Khamis, Mac 25

Moga Allah permudahkan urusanku

musim bunga sudah tiba..apakah hati ku juga akan turut berbunga sama?

 ****
urusanku yang banyak tergendala
ku kira silap ku jua
agak lengah dalam melangkah
hanya Tuhan tempat ku menadah
segala pinta
ya Tuhan,
tukarkan kilat di langit
menjadi awan yang gebu
untuk kita bersama teduh di situ
melebarkan sayap di ladang ini

ya Tuhan
ku tahu aku yang lemah tanpa-Mu
ku tahu aku yang lesu tanpa-Mu
ku tahu aku yang longlai tanpa-Mu

kurniakan aku azimat sakti
yang mampu menukar baris itu

aku berjalan ke dalam gua
moga kita berjumpa cahaya di penghujungya
lantas tersenyum riang
sambil berteriak,

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR!

tiada suatu yang mustahil pun bagi Tuhan mahu mengerjakan

lantas ku kira
ayuh mulakan saja rentaknya
mengikut alunan merdu
mengikut rentak Tuhanku
jangan kau pasung langkahku
dalam mencipta definisi bahagiaku

Sungguh aku tidakkan mahu keliru lagi
antara nafsu dan kalam suci itu

Sungguh aku perlu petunjuk Tuhanku
Sungguh aku mahu  mengikut petunjuk Tuhanku

Mari!
kita duduk bersimpuh
sambil berzanji dan berselawat ke atas nabi

Moga nabi junjungan kita
sudikiranya menghulurkan syafaat pada kita yang hina dina

25/2/2010
Khamis
Madison Ave

****


Tiada ulasan: