Isnin, September 29

Zikir MZikir M.A.T.I

Mati itu pasti.Hari ini kurasakan seperti panjangnya masa. Entah kenapa. Dari bangkitnya tidur, matahari yang sudah mencecah segalah, aku segera berdoa. Bangun2, terus bukak laptop. Ntah ape pe'el aku yang satu ni.
Harini, dari pagi, banyak membaca berkenaan cinta, dan sedikit perihal rumah tangga. Rumah tangga yang bahagia itulah sumber keamanan dan kemakmuran negara. Lebih kurang mcm tu la isi penting satu kitab yang aku baca. Lagi, pasal kawin. Hmm, memang tak dapat lari dari terfikir, sebab dalam kelas pun tengah masuk bab ni.
Balik rumah terfikir lagi. Akhirnya, aku dapat satu kesimpulan, Allah tu Maha Mengetahui segala rahsia hati ini. Aku dambakan dia yang mendambakan Dia. Si dia pilihan ku itu, pastilah mahunya yang taat pada agama.
Aku ada membaca kisah Siti Khadijah r.a, dan beberapa isteri Nabi s.a.w yang lain. Dan dari pagi, juga ada membaca artikel dari beberapa site yang cukup mengesankan jiwa. Yang boleh aku simpulkan dari pembacaan tu, wanita yang mulia itu, biasanya dia yang memulakan langkah merisik lelaki. macam siti khadijah.
Pembacaan menjelang petang pulak, lebih berkisar kepada kematian. Aku ada publish artikel perihal kisah seorang akhowat yang telah bertemu Ilahi beberapa minggu yang lepas yang aku kira, pengakhiran hidupnya husnul khotimah.
Link utk kisah tersebut:http://anakbapa.blogspot.com/2008/09/puteriku-siti-hajar-permata-hati-ayah.html
Arwah berusia 23 tahun, pelajar tahun 1 UIA dalam bidang bahasa Arab. Apa yang menarik mengenai kematiannya, jenazahnya bila dimandikan tiada najis, bau biliknya harum seperti bunga, walhal tak pernah lagi ahli keluarga membawa bunga masuk ke dalam rumah.
MasyaAllah..andailah diriku, tamatnya begitu..
Aku tefikir, benar post sebelum ni..Dalam satu hari ni, aku terfikir.Apa yang kumahu dalam hidup?Apa yang ku kejar sebenarnya?Apakah pengakhiran hidupku nanti?
Best student kah gelaran yang ku rebut?Toronto kah yang mahu dikejar?Gaji besar bila bekerja nanti, itukah matlamat aku sentiasa?
Yang pasti, kita akan mengadap bertemu yang Maha Esa.Mengingat kematian, cukup memberi erti bahawa kita hidup bukan lama. Kita hidup hanya sementara, maka seharusnya dimanfaatkan sewajarnya segala peluang yang ada.
Amalan kebaikan harus dipertingkatkan.
Berusaha mendapat rahmatnya, kerana hidayah itu kurniaan yang paling besar dan tiada tara.Aku mahu, hidupku kini biarlah bermatlamatkan KEMATIAN.
Goal hidup ku, hanya satu,1. Bertemu Ilahi, dengan aman yang sarat dengan iman dan taqwa.
Mungkin ini yang patut dijadikan matlmat utama. Matlamat kita mati. Hari-hari fikir mati pun tak berguna. Apa yang kita fikir, apa yang kita tau, dan apa yang kita rasa tak sepenting apa yang kita lakukan.
Jadi, kalau mati dapat membangkitkan rasa mahu berubah kepada kebaikan, alangkah bertambah baiknya hidup kita.
pengenalan
Mengenali mati, dan dn mengenali perkara yang boleh dilakukan utk bersiap-siap.

isi

Tiada ulasan: