Sabtu, September 27

Perjalanan..

pengenalan

isi
Petang tadi aku dengan atih pergi Lowyat nak betulkan laptop aku yang pixel pecah. Lepas tu, aku nak betulkan mp3 aku yang dah tak berfungsi n aku nak beli cooler utk laptop sbb dia cepat panas. Penting cooler tu. Pastu, kakak aku suruh beli beg laptop. Mahal woo..RM60. Hmm..xpe r. aku rasa penting. Amik pengajaran yang lepas. Simpan dalam beg y bukan beg laptop memang berisiko bag tu kena hentak.
Kisahnya haritu naik bas rapid yang sangatlah padat, aku tersepit antara pintu dengan tangga. Beg aku tersepit masa pintu tu terbukak.so ak rasa, laptop aku mungkin mcm terhentak masa tu la. Lagi2 beban berat.

Masa nak bertolak dari rumah tu, aku bawak la novel kajian yang memang kena habiskan baca. Hmm..ntah tak semena2 mama sound.
"tak payahlah bawak buku tu..tak de masa nya nak baca. Pergi sana bukan nak baca buku. Baca buku kat rumah lah.."

mama melaung dari jauh. Sebab dia nampak aku pegang buku. Masa tu aku dah sampai kereta yang terletak di depan rumah. ( aku rasa bahase aku makin skema.. ahhh..apsal ha..?hmm lantak r). hati aku berdesis

" aik! bawak buku pun salah ke? tak paham betol aku dengan mama ni!"

dalam hati aku, mama ni..haizz..
masa tu aku rasa, mama pun hanya seorang manusia. walau mama tetap mamaku. tapi mama tak lari jugak dari title insan. Aku kadang2 keliru, apakah yang dikata tak payah itu, bermaksud larangan. Tapi dia tak kata jangan. JAdi, kalau aku berdegil nak bawak buku untuk dibaca jugak, apakah aku dah tak taat? Hmm..aku pun tak tau kenapa aku fikir macam ni. Tapi aku tak rasa ini satu suruhan atau ayat perintah.Cuma dia kata, tak payahlah..

kalau ikut bahasa, bukan ayat perintah kan?

Aku pun tak paham dengan mama kadang2. Apalah salahnye nak bawak buku bila keluar? ada masa2 senggang masa tengah tunggu tren ke, 2-3 minit, at least boleh baca semuka atau seperenggan. Ntahla aku pun tak paham dan aku tak endahkan. Dalam hati aku, ada la sikit rasa tak puas hati. tapi aku biarkan je la malas nak amik serius.
Dalam hati terasa la, kalau la mama tau betapa aku pada saat ni sangat2 perlukan banyak pembacaan yang bukan sikit. tapi banyak sangat2. aku mula terasa, masa aku sekarang ni tak boleh lagi nak guna sewenang-wenang. Semua kena manfaatkan dengan sewajarnya dengan membaca. Takde masa nak tengok tv ke, saje nak tengok. Kalau aku tengok, biasanya tertengok, secara tak langsung. But niat hanya nak tengok tv tu xde sbb aku rasa banyak betul benda yang aku kena n patut buat. Blog je, aku rasa terlampau banyak sangat perkongsian yang aku nak post, tapi belum berkesempatan. Dari satu minggu lepas, yang macam2 benda berlaku dan terjadi dalam hidup aku. Apa yang aku belajar dari hidup ini, pengertian pada sebuah kehidupan, semakin hari boleh jadi, berbeza dan makin mendalam ertinya. Bahan bacaan yang aku kena baca boleh tahan banyak. Walau aku rasa aku pun tak pasti, aku punya waktu nak habiskan semua tu dalam masa satu minggu, Lagi-lagi, hari terakhir aku kat Taylor, aku pinjam 6 buah buku. Macam2. Sebab aku ni memang ada sifat tamak. Hari terakhir tu pulak, aku luangkan masa lepas siapkan assignment dan hantar tepat pada minit2 terakhir. Dah hantar tu, lega terasa. Satu beban dah langsai. Aku pun bersantai2 tengok2 buku. Tarik buku yang menarik minat n baca la sikit2 isi kandungan buku. Rata- rata buku yang aku pinjam lebih kepada kemahiran. Contoh macam How to be a good speaker, how to think..lepas tu ada buku yang berkaitan dengan inspirasi dan harapan. Semua tu ada 6 buah. banyak. Masa sangat terhad! Aku kena habiskan baca novel kajian, nak kena buat bacaan untuk kajian sejarah,cari artikel untuk conference yang merupakan projek mega untuk kelas world issue. Lagi, nak baca n paham kan pasal cerita macbeath. Yang memang tak senang nak faham. Oh lagi, kena baca in-dept, sebab nanti nak kendalikan seminar sejarah pasal republik virtue ke ape ntah..xingat. kalau nak dilistkan benda yang aku kena baca untuk cuti ni;

1. CPT Novel - The Edible Woman
2. Background Macbeth. - Fahamkan scene yang dah cover dalam kelas
3-. Cari artikel n baca pasal Education for All
4. History research paper- Karl MArx communist manifesto. How his world hadr
5. Bacaan untuk seminar.

5 benda nak baca baru berkaitan studi. Yang diluar studi?

banyak benda aku nak tau. PAsal philosopher2 islam. Ilmu2 islam, mesti bertambah, mesti ada benda nak berubah, bila dah ada ilmu kata kak shahira kakak naqibah aku, cara nak hargai hanya ada satu. iaitu AMALKAN = praktikkan.

Setuju. Sebab, aku rasa, apa yang aku belajar, kalau takde test, xde ruang untuk dipraktikkan ibarat belajar tu tak xde la bermakna sangat.

So, buat masa ni, ini je la luahan rasa. Memandangkan masa bergerak pantas, jadi aku pun, patut bergerak pantas and paling penting kena tau keutamaan n TETAPKAN PRIORITI. i still can remember that advice. Always bear in my mind.

*melencong abes...patut nak tulis pasal persaksian aku terhadap masyarakat sekarang. nak citer pasal ape y aku nampak kat budak2 zman skrg sepnajnag perjalanan aku ke lowyat n balik dari situ. n masuk kompleks membeli- belah tu, macamana keadaan dia..fuhh..hanya Allah je tau. apa aku boleh buat, banyakkan istighfar je. Anak-anak muda zaman sekarang, tak tau hala tuju hidup, poya2, banyak alpa terleka, itu apa y aku nampak. berapa ramai yang dapat tarbiah, yang tau apa tujuan hidup, tau sejarah islam, yang aku nampak jenis yang berpelajaran rendah aku kira. Mudah ntuk mengecam. bukan mahu melabel tetapi dengan hanya melihat etika mereka pun cukup dah menggambarkan serba sedikit. Berhibur, bergurau, berborak tak tentu hala. Pakaian, masyaAllah, ada nampak pempuan ni laki ke? Laki ni awat mcm pempuan.Aauu ka? hmm.teruk2 benar yang aku tengok. tapi balik je dari lowyat n sungei wang, masa nak balik naik tren, bukak2 je pintu tren tu, depan2 pintu nak masuk tu aku nampakla sorang brother ni tgh berdiri baca buku psal Salahudin Ayubi. tu baru sorang n ada lagi sorang baca buku something pasal motivasi. Aku hanya pandang sekilas. Aku pun masuklah tengah2. Ingat macam nak join r jadi model membaca kan. Tapi masa sebelum masuk , mmg aku pegang novel. tapi dah masuk, bila tengok org sebelah baca pasal salahudin aybubi, aku jadi segan plak nak baca novel tu. terus tukar, baca majalah i. bacalah benda2 pasal islam. naik semangat aku.

Alhamdulillah. Apa2 pun, hidayah tu kurniaan Allah ..Wallahu'alam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kdg2 mak ckp mcm tu sbb die terase, kite kat rumah pun asyik study je, luangkanlah juge mase dgn family.begitu mngkin mksudnye

everjihad berkata...

hmm..kalau die ckp mcm tu kat umah. bleh terima la rasnye mcm tu mksud die..

tp ni mase nk bepergian...

ntahla..katanya baca buku tu kat rumah je..keluar rumah xyahla nak sibuk2 bawak buku.

lebey kurg mcm tu la gayanye..
ala mmg da biasa da kena sound mcm tu..mak sy mmg rimas tgk kalau keluar bawak buku.

masalahnye sy kat rumah mmg payah nak baca buku. bila kalau keluar je, barula ada peluang nak sentuh n belek2 baca buku. kat rumah?? ummhh..harapan ..

nak kata kat rumah study memanjang xjugak. sy bkn jenis kuat studi.honestly speaking, xde pun studi lg..kat rumah jarang2, kat hostel maybe pernah r. tu pun nk test.

susah nk studi kat rumah. kalau kat rumah setakat nk siapkan assginment2 bleh r. studi rsnye, xbleh buat. sbb? kat rumah ni pun, xkan selama kite bleh buat keje kite. ade masa, keje2 rumah y ade kat rumah ni, kene la buat. n mesti nk luangkn masa utk family.pendek kata, kat rumah nk siapkan assignment pun, belum tentu boleh. inikan pulak nk studi.

ala xpe..
lama2 dia pahamla tu.
tp sy xtau la..kalau dia kata "tak payah la bawak.."
pastu sy buat jugak, dikira derhaka ke?? huhu T_T risau gak. sy ni mmg degil sket.