apakah aku mampu merentasi langit dunia?
apakah aku mampu menembus angkasa
menongkah ke langit di seberang sana?
apakah ia pasti menjadi satu realiti
atau ilusi semata?
ah..
aku harus bangkit berjuang
bangkit dari leka
bangkit dari alpa
bangkit dari menurut hawa
bangkit dari tido!!!
andai aku tak berusaha sekarang
apakah hari ini aku hanya mahu bermimpi saja?
andai semalam aku tak berusaha keras
apakah aku akan berada dan berdiri di sini hari ni?
bersama tekad, azam, hasrat dan cita-cita yang tinggi
aku pastikan berjaya
andai doa, disiplin, tawakal dan cekal mengiringi usaha..
usaha, usaha, usaha...lagi dan lagi..
Ayuh kita mara!
Go go Qurratul!
nukilan sanubari di pagi damai
bersantai di bawah rimbunan pohon
Kolej Taylor
7:41AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan