dipetik dari blog saudara taufik.
pesan ibuku sebelum mengakhiri perbualan kami melalui telefon.
"Ok belaja rajin-rajin. Tetapi abang ingat, cari kerja gaji besar bukan
tujuan utama.. jadi manager bukan tujuan utama.. jadi CEO bukan tujuan utama.. jadi best student pon bukan segala-galanya.. CGPA tinggi pon bukan tujuan utama kita.. Nanti akhirnya kita mati kita akan jumpa Allah jugak. Bukan la langsong tak aim bende-bende tu, tetapi kene ada balance,”
Sambil tersenyum mendegar kata-kata ibuku, aku membalas, “Ye ma, inshaAllah.”
Aku agak terkejut mendengar pesanan ibuku ini, kerana biasanya beliau akan berkata, “belaja rajin-rajin bagi dapat semua A, bagi dapat cgpa bagus-bagus,” hari ni lain pula. Pada kiraan aku, ini kali pertama beliau berbicara begini denganku.
Walaupun aku berjauhan tetapi aku dapat merasakan bahawa ibuku sudah agak berubah kebelakangan ini. Sesungguhnya zikr kematian membuatkan kita lebih mudah mengingati akan tujuan kita di muka bumi ini. Ia bagaikan penampar yang mengejutkan kita dari belaian mimpi.
Mengingati kematian pula bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Menziarahi kubur boleh mengingatkan kita akan kematian, tetapi kalau menziarahi kubur Tok Misai, Datuk Kelana, ataupun kubur pakcik kepada makcik kepada pakcik kita, barangkali kesannya tidak sama seperti menziarahi kubur emak kita sendiri contohnya.
Sesungguhnya, kita tidak tahu bagaimana keadaan kita sebelum mati. Se’alim mana pun kita, sewarak mana pon kita, tiada siapa yang boleh menjamin kita akan kekal dalam keadaan begitu taktala malaikat maut menjemput kita. Namun begitu, kita kenalah sentiasa cubaa kekal dalam kebaikan dan sentiasa mendoakan agar memperoleh khusnul khatimah (akhir yang baik).
Lumrah kehidupan, yang tua akan pergi dahulu, yang muda masih mempunyai masa di bumi ini. Tidak dinafikan bahawa ajal boleh datang bila-bila sahaja, tidak mengenal usia, cumanya inilah corak biasa bagi umur hidup manusia.
Corak norma ini ada banyak kelebihannya bagi kita, al-insan, yang sering lalai dan alpa. Taktala umur kita meningkat, semakin kerap akan kita diingatkan dengan pemergian mereka yang tersayang, terutama sekali mereka yang lebih tua dari kita. Ia bagaikan ujian bulanan yang cikgu kita beri, bagi mengingatkan kita supaya sentiasa belajar, agar tidak kantoi semasa peperiksaan akhir tahun nanti. Lebih kurang macam continuous assessment begitu.
Teringat pula kata-kata atukku yang dituturkan dengan berlinangan air mata sebelum aku fly, “Belaja rajin-rajin fik. Jagi diri baik-baik. Jaga agama dekat negara orang tu. Atuk sebak ni bukan kenapa. Adik-beradik atuk, kawan-kawan atuk, dan ramai orang atuk kenal semuanya dah meninggal dunia. Tak tau la atuk dapat jumpa ko lagi ke tak fik bila ko balik nanti. Atuk sebak bila fikirkan ni.” Agaknya ini lah beza orang tua yang banyak pengalaman hidup dengan darah muda yang masih mentah. Alhamdulillah umur atukku sudah mencecah lebih 80 tahun tetapi beliau masih gagah sehinggakan sekarang.
Di kala aku jauh di negara orang ini, ibuku memberi update kepadaku tentang mereka yang aku kenali yang sudah pulang ke rahmatullah. Jika dijadikan satu senarai, boleh dikatakan senarai ini bertambah dengan kadar exponansi sejak kebelakangan ini. Kebanyakannya aku tidak mengenali sangat pon mereka ini, boleh dikatakan kenal gitu-gitu sahaja. Maklum la, biasanya kawan ibuku, kawan keluarga, tok cik tok ngah dan tok tok berjauhan yang pernah aku temu sekali dua sahaja. Kadang-kadang aku sedikit terkejut juga, ada sesetengah tu sihat walafiat sahaja ketika kali terakhir aku berjumpa dengan mereka semasa aku masih di malaysiaa dulu. Tetapi sudah tentu impaknya sangat berbeza kepada ibuku, kerana mereka ini lebih penting baginya dan lebih banyak berkait dengan kehidupannya.
Mengetahui bahawa ajal kita sudah hampir adalah satu kelebihan jika difikirkan dengan lojik akal kerana kita di beri masa untuk bersedia menghadapinya. Namun ia tidaklah semudah itu jika ia berkait dengan mereka yang kita sayangi. Contohnya, jika seorang ibu kehilangan anaknya yang baru berusia 5 bulan, dia sepatutnya agak bergembira kerana anaknya pulang ke rahmatullah dalam keadaan suci dan fitrah. Tidak perlu la si kecil itu mengharungi pelbagai dugaan dunia ini yang sungguh mencabar. Namun begitu, fakta itu tetap tidak boleh menahan air mata si ibu dari mengalir.
Daripada senarai yang aku perkatakan tadi, ramai pula yang meninggal akibat daripada penyakit cancer. Kadang-kala aku berpesan kepada ibuku, “Mama, penyakit cancer ni bagus jugak sebenarnya. At least orang tu tau mungkin ajal dia dah dekat, jadi dia boleh prepare. kan bagus tu.” Memang mudah sungguh bagi aku yang berhati batu ini yang tidak perrnah kehilangan orang tersayang untuk berkata begitu. Lain pula bagi ibuku, yang keluarganya memang banyak juga yang berpenyakit ini. Mungkin wayang yang seakan-akan sebuah filem ngeri yang pernah beliau tonton seketika dahulu seolah-olah sedang bermain semula, tetapi tidak tahu lagi endingnya sama ke tidak. Sama saja sebenarnya, setiap insan akan pulang juga ke rahmatullah.
Belum lagi berbicara tentang watak yang terlibat itu sendiri. Dahulu mungkin hanya menontonya, kini menjadi watak utama pula. Jikalau diteliti dengan kaca mata objektif, bagi aku sungguh indah sebenarnya jika kita diberitahu bila masa kita akan tiba. Bayangkan penjaga periksa yang sudi mengumumkan, “Anda hanya tinggal lagi 10 minit sahaja sebelum waktu peperiksaan tamat. Sila semak semua jawapan anda. Pastikan anda sudah menulis nama dan student id anda di muka ssuratt hadapan.” Tidakah itu lebih baik daripada terus “Sila letakkan pen. Masa sudah tamat.”?
Memang betul aku cakap senang la, jika dugaan sebegitu menimpa aku memang tak mampu aku menghadapinya. Tetapi siapa tahu (Allahu’alam), mungkin aku yang akan pergi dahulu. Wah, rasa tak bersedia lagi pulak. Bila pulak nak bersedia? Nak tunggu apa? Tak mampu pulak nak menjawabnya…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan