Sabtu, Oktober 4

Mama marah + satu inspirasi

Pagi ni mama marah betul dengan aku. Sebab pecahkan pasu bunga. Aduhh..dah takdir ..nak buat macamana..Marah yang teramat betul dia. Aku diam je r. kang menjawab kang, cari nahas.Naik angin betol mama. Dalam hati aku hanya mampu berdesis.."kalo marah aku habes2an pun, benda dah terjadi, no point r nak marah2.."

Alkisahnya, semalam aku tido kat sofa ruang tamu tu, entah apa mimpi, kaki aku panjang pulak masa tu, masyuk2 tido. mungkin tertendah la pasu bunga yang tinggi tu. Mungkin pastu tu pun sarat dengan bunga2, n tak seimbang, makanya dia tumbang. Prangg!! Aku pun terkezut, n terjaga, terkejut jugek. Adeiihh..cepat2 aku tutup selimut, buat tak tau ..ye r, nak ngelak tak bleh ngelak, benda dah jadi, yang ku kira eksiden, makanya tiada siapa yang patut dipersalahkan, Kalau dah namanya takdir, nak salahkan jugek? Huhu..Aku redho je r ngan nasib aku pagi ni..kaw2 kena marah. Habis mama melepaskan segala seranah, salahkan aku sebab tido situ la,xboleh nampa benda cantikla, benda mahal, beli bunga beratus2, bla bla2..

Aku diam je. Sebab bukan aku sengaja. Tak sengaja. Dipersalahkan 100% sungguh tak menyenangkan. Kalau mama paham erti takdir, xder la kot marah giler2. tapi ada munasabahla nak marah, but somehow aku rasa mcm tak relevan r nak marah aku 100%. Aku nak defend diri boleh jek. Nape nak marah aku tido situ? Kalau ye pun, mrah la sebelum aku tido situ, dah warning siap2, pergi tido dalam bilik. 2nd, yang pergi letak bunga banyak2 yang baru beli semalam tu buat ape? aku rasa, pasu bunga tu jatuh sebab dia tak balance, berat sangat, maka bila dia dah terhuyung hayang, lebih berat utk tumbang dari nak berrdiri tegap. 3rd, sape suruh letak pasu bunga dekat dengan sofa. Biasa orang letak pasu bunga dekat belah corner ke ape, n kebarangkalian dia nak tumbang pun kurang sebab ada takde gangguan. Bukan mama tak tau, b4 ni, bukan aku je yang tido situ, atih abah n sgala macam penghuni rumah pun tido situ gak. Cuma nasib aku ni , mmg kureng, makanya aku ditakdirkan as sebab pasu tu pecah.

Ok r fine. kalau kita nak bangaukan orang, nak bangaukan benda selain diri sendiri, memang la sampai bila pun tak habes. Aku takde r terkesan sangat walau mama hangin habes, tak pernah aku tengok mama sedasyat harini marah dia. Sampai mama haramkan sapae2 nak tido kat sofa tu lagi. Fuhh..HARAM seh..meaning sape yang tido, aku rasa bleh jadi anak derhaka. sebab langgar perintah 'haram'. Menyeramkan bukan?

So aku amik positif la benda yang berlaku hari ni. Memang la tak dapat nak dielakkan. Tapi kalau nak salahkan takdir tu ak rasa sangat tak patut. Terimalah as takdir. Tapi manusia ni memang betol r. kalau dah hangin tu memang tak ingat dunia, lagi2 si makhluk bertanduk tu jolokkan biar api lagi besar. Kalau nak reflek kat diri, aku tak rase tu salah aku. Dah takdir. Siapakah yang menggerakkan kaki ni utk tidur di situ? Dan siapakah jua yang mengizinkan benda tu untuk berlaku? Segala-galanya dari Dia jugak. Aku hanya mampu ucap..innalillah..n mungkinla lepas ni, sebelum tidur tu, baca2lah. Semalam mungkin as sebab kelemahan diri sendiri, tak de baca apa2, men belasah je landing, makanya ada sedikit gangguan. Semalam kat hotel pun ada terdetik nak baca surah Al-Mulk sblum tido.Tapi tak buat. Berat betul nak lawan nafsu yang satu ni. Lgi2 lps ramadhan. Ya Allah, arena gelanggang melawan 2 makhluk bertambah dasyat lepas ni. Satu makhluk bertanduk, lagi satu kuncu dia yang memang dah ade sejak dari azali. Dah la masa Ramadhan, agak tak berapa seronok, sebab lama tak boleh solat. Asal 'cuti' je itulah ujian terbesar buat diri ni, sebab susah nak kekalkan amalan yang selalu buat. Seakan semuanya turut cuti bersama. Ya Allah..

Terasa payah jugek nak menjaga hati dan iman ni. Semalam masa, dekat R&R Ayer Keroh ke ape, tetiba ada sorang teruna nih, pandang aku sekilas. Mata bertembung lebih dari 3 saat. Tajam betul pandangan mata dia. Yang aku pulak terus tertunduk. Giler betol nak main mata. Dari mata turun ke hati. Dah lama rasanya tak terkena macam tu. Fuhh, menggoda. Astaghfirullah. Lenkali, mata jangan melilau. Tapi yang pelik, masa tu tengah makan, entah macamana dia lalu, lepas tu bertembung mata dengan aku. Ah xkisah la. tak penting pun.Cuma dah lama tak ditenung sebegitu rupa. Dulu2 pernah jugak terkena.

Hmm baru kelmarin aku baca pasal perintah menjaga n memelihara pandangan. Baik lelaki n perempuan. Haram hukumnya memandang perkara2 yang diharamkan utk lihat. Betul r, aku rase, padah kalau kita buat jugak, i mean tak jaga pandangan mata, padahnya bila time nak solat. Ya Allah..masa tu, Allah je tau ape dalam pikiran kita, punyer la payahnye nak khusyuk . Lima minit, macam2 dah teringat n siap keliling dunia lagi. Sungguh. Aku rasa bila pandangan mata lebih terjaga, lagi mudah fikiran nak terkawal dan hati pun takde la membuas atau liar fikir benda yang bukan2 n tak sepatut difikirkan. Maka, semuanya ni perlukan mujahadah, nak lawan, nak jaga, bukan senang. Tapi kalau dapat buat, kemanisan iman tu..fuhh..tak terasa nilai dia. Kemanisan iman tu, bila kita buat kita tak terasa berat, bila tak buat terasa something missing.

Lagi satu, hari yang lawat kubur tu, boleh la terasa insaf sekejap. Lepas tu, aku terfikir macamana ye kehidupan ni kita nak balancekan? maksud aku, dalam kita ingat mati, macamana jugak kita nak fikirkan hal dunia? Kadang2 entahla, aku selalu terfikir mati. Lepas tu, terfikir, apakah yang aku buat ni seiring ke dengan tuntutan islam? Apakah yang aku buat ni, bagi manfaat bila aku mati? Bila terfikir macam tu, buat diri ni rasa lebih berhati-hati n lebih berjaga2.

Ada aku baca, adab bercakap dalam Majalah i, dia tulis situ, ada hadis nabi;
Barangsiapa beriman kepada Hari kemudian, hendaklah dia berkata perkara yang baik atau memilih banyakkan diam.

Bila aku baca, terasa macam, kadang2 aku ni banyak jugak cakap, merapu2..same la mcm blog ni. ish2, dah terkena batang hidung sendiri. Cakap benda yang baik, nabi pesan, atau diam. Okla, lepas ni posting benda yang baik2 je. but somehow, aku tetap nak tules diari gak, sebab aku rasa, perjalanan hidup ni, macam2 yang berlaku n macam2 benda yang boleh diambil iktibar n pengajaran. Kalau tak tules, benda tu pun berlalu je n takkan kembali. tapi consider jugak masa. Masa yang diguna utk menulis tu pun takkan kembali. Oh makanya akan berbalik kepada PRIORITI dn keutamaan.BIla sebut pasal prioriti ni, baru je abah pesan semalam, when we have goal, we will have priority. When we doing something, we will look to our priority which then lead something related to our goal.

Hmm..Goal ek? ak terfikir dah macam2...
banyak goal aku.
Goal aku buat jangka pendek, nak power english > sbb nak explain more about islam
Goal dalam satu tahun, nak fly > goal besar > nak sebarkan islam ke serata dunia, which begin with canada, toronto

kalau disusun ikut hierarki;
sebarkan islam
^
utk dpt fly
^
kena study, siapkan assignment on time, dapat markah bagus2 , tunjukkan org islam tu hebat, lagi bagus ada cita2 nak jadi top student supaya dapat buktikan islam is the best

so, anything to do, something that should be related to the goal. n the goal, lastly yang ada sangkut paut dengan akhirat. Goal utk akhirat, of course nak masuk Syurga Firdaus. Dalam nak masuk syurga, perilaku semua kenala, amalan2 ahli syurga. Goal dalam hidup, at last is MATI. jadi anything to do, mesti related dgn apa yang boleh bagi manfaat sesudah mati. 3 benda je. ilmu manfaat, sedekah, anak soleh. Goal nak sebarkan ilmu manfaat, tu ada macam2 cara, antara letak post2 yang bermanfaat kat blog, publish artikel, ajar orang ngaji ke..apa2 r as long as ilmu. sedekah tu, kalau dijadikan goal, kena ada bajet n planner, sekian2 duit khas utk sedekah masjid2..seposen pun jadi r, as long sedekah, tapi kena plan. Anak pulak, camne la nak ade kalau tak kawin. So goal utk jangka masa akan datang is prepare to get married. n camne anak tu nak jadi soleh kalau sendiri tak soleh dulu. Nak tunggu or dapat yang soleh pun, kena sepadan la dengan diri.Jadi, goal nak dapat or nak ada anak yang soleh, is diri sendiri kena tegakkan value2 islam. Nak jadikan anak tu soleh, perlukan ilmu. dan Goal kita, nakkan ilmu2 islam, juga perlukan masa dan itulah cabarannya. Antara ilmu dunia n akhirat. Hmm..bila di listkan, macam2 betul benda yang nak buat dalam hidup ni. Sebab tu la tak boleh buang masa!!! aiyoo..

Pilihlah antara dua, nak tulis ke atau buat benda lain yang mungkin lebih berfaedah. Hmm..kalau begitu, jawapan sendiri dah tau. Ok la. insaf2. Cuma post hari ini, luahan hati jek.Aku pun takde terfikir masa mula2 tadi nak tules ke tak, sebab dari hati rasa berat tak terkira, mahu saja dilepaskan rasa hati ini, tapi tak tau pada siapa. Makanya 'diaring' is the best one. Sebab aku bebas nak lepaskan segala rasa. Takyah risau kot ade orang terasa hati ke ape. But ak rase, mama takkan tau blog aku. So selamat la sikit.

okla, stop here. Banyak benda nak buat. Dear Diary come again later. Wassalam.

5 ulasan:

takcoollah.zuhair berkata...

pasal pasu, tiada siapa patut dipersalah kan.

dan pasal goals, mmg banyak. tapi kalau setel kan one by one, semua nya sekejap saja dan senang.

mynameis...'Q' berkata...

salam.
pasal pasu, tiada sipa yang patut dipersalahkan...

but,
still... anda akan dipersalahkan atas nama 'kebenaran'. coz, xkan nak salah kan orang len yg xd kene mengena. teori Newton kan ada cakap, setiap sebab ada akibat...^_^

cuma,
tak dikira dosa la...
coz, dosa adalah suatu yang dicipta... dan suatu penciptaan mestilah atas dasar kesengajaan...
dapat?huhu...

ok. wassalam...

em,

violet vespa berkata...

mungkin hayat pasu tu setakat itu sahaja. :)
setakat itu sahaja khidmatnya untuk ibu.

selamat hari raya aidilfitri.
:)

amki berkata...

slmt hri raya aidilfitri maaf zahir batin.
belajar rajin2 ye, n dtg canada!!!
supaya awk dpt capai impian2 awk seterusnya tu..
all the best in everything.
salam alayk~

BeLaCaN berkata...

moms..
she knows everything..