Ahad, Jun 29

Jangan Khuatir, Jangan Takut!

Today i've been to my cousin's kenduri Kawin. This is my first time i be the one that arak the groom. I'm in the first row holding the hantaran. Hua3..Nice feel! =P

Hmm..

Semalam rasa takut.
Hari ni mula rasa sedih.
Aku rasa sedih, sebab suasana nanti tak macam dulu. Suasana yang berbeza, biah berbeza, tarbiah mungkin makin payah nak dapat. Rasa macam, tetiba sedihla.

Entah macamana rasa tu boleh menyelinap masuk.
Lantas, aku baca buku La Tahzan, dari satu muka surat ke satu muka surat.
At last, aku terjumpa sesuatu yang menarik fikiran aku.

Jangan Khuatir, Jangan Takut. Jangan Bersedih.

Yup. Semalam aku rasa banyak sangat kekhuatiran yang menyelebungi hati.
Aku takut akan hari esok, walhal apa yang ditakuti itu tidak akan terjadi.

Harini sedih menyelinap sebab, sedih dengan suasana baru yang akan ditempuh. Segalanya tidak begitu indah pada pandangan mata. NAmun, mengapa perlu bersedih?

Kerana banyak nikmat yang kita dah dapat, berbanding orang lain. Tingkatkan kesyukuran. Usirkan perasaan sedih. Sebab sedih hanya melemahkan semangat.

Tak nak takut. Tak nak risau. Jom Serlahkan Kehebatan diri!
Yes Qurratul!

Awak seorang yang hebat!
PErcayalah, dan yakin !
Aku pasti berjaya.
Aku lebih hebat dari mereka.
Aku seorang yang luarbiasa.
Aku punya Allah dan Rasul dalam hidupku
MEngapa perlu rasa rendah diri?
MEngapa perlu rasa lemah?
Aku punya Islam yang hebat.
Maka seharusnya aku bangga membawa imej Islam kepada mereka.
Bangga mengamalkan ajaran Islam.
Jangan takut, Jangan khuatir. Ayuh terus kita mara!

Positifkan diri, kuatkan tekad dan semangat, sematkan disanubari. Aku pasti dapat melalui semua ini.

Jangan difikirkan hari esok, Kerana esok belum tentu pasti.
Fokuskan diri pada hari ini, kerana mungkin hari ini kita mati.

Ingatlah mati, pasti dapat mengatasi kelemahan diri.
Mati bukan melemahkan atau menakutkat, tapi berani menghadapi mati itu sesuatu yang perlu dipelajari. Kerana, bila hidup kita mengingati mati, pasti setiap waktu tidak disia-siakan. Namun manusia selalu lupa. Bahawa mati sedia menjemput kapan pun.

Semalam, aku mendengar tausiyyah dari seorang penceramah Indonesia di website ni.

Antara kunci ketenangan:
1.tekad kuat utk bertaubat
2.banyakkan bertaubat
3.jauh maksiat
4.tingkatkan taat
5.Selalu tolong orang. dgn ikhlas.

Jadi, sekarang, aku cuba amalkan dengan banyak2 bertaubat. Istighfar. Dekatkan hati pada Ilahi . Cuba mencari makna hidup ini. Mengumpul kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Moga Allah menyirami hati ini dengan Nur Hidayat, Nur Iman untuk menjadi Nur Qurratulain.

Wallahu'alam..

Tiada ulasan: