Sabtu, Oktober 11

Stress of responsbility?



Aku mendakap anak kucing yang bulunya keperangan itu ke riba. Ku usap dan ku belai. Ia pada mula takut, tapi sangat jinak. Aku dakap lagi dengan lebih erat, cuba memberi rasa hangat dengan mengusap badannya. Haba tangan mungkin lebih membuat ia selesa. Aku menatap wajah anak kucing tu dengan penuh makna. Dia pun memandang aku dengan tak semena.Ada saat, bebola mata kami bertembung. Ku usap, ku belai manja. Belum pernah lagi, aku berperilaku begitu terhadap kucing sebelum ni. sebelum ni, mmg jarang aku dekat dengan haiwan. Kucing mama-abah tak bagi bela. Mungkin sebab dulu mama asmathic. Alah. Aku pun takdela minat sangat dgn kucing. Aku merenung dalam. Tapi entah kenapa malam tu terasa nak sangat membelai kucing tu dengan mencurahkan sepenuh perasaan dan penuh kasih sayangnya. Kucing yang entah dari mana, tapi terjumpa masa raya rumah Uncle Tommy n Auntie Ana -jiran sebelah rumahku.

Entah kenapa pada saat ini, aku seakan-akan 'stress'. Aku jarang nak mengaku stress tapi kali ni aku terpaksa akui, sebab aku tak tau nak buat apa.seolah2 mcm aku terasa buntu. tak tau apa jalan keluar. Bukan stress dgn keje2. tapi mungkin itu ada sedikit peratus.Aku stress dgn kehidupan. mungkin smlm aku 'terima' terlalu bnyk. n terasa mcm Ibarat hidupku pada saat ni, terasa sangat2 berat. Tanggungjawab yang tergalas dibahu, amanah yang perlu dipikul terasa berat sangat2. Tanggungjawab sbg khalifah kat muka bumi Allah, tanggungjawab sbg org islam, tngjwb kpd saudaran seislam, tanggungjawab kpd non-muslim. Tanggungjawab utk beri peringatan! bagaimana utk melaksanakan?

Kutahu, masa itu sangat2 berharga. Ku tahu, diluar sana, ramai umat islam dan umat manusia menderita. Kelaparan dan sebagainya. Ku tahun, umat islam kini lemah. Lemah dengan hiburan duniawi, diserang dari pelbagai arah. Lebih2 lagi dengan hedonisme- hiburan melampau. Pengaruh2 yang pelbagai, ancaman fikiran dan fahaman2 yang merosakkan akidah dan pegangan mereka. AKu tau, setiap detik ini tak boleh disia2kan. Mereka perlukan bantuan!

Hari-hari yang kulalui, kulihat islam itu perlu dikembalikan! Kurasakan tanggungjawab yang dipikul sangat2 berat, amanah terasa. Sampaikan aku ibarat termenung seketika satu hari ni, tak boleh buat apa. Bukan aku tak tau, apa patut aku buat, bukan aku tak tau apa peranan aku, apa tujuan hidup aku, apa yang mahu dicapai.
Cita-cita, impian semua sudah terbentang di depan mata. Tapi entah kenapa hari ni, sejenak ak macam jadi..helpless. terasa sangat2 lemah, sampaikan aku terasa aku tak tau nak buat apa. Macam buntu. Barangkali a bit stress, sbb xdpt nk smp expectation to laksanakan semua tanggungjawab y ada. Terasa mcm tak terbawak pulak.

Dengan gejala mungkar yang berleluasa depan mata, masalah umat yang tak selesai2, dengan ilmu yang ada kena disebarkan, dengan masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ilmu tentang islam masih kurang, ilmu utk berdebat dengan fahaman2 yang mengancam, aku perlu ada. Ilmu mengajak orang kepada islam, kepada jalan Allah,pun kena ada. Skil bergaul kena dibangunkan. Sudah cukupkah selama ni aku solat, aku baca quran, aku puasa, tapi aku tak hirau akidah saudara islam ku yang lain? Sudah cukupkah? ku tau perlu kurisaukan diri ni, apakah nasib ku dikira selamat di alam baqa' sana? Seringkali aku terfikirkan mati itu. Pernah juga hadir dalam mimpi. Semalam pulak, dalam berita tv3, tak taula sape yang meninggal, tapi ditunjukkan siaran tu ada part yang jenazah dimasukkan ke lianglahad dan ditimbus. Aku menyaksikan siaran tu dengan asyik, padahal masa tu masih dalam usrah(usrah buat dekat rumah akhowat), bila melihat lama siaran tu, lepas tu, aku menggigil. Terus kupejamkan mata, dan kutunduk. Menggigil aku bila mengimbas sekali lalu mimpi yang pernah bertandang. Apakah aku sudah bersiap-siap menghadapi sebuah kematian? Hidup ini sementara. Itu hampir semua tahu. Namun, berapa ramai yang mengambil iktibar dan memulakan langkah, bergerak membuat persiapan? Ibarat kita bersiap utk SPM, PMR? Sering kita risau, utk exam2 berikut. namun mengapa kita tak risau pulak, exam sakaratul maut itu, yang jauh lebih mencabar, yang langsung takde talian hayat yang boleh disambung2 lagi lepas tu.

Apakah studi tu lebih berharga dari iman?

Semalam dalam usrah berbicara mengenai dasar islam yang datang dari khutbah pakcik Abu 'Ala Mardudi. Apakah aku dikira benar-benar islam? Apakah hanya dengan melafazkan syahadah tanpa memahami makna sebenar kandungan kalimah tersebut, aku ini dikira islam?

apakah ertinya islam itu? apakah islam itu satu yang diwarisi? Kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam, maka aku dikira islam. Benar-benar2 islamkah? Tak mengira nasib saudara seakidah, tak risau akidah saudara, sahabat yang lain, dikira berimankah?

Abu 'ala almardudi ada kata, Nak jadi muslim yang benar2 muslim, perlukan ilmu. Dan kena peruntukkan masa untuk itu. Tapi ilmu sekarang ni, yang belajar, ilmu dunia tu lebih lagi dari ilmu agama. Tumpu untuk dunia tu kadang2 terlebih smpaikan terlupa adanya alam akhirat.

Kena faham apa dalam Al-Quran n kena tau, apa aturan hidup kita? Adakah hidup kita ni, dicipta hanya utk studi je? Studi, lps tu keje, kawin ,dapat anak, pastu anak tu pun melalui satu kitaran hdup y sama. Tanggugjwab tu bukan setakat studi je, lebih dari studi.

Aku hanya terdiam. Bila kak tiqa ckp mcm tu. Betul. Hidup bukan hanya semata studi je. Lebih dari tu. tp studi, buat assignment hny sebahagian dari hidup. Yang kadang2 aku pun terfikir, apa yang aku sibuk2kan sangat ni? Smp takde masa ke nak baca selak, belek2 Quran, peruntukkan sedikit masa aku dari seluruh masa hanya utk belajar ilmu duniawi? Kenapa berat sangat? Apakah ilmu dunia ni yang menjamin hidup aku kat akhirat nanti? Lemah terasa. Antara dua. Terasa macam sulitnya menjaga iman tatkala perlu seimbangkan antara dua. Dua2 aku nak. Aku nak dunia, ak kena ada ilmu. aku nak akhirat, aku kena ada ilmu. aku nak succeed kat dunia ni , n ak nak succeed gak kat 'sana' nanti. ak tak nak ada y kecundang. kadang2 terasa, mcm nak baca Quran berejam2.. tapi tak boleh, sebab aku ada tanggungjawab kat dunia ni. tak boleh fikir utk manfaat diri sendiri je. manfaat utk ummah pun mesti ditunai. ntahlah. kdg2 aku rasa, diri ni, sebenarnya selfish. pentingkan diri. tak hirau org lain.

Hari ni, aku pertama kali berpurdah ke luar jauh dari kawasan Casa Subang. Aku ke Bukit Bintang dan Masjid India. Pada mula, pergi dengan kakak naqibah,tapi berpisah bila tiba di stesen KL Sentral. Dia mahu ke Serdang dan aku perlu menghala ke Monorail. Sebelum tu, ada jugak dia tanya, tak pe ke aku sorang pergi masjid india? DIa risau. Aku buat tak risau. Aku hanya tunjuk isyarat aku akan pakai purdah. Lepas tu, dia cakap, mungkin mmg patut pun aku pakai, sebab senyuman aku memang ada daya tarikan. Aku tak tau. Belum pernah orang kata begitu padaku. Tapi memang bukan semua perempuan ada daya tarikan ke? Senyumanku memikat? bahaya jugak aku nih.Nauzubillah. Moga takde hati kaum adam yang terusik. risau jugak. waduh, aku telah merosakkan hati orang.

So far, dari mula pakai dari Casa, tak de perasaan. Belasah jek pakai. Memang tak terasa apa dah. Tapi hati ini sentiasa beristighfar. Sebab kutau, hati ini mudah benar berdesis. Kadang2 tu boleh jadi maksiat batin. Tak kurang jugak ada mata-mata yang memandang, tapi aku abaikan saja. I just want to reserve. Lillahi ta'ala. Bila berjalan, terasa perlu lagi merendahkan hati. tapi, satu benda yang aku berjaya buat, yang aku tak pernah buat sebelum ni, tegur mad'u. Ada 2 orang aku tegur satu masa dalam monorail. Aku cuba bawak berbual sikit. Aku tanya, nak kemana, dari mana. Studi mana? bidang apa? Benda simple2 y bkaitan diri dia. tapi kejap je. sbb lps tu, dah smp bukit bintang. Sampai2 je, terus pegi cari kedai mp3. kena amik mp3 y aku da tinggalkan setelah sekian lama. tp kedai tu takboleh baiki. Kena bawak pergi Philip centre.
Cina kedai tu tegur aku,
" ni zoro ke y datang? "
aku tersengih. tp of course dia tak nmpk r kan.
Dia tanya ,
"sekolah lagi ke? "
Aku jawab,
" tak, dah kolej."

" Kolej mana? "

"Taylors College"

lepas tu sembang2 sikit pasal mp3. Ok je cina tu ckp ngan aku. aku pun ckp ngn dia cam bese. xde pelik2. tapi xlama. xsmp 5 minit pun. then, blah pegi masjid india. masa tgh tunggu tren dari Dang Wangi to Masjid Jamek yang stesen dia selang satu je.Ada seorang kakak ni, aku maen pajak je r tegur dia. Mula2 mcm tak tau r, nk tegur ke x..pastu try bg salam. Dia mcm tak brp dgr, tapi pastu, dia pusing n toleh.

Tny dy,
"Dari mana?"

"Ni..baru je balik keje"

"oh..sabtu2 pun keje jugak?"

"a'ah.tadi ada keje sikit lepas tu adaorg besar nak datang. tu yang kena datang jugak harini.." jawab dier dgn ramahnye.

aku tanya lagi..
"ooohh..ni nak kemana?"

"seremban."

"wah seremban..jauh ekk.."

"rumah kat ctu.."

"oh..tinggal ctu ek..abes tu ari2 r berulang ek"

"a'ah. tapi pagi2 kadang2 tu ada bas direct dari sana terus ke sini.."

Lepas tu, tren da smp. da masuk tu, aku takde r diam, cuba2 jugak teruskan..
"kire keluar rumah awal2 pagi la ek? lama x ? brp amik masa brp lama ek nk smp sini?"

dia mcm xbrp dgr, dia rapatkan telinga kat aku. Ye ar, lagi2 dah ade kain, maka suara pun tertapis. Ak rasa suara aku b4 diz, ok jek, tapi mungkin kain tebal so, wave suara terhalang. takpe2 mengeratkan lagi kemesraan. So,lepas 2 bnd ni, aku berjayala membuktikan, niqab tu bkn penghalang tuk kite buat dakwah. Buktinye kite kena start dulu. Percaya atau tak, sebelum ni, seumo idup aku, tak pernah nak bawak sembang dgn orang ntah mane2..i mean walau perempuan, bese dlm LRT r, kalau pernah mungkin scr tak langsung. tapi hari ni, aku betul2 cuba nak borak. Aku pun tak de r plan, n tak sangka sebenarnya. tapi sebab aku rasa, aku ni berpurdah, so kene make the first move. n try buang perception org y org berniqab ni, tak bergaul dgn masyarakat. Aku rasa, orng cuma tak faham, dan mungkin orang yang memakai, pun patut faham, jgn pencilkan diri. Benda ni on individua jugak. Tapi memang aku dapat kesan r, macam kakak yang first aku tegur masa dlm monorail tu, nampak mcm suka la, i mean +ve reaction, bila nak bla, ak ckp jumpe lagi. dia pun smile jek. ada kwn sebelah dia tu pndg je n smile gak. mungkin tak pernah tgk org berpurdah tegur dorang kot. Wallahu'alam. Yang kakak ke-2 tu plak, ak pun ckp jumpe lagi. n dia pun kata ok, bye2. dua2 org tu, b4 aku tinggalkan, aku cuba bagi sentuhan. just mcm sap r, bahu ke ape.

Hmm.. eksripmen yg bagus. Aku pun tak sangka aku boleh buat benda ni. Tapi berjaya dibuat. Tak purdah sebelum ni pun, belum2 pernah2 tegur2, ramah2 ngn org. Alhamdulillah aku rase satu pencapaian. Sampai kat kedai buku pulak, mmg org akan tanya la belajar kat mana. Aku pegi 2 kedai. Ni pegi masjid india, khas nak belikan Quran tuk member. ada permintaan. maka aku rasa, alang2 ak nak balik, singgah je r masjid india. ape salahnye. kalo dorang bc, dpt r ak saham. (mencari untung akhirat). so, pegila aku kat wisma yakin tingkat 1. 1st kedai aku pegi tu, terus dia tanya,
"ni belajar kat UIA ke?"
"eh.taklah.."
"dah tu kat mana?"
"erm..Taylor's College..kat subang.."
"oh..kolej apa tu?"
"erm..kolej tu mmg jrg dengar. sbb mungkin dia private."

lps tu aku terus belek2 Quran. tapi malangnya, tu bkn mcm Quran aku. n kawan aku nak Quran yang mcm aku punyer. So, aku beralihla pergi ke kedai yang lagi satu, sampai2 kat situ, terus aku cari rak Al-Quran. n jumpa la. tapi ada 2 version. Satu syamil satu lagi Darul Iman. Harga berbeza. Deal2, dptlah discount. RM30 senaskah. Lepas tu, beli buku yang dipesan,Hadis 40. Aku tanya, ada versi2 lain ke hadis 40 ni? Dia kata, xde mmg satu je, kalau ada pun, dlm kontek y lain. cth mcm 40 hadis ttg akhir zaman, 40 hadis penawar hati..Mula2 jurujual tu bagi aku, yang jawi ke arab punye hadis 40. Dia siap ingat aku dari Darul Quran lagi. Fuhh..

Aku nafikan. lepas tu aku ckp la..
"sebenarnya, saya mmg pernah dapat offer Darul Quran. tapi xpegi"
" kenapa?"
"erm..ntahlah.."
"Rugi xpegi..."
"Tau..tau bila dah lepas. Dulu mmg nak pun.tp masa dpt tu mak mcm kata tak payah pegi. so xpegila.."
"oh.."

Hmm..aku pun terfikir. Sebenarnya dalam hal ni,tak perlu menunding kat org lain. Salah aku jugak kot, sebab tak nyatakan pendirian aku jelas2, kat mama. maybe mama pun masa tu tgk aku, mcm tak tau nak pergi ke tak. Kalau ikut dia, mungkin tak payah. Entahlah. Aku pun mmg berbelah bahagi masa tu. Lagi2 dekat dgn majlis tunang anyah. Biarlah benda dah lepas. Usah dikenang. Mungkin mmg Allah dah takdirkan aku nak pergi Canada. Jumpa Mr.Hanna, Miss Natalie..dakwah kat dorang..mungkin ini semua mmg satu ketentuan. dan aku punya peranan besar kat sini.

Kakak Nabila, dalam usrah pun ada kata,
"kitorang tgk, budak ICPU tahun ni, mmg mantap2 semua. yang datang tu..mmg ramai yang bagusla. so korang ni tanggungjawab lagi besar .."

kata dia b4 dia leave the usrah sbb ada hal. Aku yang dengar telan air liur. Ada betul kata dia. n aku rasa, mereka2 yang aku nampak tu, sbenarnya aku rasa, mungkin dorang tu lagi bagus dari aku, walau dlm ms y sama mereka dalam org y rugi, tapi pada aku ( utk tidak merasa selamat), dorang mungkin better lag dari aku, sbb dorang mungkin tak tau. dan sedangkan aku ni tau, kalau aku buat salah, sedang aku punya ilmu, tempat aku neraka yang paling jahanam sekali. Nauzubillah.

Kak Sheera pun ada cakap.
Ilmu tu amanah. Kena sampaikan kat orang lain, walau satu ayat.
Nanti masa hari Akhirat, 3 benda akan dihisab, yang buat kaki kita tak bergerak selagi 3 benda ni disemak.
-Ilmu
-Umur
-Harta

Apa kita da buat dgn ilmu kita? Macamana kita hargai ilmu?(dgn amalkan). Ilmu tu bermanfaat ke x? Diajar, disebarkan kat org lain x?

Umur- apa yang kita dah buat spanjang umur kita?
harta- dah belanjakan apa? ada utk jalan Allah x? mana sumber harta kita>? halal ke x?

semua akan dihisab. Lepas tu, kak shahira cite pasal menghargai waktu. Allah tu bersumpah dengan masa. Benda ciptaan Dia. Mestilah masa tu sesuatu yang hebat, sampaikan Allah bersumpah.
Demi Masa. Manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang
1-beriman
2-beramal soleh
3- berpesan-pesan dgn kebenaran
4-nasihat-menasihati dgn kesabaran

4 sifat org mukmin.

ilmu tu besar tanggungjawab dan berat amanah dia. Kena sampaikan kat orang.
Aku tanya kak shahira, kalau ilmu tu kita belum amalkan boleh ke sampaikan kat org?
Dia kata, seeloknya kita amalkan dulu. Kita faham, baru kita sampaikan. takkan kita nak jadi org yg rugi? nabi pun ada pesan, org yg rendah tu bila ada ilmu tapi tak diamalkan.

Semalam banyak betul sebut pasal ilmu. pentingnya ilmu. mesti ada ilmu. Kena berilmu. Nak faham islam mesti dengan ilmu. islam tu nikmat terbesar dan kurniaan Allah.dan tergolong dalam kelompok nabi Muhamad pun Patut bersyukur. Cara nak tunjuk ialah dgn tunjukkan kita ni umat yang setia mengikut dan menurut.

Aku tefikir, betapa perlunya menjadi hamba kepada ilmu. Yup. Hamba ilmu. hampir seluruh waktu diperuntukkan utk ilmu. Di sini, aku kongsi apa ilmu yang aku faham. Kalau mcm ayah aku ada kata, kalau da masuk ilmu line orang sufi , dia takkan tidur selagi terpaksa utk tidur. Masanya, diperuntukkan samada beribadat, menelaah ilmu dn sebagainya.

Aku rasa, abah just a good example. Dia, malam2 mmg stick baca ratib. biasa lpas isyak. lps tu, mlm2 dia biasa mop lantai rumah. basuh baju. ( ni apa y lazim n biasa diperhatikan sekian lama). kadang2 awal malam dia dah sit, baca kitab2 agama. pagi smp petang da penat ak rs tgk, dia keje.(xde r tgk dia keje camne).tp mlm mmg khas, telaah kitab. biasa ak tgk, kdg2 smp 2-3pagi. padahal esok hari keje! n bila bangun, abah still energetic. Mana datang kekuatan? Itu semua datang dari Allah. Ak ni je, ada example bagus, tapi terikut-ikut. masih lagi ikut nafsu tido. Teringat aku, abah pernah kata, kiyai shukor pernah kata kat dia..

"Zah, kalau engkau nak tidur, takkan dapat ilmu, zah.."

smp mcm tu sekali. Betul la, dalam bas tadi, aku ada baca pasal perjuangan. Buku kecik n nipis je aku baru beli, tajuk dia pesona perjuangan. Dia kata, hidup satu perjuangan. Perjuangan perlukan pengorbanan. Dan pengorbanan perlukan usaha. Apakah aku sudah berusaha utk berkorban? Mungkin lepas ni, aku perlu tentukan dan pilih! Nak tido atau nak ilmu? Aku amat dahagakan ilmu. Sangat2. Lagi2 kak tiqa semalam pun ada kata, orang sain sosial tanggungjawab lebih berat. Aku akui. Bandingkan dengan pelajar yang belajar engineering stuff, dengan aku yang lebih berhadapan dgn macam2 masalah sosial(bagi aku). apa yang aku belajar lebih dekat dan berkaitan masyarakat. Pentingnya lagi bagi aku nak tau ilmu2 islam. Al-Quran, isi dia aku mesti kena tau. Paling kurang, aku mmg target, by march or april b4 fly(insyaAllah) mesti khatamkan baca terjemahan. bantai r. faham tak faham. yg penting aku tau dulu, apa perintah2 Allah. ak mmg da bajet2. n insyaAllah. kalau istiqamah boleh buat. Orang yang berilmu, akan tau orang lain cakap betul ke salah. Abah pun ada pernah pesan, nak tau orang tu kata betul ke salah, rujuk Quran, rujuk hadis. Orang berilmu, Allah angkat darjat. Dia dipandang tinggi lebih lagi bila bertaqwa. Kalau Allah angkat darjat di sisi Dia, apatahkan lagilah dalam kalangan manusia, mestilah org berilmu ni org pandang tinggi.

adeih abah mama panggil...

Wallahu'alam. gtg.

~ seminggu no blogging, no YM, ~

2 ulasan:

nik uqbah berkata...

salam.

wah, cam bes je pakai purdah...^_^

snanye memang wajib kan kalau ikut mazhab syafie... tapi, ikut waqi' semasa lah kan.

so, awak dah tunjuk contoh yang baik... hopefully, lepas ni ramai lagi la yang ikut awak.huhu... dakwah bil hal, suatu perkara yang memerlukan pengaruh dalaman. a bit like aura...saya rasa lah. ow, same sikit gak macam chakura.

nway, teruskan jihad awak. Saya nak tegur rumet snirik pon tak mampu. ni, dia dah kuar dQ... terkilan gak.

BarakALLAHufiik. Moga rahmat dan kasih sayang ALLAH tetap bersama anda selamanya. amiin.

ilal liqo'.

wassalam=)

nik uqbah berkata...

em, just nak kongsi ayat perwakilan kitorang...

"KITA BOLEH SYADID TAPI JANGAN JUMUD, KITA BOLEH TERBUKA TAPI JANGAN HANYUT"

ok.ws