aku tetap akan teruskan
walau macamana susah pun,
aku cuba tahan
aku cuba tempuhi
kenapa perlu takut?
kenapa perlu gusar?
bukankah selama ni,
selalu kudengari, innallah ma'a ssobirin..
bukan aku tak tahu
aku berhijrah kerana-DIa!
semua ini untuk mendapat redha-Nya
aku mahu menjadi org yang Dia maksudkan..
orang yang mengharapkan rahmatNya.
Siapakah mereka yang mengharapkan rahmat-Nya?
orang yang menharapkan rahmat-Nya ialah
orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah.
itulah maksud ayat dalam Surah Al-Baqarah
tapi kutahu,
jalan y kupilih,
bukan jalan y mudah
jalan menuju syurgaNya
pantang tiada onak berduri y melingkar
apakah cukup hanya mengatakan diri ini beriman
apakah cukup hanya mengaku beriman
namun kita tidak diuji
tidak pula kita berhijrah, membuktikan keimanan kita padanya?
Aku dapat rasakan, bilamana hari pertama semalam aku mengenakan hampir almost in black. baru kusedar, baru kurasakan mengapa hitam itu jadi satu pilihan? aku dapat satu jawapan. walau mungkin jawapan ini bukan la betul sepenuhnya. namun sekadar tanggapan dan andaian aku. Hitam, ku simbolikkan sebagai, zuhud pada hari kemudian. hilanglah segala rasa cinta pada dunia, hilang nafsu utk berhias dgn berwarna-warni, bercorak2, hilang cinta pada dunia sehinggakan tidak dikisahkan lagi penampilanya utk dunia.namun asal memenuhi n mengikuti sunnah dan syarak.
apakah aku kan meneruskan juga selepas ni?
Wallahu'alam. Aku berserah pada-Nya. Aku cuba sedaya upaya mana terdaya utk kuat memakai, kerana pada aku. itu je satu cara utk aku membataskan diri aku dari penyakit wahn. cinta pada dunia. mengingatkan daku, dunia ini hanya sementara. mengingatkan daku, aku membawa imej islam y gemilang. maka seharusnya segala tindak tanduk perlu ditelilti dan difikir apakah akan memberi impak maksima y buruk kepada Islam? imej islam tu tak buruk, tapi mungkin sebab pemakai atau pemeraganya y xkena cara atau tersilap ke.
Selama mana aku dapat bertahan?
Aku takkan berhenti.
Once i step, i will stick.
Selagi mampu bertahan, ak tahan je r.
udhuluha silmi kaaffah
terima islam sepenuhnya
buktikan Qurratul!
buktikan dengan niqab mu
bermakna perlu kau tinggal segala jahiliyyah
segala perkara buruk dirimu
kenapa?
sebab pastinya engkau bakai dijadikan
'kayu pengukur' bila org melihat islam tu
sungguh
pasti mereka akan berbisik..
"lah org berpurdah pun..buat mcm ni..mcm ni.."
mencabar bukan?
yeah..i love challenging!
LEts change the world!
to change the world, i must change first!
dengan niqab membataskan aku banyak perkara
membataskan aku dari buat perkara lagho
yang sebenarnya ditegah islam
mungkin lepas ni,
aku mungkin lebih rasa malu nak buat maksiat
hope so..
INi perubahan y aku nak
ini yang aku nak buat selama ni
kenapa perlu aku takut?
kenapa perlu gusar?
bukankah akhirat itu lebih penting?
apalah makna dunia ini?
leka dengan keasyikannya,
dunia y sia2 semata-mata..
aku hanya mahu cuba
menzuhudkan diri utk kehidupan dengan akhirat
niqab tu membuktikan
niqab itu membataskan
aku mahu singkirkan satu penyakit y dasyat
penyakit apakah?
penyakit wahn!
penyakit cintakan dunia
penyakit itu..
bila berniqab,
aku tak boleh sembarang berbicara
tak boleh berkata sia-sia
yeah...
bukankah bagus begitu?
hadis nabi pun ada sebut
kalau kamu beriman pada hari akhir,
banyakkan diam dari berbicara,
melainkan perkara y bermanfaat
(lebey kurg la mafhum hadis..xbrp ingt..just ingt point)
ahh..nyahkan segala suara sumbang2..
aku seoran yang degil
aku tau
i'm a stubborn person
y not be a stubborn muslim
degil.
nak buat jugak
aku tak nampak ape2 buruk pun pasal niqab
apa celanya?
y ak nampak
y ak tau
aku buat sbb the only thing i want to do
i want to change myself
that's all
that's it!
nothing to do for any one else..
kalau org kata pakai niqab tu utk mereka y cantik, or terlebih cantik
i disagree,
for me, kalau nak jadi cantik, cuba try pakai..
d same thing goes to tudng labuh,
org label, y bleh pakai tudung labuh tu,
org baik2 je..."sy ni belum baik lagi.."
aku rasa, kalau nak jadi baik, try pakai tudng labuh..INsyaAllah nt jadi baik..
y penting kena FAHAM r.
kalau buat pun, tapi xfaham, xguna gak..
by the way i don't really think much. of course, mcm2 reason ak bleh bagi..bla2...but at last, nanti sume tu berbalik dgn satu tujuan.. keranan Allah dan Rasul, kerana nak dapat redha Allah
bukankah aku ada mendengar Saidina Umar ada berkata,
Tegakkan islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak islam di bumimu
yeah..so ape lagi..sungguh jelas lagikan bersuluh
buat je la! haizz..
tapi betulla kata sorang hamba Allah tu, huhu..takut jugek..i'm not perfect. takut2 kalau ape kita buat, nt jd fitnah pada islam. hope so not..sy pakai sbb sy mahu ubah akhlak sy secara total
bila sy pakai, sy tau,
sy kena rajin2 lepas ni tolong mama abah buat keje rumah..hoho
hope so, berubahla ye!
pastu kena buat benda baik2..
scr tak langsung mendidik diri
menjadi seorang muslim y sepenuhnya..full-time muslim
sbb sy nak jadi baik.
buat masa ni, rasanya boleh pakai luar dari luar kolej. dalam kolej mmg xbleh pakai. bukan sebb kolej tu sendiri tapi sebab diri sendiri y belum cukup mantap.bnyk perangai buruk lagi. xpe2. nanti kita da jadi mantap, siap r!
terbaca pasal satu post ni semalam, dakwah tu, tak perlu berbicara dengan lisan lagi, tapi kalau kita sendiri dah praktikkan, akan jelas nampak tertegak kalimah syahadah dalam diri.
so, sebenarnya, apa aku buat nih, aku cuma nak PRAKTIKKAN apa y selama ni aku dengar, aku baca. try r berniqab. maka dengan itu akan datang2 la ilham2 y menjelma..bukankah Allah ada berfirman..bukankah nabi ada bersabda..
hope so , aku kuat. teguh dalam pendirian. think out the box. tutup muka ke x tutup, pple should perceive me just like how other they perceive other pple isn't it? a huhu aku ni kadang2 arus gelombang. sekejab berkobar, lepas tu mula terfikir2 balik..betul ke ak buat ni?? =o
ah xde2..no more turning back! nak buat tu buat..jangan menoleh laagi! yerp ^^ juz like wht i go through my spm lifetime taking 14subject is just crazy thing when ur addmath usually got 7D.
how crazy u r,doesn't matter. as long u knw wht u r doin. forget bout others.
Go, Qurratul!
This is the way of life you choose,
Tidak mahu memandang pada dunia y fana
menguji keimanan pastinya
menguji diri apakah y dikata itu berjaya dikota
apakah y dipelajari tu dapat diaplikasikan
ade dgr gak, org kate, hmm..jgn berpurdah, nanti xbleh dpt keje..susah nk keje. sebenarnya mmg la benda tu tak wajib. tapi kalau org tu nak buat, nak idup ikut cara dia. biar r dier decide. dia pilih. dia punya hak utk memilih! lagi satu, ujian buat diri. ape ingat manusia ke y bagi rezeki.yakinlah rezeki datang dari Allah. bukan manusia y bagi kita keje sebenarnya. tapi hakikat tu kan Allah jugak y menentukan.
patut bukanke dunia sekarang ni lebey mudah menerima. kata liberal. kalau liberal patut fikiran lebih terbuka la. accept other people decision, choice and belief. everyone should respect everybody belief. If i belief that, with this niqab i could be a better person, then accept it.
What eva..
Ya Allah, andai aku terdiri dari orang yang benar, tetapkanlah pendirian ku.
Wallahu'alam.
Aku berserah diri padamu.
Engkau y memegang hati ini, biasa saja membolak-balikkan hati ini.
Jangan kau palingkan hatiini ya Allah setelah kau memberi petunjuk pada ku..