Ahad, Oktober 23

bismillah.

hati dan perasaan. mengeluarkan isi hati, sesuatu yang tidak sukar untuk orang macam aku. harini, aku cuba slow talk dengan adik petunjuk. ternyata, ada sebab mengapa dia begitu. maafkan aku ya ukhti, andai aku terlalu 'garang'.

hati dan perasaan. dia begitu sukar sekali untuk menyatakan isi hatinya dek kerana kisah silam sewaktu kecil. sehingga kini dia masih seorang yang lebih suka berdiam, memendam rasa. padaku ada baik dan buruknya. namun, kesan buruknya lebih kurasai. aku simpati. atas khilaf ibunya barangkali dan juga tidak kunafi sifat seorang anak kecil yang belum mampu untuk matang lagi.

iktibar dan ibrah yang dapat aku kutip juga. jangan sekali-kali stop our kid from speak up. yes, nasihat. tapi jangan buat dia terbantut dari mengexpresskan apa yang dia rasa. jangan sekali-kali perkecilkan atau tak endah. kita tak tau apa kesan dan bagaimana action kita tu akan affect those people for her/his entire life.

banyak sangat mutiara pengajaran yang aku dapat hari ni. alhamdulillah 'ala kulli haal. even lately pun sangat banyak sangat hint-hint Allah, jawapan Allah pada persoalan hidupku. masha Allah.

aku memang terasa Allah sangat sangat amazing.

antara contoh,

situasi 1
time aku tengah ditimpa musibah yang  aku anggap satu anugerah, busy dengan hal urusan nak sue someone and bring him to court (for real), and busy kira hutang orang dengan aku etc, time tu aku busy jugak nak fikir apa nak prepare untuk usrah. apa hadaf nak dicapai, camne nak capai n sampaikan. befikir dan berfikir. bahan nak kena cari, tapi tak tercari lagi sebab banyak benda nak setel. nak call orang itu ini, nak singgah sana sini, ambik projector etc, ditambah lagi dengan ujian hp tertinggal rumah orang' lagilah payah nak communicate. tapi pasti ada hikmah disebaliknya, tiba-tiba time kalut-kalut tu, Allah gerakkan hati orang Jordan, kasi satu link video yang menyentuh hati. something about hidup untuk siapa.

terus like, WOW. cepatnya Allah respons. in a split second. but alhamdulillah jugak, Allah gerakkan hati untuk klik link tu. which boleh je buat tak layan. subhanallah. memang best la perasaan time tu. minggu lepas memang ada tulis dalam plan nak clarify pasal tujuan hidup dekat adik-adik since ada tersentuh pasal ayat 23:115

but then, bila time usrah, tak sentuh langsung pulak pasal hadaf yang nak dicapai tu. rasanya mungkin silap pilih ayat tilawah. tapi takpela. ada hikmahnya. even end up tak guna pun projector. T_T sebabnya, tak reti nak guna pulak bila dah cucuk dengan pc. sabar je la. ikhwah pun bukan nak bagitau in particular detail camne nak pakai. memang la cucuk je, but what's next? tapi silap aku gak. (suka hati je nak salahkan orang lain eh) padan muka sendirilah. sape suruh tak tanya in details.

situasi 2

assignment kena hantar. ada kawan yang dah ambik course tu tahun lepas-lepas. in an hour, semua orang-orang yang ditanya, emelkan assignment dorang. in an hour, aku dapat 4 orang punya contoh. terus rasa, okay, no excuse tak tau nak buat dah. u just need to go through it.

perasaan : rasa macam, wahh bestnya. rasa Allah tolong. rasa Allah permudahkan jalan. seronookk. the key? I think I know the key.

NIAT perlu betul2 jernih, lillahi ta'ala

alhamdulillah 'ala kulli haal.

ada lagi benda-benda best happened lately,

entahlah ye. ujian musibah Allah bagi tu, Allah kasi pulak benda-benda yang sweet to happen. yang aku rasa seronoknya even sedang diuji. alhamdulillah. I don't know. Is this what is considered as said manisnya iman?

Dulu aku sangat sangat doa kat Allah, merayu rayu giler2, kurniakan aku kemanisan iman. tak tau if sekarang ni memang Allah tengah bagi rasa tempias ke tapi memang aku mula rasa everything is so so sweeet. rasa Allah sangat dekat. rasa semua benda macam terang. rasa macam ada arah tuju dan pencerahan. (sebelum ni macam tau. tapi ntah. dari action macam faham-tak faham)

teringat kata-kata akhi amir, (a.k.a Dr.Amir)

"orang yang tak tau prioriti ni, sama ada dia tak tau matlamat atau dia tak tau jalan nak ke arah matlamat tu".

n kita sepatutnya bila dah tau matlamat, regardless apa orang lain fikir, kita tak yah ikut. ikut apa yang kita rasa n yakit jalan nak sampai matlamat tu.

aku tanya sorang ukhti ni,

akak. kalau saya ada usrah/daurah, in the same time saya ada assignment kena hantar esok, tapi saya decide untuk pegi usrah/daurah even saya tak prepare mende pun lagi untuk assignment tu, tu boleh kira jahiliyyah ke? since studi pun buat nak cari redha Allah, join usrah daurah pun nakkan redha Allah. camne tu?

yg ni la yg akk maksudkna kene tgk capacity diri. kalau kita tak leh nak siap, kalau kita gi usrah penuh then mebe kita dtg separuh, dia bukan x islamik or jahiliyyah ke ape, tp tu mmg kesilapan diri kita. itulah nama nye consequence. kalau kita dtg separuh usrah cthnyer, kemudian kita kene denda diri. sometimes kita mungkin juga immune pd mengabaikan pelajaran td KONON nye sbb nak dahulukan tarbiyyah ni pun SALAH. thats why i say to all adik2 tarbiyyah never makes you choose. if we faham betol2 jalan nih its fitting in into our lifestyle. x setuju la kalau kita comprmise blaja = sbb itu alat kan? but insyaAllah we pray to Allah dia bagi kan kekuatan.ain discuss le dgn akk sometimes kita leh adjust timing usrah kalau beto2l mendesak mcm ustaz sebut but kene improve jg disiplin & konsep denda tu tadi

and I replied her, (which I want in future I motivation for myself)

huhu. itulah masalah saya dolu2..masalah disiplin yang kronik. okok. from now kena displinn!!kena mujahadah disiplin sbb nak dpt redha Allah. kalau tak displin, nanti tak leh nak DF adik2, takleh buat usrah dgn baik, or kantoi studi ke kalau kantoi studi then, dakwah la jadi mangsa fitnah. ='( tamauu..huhu

other pearls,
* jangan perli orang yang sedang cuba nak berubah.

at side note,
entah camne terbaca balik post lama that I wrote quite a long time ago..

Bila tengok balik, n cuba nak tulis macam tu, macam entah. akan ter'skema' jugak. tapi dulu memang agak giler2 la. sekarang ni aku sedang meniti dan melalu satu proses perubahan. yang insha Allah khoyr.

anyways, there are more things that are so sweet. but I think it's fair enough for now. Will write and share later, biiznillah.


fajar menyingsing


ya Allah, 

rasa ini kekalkanlah

jangan kau tarik dariku ya Allah.


redha-Mu yang ku cari
redha-Mu yang ku tuju
kurniakan aku petunjuk sepanjang waktu.
Ameen ya rabb.

dinihari
0404am
209 Fort York Blvd.

Tiada ulasan: