Eh apa ni?
Dengarkan bicara hatiku, tentang mengapa aku pilih untuk berniqab! (mahu juga diperdengarkan pada diri sendiri untuk ke sekian kali)
Bukan kerana teman-teman yang memakainya.
Bukan kerana hanya sekadar nafsu yang memahukannya.
Bukan kerna pandangan yang indah mengenainya.
Namun hakikat segalanya kerana aku mahu cuba mendapatkan hati yang lebih suci untuk dipersembahkan pada-Nya.
Saat aku mula yakin dengan-Nya.
Saat aku mula dekat pada-Nya
Saat aku mula mahu mencari-Nya.
Saat aku mula mahu mengejar cinta-Nya.
Saat aku mula giat berlumba-lumba dengan hamba-hamba-Nya untuk 'mencuri' pandangan-Nya.
Sungguh, hanya yang ku harapkan redha-Nya.
Sungguh, hanya yang ku harapkan aku bertambah tunduk pada-Nya.
Sungguh, hanya yang ku harapkan aku bertambah tunduk pada-Nya.
andai redha itu tidak ku dapati,
tiada berguna akan apa pun jua yang aku akan dapati.
Oleh itu inilah keputusanku.
Simboliknya niqab ini.
Akan terus mengingatkan aku!
bilamana mahu hati terdetik,
Eh apa ni!
Pakai niqab, tapi masih mahu 'impress' orang lain.
Eh apa ni!
Pakai niqab, tapi tak diniqabkan hati itu pada Tuhan.
Eh apa ni?
Pakai niqab, tapi tak ikhlas memakainya.
Hati masih tak terjaga.
Eh apa ni?
Pakai niqab, tapi masih nak menunjuk-nunjuk dan membangga diri!
Apakah ERTI semuanya ini di sisi Ilahi?
Secebis kain inilah yang hanya kan bisa buat aku terfikir sejenak akan segala tindak tandukku kelak.
Secebis kain inilah yang akan mampu untuk aku cuba bermuhasabah kembali.
Mengapa aku melakukannya?
Untuk apa aku lakukannya?
Apa pentingnya/baiknya untuk aku lakukan?
Duhai para sahabatku sekalian,
Mohon doa kalian buatku,
moga daku tsabat dalam menghadapi apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang.
moga daku dapat terus ikhlaskan hati dalam beramal.
moga daku dapat terus menerus berbuat kebaikan sebelum kematian datang menjemput.
Wallahu'alam. Wallahu musta'an.
2 ulasan:
:)
insyaALLAH,semoga terus thabat teman :)
kuatkan hati
Catat Ulasan