Selasa, Disember 6

all-out

bismilah
hamasah ini yang Engkau kurniakan, kekalkanlah.

sometimes, I don't know how it feel to be all-out. Until today and yesterday, I realized that myself did nothing and I'm so focus, masha Allah I did not distracted even a minute, I not even look at time and did not realized how many hours had gone.  I'm totally in and doing it all-out. I realized that I'm all out just after I done and satisfied with what I begin and end it.

burning desire

Put a hardwork. Put the effort. Where you not put it off aside.
I don't know why. But I did it. The feeling is awesome. The feeling of "all-out".

I'm kind of person that easily easily distracted. My mind is busy with thoughts, random ideas, and my heart sometimes full with emotions. If it is exploded, someone surely will be affected.

Anyways, the feeling of all-out only Allah knows. Alhamdulillah.

I realized how focus am I, I think of nothing other than I want to put my best effort to make it happen!

Because it is so hard to get them,
because it is so hard to make them together
because it is so hard to let them listen
because it is so hard to have them stay 'open to receive'



I knew deep in my heart, this is my big dream. I remember how long did I wrote about my imagination and this dream to him. Only Allah knows. And this is the time to perform. Doing the best, and anything I could.

The feeling of  'memang dah takde masa lain dah'. And put it as part of my priorities, it is really amazing to see how my mind and body works together without knowing how to rest

betapa aku benar-benar mahu mereka merasai sentuhan tarbiyyah iti
betapa aku benar-benar mahu mereka turut sama menyedari hakikat dan realiti hidup ini
betapa aku benar-benar mahu mereka memahami amanah yang diberi Ilahi

ya Tuhan 
bukakan pintu hati mereka 
untuk menerima hidayah-Mu. 
bukakan jalan untuk mereka 
mendekati-Mu..

- sama ada  aku berkerja keras dan berusaha sepenuh tenaga menarik mereka bersama-sama denganku berlari ke syurga atau binaan jahiliyyah mereka akan mengheret aku ke neraka..

kurniakan aku cinta-Mu yang agung 
dan juga insan yang cinta kepada-Mu

ya Allah,
kumohon keikhlasan hati,
lillahi robbi

ku mohon mereka jua sama-sama turut mengikhlaskan hati,
kerana tiada erti segala amal ini tanpa ikhlas di hati.

Rabbku hanya menerima amalan mukhlisin!



Khamis, Disember 1

of misery

bismillah.


Saat aku berjalan pulang dari kelas, aku terfikir sesuatu akan post-post lepas yang aku tulis suatu waktu dulu. Teringat kata-kataku, "the reason I wrote this is so that in the future I can look back and see how I went through the challenges"


Saban waktu, aku sedari masalahnya tak jauh beza. Dari tahun pertama, mahupun tahun ketiga. Mungkin aku belum pas-pas lagi ujian Allah kasi walau mungkin bentuk sedikit berbeza namun masih dalam nafas yang sama. Kalau lepas ujian Allah pun, akan tetap ada ujian lain sebab itulah lumrah kehidupan yang Allah dah ciptakan. 


Teringat aku akan kata-kata muallim south asian politic and society yang bunyinya lebih kurang begini, 


"If your goal to be a mother or a wife, you don't need a professional degree. If your goal to earn money, that you might want to consider to have a higher degree"


Aku pernah tulis, suatu ketika dulu,


Penting sangat ke nak ambik degree apa, major/minor apa, bidang apa? Nanti masuk kubur, bukan Allah tanya ko dulu kat dunia amik degree apa? Semua tu nanti tak berguna dah. 


Benar. Semua tu nanti memang tak memberi erti unless it is used as what and how Allah pleased. Degree apa, lulus universiti belum menjamin tiket ke syurga. Paling penting, what have you done with those knowledge and opportunity that Allah has given? Knowledge apa, pun tak sepenting dengan ada apa dengan knowledge tersebut. 


Aku berfikir jauh lagi mendalam.

Suatu masa aku keliru. Keliru dengan diri sendiri. Perlu masa untuk menghadam fikrah, mengimani sepenuh hati dan mendarah daging hingga ke urat sendi.



Baru-baru ini baru ku dapat  merasai dan memahami tempias basirah dari hamba Allah yang budiman. Berkongsi tentang matlamat hidupnya dalam jangka panjang dan jangka pendek. 


Aku kembali mahu memacu rentak.


Kerana D, aku perlu strong S. Perlu curahkan sepenuh hati, sepenuh tenaga. Kerana dengan S, biiznillah aku akan  dapat pertahankan D. Dengan peluang S, baru boleh dapat peluang D. 


Bayangkan saja pengalaman aku suatu ketika dulu, andai bukan izin Allah, tak mungkin aku berada di sini. 

dan bila memikirkan aku perlu sedaya upaya memperbaiki diri agar S tidak tercicir, agar S diambil berat, agar S tidak dicuaikan mahupun dipandang sebelah mata, maka aku menanamkan impian besar mahu mempertahankan, menyuburkan dan memperkasakan D di bumi T. membayangkan adik-adik yang bakal datang melanjutkan S selama beberapa tahun lagi. Siapa lagi yang mahu menggilap mereka?



Ummah yang mahu dibina. Fikrah yang mahu ditanam, Iman yang mahu disemai semuanya perlu dimulakan oleh seseorang. 


Teringat aku akan video trailer RIS, yang dahulu sejarahnya hanya dimulakan oleh beberapa orang graduan universiti yang mahu melihat perubahan dalam masyarakat. Lihatlah apa impaknya dan RIS kini sudah masuk tahun ke-10 dengan dihadiri puluhan ribu umat islam dari serata dunia! Tempat umat bertajmik. Masha Allah. Tercabar rasanya dengan keteguhan hati, ketabahan anak muda yang memulakan projek mereka 10 tahun dahulu. Itulah kuasa yang ada pada seorang pemuda. Andai dia benar-benar yakin, gunung pun boleh diruntuhkan!


Soal DST. Semua terangkum dalam satu. Merungkainya tidak mungkin kerana semuanya patut sebulu. Menterjemahkan ia sebagai alat, sangat perlukan pemahaman yang jernih, matlamat yang jelas.


Kadang-kadang aku risau dengan diri sendiri, apakah aku terlalu membelakangkan D? apakah aku benar aku mementingkan D? Kalau benar a believer, orang yang benar-benar beriman, seharusnya tidak berlaku penentangan.


Kadangkala keliru datang menjengah. Berundur ke belakang itu pantang terbesar bagiku. Pilihan yang ada, hanya perlu teruskan melangkah ke depan. Look backward but never walk backward.





صوت الحرية

bismillah

Dah lama aku tak mencoret sesuatu di blog usang ni. Sedar tak sedar musim salju sudah pun kunjung tiba. Apakah iman ini beku bersama dingginnya suhu? Nauzubillah.

Terbaca suatu post yang menarik tentang cinta. Di sini.

Beberapa menjak ini, aku mengalami krisis diri. Krisis identiti. Rasanya setiap tahun akan alami ujian yang sama. Bila baca balik post-post lepas, terasa macam.. 'aku ke yang tulis semua tu?' .. Hu. Kadang-kadang terasa dulu lebih hebat dari sekarang. Dilema menyinggah sanubari.

Namun semalam, membangkitkan aku dari terus lena melayan soal peribadi. Terima kasih ya Allah! Kerana 'mengetuk' pintu hatiku dari terus menerus hanyut dalam bayangan. Aku dikejutkan dengan menyaksikan realiti umat ini. Realiti dunia. Oh Tuhan, jangan kau biarkan aku buta dan pekak dari melihat dan mendengar tangisan dan jeritan mereka dalam memperjuangkan Al-Haq. Aku cukup tersentuh. Air mata basah mengalir ke pipi. Entah bila kali terakhir aku menangisi tentang umat. Entah bila kali terakhir, fikiranku sibuk memikirkan umat!

Astaghfirullahal azim. Aku hanya mampu beristighfar dan memohon ampun pada Allah agar mengampuni khilaf aku yang satu ini. Terlalu asyik dalam dunia sendiri hingga saudara sendiri yang sedang kebuluran tidak diendahkan.

"Barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil PEDULI urusan UMAT islam maka dia bukanlah dari golongan mereka" 
Dimana benar nilai islam itu mendarah daging dalam diri? Ya Tuhan..

tersentak sejenak. powerful message.



 lagu ini membuahkan harapan, mendambakan kedamaian

syabab kita ..mereka juga berjuang ..!
ayuh lurus dan rapatkan barisan!

Aku mahu menjadi sayap kanan dan kirinya. To serve the ummah. Ya Tuhan, perkenankan.



Selasa, November 8

lemah-lembut and the right thing

tidakkah kamu inginku beritahu dengan perkara yang Allah memuliakan sesuatu binaan dan perkara yang Allah meninggikan darjat? Mereka berkata: "Bahkan ya Rasulullah," Rasulullah s.a.w bersabda: "Kau bersikap lemah lembut kepada orang yang bersikap kasar terhadapmu, memaafkan orang yang menzalimimu, memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu dan menghubungkan silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturahim denganmu"
Hadis riwayat At-tabarani dan al-Bazzar

teringat jahiliyyah diri dengan orang kat rumah.sangat buruknya perangai.. Allah je tau. time to time, life will teach us to grow up and change. O Allah help me to be a better person. Ameen.

today, 2 'penyepak'.

adik berkata pada si kakak.
buat assignment dulu, then baru buat yang lain, baru betul.

kakak berkata pada si adik,
organize, organize, organize. you will be a mother one day.

"Apabila terlalu berfikir tentang masa depan, dihujungnya aku akan kembali pada masa sekarang. Masa yang ada dihadapanku. Masa yang takkan datang kembali meskipun dirayu. Untuk itu, hargai. Hargai dan lakukan yang terbaik untuk semua ini. Just go with the flow. Focus! And do your best! Remember no regrets" - A, 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah


Ahad, Oktober 23

bismillah.

hati dan perasaan. mengeluarkan isi hati, sesuatu yang tidak sukar untuk orang macam aku. harini, aku cuba slow talk dengan adik petunjuk. ternyata, ada sebab mengapa dia begitu. maafkan aku ya ukhti, andai aku terlalu 'garang'.

hati dan perasaan. dia begitu sukar sekali untuk menyatakan isi hatinya dek kerana kisah silam sewaktu kecil. sehingga kini dia masih seorang yang lebih suka berdiam, memendam rasa. padaku ada baik dan buruknya. namun, kesan buruknya lebih kurasai. aku simpati. atas khilaf ibunya barangkali dan juga tidak kunafi sifat seorang anak kecil yang belum mampu untuk matang lagi.

iktibar dan ibrah yang dapat aku kutip juga. jangan sekali-kali stop our kid from speak up. yes, nasihat. tapi jangan buat dia terbantut dari mengexpresskan apa yang dia rasa. jangan sekali-kali perkecilkan atau tak endah. kita tak tau apa kesan dan bagaimana action kita tu akan affect those people for her/his entire life.

banyak sangat mutiara pengajaran yang aku dapat hari ni. alhamdulillah 'ala kulli haal. even lately pun sangat banyak sangat hint-hint Allah, jawapan Allah pada persoalan hidupku. masha Allah.

aku memang terasa Allah sangat sangat amazing.

antara contoh,

situasi 1
time aku tengah ditimpa musibah yang  aku anggap satu anugerah, busy dengan hal urusan nak sue someone and bring him to court (for real), and busy kira hutang orang dengan aku etc, time tu aku busy jugak nak fikir apa nak prepare untuk usrah. apa hadaf nak dicapai, camne nak capai n sampaikan. befikir dan berfikir. bahan nak kena cari, tapi tak tercari lagi sebab banyak benda nak setel. nak call orang itu ini, nak singgah sana sini, ambik projector etc, ditambah lagi dengan ujian hp tertinggal rumah orang' lagilah payah nak communicate. tapi pasti ada hikmah disebaliknya, tiba-tiba time kalut-kalut tu, Allah gerakkan hati orang Jordan, kasi satu link video yang menyentuh hati. something about hidup untuk siapa.

terus like, WOW. cepatnya Allah respons. in a split second. but alhamdulillah jugak, Allah gerakkan hati untuk klik link tu. which boleh je buat tak layan. subhanallah. memang best la perasaan time tu. minggu lepas memang ada tulis dalam plan nak clarify pasal tujuan hidup dekat adik-adik since ada tersentuh pasal ayat 23:115

but then, bila time usrah, tak sentuh langsung pulak pasal hadaf yang nak dicapai tu. rasanya mungkin silap pilih ayat tilawah. tapi takpela. ada hikmahnya. even end up tak guna pun projector. T_T sebabnya, tak reti nak guna pulak bila dah cucuk dengan pc. sabar je la. ikhwah pun bukan nak bagitau in particular detail camne nak pakai. memang la cucuk je, but what's next? tapi silap aku gak. (suka hati je nak salahkan orang lain eh) padan muka sendirilah. sape suruh tak tanya in details.

situasi 2

assignment kena hantar. ada kawan yang dah ambik course tu tahun lepas-lepas. in an hour, semua orang-orang yang ditanya, emelkan assignment dorang. in an hour, aku dapat 4 orang punya contoh. terus rasa, okay, no excuse tak tau nak buat dah. u just need to go through it.

perasaan : rasa macam, wahh bestnya. rasa Allah tolong. rasa Allah permudahkan jalan. seronookk. the key? I think I know the key.

NIAT perlu betul2 jernih, lillahi ta'ala

alhamdulillah 'ala kulli haal.

ada lagi benda-benda best happened lately,

entahlah ye. ujian musibah Allah bagi tu, Allah kasi pulak benda-benda yang sweet to happen. yang aku rasa seronoknya even sedang diuji. alhamdulillah. I don't know. Is this what is considered as said manisnya iman?

Dulu aku sangat sangat doa kat Allah, merayu rayu giler2, kurniakan aku kemanisan iman. tak tau if sekarang ni memang Allah tengah bagi rasa tempias ke tapi memang aku mula rasa everything is so so sweeet. rasa Allah sangat dekat. rasa semua benda macam terang. rasa macam ada arah tuju dan pencerahan. (sebelum ni macam tau. tapi ntah. dari action macam faham-tak faham)

teringat kata-kata akhi amir, (a.k.a Dr.Amir)

"orang yang tak tau prioriti ni, sama ada dia tak tau matlamat atau dia tak tau jalan nak ke arah matlamat tu".

n kita sepatutnya bila dah tau matlamat, regardless apa orang lain fikir, kita tak yah ikut. ikut apa yang kita rasa n yakit jalan nak sampai matlamat tu.

aku tanya sorang ukhti ni,

akak. kalau saya ada usrah/daurah, in the same time saya ada assignment kena hantar esok, tapi saya decide untuk pegi usrah/daurah even saya tak prepare mende pun lagi untuk assignment tu, tu boleh kira jahiliyyah ke? since studi pun buat nak cari redha Allah, join usrah daurah pun nakkan redha Allah. camne tu?

yg ni la yg akk maksudkna kene tgk capacity diri. kalau kita tak leh nak siap, kalau kita gi usrah penuh then mebe kita dtg separuh, dia bukan x islamik or jahiliyyah ke ape, tp tu mmg kesilapan diri kita. itulah nama nye consequence. kalau kita dtg separuh usrah cthnyer, kemudian kita kene denda diri. sometimes kita mungkin juga immune pd mengabaikan pelajaran td KONON nye sbb nak dahulukan tarbiyyah ni pun SALAH. thats why i say to all adik2 tarbiyyah never makes you choose. if we faham betol2 jalan nih its fitting in into our lifestyle. x setuju la kalau kita comprmise blaja = sbb itu alat kan? but insyaAllah we pray to Allah dia bagi kan kekuatan.ain discuss le dgn akk sometimes kita leh adjust timing usrah kalau beto2l mendesak mcm ustaz sebut but kene improve jg disiplin & konsep denda tu tadi

and I replied her, (which I want in future I motivation for myself)

huhu. itulah masalah saya dolu2..masalah disiplin yang kronik. okok. from now kena displinn!!kena mujahadah disiplin sbb nak dpt redha Allah. kalau tak displin, nanti tak leh nak DF adik2, takleh buat usrah dgn baik, or kantoi studi ke kalau kantoi studi then, dakwah la jadi mangsa fitnah. ='( tamauu..huhu

other pearls,
* jangan perli orang yang sedang cuba nak berubah.

at side note,
entah camne terbaca balik post lama that I wrote quite a long time ago..

Bila tengok balik, n cuba nak tulis macam tu, macam entah. akan ter'skema' jugak. tapi dulu memang agak giler2 la. sekarang ni aku sedang meniti dan melalu satu proses perubahan. yang insha Allah khoyr.

anyways, there are more things that are so sweet. but I think it's fair enough for now. Will write and share later, biiznillah.


fajar menyingsing


ya Allah, 

rasa ini kekalkanlah

jangan kau tarik dariku ya Allah.


redha-Mu yang ku cari
redha-Mu yang ku tuju
kurniakan aku petunjuk sepanjang waktu.
Ameen ya rabb.

dinihari
0404am
209 Fort York Blvd.

Selasa, Oktober 18

when you keep on thinking ..

In life there are times you postpone so many things. You keep on thinking oh one day, I will do it, I will get to do it but the part never comes. At some time, you realised that, oh, what else am I waiting, you want to buy it, then buy it, you want to do it, do it. Sometimes, you have planned your life so well that it should be like this, like that, like this again, but things change, people change, path change.
 - shazalyna -

~ nostalgia dulu kala: calon tunggal utk SPM bahasa arab tinggi 2007 SMK Seri Keramat~

Sabtu, Oktober 15

57:16 bila lagi?


harini tadabbur ayat 57:16.



ayat yg mmg dush la. ditambah dgn hentakan2 dari askar. fuhh. membakar. belum lagi ke masanya utk serius dengan dnt? bagi sepenuh hati? khusyuk dalam solat? buat keje betul2..buang jahiliyyah sungguh-sungguh?
semalam ada sorang ukhti berkongsi rasa. i dunno why but I feel my iman lift up whenver i met her. when she just started to say someting, my heart already lift up. because I knew she will always relate everything she said with Allah and how the way she said, with strong feelings, strong iman that until i can feel deep inside my heart the way she wants me to feel how it feels. we discussed about so many things about life and it comes to the topic of death. she really hope that if she about to die, Allah will takes her life when she is okay in iman as a believer. she told her life story when the time she thought her life going to end during the flight turbulence, she only thought of 3 things.

- she wished to be nicer to her parents.
- doing more ibaadah
- not wasting times on youtube and other stuff

this topic blow my mind again.what if you going to leave this world, you are about to die, what will be in your mind?


yes, you not going to just ‘follow the flow’. 
yet, you gotta out of the cycle and leave something to this world.



tak mungkin batu yang kecik kalau dicampak pada dinding langsung tak bagi kesan.

sometimes, we are the one that not doing enough, struggle for His deen. 

~hazaddeen. ~

this deen has its own fitrah. manusia juga yang kena memperjuangkan even Allah yang memenangkan. yes, sometimes I felt to neglect. nak larii.. ahh. tapi no, Allah said, infiru! berangkatlah walau susah atau senang.



sometimes, the excuses are just within ourselves. nak buat ke tak nak? apa alasan? time? padahal ada je masa terselit2 jahiliyyah yang lain? If you truly believe in something, you won’t leave it no matter what it takes, kan? 


tapi mungkin because the belief itself a bit problematic, thats why nak buat macam terkial-kial. and hentakan-hentakan turns me back. ok. just face it. no matter if people going to turn their back. have you make the effort? dah usaha? atau usaha sekadar melepaskan batuk ditangga? usaha macam tak nak usaha. dalam hati macam tak rela? at the first place, the question WHY will come up. WHY?



kenapa nak buat? kenapa kena buat?

at the end of the day, kita juga yang akan dapat hasilnya not other people. buat bukan sebab yang lain. tapi sebab Dia. yes, Allah suruh. nak buat apa yang Allah suruh.

but in the same time, tak nak buat sebab terpaksa. dalam terpaksa, learn to luruskan and ikhlaskan niat. if not sia-sia je la semua usaha.



when I think and reflect, sebenarnya really, it goes back with our iman. yakin ada akhirat. yakin that, this thing need to be done, need to do. sebab tak nak jadi orang yang rugi. tak nak baik, beriman sorang-sorang. kena and nak ajak orang lain sama-sama dapat jugak peringatan-peringatan tentang Allah. and yes kena spread out. cannot keep it alone. cannnootttt



when I did this, okay. kena kuatkan rasa NAK. camne? kena cari reason demi reason, WHY?
and only with strong believe, iman that akhirat tu tempat tinggal abadi, tak buat maka assignment khalifah and ibadah tergantung-gantung tak selesai. at least, the little steps counted by Him.

kadang-kadang rasa comfortable je. baikkan diri sorang2. tapi itulah penyakit yang if tak tarik orang sekeliling sekali bersama-sama later on it may affect us one day.


yesterday, she really made my day. alhamdulillah. I wish can live with her and spend most of my time with her. The feelings are just different. To be with people that has strong iman, really uplifting!
Do what you can do just try your best.   
do your best, Allah will do the rest. .  
'ala kulli haal. He knows my weakness. Yet He still tried me. So, put trust in Him.
‎"No amount of guilt can change the past and no amount of worrying can change the future. Go easy on yourself for the outcome of all affairs is determined by Allah's Decree. If something is meant to go elsewhere, it will never come on your way, but if it is yours by destiny, from you it cannot flee.''
(Umar ibn al-Khattab r.a)

wallahu’alam. may Allah guide me and and make me strong.

Khamis, Oktober 13

dua mimpi

bismillah.

kebelakangan ini, fikiran berputar. berputar memikirkan realiti dan mimpi. hati cuba memahami. hati cuba menjustifikasi.

kelmarin, terlintas mengklik sharing oleh seorang ukhti di YG. lalu aku membaca post ditulis oleh seorang ukhti ini yang punya cita-cita untuk menjadi super saiya.

entah kenapa ya.


seolah-olah Dia berbicara padaku. 
pada waktu dan tika 
aku rasa memerlu. 
menduga suatu jawapan yang belum kutahu. 
hari semalam kubiarkan berlalu. 
walau kadang kala ia datang bertalu
membuat aku terasa malu. 
oh malu itu bertandang padaku. 
malu mengaku
namun aku tidak mahu 
syariat tidak didahulu

ah. malu malu pohon semalu
mardhotillah itu yang kutuju.
titik. 

hari ini fikiran berlegar lagi. ya. aku bersetuju.


jangan hanya disebabkan umur 'baru' menginjak dua puluh satu, 
masa hadapan engkau biar berlalu. 
berfikir juga mahu. 
merancang juga perlu
walau sehebat mana perancanganmu
namun tetap perancangan-Nya yang terbaik untukmu. 

yes. ketetapan Tuhan, perancangan Tuhan, kita tak pernah tau.
so? berusahalah sebaik mungkin!

aku suka berfikir. dan kadang-kadang terlebih fikir. aku cuba ubah cara berfikir. aku cuba belajar, belajar dan terus belajar. banyak benda lagi kena belajar. especially cara komunikasi. belajar bersabar, berlapang  dada dengan kerenah manusia yang pelbagai.

entah kenapa pagi tadi, aku terfikir lagi about the future.

aku cuba letakkan diri,

kalau satu hari nanti aku nak ada baby,
dari sekaranglah kena jaga kesihatan.
so that boleh lahirkan baby yang sihat (biiznillah).

kalau nak ada suami ada family,
dari sekarang kena belajar urus diri.

kalau nak ada generasi,
dari sekarang kena bina diri.

kalau nak ada legacy,
dari sekarang kena buang segala jahiliyyah diri.
dari sekarang kena belajar dari kehebatan orang-orang yang dah berjaya tinggalkan legacy.

kalau nak islam jadi ustaz alami,
dari sekarang kena persiapkan batu-bata yang kuat islami

kalau nak ada saham kat akhirat yang kekal abadi,
dari sekarang kenalah ....





Sabtu, September 24

bila ukhuwwahfillah teruji ..


ukhuwwahfillah 
akan benar-benar teruji 
bila mana kita berhadapan dengan situasi 
yang menggoncang kesabaran diri 
dan meneliti ketulusan hati. 
juga teruji 
saat kita bermunajat pada Ilahi. 
apakah tersebut namanya sekali?
andai benar ukhuwwah ini kerana Ilahi,
pasti segalanya sanggup diredahi.
andai benar ukhuwwah ini kerana Ilahi
pasti kita lupakan kepentingan diri sendiri.
andai benar ukhuwwah ini kerana Ilahi
pasti sanggup kita bersabar demi Ilahi.

Jumaat, September 16

kerana cinta

kerana cinta
ku pendamkan segalanya
khuatir amarah membara
ada hati kan kecewa berduka

kerana cinta
ku memujuk hati bersabar kerana-Nya

kerana cinta
ku berdoa pada-Nya
untuk dia, dia dan dia..

kerana cinta
ku simpan hasrat untuknya
hasrat suci penuh damba

mungkin ini hikmahnya
dan ku terus menduga
apakah mungkin ini kehendak-Nya

tarbiyyah kita
tidak kan sentiasa berbunga
dengan pelbagai haruman memikat jiwa

adakala penuh duri menjala
adakala kasih berganti rasa
adakala jiwa memendam rasa
adakala sendu menjengah pula

namun
inilah tarbiyyah dari-Nya
walau pahit ada terasa

namun
itu tidak bermakna
kita tidak boleh mengecap manisnya

andai kita bisa
memahami tanda cinta-Nya
kita pasti bisa merasai manisnya
walau dalam kepahitan yang mencengkam rasa!

 allahuakbar!

uhibukifillah. aseefni 'ala kulli haal.

dhuha menjengah,
9.30am
Toronto