Bagaimana pengakhiran kita?
Iza matal insanu n qoto'a amalu illa min salasin; sodaqotin jariah, au 'ilmin yuntafaubih au waladin yad'u solih
Apabila matinya anak adam itu akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara,
1- sedekah jariah
2-ilmu yang bermanfaat
3-anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
Hari ni hari raya. Hari kegembiraan, hari kemenangan buat semua umat Islam setelah berpuasa, berperang melawan hawa nafsu, lapar dahaga yang membentuk asas taqwa.
Aku bukan mahu berkhutbah, atau berskrip ceramah, tapi sekadar bingkisan rasa di hari fitrah. Pada waktu ini, aku kat Spore, masa menunjukkan 5.53 petang. Baru je lepas ziarah kubur kiyai shukor - tok guru abah- tapi alangkah sayangnya, pusara kiyai tak kami ketemui. Rasa-rasa aku, kali terakhir ziarah pusara kiyai masa aku umur sekolah rendah. Tak ingat sangat berapa tahun, tapi pastinya masih ingat di fikiran, itulah kali terakhir yang lepas tu, dah tak ziarah dah. Sebenarnya aku ternanti-nanti jugak, bila nak ziarah kubur kiyai, tapi biasanya bila soalan diaju, kadang2 tiada respon. Maklumlah budak lagi masa tu, mungkin mereka mengandaikan aku tak faham situasi.
Amalan ziarah kubur di pagi hari lebaran, kurasakan sangat signifikan dan pentingnya untuk dijadikan amalan dan tradisi serta budaya masyarakat islam khususnya. (skemanya!!...k2..sempoii sket pas nih)...
hmm nk cakap ni r, stretto the point.
tadi kitorang gi la tanah perkuburan kat spore nih. abah dh tekad nak pegi jugak, walau lambat smpai rumah nyai nanti, abah kata xpe.Sebab dalam perjalanan, nyai ada call da smp mana soalnya. Abah kata masih kat Machap. pastu abah kata nanti kita pergi ziarah kubur kiyai dulu. Atih, kak yang bersuara, "Eh, takpe ke, nanti sampai lambat.. diorang semua tunggu2..?"
" eh. kita bukan ada janji apa2. kita tak janji apa2. kita berjalan independent. Kita prioriti lain. Kan tadi ust. hafiz dalam khutbah dia ada sebut, kena ziarah kubur para ulamak, latih anak, bawak pergi kubur.." kata Abah.
Aku hanya mendengar. Bagus. Dah lama aku tunggu. Bukan selalu ziarah kubur. Ingat kita senang-senang ke nak pergi kubur, kalau xde hal atau xde tujuan, atau kubur tu pun bukan sedara mara..atau mereka yang terpenting la, cth nenek, datuk ke. Kalau bukan hari raya, bila lagi masa dia? Tak kisahlah. y aku nk cakap pengalaman ziarah kubur ni.
Hmm..
bila melangkah masuk tanah perkuburan kat sini, tanah da lapang, luas sangat2. dan banyak sangat lorong, macam bertaman2. kalau rumah aku Jalan Permata 9, ha kat situ, dia macam tu r , ada permata, 1, peramata 2 n so on..tapi dia guna blok. n nama spec. ak tak amik endah sgt, nama lorong tu. Macam-macam jenis kubur jumpa. ada sesetengah kubur tu bau dia wangi..ye la sebab org letak bunga. Aku tengok, ada je gerai-gerai yang jual kubur. Ye la, pandai dorang buat bisnes. Kompem2 org gi kubur masa raya, peak time, masa tu la jual bunga. Bagus punye strategi marketting.9p
Masa cari-cari, banyak sangat kubur. Kubur kiyai katanya no. 564. yang kitorang lalu mula2 tu, 1000 lebey. bila melangkahh, bibir tak lepas mengucap "assalamu'alaika ya ahli kubur.."
aku hanya berjalan dengan tundukkan pandangan. sebab yang aku tau, tak berapa digalakkan tengok tulisan atau baca batu nisan, nanti boleh cepat lupa ingatan. Mungkinlah, ada logiknya. sebab ingat benda mati, nanti otak mati. nama2 kat situ sume kan dah mati. Hmm..macam2 jenis dan rupa kubur ada. ada yang banyak rumput, ada yang dah tumbuh pokok, ada yang berpasir je, ada yang mcm langsung tak diselenggara. ada yang kubur macam dihias2..mcm2 ada. A
Dalam masa cari2 tu, kitorang ni bukan jenis mulut diam sangat.Bersuara gak la kat kawasan perkuburan yang patutnye senyap2 la kan...
Kak yang la ada bersuara dulu, masa tu aku dah kat depan dah, tapi boleh lagi dengar suara dia.
"Eh anyah, nanti i nak kubur sebelah u la.."
"u ni.."
Lepas tu kitorang pegi cari kat taman sebelah. sebab kat situ sume dah 1000 lebey.
AKu pun cakap r kat kak yang..
" Hmm..nanti kubur i u datang la selalu tau!"
Kak yang kata,
"mana la tau sape mati dulu.."
"ye ar, sebab tu r, i pesan siap2.."
Hmm..aku pun tak tau, camne la boleh cakap pasal mati, tu mcm benda yang sangat biasa. mmg pun, mati tu kan pasti! aku pun ada terfikir, betapa pentingnya mempersiapkan diri, bagila wasiat banyak kat orang, pesanan-pesanan terakhir sebelum terlambat. Kalau 2-3 hari sebelum ni, aku selalu jugak fikir pasal mati. Kadang-kadang aku terfikir, n benda ni bermain dalam fikiran. Penting untuk ingat mati. Bukan fikir je, tapi insaf dan mulakan tindakan. Tak guna fikir mati, kemudian tak memberi kesan, dan biarkan penghayatan yang baru mula menjengah tu berlalu saja. Aku cukup terasa, nak constant ingat mati, bukanlah senang, alih2 lepas balik ziarah kubur, lagu raya berkumandang dengan sangat meriahnya la. Alahai. Tapi aku selalu ingat, mati tu, kalau menjemput aku, apakah aku sudah bersedia? Lantas kenapa membiarkan diri ini lalai dan terleka dengan hiburan duniawi. Mati tu sungguh pasti. Buktinya, berapa banyak kubur sekarang, makin bertambah-tambah. Dan aku telah menyaksikan penamatan seorang insan yang la tak jauh dari usiaku, penamatan hidup yang ku kira baik. Sekarang ni, macamana nak make sure, aku boleh dapat husnul khotimah tu, kalau tiada usaha dari sekarang? Terasa macam nak kumpul je cerita-cerita orang yang mati husnul khotimah ni. nak bukukan kisah hidup, n amalan y dorang amalkan.
Menyingkap hari ni, perlu disedar hari kita patut syukur nikmat.
Tadi ust. hafiz ada khutbah, sempurna islam tu
Sebelum balik pun, kak yang ada cakap macam tu kat aku,
" ha nanti kubur i sebelah anyah, kubur u sebelah i.."
Aku jawab,
"Ah ..tak nak2..tak nak kubur sebelah u. buat ape? nak kubur sebelah abah."
"A'ahla. nanti boleh la nak dapat syafaat k.."( lebey kurg r dialog dia .. not exact like the real. )
okla dah sampai bedok. rumah nyai yai. Gotta go. 6:22pm.
( menulis dalam perjalanan dengan notebook pinky yang dah crack. huhu.bila la nk g baiki nih!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan