Jumaat, September 16

kerana cinta

kerana cinta
ku pendamkan segalanya
khuatir amarah membara
ada hati kan kecewa berduka

kerana cinta
ku memujuk hati bersabar kerana-Nya

kerana cinta
ku berdoa pada-Nya
untuk dia, dia dan dia..

kerana cinta
ku simpan hasrat untuknya
hasrat suci penuh damba

mungkin ini hikmahnya
dan ku terus menduga
apakah mungkin ini kehendak-Nya

tarbiyyah kita
tidak kan sentiasa berbunga
dengan pelbagai haruman memikat jiwa

adakala penuh duri menjala
adakala kasih berganti rasa
adakala jiwa memendam rasa
adakala sendu menjengah pula

namun
inilah tarbiyyah dari-Nya
walau pahit ada terasa

namun
itu tidak bermakna
kita tidak boleh mengecap manisnya

andai kita bisa
memahami tanda cinta-Nya
kita pasti bisa merasai manisnya
walau dalam kepahitan yang mencengkam rasa!

 allahuakbar!

uhibukifillah. aseefni 'ala kulli haal.

dhuha menjengah,
9.30am
Toronto

2 ulasan:

Nana Farhanah berkata...

subhanallah :)

gone berkata...

so related to my life recently, thank you for peom-ing my heart, currently <3