Rabu, Oktober 29

Aku kamu

tika dinihari,ada sorang hamba Allah, hantar link satu blog entah kepunyaan siapa , aku pun tak kenal. mungkin ini takdir Ilahi. Dia yang menentukan untuk satu petunjuk tu sampai kepada hambaNya. tgh asyik buat keje, tetiba datang satu msg,

cha bergaya: http://wasilahalbanna.blogspot.com/2008/10/girl-power.html beware of this power, dun let other ppl down...



pada mula, belum tertarik. tapi ak klik saja. dah lama kemudian baru baca. post pasal perjuangan wanita2 islam dahulu. kuasa wanita.

aku merenung sejenak .
ke dalam diri
lebih2 lagi, suasana yg senyap sunyi
sambil lagi islam, iman & ihsan dendangan Xifu Algebra dr Hadis Jibril.
layan lagu ni, boleh buat aku menitis air mata.
sbb aku faham makna dia.
dihayati, cukup terasa, Ya Allah, cintaku padaMu...tak terungkap rasanya.
entah kenapa bila aku dengar lagu ni, rasa dekat sgt dgn Dia.

aku terfikir, bila terkenangkan post kat blog tu tadi, yg aku baca sekilas je. tapi sempat aku titipkan sedikit kalam di situ.meninggal jejak. sejenak aku terfikir sendirian..

apa aku dah buat untuk islam?
aku nak buat sesuatu untuk islam...
aku aku boleh buat untuk islam?
untuk sesuatu yang aku cintai.
sanggupkah aku berkorban deminya?
kepentingan orang lain, melebihi kepentingan diri..

lagi bila terbayang gambar orang perempuan ramai2 angkat senjata.
macam nak berperang.
fuhh..kagum aku, dengan kekentalan wanita-wanita begitu.




Harapnya diriku jua sekental itu.

apa aku dapat buat untuk islam masa ni?
aku sedar diri aku ni, terlampau banyak kekurangan untuk ditampung.
nak banding dengan wanita-wanita2 islam zaman dahulu.
jauh ibarat langit dan bumi.
iman belum sempurna terjaga.
diri pun kadang2 sewenang2 je 'dibiar'
yang kadang2 tu, aku akui nafsu itu menguasai berbanding iman
walau akal membenarkan, namun hakikat iman itu, pasti tidak akan melakukan
namun biarlah yang terjadi itu satu pengajaran buat diri ini.

mungkin jugakk satu 'padah'
lemah betul iman aku.
hanya Dia yang tahu. kerana semuanya berlaku atas izin-Nya.
tak mau ulas pnjg. lagi nak banding lagi'?
ilmu ku ini, tak terbilang sikitnya. apalah yang aku tau?
nak banding dgn Saidatina 'Aisyah yang banyak arif dengan ilmu realiti.

semalam aku ada baca pasal Mukminah Solehah. yang ada dalam laptop ni. sofcopy. antara ciri wanita solehah tu, antaranya luas ilmu pengetahuan mencakupi hal-ehwal semasa. mesti tau realiti dunia hari ni, supaya boleh tau, macamana bila meletakkan sesuatu hukum.

apa yang aku terfikir untuk masa ni, yang aku rasa aku boleh buat, sebagai bukti aku kisahkan mereka. aku kisahkan saudara islam aku, bukan islam pun same. yang merana diluar sana. aku tau, tindakan aku ni, mungkin ada yang rasa ..entahlah..apa2la org nak rasa. tapi, ak putuskan, mulai saat ini, aku akan biar diri aku lebih banyak berlapar. menahan lapar, tu, aku rasa satu benda yang perit jugak. entahla. benda ni, baru aku terfikir malam tadi, dalam perjalanan pulang dari kolej. aku fikir, kenapa? kalau dikatakan aku ni kedekut sebenarnya aku tau itu bukan label yang betul. pada fikiran aku, aku nak buat sesuatu, yang boleh jadi bukti kat Allah kat akhirat nanti. kalau Allah tanya aku, apa aku buat, bila tgk saudara2 aku berlapar, tak makan, menderita, keperitan..
mungkin, dgn perbuatan aku, aku boleh jawab. aku tahan lapar. aku tahan lapar sebab mereka. untuk sama2 rasa . berkongsi keperitan. walau hidup aku ni, kalau nak diikutkan mmg selesa. nak kata mewah, bolehla. nak beli apa saja yg diingini.dpt apartment yang penuh kelengkapan asas. duit tu, depan mata. boleh guna bila2. boleh keluarkan bila2. tp ada ramai lagi org miskin kat malaysia ni kebulur tak makan. mungkin makan, nasi masam, akar kayu, pucuk2. aku rasakan. diri aku ni mmg kadang2 pentingkan diri sendiri. aku selalu fikir orang lain. tapi aku tak berusaha pun ke arah tu. aku fikir diri aku je. hanya fikir, diri aku dan aku. hari2 fikir, nak makan apa? nak pakai baju apa? nak buat apa hari ni? aku pernah ke fikir org lain ke dalam satu hari? jarang2! kalau tak pergi program, kalau tak baca paper,(pun yg kdg2), kalau tak pergi usrah atau majlis ilmu, aku tak terfikir pun. syukur, aku ada kelas World Issue. yang banyak kupas penderitaan orang lain di dunia ni. Water right, education right, hunger famine, macam2 lagi yang aku belajar. sampaikan kadang2 ak rasa, inferrior. apa ak dah buat nak tolong dorang?result dah la teruk. the bottom of all those scholar for social sc student. patut ak xboleh main2 lagi. kerja kuat n kerja keras lagi. i need to save them. by doin my work, get good result, good education, and contribute back to society, and to ISLAM must be.

lapar!menahan lapar, sebenarnya bnyk ajar aku, kalau orang lain tu, yg tak makan macamana. Rasulullah sampai letak batu, ikat perut, tak makan. Kenapa orang fikir, berlapar tu hanya memudaratkan diri, walhal dalam islam bila aku baca buku karangan Imam Ghazali, lebih banyak mendatangkan kebaikan dan faedah kesihatan. Dunia hari ni terbalik ya? what fair is foul, what foul is fair. benda baik dilihat mudarat, bnd mudarat dilihat baik.

mungkinlah, org kata, makan..nanti tak makan, sakit baru tau!
hmm entahla. prinsip aku ni tak tau boleh pakai ke x.

pe2pun, moga kesedaran ni, tak berhenti di sini. buat diri yg selalu leka dan alpa. Buat nafsu yang tak mudah dipelihara. Wahai nafsu, tunduklah kamu! Aku tak mahu biar dikau menguasai hidupku! Biar aku yang menjadi raja, memerintah engkau supaya tunduk!

Wallahu'alam.
melalut plak pagi2..haizz..Qurratul, u should focus!!!!
killing a little time often murder a big opportunity.
i should focus, focus n focus!

3:52AM

Isnin, Oktober 27

Sedutan ringkas ISK

ok. lepas tulis artikel untuk iluv, ak rase mcm xtahan nak tulis gak utk blog. tak tahan nak keluar dari keskemaan bahasa. bahasa skema giler. kdg2 ak ni, xsuke r nk skema2 sgt. lg sng ckp sempoi2 tp power.pstu xbleh nk singkat2 pkataan. payah betol. lg satu, bnyk benda yg ak nk kupas, sbb bnyk bnd ak dpt. so, kalau boleh ak nk letak point2 je. xpe r. setel part 1.

syahadatul haq ni akn ak kerat2 kpd bbrp part. sure mmg pnjg punye.

so dlm blog ni, ak mls r nk ulang ape y ak da tules kat iluv. jadi, ak kupas y mane ak rs,tak terkupas point artikel tu.

dtg2 je kat pejabat konsis tu, dorang cerita pasal ISK, sebab ada yang belum pernah dgr lagi kot. so, kitorang yg dtg 3 org ni,dgr je la dulu sedutan akhir ISK dorang. rasa-rasa, ni ISK kali ke-3 ak dpt. yg prog lepas yg patut jd IPK xmenjadi sgt sbb lebih ISK, so ak consider, tu ISK gakla. xpe r penting pon.

the point y akak tu bwk, masa turki Uthmaniah, orang kafir ni serang dgn cara rosakkan pemikiran orang islam. diorang, bawak idea nasionalisme, dasar pecah perintah. padahal sebenarnya dulu, semua bawah taklukan dan kerajaan Islam. xde pun negeri2 yg berbeza pemerintahan mcm pakistan, india, iran, iraq, yang lain2 cara pemerintahan dia.

Sekarang ni, kesan penjajahan barat tu masih kekal lagi sampai sekarang. Nasionalisme tu tak salah, cuma bila skop dia kecik hanya pada negara je, tu yg salah. patutnya, semangat nasionalisme tntang agama yg patut lebih besar skop dia. tp masa dulu, mcm skop nak pertahankan negara dan bangsa tu lebih dari nak pertahankan islam.

pastu, akak tu citer pasal MElaka. sebenarnya, Melaka tu perisitwa berdarah bg umat islam yg kini dia jadi tarikan utama pelancong. dulu melaka tu bawah pemerintahan turki uthmaniah jugak, tapi tak ramai yang tau. dan kota A famosa tu, sbenarnya batu2 tu, dorang dapat dari batu2 masjid yang orang portugis ni runtuhkan. tapi berapa ramai je yang tau, dan tapi tgk skrg ni pulak,jadi sumber tarikan utama, padahal orang islam sendiri tak tau, kota A famosa tu la peristiwa berdarah bg umat islam telah berlaku.

sekarang ni kita diserang bertubi-tubi dari segi mentaliti. umat islam kat mana sekarang? di bosnia, ada berlaku masalah etnik, orang kafir lancarkan serangan ke atas bosnia. tau ape jadi kat org islam? ada yang diseksa dengan satu kaki ikat kat pokok, satu lagi kaki ikat kat kereta kebal, ditarik smpai putus. nauzubilllah. kejam dan tragis. tak mampu nak bayangkan. ngilu terasa. tapi dimana kita?

tamadun dunia skrg dipegang oleh kuasa barat. Kapitalisme la, sekularisme, hedonisme, entah ape mcm lagi isme..dan kita umat islam skrg ni mcm anak yatim. kalau dulu, ada peristiwa seorang perempuan diganggu dipasar oleh orang Yahudi. ala lelaki tu bkn buat apa sgt pun, bkn meraba, atau buat yang teruk2. dia cuma usik2 mcm tarik kain sikit, tp smp terselak aurat perempuan tu. lepas tu, perempuan tu jeritlah, " wahai khalifah, dimanakah kamu?". pastu, ada mcm sorang pemuda ni nmpk, dia pun cepat2 pergi buat report. lps tu, terus khalifah masa tu amik tindakan, tulis surat dkt pembesar negeri tu, ckp " orang aku engkau jgn kacau. kalau x, nanti aku hantar bala tentera yg panjangnya dari pintu kota turki, smpailah ke pintu istanamu". lebey kurg mcm tu r dialog dier. not as exact one. tp yg penting point dy. nk menunjukkan betapa islam masa tu da jd mcm world order. sume org boleh dgr. takde yg bleh bangkang. kalau tak setuju, siap r. tentera2 mmg da bersiap. nak tunjuk kat sini, masa tu, maruah seorang perempuan tu mmg dibela, dan pemimpin mmg buat keje. orang islam ada tempat nak mengadu. mgadu je, terus ada tindakan. tapi kalau tgk skrg ni, umat islam bersepah2, tapi ada orang islam yg menderita diseksa, takde sape y berani amik tindakan. Kenapa? Dimanakah khalifah ? yang patut membela nasib orang islam ni? dan jugak yg tak islam tapi teraniaya.

apa maksud tamadun tu? adakah pegi angkasa tu kita da dikira ada tamadun? dh cukup tnjuk tamadun ke tu? kita pegi angkasa pun tumpang orang..

Tamadun tu hanya terbina bila dia dah cukup beberapa ciri mcm
1-teknologi
2-organisasi
3-sistem pendidikan
4-undang-undang
5-seni
6-bahasa

takde cara lain nak bentuk tamadun melainkan bermula dgn 7 benda.

1.INDIVIDU MUSLIM
- benar-benar mengamalkan dan memahami islam

bfore, nak bina keluarga, individu tu kena mantap dulu dgn nilai2 islam. Hmm..kena fikir pnjg ni . aku ni dah cukup mantap ke as individu muslim. karang kalau ada famili, benda simple2 tak lepas camne? huhu...

2.BAITUL MUSLIM
-keluarga yg mengamalkan islam

3.MASYARAKAT MUSLIM
-gabungan keluarga-keluarga islam

4.DAULAH(NEGARA)ISLAM
- ada rakyat islam

5.KERAJAAN) ISLAM
-yg amalkan hukum-hukum islam
6.EMPAYAR ISLAM
7.USTAZIATUL ALAM
- islam jadi ketua, kuasa besar = world order, cth mcm US skg, satu khalifah utk satu dunia y memimpin.

skrg ni,utk apa kita hidup? untuk dilahirkan. membesar pastu yg pasti kita akan mati. manusia semua akn mengalami proses yg sama.semua ada brp alam? yg kita lalui. alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh n akhirat.hidup mcm tu je ke? belajar, kerja, kawin, dapat anak, lepas tu bye2.

kalau dulu, org sembah berhala sbg tuhan dorang.. tapi sekarang berhala yang tak nampak! bila dia hidup, dia tak letakkan Allah tu sbg yang utama. itula yg dipanggil berhala zaman moden!Diri jadi Tuhan. ikut hawa nafsu sendiri. hidup untuk kerja. jadi hamba duit. Hawa tu apa2 yang bukan dari Islam. Memang biasalah, benda2 yang bertentangan dengan agama, nafsu tu mg suka. Cth , mcm dgr2 lagu, sonok r kan khayal kejap2..mula2 kejap, lps tu dia da meleret2, terus lalai r kat Allah. da lupa Allah. mula2 sedap dgr, lama2 bila membekas di hati, dah ketagih, nak dengar lagi n lagi, pastu, ayat2 Allah pun da jarang dengar, nama2 Allah pun da jarang sebut. yang terkumat-kamit di mulut, lirik2 lagu yang entah bagi manfaat ke x utk akhirat. bila Allah pun da lupa, mcamana nak ingat jadikan Allah tu yg utama?

kalau tgk situasi sekarang ni, kita ni da kembali macam zaman jahiliyah yg dulu. jahiliyah moden. Kalau dulu, dikisahkan orang bunuh anak perempuan, maksiat zina berleluasa, pastu, org minum arak judi, bersepah2. kira runtuh moral r. akhlak rosak.

now, tgk skrg. what happen? apa da jadi kat realiti masyarakat sekarang dgn zaman jahiliyah dulu? walau nmpk kita ni mcm bukan zaman gelap, mcm dorang dlu, buta ilmu, tak reti membaca sume, tapi kita skrg ni, ramai yang buta hati. malahan lebih dasyat dari jenayah2 yg dorang da buat. bunuh anak bukan setakat perempuan, anak lelaki pun tak terkecuali, ape lagi, anak luar nikah bersepah2, baru2 ni djumpa dibungkus dlm sejadah dkt masjid terapung. masyaAllah. dan masa zaman jahiliyah dulu, dorang hny ada dakwah. takde daulah, takde empayar islam. sume tu xde. negara islam pun xde lagi masa tu. sme ar gk mcm skrg, negara mana yg kita boleh consider negara islam? yg mengamalkan hukum2 islam sepenuhnya? takde kan?

kesimpulannya, kita mmg kena tau, suatu ketika dulu, islam berada di atas, dan sekarang kita bangkitkan kegemilangan islam tu balik. dgn satu solusi, buat dakwah. jadi individu yang benar-benar muslim. zahir dan batin. sbb hny islam je yg dapat mengamankan dunia. dan mmg Allah dh janji islam tu akan naik balik tp cuma tak tau siapa y akan bersama2 mendukung panji2 islam tu. tak nak ke kita jadi salah seorang dari golongan tersebut?


baik, itu sedikit sedutan ISK. now, kita beralih to SH.

Syahadatul Haq Part 1

masuk pulak SH. - syahadatul Haq.

syahadah tu nak ikut base arab, kan asal2 perkataan dari syim ha dal, sya ha da - = saksi. kalau terbitkan boleh jadi syahid, pastu dlm erti kata lain, syahadah tu sendiri maksud dia mcm sijil. Perakuan.

jadi, istilahnya, syahadah tu maksud dia, menyaksikan sesuatu yang perlu dibuktian.

analogi y diguna, mcm dlm court. biasa saksi ni kita kaitkan dgn mahkamah. bila dkt court, mesti r ade hakim, pendakwa raya, tertuduh pastu saksi. so, yg tertuduh tu takkan lepas dari tuduhan, selagi tak betul2 dibuktikan tak bersalah. sbb tu r saksi tu penting. nk menerang , dan membuktikan y si tertuduh tu tak bersalah sbb dia dah menyaksikan. kalau saksi tu xdtg, masa kes perbicaraan, tak ke kejam org tu? kira dia jahat la, sbb buat keje dia, which is bagi keterangan yg dpt buktikan si tertuduh tu tak bersalah. dakwaan yg dikenakan tu tak betul.

ok, skrg cuba masukkan analogi ni mcm dlm kes syahadah kita. Kita bersaksi mmg takde yg layak disembah selain Allah. Muhammad s.a.w tu, utusan Allah. so, setakat menyaksikan, tapi kita tak terangkan, takde bukti mcmana hakim nak terima dakwaan kita? which is Allah la.

ha nak jadi saksi, mestilah kita kena JELASKAN, dan kita kena terangkan. jadik, kalimah syahadah kita ni, persaksian kita ni, kita perlu jelaskan kat orang dan penjelasan tu biasanya berasaskan suara.

Kalimah syahadah bukan sekadar lafaz!

syahadatul haq ni bkn hny skdr mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, RasulNya, n hari Akhirat. bahkan tanggugngjawab dia pun bkn ckup setakat, solat, puasa, zakat, haji. syahadah ni sebenarnya hanya terlaksana bila org2 yng beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia. dlm bentuk amal soleh, akhlak terpuji dn pemerintahan yg adil. dgn kata lain, kita perlu jelaskan ke seluruh alam, kebenaran yg yg ada. which is tiada Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Muhammad itu Utusan Alah.

ckp kat semua manusia, hanya Allah je yang layak disembah. jgn sembah benda lain. pastu, buat perakuan Muhammad itu Nabi utusan Allah. yg mana risalahNya kita kena ikut.

Bila kita ucap syahadah, dia mmg dtg pakej beb. skali dgn tanggungjawab. mmg xbleh lari! once u r a muslim, you have to do it. ak ade tanye kak saufi, sbb ye r, ak ni, kdg2 getaq bila berdepan ngn kapiaq nih, depa suke tanye bnd2 yg kdg2 tak terduga. ak tny, ape eh, xingt r plak. oh pasal al-Haq. macamana kalau ada orang tny, "mana awak tau yang al-Haq tu benar?" benda ni, tricky tp sebenarnya jwpn dia simple je. ak xingt sgt jwpn akak tu mcmana, tapi ini mcm soal ketuhanan yg mana org kafir biasa persoalkan.

inilah soal akidah. mangkuk akidah kita kena penuhkan dgn Allah. kalau x, nanti benda lain yg masuk.
xpe r tu kupas len kali.

persoalannya, syahadah yg macamana kita dah buat?

dlm satu kisah sahabat yg bernama Mus'ab bin Umair, hidup dia berubah dgn satu syahadah. DIa ni anak org kaya. kalau baju dia tu, mmg dari dataran syam, y mmg jenis mahal berkualiti punya. pastu, kalau pakai minyak wangi tu, kalau dia lalu mmg org boleh cam tu Mus'ab. dari jauh,lagi org da dpt detect,mus'ab dtg. sbb xde org lain y pakai minyak wangi mcm dia. nk tunjuk mmg kaya giler r. org lain mybe xmampu nk beli. tapi nk citenye, bila dia dah peluk islam, dia terus berubah. mula2 senyap2, tapi lepas tu, bila mak dia tau, mak dia mogok lapar. nak anak dia anut balik agama nenek moyang dorang. tapi dia kata kat mak dia, " walau nyawa mak ibarat seluruh bulu roma saya, saya takkan berganjak dan tinggalkan agama Islam" begitu, teguh pendirian dia. pastu, mak dia pun pulaukan dia. hiduplah dia merantau ke madinah. kerja kutip kayu api. tapi dia kat madinah bukan dok diam je,gi ketuk setiap pintu rumah yg ade. smpaikan hampir seluruh penduduk kota madinah peluk islam lepas tu. ramainya boleh tengok masa peristiwa sambut kedatangan nabi ke Madinah. ramainya yang peluk islam masa tu, sebabkan mus'ab. tapi bila tiba waktu peperangan, dia mati syahid. tapi bila orang nak tutup jenazah dia dgn kain, kain tu tak cukup. orang pun panggil r Rasulullah. bila Nabi tgk dia, nabi nangis smp basah janggut. Nabi katalah, dulu dia ni seorang yang kaya raya, pakaian semua bagus2, tapi bila tiba kematiannya, mati tak cukup kain. smp begitu sekali, dia berubah kerana Islam. lepas tu Rasulullah perintahkan, tutup bahagian kepala dia dgn kain, n kaki dia tutup dgn daun2 kering.

kalau kita, skrg ni mungkin nak mengaku islam pun ada yg malu. malu nk tunjuk yg dia tu islam. kalau org tanya, kenapa xmakan babi ( ni biasa berlaku kat dak oversea, akak saufi cite.) "well, i am allergic with pork". padahal, ckp je r, Allah kata xboleh makan. tapi sebab segan nk ckp pasal islam, dia kata allergic.
ish3..

sahabat nabi, dulu, kalu ayat Quran, nabi xpernah simpan , dorang terus reveal.

kita tengok pulak al-mardudi - dia banyak menulis, sampaikan ramai yang bangkit utk islam.

kata kak saufi, so siapa yang ada bakat menulis, menulislah. kita tak tau tulisan kita mungkin boleh buat orang berfikir dan menggegarkan dunia. kata-kata juga boleh membelah hati manusia.

dats y r, ak tetapkan hati nak tules gak benda ni, walau amik masa. mengedit artikel kat iluv tu, pun boleh tahan berejam jugak r. nak masukkan 2 hari punye contents, ak nak bajet2 pun payah. tapi buat je r sedaya. xpe r. tanggungjawab tu mesti dilaksanakan. kalau aku tak buat skrg, tak setelkan harini, ingat ada masa ke esok2. i dont think so. so ak decide, takde lagi besar lagi dari smpaikan tentang AlHaq. ak putuskan, harini walau mcmana pun aku mesti habis kupas apa yg ak dapat pasal semalam. tak kisahlah hasil dia, org baca xbaca ke, xde sambutan ke, nak terima tak terima, yg penting ini salah satu usaha aku nak lepaskan tanggungjawab. by kongsi segala benda y dpt dikongsikan. Allah tak pandang hasil, tapi usaha. so, ak mesti usahakan jugak.

oh tadi aku borak ngan Teng, ntah mcm2 ar borak. aku mmg jarang ada peluang nak borak2 dgn housemate, uish. kali ni, duduk berdua je ngan dia, tetiba ntah mcmana boleh buat borak, ape lagi, try r masuk jarum. Hmm..tapi walau dia cina, bleh paham melayu, kdg2 kua jugak r perkataan melayu. hmm ..payah jugak nak cerita n sampaikan syahadatul haq nih. nabi buat bersungguh2, aku ni dah ckup sungguh2 ke? aku rasa tadi, bolehlah, tapi bahasa sgt tunggang langgang r. nk speaking satu hal, citer pasal islam. hmm..my skill not enough. i need to develop more!! by the way, at least a good start. i realize, i should tell wht i should tell n wht i know. cuma xdpt nk terangkan kat dia sgt habes2 r. just ajak2 borak, n cerita pasal islam sikit2. aku mulakan dgn, " eh u know what..in islamkan, it is stated that we are from....1400 ago u know..bfore we have science. i am amaze."...bla2 r..pastu dia tny, who create Quran, where is the origin. hmm citer plak pasal sejarah Quran, tp tak berapa detail r. just touch the surface. somehow, overall takde r menyengat sgt.

xpe r, at least, realize the responsibility n berusaha menyampai n bercerita pasal islam kat org lain. thats my mission. every people should know about islam. no matter where i go, i will try n make sure to talk anything and relate it with islam. Hope so, Allah help me in doing this deed.

syed Qutb ada cakap, kehidupan manusia biasa tu, berakhir bila dia mati, tapi kehidupan orang yang benar-benar Islam tu bermula bila dia mati. maksud dia, nama dia akan terus hidup di atas muka bumi. kehidupan dunia ni, bukanlah segala-galanya sebab hakikatnya kita menuju akhirat jua dan dunia ni akan musnah dan hancur.

Bilal bin Rabah r.a, org yg betul2 suci mmperjuangkan agama. dia berbakti utk islam dan ketamadunan manusia. tengok hasan Al-Banna, syed Qutb, nama dorang semua tu terus hidup walau dorang da mati. tapi cuba kita comparekan, buat misalan dgn Lee Kua Yew, nama dorang berapa lama boleh bertahan dalam sejarah? mungkin setakat 50 tahun? lepas tu bila disebut, orang pun tertanya siapa tu? tak kenal. berbeza dengan Bilal, yang dah mati lebih dari 600 tahun yg lepas, tapi nama siap diabadikan kat muazzin. Kalau org kampung tu, takdenye panggil tok muazzin, mesti dia panggil tok Bilal. tok bilal mana? bukan tok muazzin. begitula tingginya martabat nama orang yang mempertahankan agama dan kesucian islam nih.

skrg, kita boleh pilih. apa yang lagi besar dalam hidup kita. mungkin kalau nama kita tak de la mcm nama dorang, diingat, disebut2 orang bila dah mati pun, paling kurang biarlah nama kita disebut2 penduduk langit.
nak nama kita disebut-sebut penduduk langit ada syarat dia.

Barangsiapa berkumpul utk mengingati Allah dalam masjid(tempat orang bersujud) dan membaca ayat-ayat Allah, namanya akan dibangga2kan oleh penduduk langit.

Jadi, kita nak syahadah(ijazah) yg macamana yg justify kita sbg manusia?
habis nyawa, habis?
macamana nak bawak islam ke seluruh dunia?
apa nilai kita sebagai seorang manusia yang menerima islam sbg cara hidup kita?

manusia tu, bila buat keje perlu ada 'roh'. orang tu akan ada nilai bila hati dia ada cahaya. hati yang terang dan bersih tu la yg akan menentukan nilai seseorang. kehebatan dan kepandaian yang ada kalau digunakan dgn betul, akan bagi manfaat yang besar. tapi selama kita hidup ni,mungkin dah 18, 20 tahun berapa banyaklah yang kita dah fikir betul2 utk islam?

tadi kita cakap pasal syahadah kan. Syahadah tu, benda yang satu pengakuan. sesuatu y kita nak org pun turut percaya n kita nak buktikan benda tu.
Contoh : kita nak buat satu pengakuan yg kita ni bukan pencopet(pencuri). adakah kita ni hny cukup sekadar katakan yang kita ni bukan pencurik. "saya bukan pencurik!saya memang bukan pencurik!".
tapi kita berjalan atas muka bumi ni, tak tunjuk pun aktiviti yg kita ni mmg bkn pencuri. kita nak org percaya yg kita ni bkn pencurik, tapi kita pegi buat keje y melambangkan kita nmpk mcm pencuri je. macamana tu?

Kita mengaku Allah tu Tuhan yang maha Esa, tiada yang disembah melainkan Dia. tapi kita berjalan atas muka bumi ni macam kita tak pernah sebut benda tu. mcam takde Tuhan. Tiada yang berkuasa atas diri kita. Kita dah mengaku tapi kita tak menunjukkan pun yg kita memang2 begitu. Kenapa kita tak bertindak dengan tindakan yang menunjukkan kita punya Tuhan.?

Kadang2 tu, buat benda sesuka hati kita je. tak kisah pasal kehendak Tuhan. Itu bagi mereka yang lupa tetang asal usul penciptaan mereka. Dicipta dari tanah, air mani yang hina, menjadi seorang hamba yang kemudiannya akan kembali kepada sang-Pencipta.

Ilah. Allah sebagai sembahan. Sembahan- kita akan buat sesuatu untuk dia. Kita rindu, kita sayang, kita akan buat apa yang Dia nak dan Dia suka. Bila kita meng'ilahkan Allah, kita menyembah Allah, kita akan solat utk Dia, pergi belajar kerana Dia, kita akan infak niat utk DIa, kita akan keluar rumah bawak beg, tapi dalam hati untuk Dia, kita akan makan tapi dalam hati utk dia, kita akan berjalan, dalam hati utk dia, kita telefon orang ajak pergi usrah, dlm hati utk dia apa2 lah semua utk dia.

kadang2 ada orang tersalah. Dia tau, dkt ALLah la sumber pengharapan, sumber rezeki. tapi perbuatan dia tu tak macam Allah tu yg bagi rezeki. mcm kita boleh katakan kerja tu sembahan dia. boleh jadi jugak studi tu sembahan dia.
COntohnya orang jepun, agama dia sembah matahari, dia tau Tuhan yg beri kekayaan, tapi dia keje mcm xde tuhan. keje smpai sakit2 pun keje jugak. smpai skrg ni, kedengaran keruntuhan masyarakat jepun. dia tak masukkan Tuhan dalam kehidupan seharian dia. Dia bekerja mmg macam xde tuhan. dpt faham? Dia kerja gila2, smp ada yang tak tahan bunuh diri.bila kena buang keje, bunuh diri. Dia kerja macam xde tuhan la tu kan.padahal dia tau TUhan tu yg bagi rezeki. tapi mcm dia percaya bila hilang kerja, dah xde dah rezeki. mcm kerja tu sumber rezeki. sumber segala-galanya.Kalau dia yakin, dan percaya Tuhan tu yang bagi rezeki, dia takkan bunuh diri mcm tu je, sbb stress dgn keje.

so kat sini, Sembahan means yang utama. Allah itu yang utama. kalau hati kita tak isi dengan Allah sepenuh-penuhnya, benda lain yang akan masuk. Cara nak test, apa yang kita banyak teringat? Siapa yang banyak kau ingat selain Allah? dalam hati kita apa yang ada? apakah ada yang lain selain ALLah? sebilangan besar hamba2 Allah tu terpinggir disebabkan kita tak bukak mulut. Tak bercerita pasal islam, tak menerangkan tentang islam yang sebenar dan kebenaran AlHaq.


Ada kisah orang Atheis,kalau tak silap Cat steven. dia ni ego. tak ngaku ada Tuhan. Dia hanya percaya pada sains je. benda yang boleh dibuktikan.Abang dia ada pernah bagi Quran utk dia baca. tapi dia baca, tapi dia tak percaya. Satu hari tu, dia lemas. Dia pun dah mula terdesak, yg mana keadaan dia tu, takde sape y boleh tolong. mmg helpless giler r. lepas tu dia melaung, " GOd, if you exist, please save me!". tak dan lepas tu, dia mcm terselamatlah. kemudian lepas tu, baru dia mencari kebenaran dan beriman dgn ayat-ayat Allah.

kalau tgk orang dulu2, dah bersusah payah nak bawak islam tu demi kita. tapi kenapa kita ni selfish, pentingkan diri, tak nak bersusah-payah demi islam, untuk generasi y akan datang?

sejauh mana kita rajin nak bercerita tentang islam kepada orang yang belum berpeluang beriman?berani nak cerita tentang islam? cerita tentang kebenaran Al-Haq. islam bkn dtg utk org islam je tapi utk semua. nak berdakwah, kena kepada semua. nabi berdakwah bukan kat orang islam je. seru, ajak buat baik, jauh perkara mungkar. jauh dari buatbenda yang Allah murka. mmg Allah perintah,kena beri peringatan. Realiti sekarang, benda baik orang nampak buruk, benda buruk orang nampak baik.

mmg normal, manusia, bila terdesak, masa tu dia cari Tuhan. Dia cari Allah. termasuk aku.huhu..



tetiba Teng ni tanya aku, "ain, why u not doing your homework, y u want to write blog?"

aku ckp "i will do after this."

pada aku, smpaikan Alhaq tu lagi penting dari segalanya. bkn ak tak tau, kena buat assignment sume yg bermacam2. kena buat utk skor. tapi, dlm masa yg sama, satu kewajipan jugak nk sampaikan apa y ak da tau. dan satu2nya cara buat masa ni, is by blog. tu je r cara y boleh ak sampaikan. ak belum ada kemampuan la mcm sahabat nabi Mus'ab. nak ketuk pintu rumah orang satu2, tapi apa y boleh ak buat, ajak org baca. Mudah-mudahan, mereka lebih faham dari apa yg aku faham.


konsep illah - jepun - percaya tapi tak yakin. - rezeki dr tuhan. keje gler2..

Syahadatul Haq Part 2

Kenapa orang islam ni dihina?
KEnapa Allah turunkan banyak bala? Bukan ke Allah tu pemberi Rahmat kepada orang islam? Tapi kenapa umat islam sekrang dlm keadaan yg sgt teruk?

sebab orang islam yg ada sekarang ni, dia tak benar-benar beriman. Islam tu terdiri atas yang 5. syahadah, solat, puasa, zakat, haji/ tapi cukup ke islam kita dengan rukun yg 5 tu je? Oh Tidaks! bahkan jauh lebih besar dari itu. Haq syahadah ni, adalah utk seluruh manusia. dan beri peluang org y beriman. macam kisah bilal yang disiksa. as sebab, atas penderitaan dia, kisah yang lebih orang dengari, buat org rasa tertarik dan mencari, macamana nak masuk islam. kalau bilal sanggup diseksa hanya disebabkan syahadah, macamana pulak dgn kita?

Kalau kita rasa berat, rasulullah lagi la rasa berat. kita pun mesti patu rasa macamana yan pernah rasulullah rasa n lalui. Kalau rasa berat, buat Qiam yg merupakan sumber kekuatan jiwa.

Kisah Hari Sabat.

Dalam perisitwa hari Sabat, hari sabtu, diorang ni dari sehari, mintak pulak cuti 2-3 hari.
Diperintahkan pada Bani Israel, dorang disuruh beribadah hari sabtu tak boleh keje. tetiba masa tgh hari tu la ikan tu mcm tgh melompat2, mcm nak menggoda pulak ikan nih. terlompat2. masa y diharamkan menangkap ikan, masa tu la ikan banyak. orang Yahudi masa tu, konon bijak r. dorang pergi set pukat hari jumaat, perangkapkan dulu, hari Ahad kutip. tapi sebenarnya dorang dah langgar aturan Allah.Allah jadi murka lepas tu, diorang ni pulak suka putar belitkan apa yang dah jelas ada. diceritakan dalam Quran

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata ,"Mengapa menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah, dengan azab yg sangat keras?"
Mereka menjawab, "agar kami mempunyai alasan kepada Tuhanmu dan agar mereka bertaqwa.

(164: Al-'Araf)

maksud alasan kat sini, org yg bg nasihat ni nak kata, plg kurang mereka dah laksanakan perintah Allah yg suruh bg peringatan.

pastu Allah firman lagi,
"Maka setelah mereka meupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang yang berbuat jahat, dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasik.

now, kat sini ada 3 jenis golongan manusia.
1. Golongan yang ingkar
- pergi tangkap ikan. langgar aturan Allah - mereka ni Allah diazab

2. Golongan yang memberi nasihat
- mereka Allah selamatkan

3. Golongan yang menghalang orang memberi nasihat
- golongan yang berdiam tak bercakap sama je mcm menghalang org bagi nasihat sbb dia pun mcm mengiyakan aje perbuatan org yg buat jahat tu, depa yg tak beri peringatan pun tergolong dlm golongan ni. yang ni cuba cek, Allah tak cerita pun apa jadi kat dorang. Allah langsung tak mention. macam Allah tak kisah. kalau kita, nama kita org tak mention, tak sebut, kan macam rasa tak dipedulikan. Macam tu jugak lah Allah. golongan ketiga ni, mcm Allah pun tak kisah, tak pandang. tak layak pun nak disebut dalam Quran.
baik bagi tau kesudahan orang yang baik, orang yang jahat. setel. org yang tengah2, selalu atas pagar, tak buat apa2 Allah pun tak hirau.

nak ke kita jadi mcm tu?

so, nak sampaikan kalimah hak ni ada beberapa cara.

1. melalui amalan soleh.

macamana amalan soleh kita boleh menyebarkan kalimah syahadah kita ke seluruh dunia?

Ok, King Louise ada pernah kata,
kalau nak serang orang islam ni, cukup tengok solat subuh dia tu jemaah dia sama mcm solat jumaat x? tgk kat masjid ada org ke x? kalau xde baru serang.

menunjukkan betapa islam tu lemah, bila semakin kurang orang soleh. dah kurang org yg mendirikan solat, especially lelaki la! solat berjamaah di masjid. berapa ramai mereka2 ni, nak pergi masjid. masing2 mungkin dah makin lalai, terleka dgn hiburan. lg ramai lg pergi konsert2. so kat situ da nmpk dah tunjuk kelemahan2 org islam tu sendiri.

Mujahidin di Russia, masa tgh perang, nak diceritakan mereka ini orang yang soleh2, selalu buat qiam, smpaikan tentera Rusia pun tak boleh nak detect dgn radar. sebab apa? Allah lindung hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan beramal soleh.
Sebenarnya dari hati yang taqwa tu la yang rule diri. bukan hny hukum2 yg Allah turunkan.

jadi, dengan amalan soleh tu, bolehla bawak org nampak kalimah haq tu. contoh lain. orang yang solat, yang benar2 hayati solat, dan dia benar2 islam, dia akan bekerja secara telus. mmg ada beza antara org yang beramal soleh, dgn org yang tak beramal soleh. orang yang solat, dengan orang yg tak solat. attitude yg ada pada mereka akan menunjukkan. sebab tu, kalau org cina, india, bila tengok orang2 yang solat ni, dgn hanya sbb tu dorang boleh tertarik.

2- melalui akhlak terpuji.
- bila org tgk akhlak , orang tertarik. Kdg2 benda simple je, mcm kisah Nabi balik dari Taif. ade org ni, dari kg.Yunus. masa kat Thaif tu kan nabi dibaling batu semua, jadi dia mintak seglas air dekat sorang ni yg dr kg. Yunus. Nabi pun ajaklah berbual-bual. tgh sakit2 lagi, pun masih lagu nak bawak berbual. itulah Nabi. so, masa sebelum nabi minum tu, nabi bacalah bismillah. disebabkan kalimah tu la, buat org tu tertarik. sbb kalimah tu ancient, org dah guna sejak berkurun lama. Nabi pun tanya, dia dari mana. katanya dari kg.Yunus. Nabi pun katalah Yunus tu seorang nabi. Dia saudaraku. dan aku pun, seorang nabi. lepas2 tu, org tu pun masuk islam. tapi kak saufi cerita, tak sure sama ada org tu or org lepas dia yg masuk islam. but the main idea is, akhlak yg paling simple pun, cth mcm baca bismillah, amalan yg simple nk buat, kdg2 boleh buat org tertarik dgn islam. cth baca doa sblum masuk toilet ke kan. berapa ramai yg amalkan. mungkin, patut diamalkan bg sesape y serumah dgn non-muslim ke kan..mcm ak( tgh ingtkan diri sindiri), mungkin as sebab dorng nmpk, akhlak baik, pastu setiap benda ada doa, buat dorang tertarik. lps2 tu sape tau Allah nak bagi hidayah ke..

jadi dalam akhlak, kena buat sedaya mampu. beria2, bersungguh-sungguh,

mana nak dapat sumber kekuatan? tanya aku kat kak saufi.

sumber kekuatan tu, dapat dari doa, qiam.zikir. zikir pun ada bbrp bahagian. zikir lisan, zikir hati, zikir badan. ha zikir badan tu macamana? zikir badan tu contoh mcm kita gunakan otak, gunakan tangan, utk fahamkan islam -> kerana Allah. tu sume dikira zikir badan. zikir tu bkn setakat di lidah je. atau ingat Allah dalam hati je. tapi bila disertakan dgn perbuatan yg lillahi ta'ala. tu da dikira zikir badan.jadi apa2 pun, kena terus kekalkan momentum. sbb kita tak tau, bila setan tu dtg mencucuk kita.

lagi satu, sebab nak selamatkan diri kita dari diseksa n biar org lain jadikan alasan atas sebab kelewaan kita. the fact, bila saja kita tanggung kalimah syahadah, patutnya itulah yang jadi sumber kekuatan kita utk bergerak.

ada 3 jenis mungkar.

Mungkar akbar
Mungkar kabeer
Mungkar soghir

Mungkar yang paling besar sekali - ialah mensyirikkan Allah. dia tak terima, dia musyrik.

dan kezaliman yang paling zalim ialah org yang sembunyikan kebenaran.

Kebenaran yang paling benar tu ialah Allah - AlHaq.

Jadi, kita mmg kena halang kemungkaran yang besar ni dari terus berlaku. Orang yang kafir tu, tengah buat kemungkaran lah secara langsung. tapi, as sebab org tak sedar, jadi dia biarkan aje. macamana perasaan kita? patut bila bersama mereka, kena ada rasa nak selamatkan mereka dari kekal dalam api neraka.kita yang patut sampaikan kebenaran tu kat dorang. cerita pasal, bila buat baik, akan dibalas dengan pahala dan ganjaran, bila buat jahat, akan dibalas dengan azab y buruk.

satu info tambahan, kita tak boleh wish, ulangtahun perayaan kat org kafir. Haram hukum dia. sebab, ibarat kita meraikan pulak , org yg mensyirikkan Allah. contoh kalau mcm deepavali, kan dorang ada bnyk tuhan. so, xboleh wish. hepy deepavali.. ibarat mcm kita wish kat dorang "selamat mensyirikkan Allah..". so xboleh.

Bukti Allah adil

Allah tu Maha Adil. Dia xkan hukum hamba dia mcm tu je walhal tanpa bagitau apa yang betul, apa y salah,. dia xkan hukum dlm keadaan hamba dia tak tau. sbb tu nabi diutus utk bagi tau apa yang betul n apa y salah. dan kita y amik alih peranan nabi ni, kena buat semampu dan egala apa y kita ada. sbb kita mmg tak tau bila kita mati. Apa2pun, kita kena buat suruhan Allah.

Masa tgh2 tu, kak saufi tanya,
"Kenapa kita kena sayang mak kita?"

mula2 aku jawab,
''sebab Dia dah susah2 utk kita. .."

kak saufi kata, xboleh jwb mcm tu. pastu cpt2 ak bg jwpn lain.

sbb Allah suruh.

then, akak tu terangkan la, let say ada org tu, smpai tak nak mengaku mak dia sbb mak dia, masa dia kecik, main bagi kat org, bila dh besar, anak tu tak nak mengaku tu mak dia. make sense tak bila balik pada pernyataan tadi. kena sayang mak ayah sbb dorang dah susah payah utk kita. ada je org yng mak ayah dia, yg anak tu rs, tak bersusah payah pun utk dia, so nak jawab, kena jawab, sbb Allah suruh.

benda ni nmpk common n simple tapi kita akan lupa kalau tak diberitau dan diperingatkan. Kenapa kita ingat mak kita, sbb Allah suruh. Buat baik dgn parents, sbb Allah suruh buat. apa2 sebab Allah kata, n Allah yg suruh. Kenapa tak boleh minum arak, sebab Allah tak bagi. Kenapa pencurik kena potong tangan? sbb Allah perintakah begitu. Sebab Allah tu sembahan kita. Itu pentingnya org utk menghayati makna sebenar syahadah tu. Semua bersandar pada kalimah syahadah yg kita dah buat. Dah jadi muslim, nk tak nak kena jugak buat. dah xboleh lari dah kalau tidak Allah akan hukum kita 2 kali ganda lebih lagi dari org lain. Sebab? dah r xbuat keje - amar makruf nahi mungkar. pastu, xajak, xbgtau org ttg kebenaran.

peluang tu banyak nak sampaikan pasal islam, melalui blog, YM, majalah2, risalah2, tapi berapa ramai org yang kita jumpa dalam sehari, kita cerita pasal islam? kena fikir, mcamana kita nak sampaikan syahadah kita ni kat org lain? kita mmg perlu jelaskan. tp sampaikan islam kpd seluruh manusia tu tak ckup dgn ckp je.

Jadi kita kena usaha sungguh2 dlm buat keje. kena usaha lebih lagi dan lagi. selamatkan org. dan bila usaha, kena usaha sama2, xboleh sorang2. biar berjemaah. sebab bila seorang, mudah patah dan rapuh. iman kita ni bukannya menaik je. selalu ada naik turun. itu pentingnya jemaah. supaya saling ingat-mengingat.

sejauh mana kita dah laksanakan SyahadatulHaq kita dgn gunakan potensi y ada? patut, apa saja peluang y kta ada, grab n gunakan. Sampaikan pasal islam. tapi cara paling berkesan tu, is secara langsung. dengan kata2 yang jelas. setakat blogging, YM, friendster, itu semua belum cukup. Tapi mungkin salah satu langkah usaha. tapi itu belum bermakna tanggungjawab dah terlepas. Rasulullah tu, sume pintu rumah Baginda ketuk. Mus'ab pun. pastu, Hasan AlBanna, sampaikan tapak kaki dia mmg ada di seluruh tanah Mesir. takde tanah yg dia belum pijak.


akhir kalam, ada satu analogi yang digunakan.
- Analogi rumah terbakar.

dalam satu rumah yang terbakar tu, kita ibaratkan rumah tu islam. dan sedang terbakar. apa cara nak selamatkan islam? jadi, solution dia,
1- kita kena padamkan api,
2-bina rumah tu balik.

meaning, 1, kita buat keje, apa2 utamakan orang islam tu sendiri. selamatkan rumah dulu. selamatkan org islam. 2, bina rumah = bina daulah islam > put it as a MISSION.

bila dah ada daulah, baru org lebih tertarik, bila kita dah jadi world order. itu pentingnya nak bentuk islam tu dalam diri orang islam yang lain. supaya mereka ni semua betul2 beriman dan amalkan islam.

Wallahu'alam. sekian saja coretan yang dapat dinukilkan.
dan inilah kesedaran yang ada buat masa ni. Moga, inspirasi masih membara di sanubari ini, tanpa kenal erti rehat.

Bak kata kak shida, takde istilah rehat bagi org mukmin. kita tak perlu nak setkan masa yg , time ni masa utk rehat, sbb mmg Allah akan bagi masa rehat kat kita. n sebenarnya, rehat tu kita boleh dapat dari solat, zikir2, itulah kerehatan minda yang sebenar.dan kerehatan yg benar tu hanya ada bila kita dah mati. so, to live, there is no things such as RELAX!

8:10 malam. Casa Subang.
*Satu hari, diperuntukkan hanya utk tulis pasal syahadatul haq. after this, i will look back at my 'work' assignment n all those stuff. hope Allah give me strength. somehow, i dont really eat. dari bangun tido, pagi2 ngadap laptop, edit balik artikel n tambah ape2 y belum masukkn. post kat iluv. publish bila dh tghari. smp zohor. bermula pukul 2 petang, baru 'muntahkan' balik segala coretan yg dicatat dlm buku nota smlm. all this is the point yg sempat dicatat n what are still in my mind. i know, after tis, i will forget bit by bit. n this post is the bukti for me, to hear this thing. at least. somehow, if not remind other people, it will remind me more.

somehow, sometimes, i m just 'crazy'. i m sure some people will think it is crazy, to sit in front ur laptop for the whole day, n just bloggin. well, i think, i know what am i blogging. n i know, it will worth if other people realize it but it is doesnt matter at all. i dont care anything else after i've decide on something.it is not hasil that i seek out but the effort that i've put on it. yeah an effort. tak makan pun tak pe. it is not a big deal for me. cuma tangguhkan keje y tertunggak tu, make me think twice which one is more prior and i've decide and choose to post this stuff. i hope this i the right thing i do. membenarkan dan menyampaikan yg haq.

* selamatan akidah org islam. ? can i be a saviour? can a doctor tell me how to save a heart? A muslim heart...

Sabtu, Oktober 11

Stress of responsbility?



Aku mendakap anak kucing yang bulunya keperangan itu ke riba. Ku usap dan ku belai. Ia pada mula takut, tapi sangat jinak. Aku dakap lagi dengan lebih erat, cuba memberi rasa hangat dengan mengusap badannya. Haba tangan mungkin lebih membuat ia selesa. Aku menatap wajah anak kucing tu dengan penuh makna. Dia pun memandang aku dengan tak semena.Ada saat, bebola mata kami bertembung. Ku usap, ku belai manja. Belum pernah lagi, aku berperilaku begitu terhadap kucing sebelum ni. sebelum ni, mmg jarang aku dekat dengan haiwan. Kucing mama-abah tak bagi bela. Mungkin sebab dulu mama asmathic. Alah. Aku pun takdela minat sangat dgn kucing. Aku merenung dalam. Tapi entah kenapa malam tu terasa nak sangat membelai kucing tu dengan mencurahkan sepenuh perasaan dan penuh kasih sayangnya. Kucing yang entah dari mana, tapi terjumpa masa raya rumah Uncle Tommy n Auntie Ana -jiran sebelah rumahku.

Entah kenapa pada saat ini, aku seakan-akan 'stress'. Aku jarang nak mengaku stress tapi kali ni aku terpaksa akui, sebab aku tak tau nak buat apa.seolah2 mcm aku terasa buntu. tak tau apa jalan keluar. Bukan stress dgn keje2. tapi mungkin itu ada sedikit peratus.Aku stress dgn kehidupan. mungkin smlm aku 'terima' terlalu bnyk. n terasa mcm Ibarat hidupku pada saat ni, terasa sangat2 berat. Tanggungjawab yang tergalas dibahu, amanah yang perlu dipikul terasa berat sangat2. Tanggungjawab sbg khalifah kat muka bumi Allah, tanggungjawab sbg org islam, tngjwb kpd saudaran seislam, tanggungjawab kpd non-muslim. Tanggungjawab utk beri peringatan! bagaimana utk melaksanakan?

Kutahu, masa itu sangat2 berharga. Ku tahu, diluar sana, ramai umat islam dan umat manusia menderita. Kelaparan dan sebagainya. Ku tahun, umat islam kini lemah. Lemah dengan hiburan duniawi, diserang dari pelbagai arah. Lebih2 lagi dengan hedonisme- hiburan melampau. Pengaruh2 yang pelbagai, ancaman fikiran dan fahaman2 yang merosakkan akidah dan pegangan mereka. AKu tau, setiap detik ini tak boleh disia2kan. Mereka perlukan bantuan!

Hari-hari yang kulalui, kulihat islam itu perlu dikembalikan! Kurasakan tanggungjawab yang dipikul sangat2 berat, amanah terasa. Sampaikan aku ibarat termenung seketika satu hari ni, tak boleh buat apa. Bukan aku tak tau, apa patut aku buat, bukan aku tak tau apa peranan aku, apa tujuan hidup aku, apa yang mahu dicapai.
Cita-cita, impian semua sudah terbentang di depan mata. Tapi entah kenapa hari ni, sejenak ak macam jadi..helpless. terasa sangat2 lemah, sampaikan aku terasa aku tak tau nak buat apa. Macam buntu. Barangkali a bit stress, sbb xdpt nk smp expectation to laksanakan semua tanggungjawab y ada. Terasa mcm tak terbawak pulak.

Dengan gejala mungkar yang berleluasa depan mata, masalah umat yang tak selesai2, dengan ilmu yang ada kena disebarkan, dengan masalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah, ilmu tentang islam masih kurang, ilmu utk berdebat dengan fahaman2 yang mengancam, aku perlu ada. Ilmu mengajak orang kepada islam, kepada jalan Allah,pun kena ada. Skil bergaul kena dibangunkan. Sudah cukupkah selama ni aku solat, aku baca quran, aku puasa, tapi aku tak hirau akidah saudara islam ku yang lain? Sudah cukupkah? ku tau perlu kurisaukan diri ni, apakah nasib ku dikira selamat di alam baqa' sana? Seringkali aku terfikirkan mati itu. Pernah juga hadir dalam mimpi. Semalam pulak, dalam berita tv3, tak taula sape yang meninggal, tapi ditunjukkan siaran tu ada part yang jenazah dimasukkan ke lianglahad dan ditimbus. Aku menyaksikan siaran tu dengan asyik, padahal masa tu masih dalam usrah(usrah buat dekat rumah akhowat), bila melihat lama siaran tu, lepas tu, aku menggigil. Terus kupejamkan mata, dan kutunduk. Menggigil aku bila mengimbas sekali lalu mimpi yang pernah bertandang. Apakah aku sudah bersiap-siap menghadapi sebuah kematian? Hidup ini sementara. Itu hampir semua tahu. Namun, berapa ramai yang mengambil iktibar dan memulakan langkah, bergerak membuat persiapan? Ibarat kita bersiap utk SPM, PMR? Sering kita risau, utk exam2 berikut. namun mengapa kita tak risau pulak, exam sakaratul maut itu, yang jauh lebih mencabar, yang langsung takde talian hayat yang boleh disambung2 lagi lepas tu.

Apakah studi tu lebih berharga dari iman?

Semalam dalam usrah berbicara mengenai dasar islam yang datang dari khutbah pakcik Abu 'Ala Mardudi. Apakah aku dikira benar-benar islam? Apakah hanya dengan melafazkan syahadah tanpa memahami makna sebenar kandungan kalimah tersebut, aku ini dikira islam?

apakah ertinya islam itu? apakah islam itu satu yang diwarisi? Kerana aku dilahirkan dalam keluarga islam, maka aku dikira islam. Benar-benar2 islamkah? Tak mengira nasib saudara seakidah, tak risau akidah saudara, sahabat yang lain, dikira berimankah?

Abu 'ala almardudi ada kata, Nak jadi muslim yang benar2 muslim, perlukan ilmu. Dan kena peruntukkan masa untuk itu. Tapi ilmu sekarang ni, yang belajar, ilmu dunia tu lebih lagi dari ilmu agama. Tumpu untuk dunia tu kadang2 terlebih smpaikan terlupa adanya alam akhirat.

Kena faham apa dalam Al-Quran n kena tau, apa aturan hidup kita? Adakah hidup kita ni, dicipta hanya utk studi je? Studi, lps tu keje, kawin ,dapat anak, pastu anak tu pun melalui satu kitaran hdup y sama. Tanggugjwab tu bukan setakat studi je, lebih dari studi.

Aku hanya terdiam. Bila kak tiqa ckp mcm tu. Betul. Hidup bukan hanya semata studi je. Lebih dari tu. tp studi, buat assignment hny sebahagian dari hidup. Yang kadang2 aku pun terfikir, apa yang aku sibuk2kan sangat ni? Smp takde masa ke nak baca selak, belek2 Quran, peruntukkan sedikit masa aku dari seluruh masa hanya utk belajar ilmu duniawi? Kenapa berat sangat? Apakah ilmu dunia ni yang menjamin hidup aku kat akhirat nanti? Lemah terasa. Antara dua. Terasa macam sulitnya menjaga iman tatkala perlu seimbangkan antara dua. Dua2 aku nak. Aku nak dunia, ak kena ada ilmu. aku nak akhirat, aku kena ada ilmu. aku nak succeed kat dunia ni , n ak nak succeed gak kat 'sana' nanti. ak tak nak ada y kecundang. kadang2 terasa, mcm nak baca Quran berejam2.. tapi tak boleh, sebab aku ada tanggungjawab kat dunia ni. tak boleh fikir utk manfaat diri sendiri je. manfaat utk ummah pun mesti ditunai. ntahlah. kdg2 aku rasa, diri ni, sebenarnya selfish. pentingkan diri. tak hirau org lain.

Hari ni, aku pertama kali berpurdah ke luar jauh dari kawasan Casa Subang. Aku ke Bukit Bintang dan Masjid India. Pada mula, pergi dengan kakak naqibah,tapi berpisah bila tiba di stesen KL Sentral. Dia mahu ke Serdang dan aku perlu menghala ke Monorail. Sebelum tu, ada jugak dia tanya, tak pe ke aku sorang pergi masjid india? DIa risau. Aku buat tak risau. Aku hanya tunjuk isyarat aku akan pakai purdah. Lepas tu, dia cakap, mungkin mmg patut pun aku pakai, sebab senyuman aku memang ada daya tarikan. Aku tak tau. Belum pernah orang kata begitu padaku. Tapi memang bukan semua perempuan ada daya tarikan ke? Senyumanku memikat? bahaya jugak aku nih.Nauzubillah. Moga takde hati kaum adam yang terusik. risau jugak. waduh, aku telah merosakkan hati orang.

So far, dari mula pakai dari Casa, tak de perasaan. Belasah jek pakai. Memang tak terasa apa dah. Tapi hati ini sentiasa beristighfar. Sebab kutau, hati ini mudah benar berdesis. Kadang2 tu boleh jadi maksiat batin. Tak kurang jugak ada mata-mata yang memandang, tapi aku abaikan saja. I just want to reserve. Lillahi ta'ala. Bila berjalan, terasa perlu lagi merendahkan hati. tapi, satu benda yang aku berjaya buat, yang aku tak pernah buat sebelum ni, tegur mad'u. Ada 2 orang aku tegur satu masa dalam monorail. Aku cuba bawak berbual sikit. Aku tanya, nak kemana, dari mana. Studi mana? bidang apa? Benda simple2 y bkaitan diri dia. tapi kejap je. sbb lps tu, dah smp bukit bintang. Sampai2 je, terus pegi cari kedai mp3. kena amik mp3 y aku da tinggalkan setelah sekian lama. tp kedai tu takboleh baiki. Kena bawak pergi Philip centre.
Cina kedai tu tegur aku,
" ni zoro ke y datang? "
aku tersengih. tp of course dia tak nmpk r kan.
Dia tanya ,
"sekolah lagi ke? "
Aku jawab,
" tak, dah kolej."

" Kolej mana? "

"Taylors College"

lepas tu sembang2 sikit pasal mp3. Ok je cina tu ckp ngan aku. aku pun ckp ngn dia cam bese. xde pelik2. tapi xlama. xsmp 5 minit pun. then, blah pegi masjid india. masa tgh tunggu tren dari Dang Wangi to Masjid Jamek yang stesen dia selang satu je.Ada seorang kakak ni, aku maen pajak je r tegur dia. Mula2 mcm tak tau r, nk tegur ke x..pastu try bg salam. Dia mcm tak brp dgr, tapi pastu, dia pusing n toleh.

Tny dy,
"Dari mana?"

"Ni..baru je balik keje"

"oh..sabtu2 pun keje jugak?"

"a'ah.tadi ada keje sikit lepas tu adaorg besar nak datang. tu yang kena datang jugak harini.." jawab dier dgn ramahnye.

aku tanya lagi..
"ooohh..ni nak kemana?"

"seremban."

"wah seremban..jauh ekk.."

"rumah kat ctu.."

"oh..tinggal ctu ek..abes tu ari2 r berulang ek"

"a'ah. tapi pagi2 kadang2 tu ada bas direct dari sana terus ke sini.."

Lepas tu, tren da smp. da masuk tu, aku takde r diam, cuba2 jugak teruskan..
"kire keluar rumah awal2 pagi la ek? lama x ? brp amik masa brp lama ek nk smp sini?"

dia mcm xbrp dgr, dia rapatkan telinga kat aku. Ye ar, lagi2 dah ade kain, maka suara pun tertapis. Ak rasa suara aku b4 diz, ok jek, tapi mungkin kain tebal so, wave suara terhalang. takpe2 mengeratkan lagi kemesraan. So,lepas 2 bnd ni, aku berjayala membuktikan, niqab tu bkn penghalang tuk kite buat dakwah. Buktinye kite kena start dulu. Percaya atau tak, sebelum ni, seumo idup aku, tak pernah nak bawak sembang dgn orang ntah mane2..i mean walau perempuan, bese dlm LRT r, kalau pernah mungkin scr tak langsung. tapi hari ni, aku betul2 cuba nak borak. Aku pun tak de r plan, n tak sangka sebenarnya. tapi sebab aku rasa, aku ni berpurdah, so kene make the first move. n try buang perception org y org berniqab ni, tak bergaul dgn masyarakat. Aku rasa, orng cuma tak faham, dan mungkin orang yang memakai, pun patut faham, jgn pencilkan diri. Benda ni on individua jugak. Tapi memang aku dapat kesan r, macam kakak yang first aku tegur masa dlm monorail tu, nampak mcm suka la, i mean +ve reaction, bila nak bla, ak ckp jumpe lagi. dia pun smile jek. ada kwn sebelah dia tu pndg je n smile gak. mungkin tak pernah tgk org berpurdah tegur dorang kot. Wallahu'alam. Yang kakak ke-2 tu plak, ak pun ckp jumpe lagi. n dia pun kata ok, bye2. dua2 org tu, b4 aku tinggalkan, aku cuba bagi sentuhan. just mcm sap r, bahu ke ape.

Hmm.. eksripmen yg bagus. Aku pun tak sangka aku boleh buat benda ni. Tapi berjaya dibuat. Tak purdah sebelum ni pun, belum2 pernah2 tegur2, ramah2 ngn org. Alhamdulillah aku rase satu pencapaian. Sampai kat kedai buku pulak, mmg org akan tanya la belajar kat mana. Aku pegi 2 kedai. Ni pegi masjid india, khas nak belikan Quran tuk member. ada permintaan. maka aku rasa, alang2 ak nak balik, singgah je r masjid india. ape salahnye. kalo dorang bc, dpt r ak saham. (mencari untung akhirat). so, pegila aku kat wisma yakin tingkat 1. 1st kedai aku pegi tu, terus dia tanya,
"ni belajar kat UIA ke?"
"eh.taklah.."
"dah tu kat mana?"
"erm..Taylor's College..kat subang.."
"oh..kolej apa tu?"
"erm..kolej tu mmg jrg dengar. sbb mungkin dia private."

lps tu aku terus belek2 Quran. tapi malangnya, tu bkn mcm Quran aku. n kawan aku nak Quran yang mcm aku punyer. So, aku beralihla pergi ke kedai yang lagi satu, sampai2 kat situ, terus aku cari rak Al-Quran. n jumpa la. tapi ada 2 version. Satu syamil satu lagi Darul Iman. Harga berbeza. Deal2, dptlah discount. RM30 senaskah. Lepas tu, beli buku yang dipesan,Hadis 40. Aku tanya, ada versi2 lain ke hadis 40 ni? Dia kata, xde mmg satu je, kalau ada pun, dlm kontek y lain. cth mcm 40 hadis ttg akhir zaman, 40 hadis penawar hati..Mula2 jurujual tu bagi aku, yang jawi ke arab punye hadis 40. Dia siap ingat aku dari Darul Quran lagi. Fuhh..

Aku nafikan. lepas tu aku ckp la..
"sebenarnya, saya mmg pernah dapat offer Darul Quran. tapi xpegi"
" kenapa?"
"erm..ntahlah.."
"Rugi xpegi..."
"Tau..tau bila dah lepas. Dulu mmg nak pun.tp masa dpt tu mak mcm kata tak payah pegi. so xpegila.."
"oh.."

Hmm..aku pun terfikir. Sebenarnya dalam hal ni,tak perlu menunding kat org lain. Salah aku jugak kot, sebab tak nyatakan pendirian aku jelas2, kat mama. maybe mama pun masa tu tgk aku, mcm tak tau nak pergi ke tak. Kalau ikut dia, mungkin tak payah. Entahlah. Aku pun mmg berbelah bahagi masa tu. Lagi2 dekat dgn majlis tunang anyah. Biarlah benda dah lepas. Usah dikenang. Mungkin mmg Allah dah takdirkan aku nak pergi Canada. Jumpa Mr.Hanna, Miss Natalie..dakwah kat dorang..mungkin ini semua mmg satu ketentuan. dan aku punya peranan besar kat sini.

Kakak Nabila, dalam usrah pun ada kata,
"kitorang tgk, budak ICPU tahun ni, mmg mantap2 semua. yang datang tu..mmg ramai yang bagusla. so korang ni tanggungjawab lagi besar .."

kata dia b4 dia leave the usrah sbb ada hal. Aku yang dengar telan air liur. Ada betul kata dia. n aku rasa, mereka2 yang aku nampak tu, sbenarnya aku rasa, mungkin dorang tu lagi bagus dari aku, walau dlm ms y sama mereka dalam org y rugi, tapi pada aku ( utk tidak merasa selamat), dorang mungkin better lag dari aku, sbb dorang mungkin tak tau. dan sedangkan aku ni tau, kalau aku buat salah, sedang aku punya ilmu, tempat aku neraka yang paling jahanam sekali. Nauzubillah.

Kak Sheera pun ada cakap.
Ilmu tu amanah. Kena sampaikan kat orang lain, walau satu ayat.
Nanti masa hari Akhirat, 3 benda akan dihisab, yang buat kaki kita tak bergerak selagi 3 benda ni disemak.
-Ilmu
-Umur
-Harta

Apa kita da buat dgn ilmu kita? Macamana kita hargai ilmu?(dgn amalkan). Ilmu tu bermanfaat ke x? Diajar, disebarkan kat org lain x?

Umur- apa yang kita dah buat spanjang umur kita?
harta- dah belanjakan apa? ada utk jalan Allah x? mana sumber harta kita>? halal ke x?

semua akan dihisab. Lepas tu, kak shahira cite pasal menghargai waktu. Allah tu bersumpah dengan masa. Benda ciptaan Dia. Mestilah masa tu sesuatu yang hebat, sampaikan Allah bersumpah.
Demi Masa. Manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang
1-beriman
2-beramal soleh
3- berpesan-pesan dgn kebenaran
4-nasihat-menasihati dgn kesabaran

4 sifat org mukmin.

ilmu tu besar tanggungjawab dan berat amanah dia. Kena sampaikan kat orang.
Aku tanya kak shahira, kalau ilmu tu kita belum amalkan boleh ke sampaikan kat org?
Dia kata, seeloknya kita amalkan dulu. Kita faham, baru kita sampaikan. takkan kita nak jadi org yg rugi? nabi pun ada pesan, org yg rendah tu bila ada ilmu tapi tak diamalkan.

Semalam banyak betul sebut pasal ilmu. pentingnya ilmu. mesti ada ilmu. Kena berilmu. Nak faham islam mesti dengan ilmu. islam tu nikmat terbesar dan kurniaan Allah.dan tergolong dalam kelompok nabi Muhamad pun Patut bersyukur. Cara nak tunjuk ialah dgn tunjukkan kita ni umat yang setia mengikut dan menurut.

Aku tefikir, betapa perlunya menjadi hamba kepada ilmu. Yup. Hamba ilmu. hampir seluruh waktu diperuntukkan utk ilmu. Di sini, aku kongsi apa ilmu yang aku faham. Kalau mcm ayah aku ada kata, kalau da masuk ilmu line orang sufi , dia takkan tidur selagi terpaksa utk tidur. Masanya, diperuntukkan samada beribadat, menelaah ilmu dn sebagainya.

Aku rasa, abah just a good example. Dia, malam2 mmg stick baca ratib. biasa lpas isyak. lps tu, mlm2 dia biasa mop lantai rumah. basuh baju. ( ni apa y lazim n biasa diperhatikan sekian lama). kadang2 awal malam dia dah sit, baca kitab2 agama. pagi smp petang da penat ak rs tgk, dia keje.(xde r tgk dia keje camne).tp mlm mmg khas, telaah kitab. biasa ak tgk, kdg2 smp 2-3pagi. padahal esok hari keje! n bila bangun, abah still energetic. Mana datang kekuatan? Itu semua datang dari Allah. Ak ni je, ada example bagus, tapi terikut-ikut. masih lagi ikut nafsu tido. Teringat aku, abah pernah kata, kiyai shukor pernah kata kat dia..

"Zah, kalau engkau nak tidur, takkan dapat ilmu, zah.."

smp mcm tu sekali. Betul la, dalam bas tadi, aku ada baca pasal perjuangan. Buku kecik n nipis je aku baru beli, tajuk dia pesona perjuangan. Dia kata, hidup satu perjuangan. Perjuangan perlukan pengorbanan. Dan pengorbanan perlukan usaha. Apakah aku sudah berusaha utk berkorban? Mungkin lepas ni, aku perlu tentukan dan pilih! Nak tido atau nak ilmu? Aku amat dahagakan ilmu. Sangat2. Lagi2 kak tiqa semalam pun ada kata, orang sain sosial tanggungjawab lebih berat. Aku akui. Bandingkan dengan pelajar yang belajar engineering stuff, dengan aku yang lebih berhadapan dgn macam2 masalah sosial(bagi aku). apa yang aku belajar lebih dekat dan berkaitan masyarakat. Pentingnya lagi bagi aku nak tau ilmu2 islam. Al-Quran, isi dia aku mesti kena tau. Paling kurang, aku mmg target, by march or april b4 fly(insyaAllah) mesti khatamkan baca terjemahan. bantai r. faham tak faham. yg penting aku tau dulu, apa perintah2 Allah. ak mmg da bajet2. n insyaAllah. kalau istiqamah boleh buat. Orang yang berilmu, akan tau orang lain cakap betul ke salah. Abah pun ada pernah pesan, nak tau orang tu kata betul ke salah, rujuk Quran, rujuk hadis. Orang berilmu, Allah angkat darjat. Dia dipandang tinggi lebih lagi bila bertaqwa. Kalau Allah angkat darjat di sisi Dia, apatahkan lagilah dalam kalangan manusia, mestilah org berilmu ni org pandang tinggi.

adeih abah mama panggil...

Wallahu'alam. gtg.

~ seminggu no blogging, no YM, ~

Sabtu, Oktober 4

Mama marah + satu inspirasi

Pagi ni mama marah betul dengan aku. Sebab pecahkan pasu bunga. Aduhh..dah takdir ..nak buat macamana..Marah yang teramat betul dia. Aku diam je r. kang menjawab kang, cari nahas.Naik angin betol mama. Dalam hati aku hanya mampu berdesis.."kalo marah aku habes2an pun, benda dah terjadi, no point r nak marah2.."

Alkisahnya, semalam aku tido kat sofa ruang tamu tu, entah apa mimpi, kaki aku panjang pulak masa tu, masyuk2 tido. mungkin tertendah la pasu bunga yang tinggi tu. Mungkin pastu tu pun sarat dengan bunga2, n tak seimbang, makanya dia tumbang. Prangg!! Aku pun terkezut, n terjaga, terkejut jugek. Adeiihh..cepat2 aku tutup selimut, buat tak tau ..ye r, nak ngelak tak bleh ngelak, benda dah jadi, yang ku kira eksiden, makanya tiada siapa yang patut dipersalahkan, Kalau dah namanya takdir, nak salahkan jugek? Huhu..Aku redho je r ngan nasib aku pagi ni..kaw2 kena marah. Habis mama melepaskan segala seranah, salahkan aku sebab tido situ la,xboleh nampa benda cantikla, benda mahal, beli bunga beratus2, bla bla2..

Aku diam je. Sebab bukan aku sengaja. Tak sengaja. Dipersalahkan 100% sungguh tak menyenangkan. Kalau mama paham erti takdir, xder la kot marah giler2. tapi ada munasabahla nak marah, but somehow aku rasa mcm tak relevan r nak marah aku 100%. Aku nak defend diri boleh jek. Nape nak marah aku tido situ? Kalau ye pun, mrah la sebelum aku tido situ, dah warning siap2, pergi tido dalam bilik. 2nd, yang pergi letak bunga banyak2 yang baru beli semalam tu buat ape? aku rasa, pasu bunga tu jatuh sebab dia tak balance, berat sangat, maka bila dia dah terhuyung hayang, lebih berat utk tumbang dari nak berrdiri tegap. 3rd, sape suruh letak pasu bunga dekat dengan sofa. Biasa orang letak pasu bunga dekat belah corner ke ape, n kebarangkalian dia nak tumbang pun kurang sebab ada takde gangguan. Bukan mama tak tau, b4 ni, bukan aku je yang tido situ, atih abah n sgala macam penghuni rumah pun tido situ gak. Cuma nasib aku ni , mmg kureng, makanya aku ditakdirkan as sebab pasu tu pecah.

Ok r fine. kalau kita nak bangaukan orang, nak bangaukan benda selain diri sendiri, memang la sampai bila pun tak habes. Aku takde r terkesan sangat walau mama hangin habes, tak pernah aku tengok mama sedasyat harini marah dia. Sampai mama haramkan sapae2 nak tido kat sofa tu lagi. Fuhh..HARAM seh..meaning sape yang tido, aku rasa bleh jadi anak derhaka. sebab langgar perintah 'haram'. Menyeramkan bukan?

So aku amik positif la benda yang berlaku hari ni. Memang la tak dapat nak dielakkan. Tapi kalau nak salahkan takdir tu ak rasa sangat tak patut. Terimalah as takdir. Tapi manusia ni memang betol r. kalau dah hangin tu memang tak ingat dunia, lagi2 si makhluk bertanduk tu jolokkan biar api lagi besar. Kalau nak reflek kat diri, aku tak rase tu salah aku. Dah takdir. Siapakah yang menggerakkan kaki ni utk tidur di situ? Dan siapakah jua yang mengizinkan benda tu untuk berlaku? Segala-galanya dari Dia jugak. Aku hanya mampu ucap..innalillah..n mungkinla lepas ni, sebelum tidur tu, baca2lah. Semalam mungkin as sebab kelemahan diri sendiri, tak de baca apa2, men belasah je landing, makanya ada sedikit gangguan. Semalam kat hotel pun ada terdetik nak baca surah Al-Mulk sblum tido.Tapi tak buat. Berat betul nak lawan nafsu yang satu ni. Lgi2 lps ramadhan. Ya Allah, arena gelanggang melawan 2 makhluk bertambah dasyat lepas ni. Satu makhluk bertanduk, lagi satu kuncu dia yang memang dah ade sejak dari azali. Dah la masa Ramadhan, agak tak berapa seronok, sebab lama tak boleh solat. Asal 'cuti' je itulah ujian terbesar buat diri ni, sebab susah nak kekalkan amalan yang selalu buat. Seakan semuanya turut cuti bersama. Ya Allah..

Terasa payah jugek nak menjaga hati dan iman ni. Semalam masa, dekat R&R Ayer Keroh ke ape, tetiba ada sorang teruna nih, pandang aku sekilas. Mata bertembung lebih dari 3 saat. Tajam betul pandangan mata dia. Yang aku pulak terus tertunduk. Giler betol nak main mata. Dari mata turun ke hati. Dah lama rasanya tak terkena macam tu. Fuhh, menggoda. Astaghfirullah. Lenkali, mata jangan melilau. Tapi yang pelik, masa tu tengah makan, entah macamana dia lalu, lepas tu bertembung mata dengan aku. Ah xkisah la. tak penting pun.Cuma dah lama tak ditenung sebegitu rupa. Dulu2 pernah jugak terkena.

Hmm baru kelmarin aku baca pasal perintah menjaga n memelihara pandangan. Baik lelaki n perempuan. Haram hukumnya memandang perkara2 yang diharamkan utk lihat. Betul r, aku rase, padah kalau kita buat jugak, i mean tak jaga pandangan mata, padahnya bila time nak solat. Ya Allah..masa tu, Allah je tau ape dalam pikiran kita, punyer la payahnye nak khusyuk . Lima minit, macam2 dah teringat n siap keliling dunia lagi. Sungguh. Aku rasa bila pandangan mata lebih terjaga, lagi mudah fikiran nak terkawal dan hati pun takde la membuas atau liar fikir benda yang bukan2 n tak sepatut difikirkan. Maka, semuanya ni perlukan mujahadah, nak lawan, nak jaga, bukan senang. Tapi kalau dapat buat, kemanisan iman tu..fuhh..tak terasa nilai dia. Kemanisan iman tu, bila kita buat kita tak terasa berat, bila tak buat terasa something missing.

Lagi satu, hari yang lawat kubur tu, boleh la terasa insaf sekejap. Lepas tu, aku terfikir macamana ye kehidupan ni kita nak balancekan? maksud aku, dalam kita ingat mati, macamana jugak kita nak fikirkan hal dunia? Kadang2 entahla, aku selalu terfikir mati. Lepas tu, terfikir, apakah yang aku buat ni seiring ke dengan tuntutan islam? Apakah yang aku buat ni, bagi manfaat bila aku mati? Bila terfikir macam tu, buat diri ni rasa lebih berhati-hati n lebih berjaga2.

Ada aku baca, adab bercakap dalam Majalah i, dia tulis situ, ada hadis nabi;
Barangsiapa beriman kepada Hari kemudian, hendaklah dia berkata perkara yang baik atau memilih banyakkan diam.

Bila aku baca, terasa macam, kadang2 aku ni banyak jugak cakap, merapu2..same la mcm blog ni. ish2, dah terkena batang hidung sendiri. Cakap benda yang baik, nabi pesan, atau diam. Okla, lepas ni posting benda yang baik2 je. but somehow, aku tetap nak tules diari gak, sebab aku rasa, perjalanan hidup ni, macam2 yang berlaku n macam2 benda yang boleh diambil iktibar n pengajaran. Kalau tak tules, benda tu pun berlalu je n takkan kembali. tapi consider jugak masa. Masa yang diguna utk menulis tu pun takkan kembali. Oh makanya akan berbalik kepada PRIORITI dn keutamaan.BIla sebut pasal prioriti ni, baru je abah pesan semalam, when we have goal, we will have priority. When we doing something, we will look to our priority which then lead something related to our goal.

Hmm..Goal ek? ak terfikir dah macam2...
banyak goal aku.
Goal aku buat jangka pendek, nak power english > sbb nak explain more about islam
Goal dalam satu tahun, nak fly > goal besar > nak sebarkan islam ke serata dunia, which begin with canada, toronto

kalau disusun ikut hierarki;
sebarkan islam
^
utk dpt fly
^
kena study, siapkan assignment on time, dapat markah bagus2 , tunjukkan org islam tu hebat, lagi bagus ada cita2 nak jadi top student supaya dapat buktikan islam is the best

so, anything to do, something that should be related to the goal. n the goal, lastly yang ada sangkut paut dengan akhirat. Goal utk akhirat, of course nak masuk Syurga Firdaus. Dalam nak masuk syurga, perilaku semua kenala, amalan2 ahli syurga. Goal dalam hidup, at last is MATI. jadi anything to do, mesti related dgn apa yang boleh bagi manfaat sesudah mati. 3 benda je. ilmu manfaat, sedekah, anak soleh. Goal nak sebarkan ilmu manfaat, tu ada macam2 cara, antara letak post2 yang bermanfaat kat blog, publish artikel, ajar orang ngaji ke..apa2 r as long as ilmu. sedekah tu, kalau dijadikan goal, kena ada bajet n planner, sekian2 duit khas utk sedekah masjid2..seposen pun jadi r, as long sedekah, tapi kena plan. Anak pulak, camne la nak ade kalau tak kawin. So goal utk jangka masa akan datang is prepare to get married. n camne anak tu nak jadi soleh kalau sendiri tak soleh dulu. Nak tunggu or dapat yang soleh pun, kena sepadan la dengan diri.Jadi, goal nak dapat or nak ada anak yang soleh, is diri sendiri kena tegakkan value2 islam. Nak jadikan anak tu soleh, perlukan ilmu. dan Goal kita, nakkan ilmu2 islam, juga perlukan masa dan itulah cabarannya. Antara ilmu dunia n akhirat. Hmm..bila di listkan, macam2 betul benda yang nak buat dalam hidup ni. Sebab tu la tak boleh buang masa!!! aiyoo..

Pilihlah antara dua, nak tulis ke atau buat benda lain yang mungkin lebih berfaedah. Hmm..kalau begitu, jawapan sendiri dah tau. Ok la. insaf2. Cuma post hari ini, luahan hati jek.Aku pun takde terfikir masa mula2 tadi nak tules ke tak, sebab dari hati rasa berat tak terkira, mahu saja dilepaskan rasa hati ini, tapi tak tau pada siapa. Makanya 'diaring' is the best one. Sebab aku bebas nak lepaskan segala rasa. Takyah risau kot ade orang terasa hati ke ape. But ak rase, mama takkan tau blog aku. So selamat la sikit.

okla, stop here. Banyak benda nak buat. Dear Diary come again later. Wassalam.

Khamis, Oktober 2

Siapa kawin dulu?

Dekat lif tadi, masa tunggu lif, mama tanya dekat yai

"Abah agak-agak, lepas Adni siapa kawin dulu?"

Semua tak menjawab.Yai pun macam tak de terjawab.
Anyah kata,
"kak yang..!"

Kak yang pulak sahut,
" eh..Iman!!...iman kan ramai kawan.."

Atih jawab,
"eh..ape pulakk..abang r.."

Mama pun kata,
" entah-entah ada yang langkah bendul. Kot2, adik Qu.."

aku hanya jawab, "Aamiin..." sambil tersengih2..

~Pagi Raya kedua~

Misi Perjuangan

Aku mahu sebarkan islam ke serata dunia
mahu SEBARKAN KEBENARAN

tapi bagaimana? andai diri tidak benar-benar teguh meyakini

orang mukmin tak boleh lembik

apa perjuangan kita?
misi perjuangan kita nak sebarkan islam ke serata dunia
sebarkan kebenaran
misi perjuangan kita,
nak tegakkan islam dalam diri, supaya
akan tertegak islam tu di muka bumi
jadi apa kita perlu buat?
berjuanglah mengekkan islam dalam diri
perangilah hawa nafsu
ikutilah perintah dan suruhan agama
beriman dengan sebenar-benar beriman
bukan beriman atau mengikut agama separuh-separuh
Pertahankan maruah agama
Pertahankan diri dengan nilai islam

ilham menjelma di pagi hari..
~hari raya kedua~
3:33PM

Jaga Pandangan


Tafsir Ibn Katsir

Perintah berkahwin
Annur 32-34

Dan nikahilah orang-orang yang sendirian antara kamu" merupakan perintah kawin. Segolongan ulama ada berpendapat bahawa ayat ini mewajibkan menikah kepada siapa yang sanggup melakukannya. Mereka berhujah dengan makna lahiriah hadis Nabi saw berikut

"Hai para pemuda barangsiapa di antara kamu sanggup berumah tangga, maka kahwinlah kerana perkahwinan itu dapat menjaga gejolak pandangan mata dan memelihara kemaluan. Barangiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa merupakan perisai baginya.

Diriwayatkan dari al-Laits, dari Abu Hurairah , dia berkata, Rasulullah saw bersabda

Perintah Allah
- menjaga / menahan pandangan

Dan katakanlah kepada laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya., Yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan (annur;30)

Ini perintah Alah Taala bagi kaum mukmin agar menahan pandangan dari perkara yang diharamkan Allah. Oran mukmin tidak boleh melihatnya kecuali kerana tidak sengaja. Jika melihatnya secra tidak sengaja, hendaklah dia memalingjan penglihatanna dengan cepat.

Sebahagian ulamak salaf berkata, "Pandangan merupakan panah yang menembus ke hati. kerana itu, Allah menyuruh agar memelihara kemaluan, sebagaimana Dia pun menyuruh menjaga padangan yang merupakan pemicu untuk berbuat sesuatu yang tidak baik.

Pemeliharaan kemaluan itu kadang2kadang dengan memeliharanya dari perbuatan zina, sebagaimana firman Allah, "dan orang-orang yang memelihara kemaluannya" dan kadang-kadang dengan memelihara pandagann agar tidak melihat kemaluan, sebagaimana dikemukakan dalam hadis yag terdapat dalam Musnad Ahmad dan kitab sunan,
"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau bdak perempuanmu" (HR Ahmad)

"Yang demikian itu adalah lebih baik bagi mereka" yakni lebih suci bagi kalbu mereka dan lebih murni bagi pelaksanaan agamanya.Dikatakan, "Barangsiaa yang memelihara pandangannya, maka Allah akan memberinya cahaya dalam mata hatinya" Sesungguhnya Allah Maha Mengetahu apa yang mereka lakukan.

Ada tiga golongan orang yang menjadi keharusan Allah untuk membantu mereka; orang-orang yang menikah demi memelihara kesucian diri, budak yang hendak membayar untuk memerdekakan dirinya dan orang yang berperang di jalan Allah.

Rabu, Oktober 1

Perintah Berkahwin!



ini aku petik dari buku kat rak buku yai kat spore..tajuk buku tu, Kunci Syurga yang Terbuang. Ada cerita pasal kawin. Lepas baca, terasa macam nak kawin cepat jek!! Sebab kalau perempuan lalu ke syurga tu macam lagi mudah. Jaga solat, puasa, taat suami, (n suami tu redho dgn kite) lepas tu dah bleh lepas..InsyaALLah la. bila pk2 betol gak. kite tak tau kite mati bile kan..kot ye kalau mati muda, aku harap mati dalam keadaan bersuami..Hmm..tapi realiti sekarang ni, menyulitkan bagi remaja khususnya nak berkawin . padahal anjuran agama tu sangatlah menggalakkan. Adat tu menyulitkan. Kenduri kawin sume tu, belanja beribu2..mane la mampu. patut r org laki pk 2-3 kali nak kawin ke x..itulah masalah masyarakat sekarang yang kadang2 jahil. Dalam agama, kawin tu la penyelesai masalah. kalau kawin, selesailah masalah2 sosial semua, sebab fitrah manusiawi memangla mahukan perhatian dari jantina yang berlawanan jenis. Wallahu'alam. nak cakap bnyk pun ape kan daya kan..k r..here the post,

Masyarakat yang gemilang bermula dari rumah tangga yang bahagia dan sejahtera. Jadi, kalau nak bentuk masyarakat, semua bermula dari keluarga dan keluarga bermula dari kehidupan suami isteri yang bahagia maka seterusnya akan terbinalah generasi madani.

Apabila usia seseorang meningkat dewasa atau REMAJA, dia akan mempunyai keperluan baru aygnt idak dapat dipenuhi oleh ibu bapanya lagi. Dia memerlukan manusia lain iaitu manusia yang berada di luar rumah tanga orang tuanya. Dia memerlukan cinta kasih yang dapat menjamin utnuk menjauhkan dia dari kesepian yang sangat ditakutinya.

Kekurangan cinta kasih akan menyebabkan seseorang remaja itu merasa sepi serta geliasah dan menyebabkan ia menjadi tidak tenteram, sehingga kadangkala membuatkan dia melepak kesana kemari dan bergaul bebas. Bergaul bebas kerana mahu memenuhi kepuasan hati.

Bagi manusia remaja yang sudah samapi dewasa ia memerlukan teman hidup dan ia harus mencari seseorang yang dirasakan dapat memenuhi keperluan hidupnya, maka ia hars membangun suatu rumah tangga yang harus melalui satu ikatan yang dinamakan perkahwinan, kerana dengan nikah , akan menjamin pemuasan keperluannya. Keperluan manusia kepada orang yang berlainan jenis itu satu fitrah dan dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang ertinya:
" Dan Di antara kebesaran Allah ialah Ia ciptakan isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung meresa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antara mu rasa kasih dan sayang , sesunguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran AllArRng mahu BERFIKIR." - Ar-Rum;21

Dari Firman Allah, jelaslah bahawa keperluan hidup, jauh dari kesepian, persahabatan, cinta kasih yang kukuh hanya akan diperoleh dalam perkahwinan yang telah diatur oleh Allah swt sendiri. Firman Allahin ditegaskan pula oleh Hadis Nabi tentang kebenaran dan janji dari firman Allah tersebut dengan sabdanya :

"Wahai pemuda, barangsiapa Di antara kamu yang sudah sanggup untuk kahwin, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu lebih merendahkan pandanganmu dan memelihara kehormatanmu. Barangsiapa yang tidak sanggup kahwin, maka berpuasalah kerana puasa itu akan menurunkan keinginan syahwat" ( HR. Bukhari dan Muslim)

Begitu kerasnya anjuran kahwin ini sehingga dalam hadis yang lain Rasulullah mengancam bagi mereka yang tidak mahu kawin, sebagaimana sabda Baginda yang mafhumnya
"Nikah itu adalah sunnahku, dan barangsiapa yang tidak melakukan sunnahku, bukanlah ia dari golonganku dan berkahwinlah kamu kerana aku akan merasa bangga dengan ramainya kamu pada hari Kiamat"

Dalam hadis yang lain pula diceritakan:

"Uhuf datang kepada Rasulullah , dia belum mahu berkahwin padahal telah mampu, lalu Nabi bertanya kepadanya. "Apakah engkau telah beristeri wahai Ukaf? Jawabnya , 'belum'. Sabda Baginda, "tidakkah engkau mempunyai budak perempuan?". Jawabnya, 'tidak'. Sabdanya lagi, "Bukankah engkau sihat dan mampu?" Jawabnya, 'ya, Alhamdulillah". Lalu Nabi bersabda. Kalau begitu engkau termasuk teman setia syaitan. Kerana engkau mengkin termasuk pendeta Nasrani, oleh kerana itu bererti engkau termasuk dalam golongan mereka. atau mungkin engkau termasuk golongan kami, sehingga kerana itu hendaklah engkau berbuat seperti yang menjadi kebiasaan kami. kerana kebiasaan kami adalah beristeri. Orang yang paling durhaka di antara kamu ialah orang yang membujang, orang yang paling hina di antara kamu ialah para bujangan. Sebab itu sungguh celakalah kamu wahai Ukuf, oleh kerana itu berkahwinlah! Lalu Ukuf berkata, 'Wahai Rasulullah, aku tidak akan mahu kahwin sebelum engkau yang mengahwinkan aku dengan orang yang engkau sukai". Lalu Rasulullah bersabda, "Kalau begitu aku kahwinkan engkau dengan namaALlah dan dengan berkah-Nya kepada Kultsum al-Humairi, seorang wanita yang berbudi mulia". (HR. Ibn Atsir dan Ibn MAjah)


Dari ungkapan-ungkapan hadis di atas, jelaslah hanya Islam satu-satunya agama yang menggalakkan serta memberi motivas kepada setiap individu muslim supaya berumah tangga.( berkahwin). Sedangkan agama-agama lain malah memuji hidup secara membujang. misalnya agama Buddha menganggap bahawa orang yang sci ialah orang yang tidak mahu beristeri, begitu juga dalam agama Nasrani. Namun dalam Agama Islam, yang tercela itu ialah orang yang tidak mahu beristeri, berumah tangga. Jadi kalau sudah waktunya kita berumah tangga, tapi masih lagi menunda-nunda dengan alasan ini dan itu, lalu kita mati, maka keadaan kita adalah termasuk dalam golongan seburuk-buruk orang mukmin yang mati.

Kalau tak mahu kawin saja dilaknat oleh Allah, maka lebih-lebih lagi bagi yang mengekang dan mengharamkannya. JIka seseorang menyalhi fitrahnya iaitu menikah , mereka akan menemui akibat-akibatnya, Diantara nya tidak seimbang rohani dan jasmani. Misalnya menurut fitrahnya manusia itu memerlukan makanan. maka kalau tidak mahu makan beerti ia membiarkan dirinya dalam kebinasaan. Demikian juga halnya dengan kahwin, yang merupakan fitrah manusia untuk melakukannya. Jika hal ini tidak dilakukan maka akan terjadilah gangguan-gangguan seperti
1. Tidak ada keseimbangan untuk melangkah kepada sesuatu yang seharusnya dikerjakan.
2. akan lebih mengutamakan diri sendiri atau egois.
3. Lari dari tanggungjawab.

Anjuran bukan halangan.

Di kalangan mahasiswa beranggapan, bahawa berumah tangga adalah merupakan hantu yang menakutkan sehingga mereka tidak mahu menikah sebelum selesai kuliahnya, Lebih baik melanggar syariat islam (spt berpacar) daripada gagal dalam kuliahnya.

Mereka beranggapan bahawa berumah tanga itu adalah merupakan beban yang sangat berat sehingga memerlukan persiapan yang cukup besar ibaran orang yang membangun gedung raksasa. Dikran semacam ini adalah fkiran jahiliyan dan fikiran sesat. fikiran orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. Kalau kitapun berfikiran seperti ini, beerti kita telah termasuk dke dalam golongan orang2 yang kufur dan orang-orang yang JAHIL. oleh kerana itu, untuk membangkitkan semangat supaya para pemuda tidak takut beristeri dan tidak mempunyai bayangan-bayangan yang menakutkan maka Rasulullah dalam sebuah hadisnya bersabda yang ertinya :

"Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu:.
(HR At-Thusiy)



Imam Malik berpesan : "sekiranya saya akan mati beberapa saat lagi, sedangkan isteri saya sudah meninggal dunia, maka akan saya segera bernikah"
kerana apakah imam Malik berpendapat demikian? kerana dia takut bertemu dengan Allah dalam keadaan membujang. Jadi kita tidak perlu menunda-nunda perkahwinan lagi. Demikianlah rasa takut para ulamak dahulu kepada Allah, takut kalau mereka mati dalam keadaan membujang.

Lawatan ke Pusara kiyai Shukor..


Bagaimana pengakhiran kita?

Iza matal insanu n qoto'a amalu illa min salasin; sodaqotin jariah, au 'ilmin yuntafaubih au waladin yad'u solih

Apabila matinya anak adam itu akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara,
1- sedekah jariah
2-ilmu yang bermanfaat
3-anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya

Hari ni hari raya. Hari kegembiraan, hari kemenangan buat semua umat Islam setelah berpuasa, berperang melawan hawa nafsu, lapar dahaga yang membentuk asas taqwa.

Aku bukan mahu berkhutbah, atau berskrip ceramah, tapi sekadar bingkisan rasa di hari fitrah. Pada waktu ini, aku kat Spore, masa menunjukkan 5.53 petang. Baru je lepas ziarah kubur kiyai shukor - tok guru abah- tapi alangkah sayangnya, pusara kiyai tak kami ketemui. Rasa-rasa aku, kali terakhir ziarah pusara kiyai masa aku umur sekolah rendah. Tak ingat sangat berapa tahun, tapi pastinya masih ingat di fikiran, itulah kali terakhir yang lepas tu, dah tak ziarah dah. Sebenarnya aku ternanti-nanti jugak, bila nak ziarah kubur kiyai, tapi biasanya bila soalan diaju, kadang2 tiada respon. Maklumlah budak lagi masa tu, mungkin mereka mengandaikan aku tak faham situasi.

Amalan ziarah kubur di pagi hari lebaran, kurasakan sangat signifikan dan pentingnya untuk dijadikan amalan dan tradisi serta budaya masyarakat islam khususnya. (skemanya!!...k2..sempoii sket pas nih)...

hmm nk cakap ni r, stretto the point.
tadi kitorang gi la tanah perkuburan kat spore nih. abah dh tekad nak pegi jugak, walau lambat smpai rumah nyai nanti, abah kata xpe.Sebab dalam perjalanan, nyai ada call da smp mana soalnya. Abah kata masih kat Machap. pastu abah kata nanti kita pergi ziarah kubur kiyai dulu. Atih, kak yang bersuara, "Eh, takpe ke, nanti sampai lambat.. diorang semua tunggu2..?"

" eh. kita bukan ada janji apa2. kita tak janji apa2. kita berjalan independent. Kita prioriti lain. Kan tadi ust. hafiz dalam khutbah dia ada sebut, kena ziarah kubur para ulamak, latih anak, bawak pergi kubur.." kata Abah.

Aku hanya mendengar. Bagus. Dah lama aku tunggu. Bukan selalu ziarah kubur. Ingat kita senang-senang ke nak pergi kubur, kalau xde hal atau xde tujuan, atau kubur tu pun bukan sedara mara..atau mereka yang terpenting la, cth nenek, datuk ke. Kalau bukan hari raya, bila lagi masa dia? Tak kisahlah. y aku nk cakap pengalaman ziarah kubur ni.
Hmm..
bila melangkah masuk tanah perkuburan kat sini, tanah da lapang, luas sangat2. dan banyak sangat lorong, macam bertaman2. kalau rumah aku Jalan Permata 9, ha kat situ, dia macam tu r , ada permata, 1, peramata 2 n so on..tapi dia guna blok. n nama spec. ak tak amik endah sgt, nama lorong tu. Macam-macam jenis kubur jumpa. ada sesetengah kubur tu bau dia wangi..ye la sebab org letak bunga. Aku tengok, ada je gerai-gerai yang jual kubur. Ye la, pandai dorang buat bisnes. Kompem2 org gi kubur masa raya, peak time, masa tu la jual bunga. Bagus punye strategi marketting.9p

Masa cari-cari, banyak sangat kubur. Kubur kiyai katanya no. 564. yang kitorang lalu mula2 tu, 1000 lebey. bila melangkahh, bibir tak lepas mengucap "assalamu'alaika ya ahli kubur.."

aku hanya berjalan dengan tundukkan pandangan. sebab yang aku tau, tak berapa digalakkan tengok tulisan atau baca batu nisan, nanti boleh cepat lupa ingatan. Mungkinlah, ada logiknya. sebab ingat benda mati, nanti otak mati. nama2 kat situ sume kan dah mati. Hmm..macam2 jenis dan rupa kubur ada. ada yang banyak rumput, ada yang dah tumbuh pokok, ada yang berpasir je, ada yang mcm langsung tak diselenggara. ada yang kubur macam dihias2..mcm2 ada. A

Dalam masa cari2 tu, kitorang ni bukan jenis mulut diam sangat.Bersuara gak la kat kawasan perkuburan yang patutnye senyap2 la kan...

Kak yang la ada bersuara dulu, masa tu aku dah kat depan dah, tapi boleh lagi dengar suara dia.
"Eh anyah, nanti i nak kubur sebelah u la.."
"u ni.."

Lepas tu kitorang pegi cari kat taman sebelah. sebab kat situ sume dah 1000 lebey.

AKu pun cakap r kat kak yang..
" Hmm..nanti kubur i u datang la selalu tau!"

Kak yang kata,
"mana la tau sape mati dulu.."

"ye ar, sebab tu r, i pesan siap2.."

Hmm..aku pun tak tau, camne la boleh cakap pasal mati, tu mcm benda yang sangat biasa. mmg pun, mati tu kan pasti! aku pun ada terfikir, betapa pentingnya mempersiapkan diri, bagila wasiat banyak kat orang, pesanan-pesanan terakhir sebelum terlambat. Kalau 2-3 hari sebelum ni, aku selalu jugak fikir pasal mati. Kadang-kadang aku terfikir, n benda ni bermain dalam fikiran. Penting untuk ingat mati. Bukan fikir je, tapi insaf dan mulakan tindakan. Tak guna fikir mati, kemudian tak memberi kesan, dan biarkan penghayatan yang baru mula menjengah tu berlalu saja. Aku cukup terasa, nak constant ingat mati, bukanlah senang, alih2 lepas balik ziarah kubur, lagu raya berkumandang dengan sangat meriahnya la. Alahai. Tapi aku selalu ingat, mati tu, kalau menjemput aku, apakah aku sudah bersedia? Lantas kenapa membiarkan diri ini lalai dan terleka dengan hiburan duniawi. Mati tu sungguh pasti. Buktinya, berapa banyak kubur sekarang, makin bertambah-tambah. Dan aku telah menyaksikan penamatan seorang insan yang la tak jauh dari usiaku, penamatan hidup yang ku kira baik. Sekarang ni, macamana nak make sure, aku boleh dapat husnul khotimah tu, kalau tiada usaha dari sekarang? Terasa macam nak kumpul je cerita-cerita orang yang mati husnul khotimah ni. nak bukukan kisah hidup, n amalan y dorang amalkan.

Menyingkap hari ni, perlu disedar hari kita patut syukur nikmat.
Tadi ust. hafiz ada khutbah, sempurna islam tu

Sebelum balik pun, kak yang ada cakap macam tu kat aku,
" ha nanti kubur i sebelah anyah, kubur u sebelah i.."

Aku jawab,
"Ah ..tak nak2..tak nak kubur sebelah u. buat ape? nak kubur sebelah abah."

"A'ahla. nanti boleh la nak dapat syafaat k.."( lebey kurg r dialog dia .. not exact like the real. )


okla dah sampai bedok. rumah nyai yai. Gotta go. 6:22pm.

( menulis dalam perjalanan dengan notebook pinky yang dah crack. huhu.bila la nk g baiki nih!)

Syahdu di malam raya

Aku tak tau nak buat apa masa ni.
Nak mengadap keje, assignment terasa tak kena pulak. Alih2..turun bawah..n terdengar abang takbir dalam bilik mama. Aku mula nak ambik hp dalam bilik tu. Ingat nak wish la sape selamat hari raya, sebab asyik dapat, tapi aku tak wish sangat kat org. Hmm..alih2, terlekat dalam bilik. Abang duduk sorang dalam bilik tu, takbir dengan sekhusyuknya. Aku pun alang-alang duduk je la kat situ jap. Sedap pulak dengar dia takbir. Lepas habis dia takbir, dia baca Quran. Alunan yang mendamaikan jiwa. Dah lama betul aku tak baca kalam suci tu. Sungguh kerdil dan rindu terasa. Termenung sejenak. Aku pandang je abang, dari belakang. Yup. Dia seorang lelaki. Baru kejap tadi, tersentuh pasal sesuatu dan aku pun, terfikir apakah yang aku dambakan selama ni, aku dah jadi macam apa y didamba? Tinggi benar cita-citamu. Namun layakkah aku? Lihat saja, amalanmu, berapa banyak kali Quran tu dibaca, ditelek maknanya? Amat sedikit bilangan waktu yang diluangkan. Tengok pula peribadi..

Jangan tertipu !
Jangan tertipu kalau engkau mungkin dipuji orang
disanjung, dihormati, dan dilabel dengan macam2, titte kebaikan.
Jangan tertipu merasakan dirimu sudah baik
Engkau denganNya belum tentu lagi.

Lihat saja firman Allah. Allah itu tak memandang, rupa atau apa saja, tapi Allah hanya memandang taqwa. Dan berapa banyak amalan pun tiada guna tanpa ikhlas yang mengiringi.

Apakah dirimu sudah terasa mulia?
Bandingkan dirimu dengan Sumayyah?
Apakah kau ingat,
solatmu, puasamu, zikirmu, hajimu, itu menjadikan kau lebih mulia dari Sumayyah?
Lihat saja dirinya
Quran belum lagi habis diturunkan
Namun dia sudah dijanjikan syurga
Martabatnya lebih mulia berbanding yang lain

Apakah yang ada pada diri Sumayyah?
Cuba kita singkap kembali, Dia hanya menegakkan kalimah suci, kalimah Yang Maha Esa. LAILAHAILLAH. Tiada TUhan Melainkan Allah..Muhammad itu Pesuruh Allah.

Sungguh signifikannya menegakkan kalimah itu,
sampaikan Allah menjanjikan syurga bagi mereka yang mempertahankan dan menegakkan kalimah suci itu.


Maha Suci Allah yang tidak layak dipersembahkan tasbih kecuali hanya bagi-Nya.

1:36AM