Rabu, Oktober 29

Aku kamu

tika dinihari,ada sorang hamba Allah, hantar link satu blog entah kepunyaan siapa , aku pun tak kenal. mungkin ini takdir Ilahi. Dia yang menentukan untuk satu petunjuk tu sampai kepada hambaNya. tgh asyik buat keje, tetiba datang satu msg,

cha bergaya: http://wasilahalbanna.blogspot.com/2008/10/girl-power.html beware of this power, dun let other ppl down...



pada mula, belum tertarik. tapi ak klik saja. dah lama kemudian baru baca. post pasal perjuangan wanita2 islam dahulu. kuasa wanita.

aku merenung sejenak .
ke dalam diri
lebih2 lagi, suasana yg senyap sunyi
sambil lagi islam, iman & ihsan dendangan Xifu Algebra dr Hadis Jibril.
layan lagu ni, boleh buat aku menitis air mata.
sbb aku faham makna dia.
dihayati, cukup terasa, Ya Allah, cintaku padaMu...tak terungkap rasanya.
entah kenapa bila aku dengar lagu ni, rasa dekat sgt dgn Dia.

aku terfikir, bila terkenangkan post kat blog tu tadi, yg aku baca sekilas je. tapi sempat aku titipkan sedikit kalam di situ.meninggal jejak. sejenak aku terfikir sendirian..

apa aku dah buat untuk islam?
aku nak buat sesuatu untuk islam...
aku aku boleh buat untuk islam?
untuk sesuatu yang aku cintai.
sanggupkah aku berkorban deminya?
kepentingan orang lain, melebihi kepentingan diri..

lagi bila terbayang gambar orang perempuan ramai2 angkat senjata.
macam nak berperang.
fuhh..kagum aku, dengan kekentalan wanita-wanita begitu.




Harapnya diriku jua sekental itu.

apa aku dapat buat untuk islam masa ni?
aku sedar diri aku ni, terlampau banyak kekurangan untuk ditampung.
nak banding dengan wanita-wanita2 islam zaman dahulu.
jauh ibarat langit dan bumi.
iman belum sempurna terjaga.
diri pun kadang2 sewenang2 je 'dibiar'
yang kadang2 tu, aku akui nafsu itu menguasai berbanding iman
walau akal membenarkan, namun hakikat iman itu, pasti tidak akan melakukan
namun biarlah yang terjadi itu satu pengajaran buat diri ini.

mungkin jugakk satu 'padah'
lemah betul iman aku.
hanya Dia yang tahu. kerana semuanya berlaku atas izin-Nya.
tak mau ulas pnjg. lagi nak banding lagi'?
ilmu ku ini, tak terbilang sikitnya. apalah yang aku tau?
nak banding dgn Saidatina 'Aisyah yang banyak arif dengan ilmu realiti.

semalam aku ada baca pasal Mukminah Solehah. yang ada dalam laptop ni. sofcopy. antara ciri wanita solehah tu, antaranya luas ilmu pengetahuan mencakupi hal-ehwal semasa. mesti tau realiti dunia hari ni, supaya boleh tau, macamana bila meletakkan sesuatu hukum.

apa yang aku terfikir untuk masa ni, yang aku rasa aku boleh buat, sebagai bukti aku kisahkan mereka. aku kisahkan saudara islam aku, bukan islam pun same. yang merana diluar sana. aku tau, tindakan aku ni, mungkin ada yang rasa ..entahlah..apa2la org nak rasa. tapi, ak putuskan, mulai saat ini, aku akan biar diri aku lebih banyak berlapar. menahan lapar, tu, aku rasa satu benda yang perit jugak. entahla. benda ni, baru aku terfikir malam tadi, dalam perjalanan pulang dari kolej. aku fikir, kenapa? kalau dikatakan aku ni kedekut sebenarnya aku tau itu bukan label yang betul. pada fikiran aku, aku nak buat sesuatu, yang boleh jadi bukti kat Allah kat akhirat nanti. kalau Allah tanya aku, apa aku buat, bila tgk saudara2 aku berlapar, tak makan, menderita, keperitan..
mungkin, dgn perbuatan aku, aku boleh jawab. aku tahan lapar. aku tahan lapar sebab mereka. untuk sama2 rasa . berkongsi keperitan. walau hidup aku ni, kalau nak diikutkan mmg selesa. nak kata mewah, bolehla. nak beli apa saja yg diingini.dpt apartment yang penuh kelengkapan asas. duit tu, depan mata. boleh guna bila2. boleh keluarkan bila2. tp ada ramai lagi org miskin kat malaysia ni kebulur tak makan. mungkin makan, nasi masam, akar kayu, pucuk2. aku rasakan. diri aku ni mmg kadang2 pentingkan diri sendiri. aku selalu fikir orang lain. tapi aku tak berusaha pun ke arah tu. aku fikir diri aku je. hanya fikir, diri aku dan aku. hari2 fikir, nak makan apa? nak pakai baju apa? nak buat apa hari ni? aku pernah ke fikir org lain ke dalam satu hari? jarang2! kalau tak pergi program, kalau tak baca paper,(pun yg kdg2), kalau tak pergi usrah atau majlis ilmu, aku tak terfikir pun. syukur, aku ada kelas World Issue. yang banyak kupas penderitaan orang lain di dunia ni. Water right, education right, hunger famine, macam2 lagi yang aku belajar. sampaikan kadang2 ak rasa, inferrior. apa ak dah buat nak tolong dorang?result dah la teruk. the bottom of all those scholar for social sc student. patut ak xboleh main2 lagi. kerja kuat n kerja keras lagi. i need to save them. by doin my work, get good result, good education, and contribute back to society, and to ISLAM must be.

lapar!menahan lapar, sebenarnya bnyk ajar aku, kalau orang lain tu, yg tak makan macamana. Rasulullah sampai letak batu, ikat perut, tak makan. Kenapa orang fikir, berlapar tu hanya memudaratkan diri, walhal dalam islam bila aku baca buku karangan Imam Ghazali, lebih banyak mendatangkan kebaikan dan faedah kesihatan. Dunia hari ni terbalik ya? what fair is foul, what foul is fair. benda baik dilihat mudarat, bnd mudarat dilihat baik.

mungkinlah, org kata, makan..nanti tak makan, sakit baru tau!
hmm entahla. prinsip aku ni tak tau boleh pakai ke x.

pe2pun, moga kesedaran ni, tak berhenti di sini. buat diri yg selalu leka dan alpa. Buat nafsu yang tak mudah dipelihara. Wahai nafsu, tunduklah kamu! Aku tak mahu biar dikau menguasai hidupku! Biar aku yang menjadi raja, memerintah engkau supaya tunduk!

Wallahu'alam.
melalut plak pagi2..haizz..Qurratul, u should focus!!!!
killing a little time often murder a big opportunity.
i should focus, focus n focus!

3:52AM

1 ulasan:

Ladyship Atie berkata...

salam.
indeed hungriness is a jihad.
but indeed we do need to appreciate the body of us. it needs energy.
ya, we want to share our concern with those suffering esp in Palestine,etc.
but theres a way for it. everytime u want to eat, just pray to Allah, wish that they have enough strength to survive.wallahua'lam.
take care dear.health is a vital aspect in ibadah.