ini aku petik dari buku kat rak buku yai kat spore..tajuk buku tu, Kunci Syurga yang Terbuang. Ada cerita pasal kawin. Lepas baca, terasa macam nak kawin cepat jek!! Sebab kalau perempuan lalu ke syurga tu macam lagi mudah. Jaga solat, puasa, taat suami, (n suami tu redho dgn kite) lepas tu dah bleh lepas..InsyaALLah la. bila pk2 betol gak. kite tak tau kite mati bile kan..kot ye kalau mati muda, aku harap mati dalam keadaan bersuami..Hmm..tapi realiti sekarang ni, menyulitkan bagi remaja khususnya nak berkawin . padahal anjuran agama tu sangatlah menggalakkan. Adat tu menyulitkan. Kenduri kawin sume tu, belanja beribu2..mane la mampu. patut r org laki pk 2-3 kali nak kawin ke x..itulah masalah masyarakat sekarang yang kadang2 jahil. Dalam agama, kawin tu la penyelesai masalah. kalau kawin, selesailah masalah2 sosial semua, sebab fitrah manusiawi memangla mahukan perhatian dari jantina yang berlawanan jenis. Wallahu'alam. nak cakap bnyk pun ape kan daya kan..k r..here the post,
Masyarakat yang gemilang bermula dari rumah tangga yang bahagia dan sejahtera. Jadi, kalau nak bentuk masyarakat, semua bermula dari keluarga dan keluarga bermula dari kehidupan suami isteri yang bahagia maka seterusnya akan terbinalah generasi madani.Apabila usia seseorang meningkat dewasa atau REMAJA, dia akan mempunyai keperluan baru aygnt idak dapat dipenuhi oleh ibu bapanya lagi. Dia memerlukan manusia lain iaitu manusia yang berada di luar rumah tanga orang tuanya. Dia memerlukan cinta kasih yang dapat menjamin utnuk menjauhkan dia dari kesepian yang sangat ditakutinya.
Kekurangan cinta kasih akan menyebabkan seseorang remaja itu merasa sepi serta geliasah dan menyebabkan ia menjadi tidak tenteram, sehingga kadangkala membuatkan dia melepak kesana kemari dan bergaul bebas. Bergaul bebas kerana mahu memenuhi kepuasan hati.
Bagi manusia remaja yang sudah samapi dewasa ia memerlukan teman hidup dan ia harus mencari seseorang yang dirasakan dapat memenuhi keperluan hidupnya, maka ia hars membangun suatu rumah tangga yang harus melalui satu ikatan yang dinamakan perkahwinan, kerana dengan nikah , akan menjamin pemuasan keperluannya. Keperluan manusia kepada orang yang berlainan jenis itu satu fitrah dan dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang ertinya:
" Dan Di antara kebesaran Allah ialah Ia ciptakan isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung meresa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara mu rasa kasih dan sayang , sesunguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran AllArRng mahu BERFIKIR." - Ar-Rum;21
Dari Firman Allah, jelaslah bahawa keperluan hidup, jauh dari kesepian, persahabatan, cinta kasih yang kukuh hanya akan diperoleh dalam perkahwinan yang telah diatur oleh Allah swt sendiri. Firman Allahin ditegaskan pula oleh Hadis Nabi tentang kebenaran dan janji dari firman Allah tersebut dengan sabdanya :
"Wahai pemuda, barangsiapa Di antara kamu yang sudah sanggup untuk kahwin, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu lebih merendahkan pandanganmu dan memelihara kehormatanmu. Barangsiapa yang tidak sanggup kahwin, maka berpuasalah kerana puasa itu akan menurunkan keinginan syahwat" ( HR. Bukhari dan Muslim)
Begitu kerasnya anjuran kahwin ini sehingga dalam hadis yang lain Rasulullah mengancam bagi mereka yang tidak mahu kawin, sebagaimana sabda Baginda yang mafhumnya
"Nikah itu adalah sunnahku, dan barangsiapa yang tidak melakukan sunnahku, bukanlah ia dari golonganku dan berkahwinlah kamu kerana aku akan merasa bangga dengan ramainya kamu pada hari Kiamat"
Dalam hadis yang lain pula diceritakan:
"Uhuf datang kepada Rasulullah , dia belum mahu berkahwin padahal telah mampu, lalu Nabi bertanya kepadanya. "Apakah engkau telah beristeri wahai Ukaf? Jawabnya , 'belum'. Sabda Baginda, "tidakkah engkau mempunyai budak perempuan?". Jawabnya, 'tidak'. Sabdanya lagi, "Bukankah engkau sihat dan mampu?" Jawabnya, 'ya, Alhamdulillah". Lalu Nabi bersabda. Kalau begitu engkau termasuk teman setia syaitan. Kerana engkau mengkin termasuk pendeta Nasrani, oleh kerana itu bererti engkau termasuk dalam golongan mereka. atau mungkin engkau termasuk golongan kami, sehingga kerana itu hendaklah engkau berbuat seperti yang menjadi kebiasaan kami. kerana kebiasaan kami adalah beristeri. Orang yang paling durhaka di antara kamu ialah orang yang membujang, orang yang paling hina di antara kamu ialah para bujangan. Sebab itu sungguh celakalah kamu wahai Ukuf, oleh kerana itu berkahwinlah! Lalu Ukuf berkata, 'Wahai Rasulullah, aku tidak akan mahu kahwin sebelum engkau yang mengahwinkan aku dengan orang yang engkau sukai". Lalu Rasulullah bersabda, "Kalau begitu aku kahwinkan engkau dengan namaALlah dan dengan berkah-Nya kepada Kultsum al-Humairi, seorang wanita yang berbudi mulia". (HR. Ibn Atsir dan Ibn MAjah)
Dari ungkapan-ungkapan hadis di atas, jelaslah hanya Islam satu-satunya agama yang menggalakkan serta memberi motivas kepada setiap individu muslim supaya berumah tangga.( berkahwin). Sedangkan agama-agama lain malah memuji hidup secara membujang. misalnya agama Buddha menganggap bahawa orang yang sci ialah orang yang tidak mahu beristeri, begitu juga dalam agama Nasrani. Namun dalam Agama Islam, yang tercela itu ialah orang yang tidak mahu beristeri, berumah tangga. Jadi kalau sudah waktunya kita berumah tangga, tapi masih lagi menunda-nunda dengan alasan ini dan itu, lalu kita mati, maka keadaan kita adalah termasuk dalam golongan seburuk-buruk orang mukmin yang mati.
Kalau tak mahu kawin saja dilaknat oleh Allah, maka lebih-lebih lagi bagi yang mengekang dan mengharamkannya. JIka seseorang menyalhi fitrahnya iaitu menikah , mereka akan menemui akibat-akibatnya, Diantara nya tidak seimbang rohani dan jasmani. Misalnya menurut fitrahnya manusia itu memerlukan makanan. maka kalau tidak mahu makan beerti ia membiarkan dirinya dalam kebinasaan. Demikian juga halnya dengan kahwin, yang merupakan fitrah manusia untuk melakukannya. Jika hal ini tidak dilakukan maka akan terjadilah gangguan-gangguan seperti
1. Tidak ada keseimbangan untuk melangkah kepada sesuatu yang seharusnya dikerjakan.
2. akan lebih mengutamakan diri sendiri atau egois.
3. Lari dari tanggungjawab.
Anjuran bukan halangan.
Di kalangan mahasiswa beranggapan, bahawa berumah tangga adalah merupakan hantu yang menakutkan sehingga mereka tidak mahu menikah sebelum selesai kuliahnya, Lebih baik melanggar syariat islam (spt berpacar) daripada gagal dalam kuliahnya.
Mereka beranggapan bahawa berumah tanga itu adalah merupakan beban yang sangat berat sehingga memerlukan persiapan yang cukup besar ibaran orang yang membangun gedung raksasa. Dikran semacam ini adalah fkiran jahiliyan dan fikiran sesat. fikiran orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. Kalau kitapun berfikiran seperti ini, beerti kita telah termasuk dke dalam golongan orang2 yang kufur dan orang-orang yang JAHIL. oleh kerana itu, untuk membangkitkan semangat supaya para pemuda tidak takut beristeri dan tidak mempunyai bayangan-bayangan yang menakutkan maka Rasulullah dalam sebuah hadisnya bersabda yang ertinya :
"Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu:.
(HR At-Thusiy)
(HR At-Thusiy)
kerana apakah imam Malik berpendapat demikian? kerana dia takut bertemu dengan Allah dalam keadaan membujang. Jadi kita tidak perlu menunda-nunda perkahwinan lagi. Demikianlah rasa takut para ulamak dahulu kepada Allah, takut kalau mereka mati dalam keadaan membujang.
Imam Malik berpesan : "sekiranya saya akan mati beberapa saat lagi, sedangkan isteri saya sudah meninggal dunia, maka akan saya segera bernikah"