masuk pulak SH. - syahadatul Haq.
syahadah tu nak ikut base arab, kan asal2 perkataan dari syim ha dal, sya ha da - = saksi. kalau terbitkan boleh jadi syahid, pastu dlm erti kata lain, syahadah tu sendiri maksud dia mcm sijil. Perakuan.
jadi, istilahnya, syahadah tu maksud dia, menyaksikan sesuatu yang perlu dibuktian.
analogi y diguna, mcm dlm court. biasa saksi ni kita kaitkan dgn mahkamah. bila dkt court, mesti r ade hakim, pendakwa raya, tertuduh pastu saksi. so, yg tertuduh tu takkan lepas dari tuduhan, selagi tak betul2 dibuktikan tak bersalah. sbb tu r saksi tu penting. nk menerang , dan membuktikan y si tertuduh tu tak bersalah sbb dia dah menyaksikan. kalau saksi tu xdtg, masa kes perbicaraan, tak ke kejam org tu? kira dia jahat la, sbb buat keje dia, which is bagi keterangan yg dpt buktikan si tertuduh tu tak bersalah. dakwaan yg dikenakan tu tak betul.
ok, skrg cuba masukkan analogi ni mcm dlm kes syahadah kita. Kita bersaksi mmg takde yg layak disembah selain Allah. Muhammad s.a.w tu, utusan Allah. so, setakat menyaksikan, tapi kita tak terangkan, takde bukti mcmana hakim nak terima dakwaan kita? which is Allah la.
ha nak jadi saksi, mestilah kita kena JELASKAN, dan kita kena terangkan. jadik, kalimah syahadah kita ni, persaksian kita ni, kita perlu jelaskan kat orang dan penjelasan tu biasanya berasaskan suara.
Kalimah syahadah bukan sekadar lafaz!
syahadatul haq ni bkn hny skdr mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, RasulNya, n hari Akhirat. bahkan tanggugngjawab dia pun bkn ckup setakat, solat, puasa, zakat, haji. syahadah ni sebenarnya hanya terlaksana bila org2 yng beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia. dlm bentuk amal soleh, akhlak terpuji dn pemerintahan yg adil. dgn kata lain, kita perlu jelaskan ke seluruh alam, kebenaran yg yg ada. which is tiada Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu Utusan Alah.
ckp kat semua manusia, hanya Allah je yang layak disembah. jgn sembah benda lain. pastu, buat perakuan Muhammad itu Nabi utusan Allah. yg mana risalahNya kita kena ikut.
Bila kita ucap syahadah, dia mmg dtg pakej beb. skali dgn tanggungjawab. mmg xbleh lari! once u r a muslim, you have to do it. ak ade tanye kak saufi, sbb ye r, ak ni, kdg2 getaq bila berdepan ngn kapiaq nih, depa suke tanye bnd2 yg kdg2 tak terduga. ak tny, ape eh, xingt r plak. oh pasal al-Haq. macamana kalau ada orang tny, "mana awak tau yang al-Haq tu benar?" benda ni, tricky tp sebenarnya jwpn dia simple je. ak xingt sgt jwpn akak tu mcmana, tapi ini mcm soal ketuhanan yg mana org kafir biasa persoalkan.
inilah soal akidah. mangkuk akidah kita kena penuhkan dgn Allah. kalau x, nanti benda lain yg masuk.
xpe r tu kupas len kali.
persoalannya, syahadah yg macamana kita dah buat?
dlm satu kisah sahabat yg bernama Mus'ab bin Umair, hidup dia berubah dgn satu syahadah. DIa ni anak org kaya. kalau baju dia tu, mmg dari dataran syam, y mmg jenis mahal berkualiti punya. pastu, kalau pakai minyak wangi tu, kalau dia lalu mmg org boleh cam tu Mus'ab. dari jauh,lagi org da dpt detect,mus'ab dtg. sbb xde org lain y pakai minyak wangi mcm dia. nk tunjuk mmg kaya giler r. org lain mybe xmampu nk beli. tapi nk citenye, bila dia dah peluk islam, dia terus berubah. mula2 senyap2, tapi lepas tu, bila mak dia tau, mak dia mogok lapar. nak anak dia anut balik agama nenek moyang dorang. tapi dia kata kat mak dia, " walau nyawa mak ibarat seluruh bulu roma saya, saya takkan berganjak dan tinggalkan agama Islam" begitu, teguh pendirian dia. pastu, mak dia pun pulaukan dia. hiduplah dia merantau ke madinah. kerja kutip kayu api. tapi dia kat madinah bukan dok diam je,gi ketuk setiap pintu rumah yg ade. smpaikan hampir seluruh penduduk kota madinah peluk islam lepas tu. ramainya boleh tengok masa peristiwa sambut kedatangan nabi ke Madinah. ramainya yang peluk islam masa tu, sebabkan mus'ab. tapi bila tiba waktu peperangan, dia mati syahid. tapi bila orang nak tutup jenazah dia dgn kain, kain tu tak cukup. orang pun panggil r Rasulullah. bila Nabi tgk dia, nabi nangis smp basah janggut. Nabi katalah, dulu dia ni seorang yang kaya raya, pakaian semua bagus2, tapi bila tiba kematiannya, mati tak cukup kain. smp begitu sekali, dia berubah kerana Islam. lepas tu Rasulullah perintahkan, tutup bahagian kepala dia dgn kain, n kaki dia tutup dgn daun2 kering.
kalau kita, skrg ni mungkin nak mengaku islam pun ada yg malu. malu nk tunjuk yg dia tu islam. kalau org tanya, kenapa xmakan babi ( ni biasa berlaku kat dak oversea, akak saufi cite.) "well, i am allergic with pork". padahal, ckp je r, Allah kata xboleh makan. tapi sebab segan nk ckp pasal islam, dia kata allergic.
ish3..
sahabat nabi, dulu, kalu ayat Quran, nabi xpernah simpan , dorang terus reveal.
kita tengok pulak al-mardudi - dia banyak menulis, sampaikan ramai yang bangkit utk islam.
kata kak saufi, so siapa yang ada bakat menulis, menulislah. kita tak tau tulisan kita mungkin boleh buat orang berfikir dan menggegarkan dunia. kata-kata juga boleh membelah hati manusia.
dats y r, ak tetapkan hati nak tules gak benda ni, walau amik masa. mengedit artikel kat iluv tu, pun boleh tahan berejam jugak r. nak masukkan 2 hari punye contents, ak nak bajet2 pun payah. tapi buat je r sedaya. xpe r. tanggungjawab tu mesti dilaksanakan. kalau aku tak buat skrg, tak setelkan harini, ingat ada masa ke esok2. i dont think so. so ak decide, takde lagi besar lagi dari smpaikan tentang AlHaq. ak putuskan, harini walau mcmana pun aku mesti habis kupas apa yg ak dapat pasal semalam. tak kisahlah hasil dia, org baca xbaca ke, xde sambutan ke, nak terima tak terima, yg penting ini salah satu usaha aku nak lepaskan tanggungjawab. by kongsi segala benda y dpt dikongsikan. Allah tak pandang hasil, tapi usaha. so, ak mesti usahakan jugak.
oh tadi aku borak ngan Teng, ntah mcm2 ar borak. aku mmg jarang ada peluang nak borak2 dgn housemate, uish. kali ni, duduk berdua je ngan dia, tetiba ntah mcmana boleh buat borak, ape lagi, try r masuk jarum. Hmm..tapi walau dia cina, bleh paham melayu, kdg2 kua jugak r perkataan melayu. hmm ..payah jugak nak cerita n sampaikan syahadatul haq nih. nabi buat bersungguh2, aku ni dah ckup sungguh2 ke? aku rasa tadi, bolehlah, tapi bahasa sgt tunggang langgang r. nk speaking satu hal, citer pasal islam. hmm..my skill not enough. i need to develop more!! by the way, at least a good start. i realize, i should tell wht i should tell n wht i know. cuma xdpt nk terangkan kat dia sgt habes2 r. just ajak2 borak, n cerita pasal islam sikit2. aku mulakan dgn, " eh u know what..in islamkan, it is stated that we are from....1400 ago u know..bfore we have science. i am amaze."...bla2 r..pastu dia tny, who create Quran, where is the origin. hmm citer plak pasal sejarah Quran, tp tak berapa detail r. just touch the surface. somehow, overall takde r menyengat sgt.
xpe r, at least, realize the responsibility n berusaha menyampai n bercerita pasal islam kat org lain. thats my mission. every people should know about islam. no matter where i go, i will try n make sure to talk anything and relate it with islam. Hope so, Allah help me in doing this deed.
syed Qutb ada cakap, kehidupan manusia biasa tu, berakhir bila dia mati, tapi kehidupan orang yang benar-benar Islam tu bermula bila dia mati. maksud dia, nama dia akan terus hidup di atas muka bumi. kehidupan dunia ni, bukanlah segala-galanya sebab hakikatnya kita menuju akhirat jua dan dunia ni akan musnah dan hancur.
Bilal bin Rabah r.a, org yg betul2 suci mmperjuangkan agama. dia berbakti utk islam dan ketamadunan manusia. tengok hasan Al-Banna, syed Qutb, nama dorang semua tu terus hidup walau dorang da mati. tapi cuba kita comparekan, buat misalan dgn Lee Kua Yew, nama dorang berapa lama boleh bertahan dalam sejarah? mungkin setakat 50 tahun? lepas tu bila disebut, orang pun tertanya siapa tu? tak kenal. berbeza dengan Bilal, yang dah mati lebih dari 600 tahun yg lepas, tapi nama siap diabadikan kat muazzin. Kalau org kampung tu, takdenye panggil tok muazzin, mesti dia panggil tok Bilal. tok bilal mana? bukan tok muazzin. begitula tingginya martabat nama orang yang mempertahankan agama dan kesucian islam nih.
skrg, kita boleh pilih. apa yang lagi besar dalam hidup kita. mungkin kalau nama kita tak de la mcm nama dorang, diingat, disebut2 orang bila dah mati pun, paling kurang biarlah nama kita disebut2 penduduk langit.
nak nama kita disebut-sebut penduduk langit ada syarat dia.
Barangsiapa berkumpul utk mengingati Allah dalam masjid(tempat orang bersujud) dan membaca ayat-ayat Allah, namanya akan dibangga2kan oleh penduduk langit.
Jadi, kita nak syahadah(ijazah) yg macamana yg justify kita sbg manusia?
habis nyawa, habis?
macamana nak bawak islam ke seluruh dunia?
apa nilai kita sebagai seorang manusia yang menerima islam sbg cara hidup kita?
manusia tu, bila buat keje perlu ada 'roh'. orang tu akan ada nilai bila hati dia ada cahaya. hati yang terang dan bersih tu la yg akan menentukan nilai seseorang. kehebatan dan kepandaian yang ada kalau digunakan dgn betul, akan bagi manfaat yang besar. tapi selama kita hidup ni,mungkin dah 18, 20 tahun berapa banyaklah yang kita dah fikir betul2 utk islam?
tadi kita cakap pasal syahadah kan. Syahadah tu, benda yang satu pengakuan. sesuatu y kita nak org pun turut percaya n kita nak buktikan benda tu.
Contoh : kita nak buat satu pengakuan yg kita ni bukan pencopet(pencuri). adakah kita ni hny cukup sekadar katakan yang kita ni bukan pencurik. "saya bukan pencurik!saya memang bukan pencurik!".
tapi kita berjalan atas muka bumi ni, tak tunjuk pun aktiviti yg kita ni mmg bkn pencuri. kita nak org percaya yg kita ni bkn pencurik, tapi kita pegi buat keje y melambangkan kita nmpk mcm pencuri je. macamana tu?
Kita mengaku Allah tu Tuhan yang maha Esa, tiada yang disembah melainkan Dia. tapi kita berjalan atas muka bumi ni macam kita tak pernah sebut benda tu. mcam takde Tuhan. Tiada yang berkuasa atas diri kita. Kita dah mengaku tapi kita tak menunjukkan pun yg kita memang2 begitu. Kenapa kita tak bertindak dengan tindakan yang menunjukkan kita punya Tuhan.?
Kadang2 tu, buat benda sesuka hati kita je. tak kisah pasal kehendak Tuhan. Itu bagi mereka yang lupa tetang asal usul penciptaan mereka. Dicipta dari tanah, air mani yang hina, menjadi seorang hamba yang kemudiannya akan kembali kepada sang-Pencipta.
Ilah. Allah sebagai sembahan. Sembahan- kita akan buat sesuatu untuk dia. Kita rindu, kita sayang, kita akan buat apa yang Dia nak dan Dia suka. Bila kita meng'ilahkan Allah, kita menyembah Allah, kita akan solat utk Dia, pergi belajar kerana Dia, kita akan infak niat utk DIa, kita akan keluar rumah bawak beg, tapi dalam hati untuk Dia, kita akan makan tapi dalam hati utk dia, kita akan berjalan, dalam hati utk dia, kita telefon orang ajak pergi usrah, dlm hati utk dia apa2 lah semua utk dia.
kadang2 ada orang tersalah. Dia tau, dkt ALLah la sumber pengharapan, sumber rezeki. tapi perbuatan dia tu tak macam Allah tu yg bagi rezeki. mcm kita boleh katakan kerja tu sembahan dia. boleh jadi jugak studi tu sembahan dia.
COntohnya orang jepun, agama dia sembah matahari, dia tau Tuhan yg beri kekayaan, tapi dia keje mcm xde tuhan. keje smpai sakit2 pun keje jugak. smpai skrg ni, kedengaran keruntuhan masyarakat jepun. dia tak masukkan Tuhan dalam kehidupan seharian dia. Dia bekerja mmg macam xde tuhan. dpt faham? Dia kerja gila2, smp ada yang tak tahan bunuh diri.bila kena buang keje, bunuh diri. Dia kerja macam xde tuhan la tu kan.padahal dia tau TUhan tu yg bagi rezeki. tapi mcm dia percaya bila hilang kerja, dah xde dah rezeki. mcm kerja tu sumber rezeki. sumber segala-galanya.Kalau dia yakin, dan percaya Tuhan tu yang bagi rezeki, dia takkan bunuh diri mcm tu je, sbb stress dgn keje.
so kat sini, Sembahan means yang utama. Allah itu yang utama. kalau hati kita tak isi dengan Allah sepenuh-penuhnya, benda lain yang akan masuk. Cara nak test, apa yang kita banyak teringat? Siapa yang banyak kau ingat selain Allah? dalam hati kita apa yang ada? apakah ada yang lain selain ALLah? sebilangan besar hamba2 Allah tu terpinggir disebabkan kita tak bukak mulut. Tak bercerita pasal islam, tak menerangkan tentang islam yang sebenar dan kebenaran AlHaq.
Ada kisah orang Atheis,kalau tak silap Cat steven. dia ni ego. tak ngaku ada Tuhan. Dia hanya percaya pada sains je. benda yang boleh dibuktikan.Abang dia ada pernah bagi Quran utk dia baca. tapi dia baca, tapi dia tak percaya. Satu hari tu, dia lemas. Dia pun dah mula terdesak, yg mana keadaan dia tu, takde sape y boleh tolong. mmg helpless giler r. lepas tu dia melaung, " GOd, if you exist, please save me!". tak dan lepas tu, dia mcm terselamatlah. kemudian lepas tu, baru dia mencari kebenaran dan beriman dgn ayat-ayat Allah.
kalau tgk orang dulu2, dah bersusah payah nak bawak islam tu demi kita. tapi kenapa kita ni selfish, pentingkan diri, tak nak bersusah-payah demi islam, untuk generasi y akan datang?
sejauh mana kita rajin nak bercerita tentang islam kepada orang yang belum berpeluang beriman?berani nak cerita tentang islam? cerita tentang kebenaran Al-Haq. islam bkn dtg utk org islam je tapi utk semua. nak berdakwah, kena kepada semua. nabi berdakwah bukan kat orang islam je. seru, ajak buat baik, jauh perkara mungkar. jauh dari buatbenda yang Allah murka. mmg Allah perintah,kena beri peringatan. Realiti sekarang, benda baik orang nampak buruk, benda buruk orang nampak baik.
mmg normal, manusia, bila terdesak, masa tu dia cari Tuhan. Dia cari Allah. termasuk aku.huhu..
tetiba Teng ni tanya aku, "ain, why u not doing your homework, y u want to write blog?"
aku ckp "i will do after this."
pada aku, smpaikan Alhaq tu lagi penting dari segalanya. bkn ak tak tau, kena buat assignment sume yg bermacam2. kena buat utk skor. tapi, dlm masa yg sama, satu kewajipan jugak nk sampaikan apa y ak da tau. dan satu2nya cara buat masa ni, is by blog. tu je r cara y boleh ak sampaikan. ak belum ada kemampuan la mcm sahabat nabi Mus'ab. nak ketuk pintu rumah orang satu2, tapi apa y boleh ak buat, ajak org baca. Mudah-mudahan, mereka lebih faham dari apa yg aku faham.
konsep illah - jepun - percaya tapi tak yakin. - rezeki dr tuhan. keje gler2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan