Jumaat, Mac 5

antara aku dan dia

masyaAllah.
kudus dan luhur
suci rabbani
mampukah aku bernafas dalam jiwa itu?
menghirup kasih yang abadi
dalam nafas jiwa hamba
dalam nafas jiwa kekasih yang sejati
dalam nafas cinta hakiki

redup, sayup, jauh membayang
antara dia dan aku
bezanya bukan pada waktu
antara dia dan aku
bezanya antara rindu
antara dia dan aku
bezanya pada transisi cinta yang kudus

saatnya aku tidak semulia dia
saatnya aku masih mencari Dia
saatnya aku belum mengenali Dia
ku perlu pemangkin menggapai cinta-Nya
ku perlukan sayap untuk terbang kepadaNya

juga hanya Dia
hanya kerana Dia..

Madison Avenue
Jumaat
220110
22:58

Tiada ulasan: