Ahad, Julai 27

Salah ke???

Aku dapat rasakan. bilamana aku pakai tudung labuh dengan pakai pakaian yng kasual mcm kain dgn blaus n tudung yang memadai cover, aku dapat rasa kelainan. Lain rasa dia.
Bila aku pakai tudung labuh dgn jubah, aku rasa lebih kehambaan. Lebih tawaduk. Perasaan yang tak nak menarik perhatian kaum rijal. Tapi dalam masa yang sama, rasa mahu jaga kehormatan diri..

Kehormatan...

Salah ke nak berniqab?
Salah ke kalau aku nak lebih jaga kehormatan?
Salah ke kalau aku nak diriku hanya layak dipandang oleh seorang lelaki yang bernama suami?
Salah ke kalau aku nak jaga kehormatan aku untuk suami?
Salah ke kalau aku nak ikut sunnah para isteri nabi, ummul mukminin?
Salah ke???!!!!!

Yup. BEtul, mmg tak wajib. Tapi nak buat sunnah, salah ke?

Perlukah aku peduli atau takut, " nanti mad'u lari. orang lari. orang cabut. tak nak dekat."

Perlukah aku gusar andai aku yakin, ini sunnah. Inilah yang sangat dituntut dan digalak walau tidak WAJIB.

Salah ke nak buat? DOSA ke????

Hati aku memberontak. Hati aku membentak. KEnapa???? Kenapa????

Perlukah mengikut sunnah mengikut suasana dan tempat??
Aku tak tau.
Bukanke nabi ada bersabda, barang siapa yang mengikut berpegang sunnahku dan al-Quran, maka dia tidak akan sesat selama-lamanya.


Salah ke???
" Ada kala, bila kita buat, mungkin iman kita bertambah mungkin bleh buat iman kita berkurang. Berkurang bilamana kita akan dihina atau dipandang rendah. Bila kita buat, iman kita bertambah, dan kita dipandang tinggi..

hina sangat ke kalau buat?? kalau ak buat, bleh sampai buat imej islam tercemar ke??

ntah r ..aku rasa non-muslim tu bukan faham dgn agama kita. dia tgk apa yang kita buat. hmm..mungkin la kot, dorang pikir islam koservatif..minda tertutup.. tapi yang buat Islam tu tertutup sbb penganut dier jugak kan..?

apa kata kalau orang Islam tu jadi orang yang hebat dalam masa yang sama, punya kehormatan diri.

hebat dari segi sahsiah, peribadi, kepimpinan, pastu ilmu luas..

Kenapa orang fikir kita minda tertutup?
Sebab kita selalu terkebelakang, tak maju ke depan.

Persepi minda masyarakat sekarang perlu diubah.
Penerimaan orang terhadap kita tak lah sepenting mana kalau nak diikutkan.
Penting sangat ke pandangan orang terhadap diri kita?

hmm..imej kita melambangkan Islam. Tapi apa yang kita buat tu lagi penting.
AKu pun tak tau nak jelas tang mana lagi..pikiran pun serabut kadang2..
huhu...
cuma..

apa salahnye?
aku mmg suke question " ape salahnye??" Salah ke? Dosa ke?

Aku suka nak quote ayah azali, budak 21A yg aku baca kat paper..ayah dier bg semangat kat dier.." kalau selagi tak dosa, buatlah n teruskan..lantaklah orang nak kata apa..""

huhu..so now, i dont see any wrong..
i dont see any harm..
kalau aku pakai pun, aku ada rosakkan sape2 ke? aku ada harm spe2 ke? huhu...

ntah r..emo plak! ish3...nak buat benda baik pun ssh sgt ke ha>??

aku tau r..aku bukanlah gadis yang sangatlah sopan tutur kata dier. aku tau bahasa aku ni ganas kadang2 agresif, kadang2 kasaq..tapi inila diri aku. aku tengah cuba nak belajar lemah lembut sbb Rasulullah s.a.w. tu kan seorang yang lemah lembut. Aku tau sume tu, tapi buat masa ni, inilah diri aku. aku punya pendirian dalam hidup. Aku tak suke hidup tak de pendirian. AKu tak suke bilamana aku tak dapat pegang dengan teguh apa yang aku faham , apa yang aku yakin, apa yang aku percaya.

Aku yakin, pakaian tu bukan saja menjadi cerminan atau lambang sebuah jiwa, tapi dia mendidik sifat kehambaan secara langsung atau tak. Percaya atau tak, pakaian tu sendiri secara automatik mendidik diri bersifat hamba, rendah diri, jangan bermegah, tak perlu nak menunjuk, singkirkan segala hubbun dunia. Singkirkan cinta dunia, dan cintakan kematian..

Kematian tu pasti!

Apalah erti dunia ini, yang nikmat hanyalah sementara.
Apalah erti dunia ini, andai segalanya akan berakhir tak lama lagi..


Kenapa aku nak pakai sangat???

KEnapa??

AKu pun tak tau la!!! Terasa nak pakai. Terasa hati ni macam dijentik2 je! Terasa ntahla....terasa nak sangat2!!! Ahhhh...

Haritu, aku seakan tercabar. Minggu lepas, minggu mencabar. Diduga dengan dugaan perasaan. Ntah angin apa yang melanda. PErasaan terbuai-buai seketika. Syukur tak hanyut dan tersasar. Syukur aku masih mendapat petunjuk Ilahi. Allah sayangkan aku!! KEnapa la aku tak sedar selama ni ek?? Ish3...main2 lagi ngan api..Padan muke! Merana jiwa..Itulah padah dan akibat tak ikut kata Allah..Itu citer lain. Sekarang ni, secara rasionalnya aku tengah cuba terima. Everything is over ok! Qurratul is a good gurl..you need to jaga all those thing to become a very good gurl..jadi perempuan yang mulia and terhormat. Ok! Fullstop.

Dan hujung minggu lepas, sempat berchatting dgn sorang hamba Allah ni, dok Jordan. Tetiap kali chat ngan dier, mesti dia tanya, dah berpurdah ke? Hmm..concern betul mamat sorang ni..aku mesti terasa r..huhu..dulu berapi n beriya mcm nak pakai. INgat dah pakai..ala dia adela kata something..dia kata pakaila..bahaya kalau tak pakai n simpan hajat tu lama2...Aku pun, iya2kan je la..

Da lama2 pastu, keinginan tu dah kureng sket, n fikiran aku mula meliar la..Macam2 aku pikir. ntah ape2 ntah...
Yang agak kelakar..

aku fikir " Nanti nak kawin macamana ek? Pakai purdah jugak ke?? hehe..mesti besh..mcm ninja!"

ntah ape2 laa..tapi tak de r menerawang sangat. setakat 2-3 benda je yang timbul kat benak.
Lepas tu Dr.Q plak perli2...ye la masa tu, dia baca blog aku..citer pasal niqab..terus esok hari dia tanya, " Dah beli niqab ke?" ...Cit! PErli ke ape? Cik abang, mana ada orang jual purdah tepi jalan! Tak tau ka? Biasa orang buat sendiri laa...haizz...Takpe2...dia perli aku..nak cabar ke ape..aku wat2 je la mcm tak de pape. n kata .."blum...huhu.."

Hari tu hari Ahad. Aku ingat lagi. AKu post kat blog pasal niqab, hari sabtu which means hari smlm tu r. dia pi tanya pagi tu. n petang tu, aku da nak balik kolej. Masa nak balik tu, pegi r siap tukar baju. Bila masuk bilik, haih...macam jodoh r lak..Ternampak purdah yang aku buat masa aku form 3...warna oren. GUna kain tudung librarian..ala warna yang macam tudung sekolah budak pustakawan. warna mcm oren2 peach gitu. alkisah masa tu, nape buat mcm purdah, sbb aku nak pakai dah lama da terpendam niat. Dari form 3 lagi! Tapi masa form 3 takde r kuat mana..setakat nak2 je..tak hangat mana. sbb faktor suasana n tak bnyk expose pasal purdah pun..tapi at that time, ditakdirkan masa tu ada ketika jerebu teruk sangat. n aku amik kesempatan tu, buat purdah tu la. konon penutup muka. walhal mengada nak rasa macamana pakai purdah..tapi sbb keadaan masa tu, mmg digalakkan pakai penutup muka. radio tv sume suruh. aku pun ape lagi, satu malam tu, bersungguh cari kain, kerat, n then jahit sket, letak getah.. ntah ape pesen aku pun tak tau.. belasah redah je..yang aku tau masa tu, aku nak pakai esok. tak pikir ape pun...

nak flash balik, teringat aku, pagi tu gi sekolah naik basikal. n aku pakailah bendalah tu gi sekolah masa naik basikal..hoho..agak sesak nafas gak r. rasa tak cukup oksigen! ye r..pakai bendalah tu, naik basikal. kalau aku kayuh basikal...hehe..paham2 je r..aku ni mmg jenis suke pecut. patut naik basikal dlm 8-10 minit. aku bleh buat jadi 5 minit je. macamna? pecut ferrari r..hoho..tapi tgk r..kdg2 tu aku pecut tak ingat dunia sbb aku da lambat! Ish..citer pasal basikal ni je dah meleret. teringat lak satu perisitwa..(tersimpang dari citer niqab)..ini pengajaran ar bg aku..lenkali jangan nak rushing..

Oh..insiden ni berlaku masa aku FORM 5 = tingkatan 5. tahun lepas r! hoho..aku ingat lgi. masa tu aku pakai tudung labuh y wane putih gi sekolah. naik basikal, kayuh. dengan coolnyer, aku rase takder r nak rushing sangat ke ape. tapi masa dah nak sampai sekolah tu, aku ternampak kete ayah sarah, terus aku terasa mcm nak lumba smpai dulu..otak masa tu mcm mereng r..tak betul sket...ade hati nak lumba dgn kereta. tapi mmg betul r..sbb masa tu, kete jalan mcm semut, so ade can la nak lumba sampai dulu. Aku ni mmg suka berlumba. Tapi perangai aku nak berlumba yang satu ni, mmg bleh bawak padah! nak dijadikan citer, masa aku tengah syok2 speeding, tetiba ada satu motor ni terus masuk lane, membelok and langgar aku. laju gak r dier belok masuk. Aku pun sama laju. laju sama laju ape lagi, dush! berlanggar. tapi tak berdepan2. dia mcm sipi tepi. yang teruk tu aku r. Nsib r tak terpelanting, Cuma macam jatuh basikal r.aku tak ingat r jatuh camne. tapi macam basikal tu terseret sket, n yg besh nye hempap aku..tapi tak keseluruhan basikal tu r, Fuhh..mmg sedap! MArvelous! Yg besh, aku tak cedere teruk. cuma mcm tangan luka sket. kain takde r terkoyak ke ape, tapi ak dpt rasa mcm hentakan sket..walau takde ape, tapi bila jatuh tu, kita still dapat rasa kesan dia. walau pun zahirnya, tak luka. Dalam, sape y tau? pastu, pak guard tu nampak, terus dia lari kat aku, tolong betulkan basikal. budak yang langgar tu, tak nampak muke pun! Slamber badak dier jekk..aku ingat ak dah bleh bangun masa tu, nak chow r..rupa2nye, kesan perlanggaran tu, tayar basikal aku senget allignment dier! SIyess,masa tu aku tak expect pun smp mcm tu..dasyat r gak..aku ok je. tapi basikal ak r naye..nasib baik dier tak bernyawa. Basikal tu, nak kate, dier sampai tak boleh jalan ke depan, tayar tak dapat gerak sbb dier nye allignment da lari..mmg xbleh gerak ke depan. AKu pun tak tau camne bleh jadi mcm tu..tapi itula yg terjadi. Dia da mcm senget n twist..

n then, pak guard bawak aku pergi jumpa cikgu besar sekolah tu. Ala tempat eksiden tu dkt ngan sekolah. sekolah tu sebelah sekolah aku. aku ikutkan rasa mcm nak lari je. malas nak besar2 kes. masa tu rasa nak nangis jek!!! Tapi aku ingat lagi, masa tu, aku tahan..take a deep breath..kira masa tu, deal elok2 r. budak tu form 3. bawak motor tapi takde lesen! cikgu kalau tak masa tu, da nak panggil polis da r. dia kata ini boleh report polis sbb dia tak ade lesen. tapi aku kata takpela..deal diam2 sudah. tak yah panggil parent. aku pun tak nak parent aku tau sangat. sbb aku tau, sure aku gak yg kena balik. hmm..nak kata salah aku, ntah la. itu mmg lane aku. yang dia ni masuk nak belok, patut tengok r coming car ke ape. ni tak, dier pun men masuk laju je. aku pun same laju. mmg kene r. tgk budak tu mcm baik je..innocent..n cikgu tu suruh dak tu ganti rugi basikal aku. petang tu jugak kena selesai! ok r fine.,aku pun biar kan basikal tu tersadai kat sekolah tu..chow r..pergi sekolah..

petang tu, setelkan r. bajet muka baik. konon ingat ganti..tiba2 samseng seh. bukan dier yang samseng, abang dier yang samseng. mmg betol samseng r. Aku ingat lagi, cikgu sekolah tu amik aku dari rumah, n then hantar pergi sekolah semata-mata nak amik basikal aku balik yang dikatakan 'dah ok. dah repair'. ak pun ok la. tak sangka lak cepat..bila sampai..cikgu tu biar aku setel sendiri dgn budak tu. Cikgu tu langsung tak masuk campur or kata ape..First sekali, berhadapan dengan abang budak tu. Budak tu dok tepi. pakai suar pendek tak silap. tak ingat. tapi ade something wrong r. ha..abang dier pakai rantai. which is satu benda yang aku paling anti and benci sekali. Abang dia dengan lagak n muka samseng, dok tercongok kat situ. Aku buat muka slamber, da nampak basikal aku, pergi r kat basikal. Then dia panggil, dia macam tahan.
Dia tanya,
"Berapa laju awak bawak basikal?" Garang semacam je.

Aku kata,
"ntah..biasa2 je la.."

"Kalau biasa, takkan la jadi macam ni. sampai senget terus. allignment lari..awak bawak berapa kilometer sejam? "

Aku diam je..buat muka selenga...kecut pun ade bila diagah camtu..tapi buat dono jek..

PAstu dia kata,
" Saya boleh bagi awak balik basikal awak ni, tanpa bayaran tapi dengan satu syarat, awak kena mintak maaf.."

dalam hati aku,
" ek eleh..mintak maaf je..ape ingat susah sangat ke.."

pastu aku cakap je r aku mintak maaf..aku ni mmg jenis bkn ssh nak mintak maaf. so to ask for sorry, not a big deal for me. small matter. tak terencat pun. tapi dia, dengan berlagaknya mcm ape je..aku masa tu, malas nak besar2kan hal, ala say sorry je r..lagi2 ngan samseng ni, aku tak reti r nak guna bahasa ape..lagi plak aku sorang pempuan..tak reti r aku nak menggedik2 ke ape..so benda tu setel r gak at last, rupa2 nye, abang dier sendirik yang repair. hampeh tol. siap suh aku ganti rugi motor dier! Pi gi daa..berlagak nak mamposs..

ish3..emo plak aku..

tapi aku ingat lagi, pagi tu, cikgu disiplin dier gak yang back up aku. Dia kata no matter what, budak motor tu gak yang salah. sebab mmg tu lane aku. aku mmg lane yang jalan terus n dier yang nak belok masuk lane aku. so dier la yg lagi patut tgk, ada oncoming car ke x..bukan main masuk belok je walau dah bgi signal. Kena la sabar. Make sure line clear dulu...

Ntah r..satu pengajaran r tu.. lainkali jangan rush2..terburu2 tu dari syaitan. Itula yang abah kata kat aku..huhu...terasa tuh! Amik ko..rush lagi, sekali Allah bagi rasa, apa 'nikmat'nya..

Well, apa2 pun sume ade hikmahnye..

OK r..lame plak aku merepek..nanti r, bila2 sambung ag..

To Be Continue...

22julai2008 / selasa
7.50PM


ish3...apsal r bleh meleret panjang gilerr pasal citer jatuh basikal n eksiden..

hmm..sambung citer...

and bila aku ternampak niqab yang tersangkut kat cermin and tempat gantung baju2..aku tetiba terus rasa tercabar..

siyess seh...tetiba mcm ada suara dalam hati aku " Qurratul...BERANI KA?" mcm niqab tu ckp kat aku,,," berani ke?? kalau berani cuba r pakai! "

wah...hebat! aku mmg pantang dicabar...

and aku mmg betul rasa tercabar..
hati tenggelam timbul.
tangan terasa sejuk..
Cuak nervous.. ntah ape pasal r..
aku tersenyum2 kambing sorang2...
masa tu dah nak blah dari rumah dah..nak gi taylor..
aku mundar mandir...terasa cuak plak nak pakai..benda tu dah ready dah kat leher..tinggal lagi, nak tarik jek..

and ....

scr tak semena, masa dalam kereta, aku tarik and pakai..
wahh...terasa mcm zuk...
hmm ak pun tak tau zuk tu ape..
terasa mcm..ntah..tak tau nk ckp camne..
and masa tu dlm kete jek pon..
dlm hati.." wahh...aku berjya!!"
apa rasa dier? hmm..at first, tak rasa pape sgt..rasa besh..in the same time, takut2..ye r mama kat sebelah..telinga aku tunggu je kot ade suara2 yg pelik..

tapi so far in the journey takde plak bunyi pelik2..and aku teruskan je r reading aku..bc buku " i'm gifted.."

and aku bukak bila smp kat guard house..aku risau je kang, dier tak bagi masuk lak, kalau nampak tutup muka..so aku cpt2 la tarik..tp tgk2 eleh dier tak heran pon..selamba jek dier bagi kete masuk..pastu aku tarik n tutup muka balik..tapi , dah lama pastu, masa dah nak kua kete, mama sound...tak ingat mama sound camne. tp mcm mama tak suke la..apsal tutup muka..mama kata kat aku " adik nih bukan2 keje!" ..huhu...aku senyum sipu jekk...lantak r mama nak kata ape...hati aku puas! dpt pakai kejap pun jadi r..hua3...

hishh..kalau pakai lg lama, mesti lagi besh kan..
best2 jadi ninja..

13 ulasan:

takcoollah.zuhair berkata...

huiyoo!! panjang gle cte.. cmne r aku mmpu habis kn!!

wahahah!! btw, best ape ade ninja kt taylors!! haha!!

everjihad berkata...

heh..zuhair??? hmm..zuhair taylor ke ni?

kalau zuhair taylor sorang je ak tau..if not mistaken r mase hari kbi hari ahad tu..ko r zuhair tu ek??

ish3..teringat plak ak zuhair lagi satu..perngai tak jauh rupa..rupa bleh tahan gak..haha..ade gak org name zuhair lagik..hua3..

ngeh3..tu r pasal..terasa r nak jadi ninja kat taylor..

who knows..
its my dream then! :-D

everjihad berkata...

a'ahla. baru perasan post ni tersangatlah panjang. smp bila scroll dgn mouse lebey dr 10 x baru habis post tu..hoho...

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah,

Nak buat apa yg Allah suruh ni kna degil, berani, yakin, kna ada rse "peduli apa aku". Pndangan Allah ke pndangan mnusia kita nk kna jga.. mne lbih pnting.. ahah, entri yg bgus wlupun pnjang. xpe, ade rmai yg snggup bce :)Biaq pi apa org nak ckp.. jgn korban prinsip naa.. Slmt bjuang :D

everjihad berkata...

to abu darwis>>

terima kasih atas kata perangsang..hehe..

betol tu betul!

kene 'degil' sket..kene ade perasaan " I DONT CARE".." ape aku kisah! ..hua3...nt krang yg nak kene soal jwb dlm kubur..kite gak..bkn org lain..

erm..ade gak ke y sanggup baca?

hoho..hebat la sape y sanggup bace smp habis tu ek..
siyess,msa tules n post, tak sedar pon.. men belasah jek..melampiaskan segala rasa..ngeh3...

thanx 4 comment. I wish i could do that.

tp atas nasihat sorang kakak ni, kalau betul nak buat, sucikan hati, luruskan niat, kuatkan tekad n mintak petunjuk Allah. Istikharah. Allah lebih Maha Mengetahui mana baik untuk kita.

Jolynn berkata...

Hmm... Kadang-kadang bila kita cuba berubah ke arah kebaikan, ada pula yang mula mengutuk.

Salah ke saya berbuat baik demi Allah? Salah ke saya cuba berhijrah ke arah kebaikan? Salah ke saya pakai tudung labuh segi tiga dengan stokin dan sarung tangan? Salah ke saya cuba memperjuangkan sayriat Islam? Salah ke saya cuba berdakwah?

Salah ke?

Huhu... =(

Tanpa Nama berkata...

mana ada org perli..salah tafsir...org tny jerla..

Tanpa Nama berkata...

salam..kalo ko nk pakai niqab,pakai je la.....wat ape nk kisah pandangan org lain..dh islam kata bole pakai,pakai je la..cuma yg laki je la,disarankan supaya tidak la terlampau ekstrim sangat...kalo nk pakai jubah,bole je,tapi jgn la slalu...tunjukkakn islam itu utk sume,syumul dn universal..sbg contoh,imam hassan al-banna,dia xde la nk pakai jubah tiap2 hari.beliau pon pakai yg simple2 je,atas dasar nk menunjukkan islam itu universal dn sesuai utk semua..tapi,kalo ko nk pakai niqab,pakai je...aku kat uia skang,tgh nk jaga drpd "isbal"..so,cara aku,aku lipat seluar jadi kecil kat bawah,pas2,pas2 lipat skali lg keatas..kalo ko tgk,seluar yg aku pakai 2,jd macam aku pakai seluar ngan but..mmg org tgk pelik,tapi,aku x kisah.redah je...

Tanpa Nama berkata...

salam

kamu nampaknya tak pergi kem tu kan? oh ya,selamat memakai niqob

Tanpa Nama berkata...

Hello,
I like your posts, especially when you talk about you want to become a motivator ("terima ke tak" that post).
Yes, life is not just about money, luxury, or whether you are rich or or poor.
Is just what you want to be and what you can give to the society. Can you help to develop the society by using another way? Motivator? perhaps.

Rich, can be rich in heart and soul also.

I am a social science student too, (last batch kat Taylor's College ICPU).
Nice to meet you.
And good luck for your studies in ICPU, a program which is different from the others, yet it is challenging and exciting!)
Take care.

Regards,
LEONG
http://wjleong.blogspot.com/

P/S: oh ya... missing Mr. Hanna.

Lulu berkata...

ME IMPRESS!

cik.siti berkata...

kadang-kadang saya pon terasa nak pakai jubah. niqab belum lagi.


tapi, entah la.. ada je suara-suara halus yang halang.



saya tak tahu.



haihhh..~~~

everjihad berkata...

to dr.q,

ye ke salah tafsir?? =o

to adawiyah juzailah

itu r. orang kata Islam datang dgn cara dagang. Nanti pergi pun dgn cara dagang. Siapa yg jadi orang dagang maka beruntunglah.

maksud dier, bila kita buat baik, orang pandang pelik. tapi orang yang buat benda tak baik tu, skrg xde plak org pndg pelik! ish3..dunia mmg da terbalik..=<