Sabtu, September 26

Jatuh dan BANGUN!



alhamdulillah. selamat jugak sampai rumah dengan roller blade yang baru dibeli semalam.

cerita pengalaman berkasut roda punya signifikan tersendiri. nilai jatuh dan bangun.

dah lama sebenarnya tak jatuh. diri tak minta untuk jatuh. tapi saat merasai jatuh itu mengetuk pintu hatiku. bilakah kali terakhir aku jatuh dan bangun sendiri? mungkin pada zaman kecil beberapa kali 'tertumus'. namun tika kita kecil, tak pernah serik kita untuk bangun semula.

saat bayi mula berjalan, bertatih mengayun langkah, entah berapa kali jatuh dan bangun semula.

saat aku mengatur langkah berkasut roda, seperti juga belajar bertatih. perlahan, selangkah demi selangkah. langkah dibuat penuh berhati-hati. ada tika, aku terjatuh. dan cuba untuk terus bangun.

teman berkasut roda ada bertanya,

"ain jatuh macamana?"
"jatuh ada ke depan, ada ke belakang, ada tadi tu sreett...ke tepi. sedap gilerr"
"sedih aku mendengarnya.."

hmm..jauh di sudut hati, sedih tak terasa. malah bahagia!

bukan pinta untuk jatuh. tapi untuk merasai pengalaman 'real' jatuh dan bangun kembali untuk meneruskan langkah dalam perjalanan yang masih jauh, ibarat satu azimat kekuatan kehidupan.

moga pengalaman yang dirasai membina kekuatan diri. amin.

p/s:best2 naik roller blade. agak memenatkan tapi tak nak mengaku. apa-apapun, alhamdulillah. benda yang kita nampak best kadang2 tak semudah yang disangka..jatuh tu agak sakit pada mulanya, tapi bila terus mengayun langkah sakit dah tak fikir. fikir best je roller skate ^_^

3 ulasan:

pulasari berkata...

Salam alayk

selamat bermain roller ~

Ahmad Farid Wajdi berkata...

assalamualaikum wbt..
mmg minat roller blade ke?or tu mmg pengangkutan utama untuk ke kelas?

everjihad berkata...

wa'alaykumsalam warahmatullahi wa barakatuh

@pulasari,

terima kasih.
baru teringat perkataan melayu untuk roller blade.

kasut roda!

@Ahmad Farid Wajdi,
minat takde la sangat kot. tapi suka la jugak. rasa2nya ada mau 10 tahun kot dan tak main kasut roda. suatu masa dahulu, kat malaysia ada musim org berkasut roda.

pengangkutan utama untuk ke kelas di sini rasanya mungkin basikal. tapi majoritinya, ramai orang berjalan kaki. tak kurang jugak berkasut roda, skateboard. kereta? wallahu'alam. rasanya tak banyak macam pelajar kat malaysia. yela tempat parking pun payah. terhad.