tu nanti tak berguna dah. 


Benar. Semua tu nanti memang tak memberi erti unless it is used as what and how Allah pleased. Degree apa, lulus universiti belum menjamin tiket ke syurga. Paling penting, what have you done with those knowledge and opportunity that Allah has given? Knowledge apa, pun tak sepenting dengan ada apa dengan knowledge tersebut. 


Aku berfikir jauh lagi mendalam.

Suatu masa aku keliru. Keliru dengan diri sendiri. Perlu masa untuk menghadam fikrah, mengimani sepenuh hati dan mendarah daging hingga ke urat sendi.



Baru-baru ini baru ku dapat  merasai dan memahami tempias basirah dari hamba Allah yang budiman. Berkongsi tentang matlamat hidupnya dalam jangka panjang dan jangka pendek. 


Aku kembali mahu memacu rentak.


Kerana D, aku perlu strong S. Perlu curahkan sepenuh hati, sepenuh tenaga. Kerana dengan S, biiznillah aku akan  dapat pertahankan D. Dengan peluang S, baru boleh dapat peluang D. 


Bayangkan saja pengalaman aku suatu ketika dulu, andai bukan izin Allah, tak mungkin aku berada di sini. 

dan bila memikirkan aku perlu sedaya upaya memperbaiki diri agar S tidak tercicir, agar S diambil berat, agar S tidak dicuaikan mahupun dipandang sebelah mata, maka aku menanamkan impian besar mahu mempertahankan, menyuburkan dan memperkasakan D di bumi T. membayangkan adik-adik yang bakal datang melanjutkan S selama beberapa tahun lagi. Siapa lagi yang mahu menggilap mereka?



Ummah yang mahu dibina. Fikrah yang mahu ditanam, Iman yang mahu disemai semuanya perlu dimulakan oleh seseorang. 


Teringat aku akan video trailer RIS, yang dahulu sejarahnya hanya dimulakan oleh beberapa orang graduan universiti yang mahu melihat perubahan dalam masyarakat. Lihatlah apa impaknya dan RIS kini sudah masuk tahun ke-10 dengan dihadiri puluhan ribu umat islam dari serata dunia! Tempat umat bertajmik. Masha Allah. Tercabar rasanya dengan keteguhan hati, ketabahan anak muda yang memulakan projek mereka 10 tahun dahulu. Itulah kuasa yang ada pada seorang pemuda. Andai dia benar-benar yakin, gunung pun boleh diruntuhkan!


Soal DST. Semua terangkum dalam satu. Merungkainya tidak mungkin kerana semuanya patut sebulu. Menterjemahkan ia sebagai alat, sangat perlukan pemahaman yang jernih, matlamat yang jelas.


Kadang-kadang aku risau dengan diri sendiri, apakah aku terlalu membelakangkan D? apakah aku benar aku mementingkan D? Kalau benar a believer, orang yang benar-benar beriman, seharusnya tidak berlaku penentangan.


Kadangkala keliru datang menjengah. Berundur ke belakang itu pantang terbesar bagiku. Pilihan yang ada, hanya perlu teruskan melangkah ke depan. Look backward but never walk backward.





1 ulasan:

askar berkata...

be strong ukhti. :)

kadang2 kita fikir sgt pun susah nak dpt jawapan. tapi bila kita buat, semua terjawab dengan sendirinya.

Allahumma yassir!

Jom jadi muhsinin!