Selasa, September 30

Di Malam Raya -2nd version


Aku tak tau nak buat apa masa ni.Nak mengadap keje, assignment terasa tak kena pulak. Alih2..turun bawah..n terdengar abang takbir dalam bilik mama. Aku mula nak ambik hp dalam bilik tu. Ingat nak wish la sape selamat hari raya, sebab asyik dapat, tapi aku tak wish sangat kat org. Hmm..alih2, terlekat dalam bilik. Abang duduk sorang dalam bilik tu, takbir dengan sekhusyuknya. Aku pun alang-alang duduk je la kat situ jap. Sedap pulak dengar dia takbir. Lepas habis dia takbir, dia baca Quran. Alunan yang mendamaikan jiwa. Dah lama betul aku tak baca kalam suci tu. Sungguh kerdil dan rindu terasa. Termenung sejenak. Aku pandang je abang, dari belakang. Yup. Dia seorang lelaki. Baru kejap tadi, tersentuh pasal sesuatu dan aku pun, terfikir apakah yang aku dambakan selama ni, aku dah jadi macam apa y didamba? Tinggi benar cita-citamu. Namun layakkah aku? Lihat saja, amalanmu, berapa banyak kali Quran tu dibaca, ditelek maknanya? Amat sedikit bilangan waktu yang diluangkan. Tengok pula peribadi.. Jangan tertipu !Jangan tertipu kalau engkau mungkin dipuji orangdisanjung, dihormati, dan dilabel dengan macam2, titte kebaikan.Jangan tertipu merasakan dirimu sudah baikEngkau denganNya belum tentu lagi.
Lihat saja firman Allah. Allah itu tak memandang, rupa atau apa saja, tapi Allah hanya memandang taqwa. Dan berapa banyak amalan pun tiada guna tanpa ikhlas yang mengiringi. Apakah dirimu sudah terasa mulia?Bandingkan dirimu dengan Sumayyah?Apakah kau ingat, solatmu, puasamu, zikirmu, hajimu, itu menjadikan kau lebih mulia dari Sumayyah? Lihat saja dirinyaQuran belum lagi habis diturunkanNamun dia sudah dijanjikan syurgaMartabatnya lebih mulia berbanding yang lain.
Apakah yang ada pada diri Sumayyah?Cuba kita singkap kembali, Dia hanya menegakkan kalimah suci, kalimah Yang Maha Esa. LAILAHAILLAH. Tiada TUhan Melainkan Allah..Muhammad itu Pesuruh Allah. Sungguh signifikannya menegakkan kalimah itu,sampaikan Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang mempertahankan dan menegakkan kalimah suci itu. Maha Suci Allah yang tidak layak dipersembahkan tasbih kecuali hanya bagi-Nya.



1 ulasan:

Unknown berkata...

salam aidilfitri buat qotul;
kullu am wa'ntum bikhair ya ukhti;
jemput datang ke OPEN BLOG - juga
satu gantian pada OPEN HOUSE.