Isnin, Oktober 27

Sedutan ringkas ISK

ok. lepas tulis artikel untuk iluv, ak rase mcm xtahan nak tulis gak utk blog. tak tahan nak keluar dari keskemaan bahasa. bahasa skema giler. kdg2 ak ni, xsuke r nk skema2 sgt. lg sng ckp sempoi2 tp power.pstu xbleh nk singkat2 pkataan. payah betol. lg satu, bnyk benda yg ak nk kupas, sbb bnyk bnd ak dpt. so, kalau boleh ak nk letak point2 je. xpe r. setel part 1.

syahadatul haq ni akn ak kerat2 kpd bbrp part. sure mmg pnjg punye.

so dlm blog ni, ak mls r nk ulang ape y ak da tules kat iluv. jadi, ak kupas y mane ak rs,tak terkupas point artikel tu.

dtg2 je kat pejabat konsis tu, dorang cerita pasal ISK, sebab ada yang belum pernah dgr lagi kot. so, kitorang yg dtg 3 org ni,dgr je la dulu sedutan akhir ISK dorang. rasa-rasa, ni ISK kali ke-3 ak dpt. yg prog lepas yg patut jd IPK xmenjadi sgt sbb lebih ISK, so ak consider, tu ISK gakla. xpe r penting pon.

the point y akak tu bwk, masa turki Uthmaniah, orang kafir ni serang dgn cara rosakkan pemikiran orang islam. diorang, bawak idea nasionalisme, dasar pecah perintah. padahal sebenarnya dulu, semua bawah taklukan dan kerajaan Islam. xde pun negeri2 yg berbeza pemerintahan mcm pakistan, india, iran, iraq, yang lain2 cara pemerintahan dia.

Sekarang ni, kesan penjajahan barat tu masih kekal lagi sampai sekarang. Nasionalisme tu tak salah, cuma bila skop dia kecik hanya pada negara je, tu yg salah. patutnya, semangat nasionalisme tntang agama yg patut lebih besar skop dia. tp masa dulu, mcm skop nak pertahankan negara dan bangsa tu lebih dari nak pertahankan islam.

pastu, akak tu citer pasal MElaka. sebenarnya, Melaka tu perisitwa berdarah bg umat islam yg kini dia jadi tarikan utama pelancong. dulu melaka tu bawah pemerintahan turki uthmaniah jugak, tapi tak ramai yang tau. dan kota A famosa tu, sbenarnya batu2 tu, dorang dapat dari batu2 masjid yang orang portugis ni runtuhkan. tapi berapa ramai je yang tau, dan tapi tgk skrg ni pulak,jadi sumber tarikan utama, padahal orang islam sendiri tak tau, kota A famosa tu la peristiwa berdarah bg umat islam telah berlaku.

sekarang ni kita diserang bertubi-tubi dari segi mentaliti. umat islam kat mana sekarang? di bosnia, ada berlaku masalah etnik, orang kafir lancarkan serangan ke atas bosnia. tau ape jadi kat org islam? ada yang diseksa dengan satu kaki ikat kat pokok, satu lagi kaki ikat kat kereta kebal, ditarik smpai putus. nauzubilllah. kejam dan tragis. tak mampu nak bayangkan. ngilu terasa. tapi dimana kita?

tamadun dunia skrg dipegang oleh kuasa barat. Kapitalisme la, sekularisme, hedonisme, entah ape mcm lagi isme..dan kita umat islam skrg ni mcm anak yatim. kalau dulu, ada peristiwa seorang perempuan diganggu dipasar oleh orang Yahudi. ala lelaki tu bkn buat apa sgt pun, bkn meraba, atau buat yang teruk2. dia cuma usik2 mcm tarik kain sikit, tp smp terselak aurat perempuan tu. lepas tu, perempuan tu jeritlah, " wahai khalifah, dimanakah kamu?". pastu, ada mcm sorang pemuda ni nmpk, dia pun cepat2 pergi buat report. lps tu, terus khalifah masa tu amik tindakan, tulis surat dkt pembesar negeri tu, ckp " orang aku engkau jgn kacau. kalau x, nanti aku hantar bala tentera yg panjangnya dari pintu kota turki, smpailah ke pintu istanamu". lebey kurg mcm tu r dialog dier. not as exact one. tp yg penting point dy. nk menunjukkan betapa islam masa tu da jd mcm world order. sume org boleh dgr. takde yg bleh bangkang. kalau tak setuju, siap r. tentera2 mmg da bersiap. nak tunjuk kat sini, masa tu, maruah seorang perempuan tu mmg dibela, dan pemimpin mmg buat keje. orang islam ada tempat nak mengadu. mgadu je, terus ada tindakan. tapi kalau tgk skrg ni, umat islam bersepah2, tapi ada orang islam yg menderita diseksa, takde sape y berani amik tindakan. Kenapa? Dimanakah khalifah ? yang patut membela nasib orang islam ni? dan jugak yg tak islam tapi teraniaya.

apa maksud tamadun tu? adakah pegi angkasa tu kita da dikira ada tamadun? dh cukup tnjuk tamadun ke tu? kita pegi angkasa pun tumpang orang..

Tamadun tu hanya terbina bila dia dah cukup beberapa ciri mcm
1-teknologi
2-organisasi
3-sistem pendidikan
4-undang-undang
5-seni
6-bahasa

takde cara lain nak bentuk tamadun melainkan bermula dgn 7 benda.

1.INDIVIDU MUSLIM
- benar-benar mengamalkan dan memahami islam

bfore, nak bina keluarga, individu tu kena mantap dulu dgn nilai2 islam. Hmm..kena fikir pnjg ni . aku ni dah cukup mantap ke as individu muslim. karang kalau ada famili, benda simple2 tak lepas camne? huhu...

2.BAITUL MUSLIM
-keluarga yg mengamalkan islam

3.MASYARAKAT MUSLIM
-gabungan keluarga-keluarga islam

4.DAULAH(NEGARA)ISLAM
- ada rakyat islam

5.KERAJAAN) ISLAM
-yg amalkan hukum-hukum islam
6.EMPAYAR ISLAM
7.USTAZIATUL ALAM
- islam jadi ketua, kuasa besar = world order, cth mcm US skg, satu khalifah utk satu dunia y memimpin.

skrg ni,utk apa kita hidup? untuk dilahirkan. membesar pastu yg pasti kita akan mati. manusia semua akn mengalami proses yg sama.semua ada brp alam? yg kita lalui. alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh n akhirat.hidup mcm tu je ke? belajar, kerja, kawin, dapat anak, lepas tu bye2.

kalau dulu, org sembah berhala sbg tuhan dorang.. tapi sekarang berhala yang tak nampak! bila dia hidup, dia tak letakkan Allah tu sbg yang utama. itula yg dipanggil berhala zaman moden!Diri jadi Tuhan. ikut hawa nafsu sendiri. hidup untuk kerja. jadi hamba duit. Hawa tu apa2 yang bukan dari Islam. Memang biasalah, benda2 yang bertentangan dengan agama, nafsu tu mg suka. Cth , mcm dgr2 lagu, sonok r kan khayal kejap2..mula2 kejap, lps tu dia da meleret2, terus lalai r kat Allah. da lupa Allah. mula2 sedap dgr, lama2 bila membekas di hati, dah ketagih, nak dengar lagi n lagi, pastu, ayat2 Allah pun da jarang dengar, nama2 Allah pun da jarang sebut. yang terkumat-kamit di mulut, lirik2 lagu yang entah bagi manfaat ke x utk akhirat. bila Allah pun da lupa, mcamana nak ingat jadikan Allah tu yg utama?

kalau tgk situasi sekarang ni, kita ni da kembali macam zaman jahiliyah yg dulu. jahiliyah moden. Kalau dulu, dikisahkan orang bunuh anak perempuan, maksiat zina berleluasa, pastu, org minum arak judi, bersepah2. kira runtuh moral r. akhlak rosak.

now, tgk skrg. what happen? apa da jadi kat realiti masyarakat sekarang dgn zaman jahiliyah dulu? walau nmpk kita ni mcm bukan zaman gelap, mcm dorang dlu, buta ilmu, tak reti membaca sume, tapi kita skrg ni, ramai yang buta hati. malahan lebih dasyat dari jenayah2 yg dorang da buat. bunuh anak bukan setakat perempuan, anak lelaki pun tak terkecuali, ape lagi, anak luar nikah bersepah2, baru2 ni djumpa dibungkus dlm sejadah dkt masjid terapung. masyaAllah. dan masa zaman jahiliyah dulu, dorang hny ada dakwah. takde daulah, takde empayar islam. sume tu xde. negara islam pun xde lagi masa tu. sme ar gk mcm skrg, negara mana yg kita boleh consider negara islam? yg mengamalkan hukum2 islam sepenuhnya? takde kan?

kesimpulannya, kita mmg kena tau, suatu ketika dulu, islam berada di atas, dan sekarang kita bangkitkan kegemilangan islam tu balik. dgn satu solusi, buat dakwah. jadi individu yang benar-benar muslim. zahir dan batin. sbb hny islam je yg dapat mengamankan dunia. dan mmg Allah dh janji islam tu akan naik balik tp cuma tak tau siapa y akan bersama2 mendukung panji2 islam tu. tak nak ke kita jadi salah seorang dari golongan tersebut?


baik, itu sedikit sedutan ISK. now, kita beralih to SH.

Tiada ulasan: