Selasa, Jun 10

Beranikah membuat keputusan hidup?

Baru seminggu kat sini. rasanye nama aku macam dah mula dikenali ramai. Sebab apa yer? ntah r. ak tak terasa ape. tapi kadang2 terasa tempias sket. macam haritu ada taklimat perpustakaan, aku baru sebut nama jek, dah bising. tapi budak2 laki r. mungkin dah bosan dengar nama ak kot. ntah r. asyik2 yang bertanya orang yang sama. mana taknyer..

tapi hari ni pun, adala beberapa org gak tegur aku. ak tak kenal pun. tapi ada tu yg cam ak. dia tanya, awk ni ke yg bnyk bertanya dgn prof tu? hmm..ak rase, ak ni dah jadi mcm trademark lak. sbb masa taklimat dengan profesor Jai which is Pengarah Tamhidi(pengarah pusat asasi), aku org plg bnyk tanye. ade smp satu kali tu, aku tanye, tapi dia tak menjwab soalan, ak tanye balik. ye la, dah panjang lebar dia menjawab soalan aku tu, at the end aku kate..

" Prof, sy rase, persoalan yg saya nak tanye tak terjawab.."

pastu, prof persilakan r ak suh tanye byk2 lagi. tapi masa tu, ak risau org fade up ngn aku jekk..so i try to stop asking..

tapi aku rasa, soalan aku tu sume relevan r.

berbalik pada perasaan tadi, ak baru seminggu, nama dah ramai org kenal..haizz...satu tamhidi ak rase, nama ak tak asing. kalau dorang alert r. sbb ak rasa everytime sesi taklimat, ak mesti bertanya r. tak pernah miss. ntah r. ak rase, dgn fikir nak tanye ape, tu satu cara nak suh otak ak berfikir. if not, jadi pendengar setia, ak rs tak berapa masuk.

ak rase, aku bleh jadi org yg hebat kat sini..
bila melihat peluang n ruang2 yg terbuka..sangat meluas..

bermula dengan hari ke-5 kat sini, dah jadi mcm penolong ketua darjah(kalo kat skola la). tapikan, dah pegang jawatan tu scr tak rasmi, ak mcm tense sket.. ak mmg admit, ak bukan jenis suke tensen, jarang nak tensen. tapi ntah nape, bila jadi ketua or penghuluwati tuk dak2 ni, ak mcm tense je kadang2. wanna know the reason?

ak rase, sebab dier is ak manage n menguruskan dalam 100 orang setiap hari. kalau kat sekolah dulu, ak setakat urus dlm 10-20 org. kalau librarian pun, xde r terasa sgt. sbb perjumpaan pun n manage mesyurat pun dgn brp org jek. tapi kali ni betul2 terase. ye r hari2 face dlm 100 org. kalau yg pempuan nyer lak dlm 70 lebey. n hari2 ak dpt mcm2 mesej. tanye pasal kelas, tutorial. hari2 org tanye ak bnd2 common. hmm..apsal ak nak pening kpale sgt haa?? ntah r. ak pun tak tau. nape benda ni wat ak pening pale kadang2..maybe lg tambah kepeningan bila nak pilih either to stay or to fly? T_T

ak rs, petunjuk mcm dh jelas. seolah2 offer jpa ni, menjawab doa aku sebelum ni. Y?
sebab sblum ni, ak selalu doa,

"Ya Allah, kalau JPA ni lebih baik bagiku, maka engkau berilah, doronglah. andai
buruk bagiku, dan agamaku selepasnya, maka jauhkanlah. tetapkan hatiku. hanya
kepada engkau aku bermohon dan berharap..."

mcm tu r lebey kurang yg ak slalu doa. alih2 dapat lak. tanpa disangka-sangka. so, ak rs, mcm doa aku terjawab.hmm..bukan tu pun dikira satu petunjuk ke???


tapi, bila aku buat istikharah, aku rase mcm ntah r. makin keliru nak buat pilihan. mungkin ak byk pikir sgt kot...padahal ak rse, dari mula mcm dh dpt keputusn. aku rasa, Allah bagi, sbb dia rasa, jpa tu lg baik utk ak. dats y dia bg. n pasal usim plak, ak rase, takde benda yang Allah jadikan sia2. sume2 tu ada maknanyer..mcm ak kat sini, ak rse, not too bad. ak rs, ak bukanlah org yg paling hebat disini. tp cuma, ak rs, antara kelebihan ak tu, antara satu sebab or hikmah nape ak kat sni. mungkin sbg wasilah n sbb inspirasi kpd org lain jugak...

hmm..ntah r. ak rse, ak kat sini mungkin Allah nak bagi aku mcm foundation dulu. foundation rohaniah. kat sini, mmg senang sangat nk dpt pengisian jiwa. cuma antara nak atau tak je. kalau nak, pasang niat, n melangkahlah ke musolla. InsyaAllah jiwa terisi. n aku rasa, andai benarlah keptusan aku tuk berada di sana, bukan di bumi USIM lagi, maka ak kena buat bekal yg mantap dari sini. sebabnya, aku sedia tau, sblum ak masuk sini, dunia yg sangat berbeza. dunia realiti Maha hebat cabaran dan dugaan. sangat berbeza berada di bumi bertuah USIM ni. ak rasa bersyukur Allah 'campak' aku kat sini. plg kurang, aku merasakan nikmat Islam tu masih ada. masih ada kelompok masyrakat yg mengamalkan ISlam. masih ada yg bertudung labuh. n aku dapat merasakan sangat selesa nak pakai pakaian yg aku idam2kan tanpa rasa segan silu. seringkali aku berasa sangat terpegun n terpesona dengan kecantikan kakak-kakak usim kat sini. bukan kakak2 je tapi sahabat2 kat sini pun same. sume jenis menjaga aurat. aku suke tgk org pakai tudung labuh. sejuk mata memandang. aku suke perhatikan dorang. n pada pandangan mata aku, mereka sangat2 cantik. walau pelbagai rupa. tapi pabila hati ditatang dengan ikhlas, memang nur ikhlas terpancar pada seri wajah. sungguh!! sangat2 menyenangkan pandangan. muka pulak, alahai..lembutnyer..sume comel2..

ak sangat selesa dengan suasana islami di sini. yg sangat kudambakan sblum ni. terima kasih ya Allah kerana bg aku peluang ni, utk menghirup udara di suasana biah solehah. Alhamdulillah syukur. Terima kasih ya Allah.

dlm masa yg sama,bila aku terfikir balik pasal JPA Canada aku ada terfikir n terdetik,

" if i can be outstanding here, why not be outstanding out there. out of this world..? "

aku sangat sukakan cabaran.
kalau disingkap kembali, kenangan lalu, aku amik 14 subjek pun salah satu faktor ialah aku mahu mencabar diri ak.
skrg ni, yg ak terfikir.


andai di sini, penuh dengan suasana Islami, mengapa tidak aku pergi ke tempat yang jauh tersimpang dari suasana Islami. Mudah2an cahaya Islam melimpah ke sana pula?? Bukankah itu lebih mencabar?? berbanding tempat yang sedia mengamalkan suasana Islami..?

Cuma satu yg kukhuatir.
Aku khuatir diri ini tidak cukup kuat untuk menghadapi segala bentuk srangan dan cabaran. Aku tahu, aku mudah alpa, aku mudah hanyut. sebab tu, ak mendambakan suasana Islami seperti di sini, supaya aku tidak terus hanyut..

Skrg, masih istikharah, masih terfikir..namun rasa mcm dah jelas pada mulanya, tapi bila dah lama2..apakah ragu2 ini satu permainan syaitan? aku tidak pasti. apakah perasaan ni hanya sekadar mainan perasaan?? Aku jua xpasti. Andai kutahu, pasti mudah jalan utk ditelusuri.

Ya Allah, tetapkanlah hati hambamu.
Aku mula berasa ragu, aku mula berasa gusar..

arghhh..mengapa sukar untuk aku memberi kata putus?
mengapa sukar untuk aku membuat keputusan?

Decision for my lifetime..
Terima atau tak?


Cikgu Azman kata, mungkin muda lagi nak fly. takut culture shock. dlm hati ak blas, ape salahnyer.,.bkan ke tu namanyer cabaran..lagi muda lagi bagus, lagi terdedah dgn cabaran lagi kuat. tp ada betulnyer., ak takut aku tak kuat. aku takut ak hanyut..T_T


Kalau terima, maka tersetlah mindaku untuk menerima apa sahaja bentuk dugaan dan cabaran.
Andai tak, maka perlulah jelas, mengapa perlu atau sebab aku masih di sini..
hmm..ak rs mcm xde masalah nak terima offer tu. pun takde masalah nak tinggalkan sini. n ntah nape, ak tak rasa berat kalau nak melangkah keluar. tak rase berat sangat..mungkinkah itu satu petanda??? aku tak rase berat nak keluar, adakah bermakna ak rasa berat nak pergi sana? hmm..tak jugak.. tapi mmg rasa tak de la berat sgt kot kalo nak keluar. peluang hanya sekali. mungkin ni satu-satunya peluang yg ada skrg, walau aku tau, mmg akan ada mcm2 peluang lagi lps ni..hmm...ntah r..
tapi, bukan ak nak fly skrg pon kan..
next year baru fly..mungkin, dh masuk taylor tu nanti salah satu cabaran sblum gi canada..yerpss..i know a little bit how was taylor. ak pasti n if my decision to go, ak memang akan EXPECT THE WORST. maybe best in education. but for moral, rohani n sahsiah..who knows..expect the worst is better than expect the best. i dont think i can expect the best but also to expect the best is one of my dream.
hmm...
ntah r. ak rse mcm, kalau aku melangkah keluar dari sini pun, ak rase, tak rugi. mula2, mmg ak rase rugi n sayang. sbb susah nk dpt biah solehah mcm kat sini..tapi bila lama2 ak terfikir, smp bila aku nak duduk zon selesa mcm ni??
yg semua mengamalkan islam. yg semua bertudung labuh.. yang semuanya baik2 belaka. aku akui, mmg perlunya suasanan mcm ni, tapi, ak rase, y not, pegi jauh ke tempat lebih mencabar. peluang dah di depan mata. untuk melangkah keluar dari zon selesa..Nabi pun bukan berdakwah di zon yg selesa je..
hmm...
ntah r. kata putus??? just wait n c. i know in time i hv to decide. Allah knows the best.
fikir n istikharah...



Aku masih mencari hala tuju hidupku..

Ya ALLah bantulah aku..
Aku buntu...

2 ulasan:

Ahmad Saifuddin Amran berkata...

Bukanlah keputusan yang terbaik itu belajar di USIM ataupun di Canada.

Adapun dikatakan best decision itu adalah selepas sesuatu itu diputuskan.

Apapun decision anda, itulah yang terbaik bagi anda.

Nur Qurratulain binti Hamzah berkata...

hmm...
ntahla..
skrg ni dlm dilema..
sangat2...