Rabu, Ogos 31

impianku ...



pengorbanan - saujana + nowseeheart


telah lama aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia
PedihLuka meresah jiwa
Memusnahi impian indah
Biarkan ku tempuhi
Segala halangan pasti mendatang
Dengan sepenuh jiwa
Biarkan aku pergi
Meninggalkan dunia yang dicalar
Kerakusan manusia
Sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
Hanya ketaqwaan diri kita

selanjutnya ..di sini

saat aku mendengar untaian kata 'impian indah'..

monolog hatiku pada-Nya.. 
(sambil mata terpejam cuba feel it deeply)

aku impikan teman yang sefikrah denganku
aku impikan teman yang sehati denganku
aku impikan teman yang bekerja bersama-sama denganku
aku impikan dia yang menyintai Allah dan rasul lebih dari segala-gala-Nya
lantas cintanya untukku tulus suci kerana-Nya!

sebelum apa pun,
aku impikan impian itu adalah aku

aku impikan islam kembali gemilang
aku impikan hamasah ini tidak kan hilang
aku impikan himmah 'aliyyah sentiasa terpasang
aku impikan kemenangan islam 
dan aku antara batu batanya yang membina 
aku impikan, membayangkan
 diriku lah yang bekerja sehabis tenaga untuk mempertahankan islam!

aku impikan.. 
adik-adik yang mahukan tarbiyyah
tarbiyyah dan dakwah begitu hangat di jiwa mereka
begitu mendarah daging dalam diri mereka

ya Allah
aku impikan..
jiwa yang kuat
teguh dengan iman
tak lembik diserang ujian
tak layu dengan bermacam godaan

ya tuhan, 
saksikan lah
aku masih punya impian!
impian untuk islam terus bertahan!
impian untuk islam kembali tertegak memakmurkan!
bumi ciptaan Engkau ya Tuhan

walau aku mungkin belum cukup memperjuangkan
hanya seciput manalah usaha yang dilaburkan
namun jauh di sudut hati, aku masih mengimpikannya ya Tuhan


dan segala impian ini .
,walau sukar tuk direalisasikan
walau sukar tuk dimengertikan
namun aku yakin dengan satu pegangan
Engkau berkuasa atas APA SAJA ya Tuhan 
tiada yang bisa menjadi halangan 
andai sungguh ia kehendak Tuhan
tiada yang bisa memanfaat, menghina, memuliakan
tanpa izin dari-Mu ya Tuhan

aku cukup sedih.
membayangkan keperitan umat
melihat kemungkaran
membiarkan binaan-binaan jahiliyyah.


ya binaan jahiliyyah!
kpop, jdrama, etc..
setiap hari, setiap waktu


ah. sedih saja tidak memadai..
usaha perlu bersama menyertai


ya Tuhan
 sungguh aku tak sempurna
sungguh aku tak kuat. 
sungguh aku lemah.
sungguh hanya Engkau tempat aku mengadu
sungguh hanya Engkau tempat aku mendamba
mengurniakan secebis kekuatan
buat bekalan mengharung perjalanan
yang penuh dugaan

hanya Engkau
hanya Engkau 
hanya Engkau
tempat aku pinta pertolongan



nota kaki :
impian bukan hanya sekadar mimpi. kerana mimpi hari ini bisa jadi realiti. kerana realiti hari ini mungkin mimpi-mimpi kelmarin. namun, usaha harus disertai. dan tiada guna orang yang berusaha tanpa merasakan ianya kurniaan Tuhan.

"dengan kelebihan dan kemurahanmu kami pinta, bukan dengan daya/usaha daripada kami" 

(doa al-imam abdullah bin husain bin tahir)


"wahai Tuhan tiada yang mencegah apa yang Engkau berikan, tiada yang dpat memberi dari ap ayang Engkau cegah. Dan tiada bermanfaat orang yang mempunyai kesungguhan. Dari Engkaulah beroleh kesungguhan"  (Doa Imam Al-Ghazali)

1 ulasan:

...better to be unknown... berkata...

assalamualaikum wbt...
sedang saya mencari siapa yg membawa lirik "Telah lama
Aku perhatikan segala
Ombak nafsu
Menghancurkan fitrah dunia "
di google search saya melihat entri ni paling atas sekali.

Bait puisi itu sejiwa dgn saya.

Pesanan saya semoga penulis menjadi dai'e yang terbaik, yang tidak pernah lelah putus asa menyampaikan dakwah dan mengislahkan adik2 atau sahabat atau sesiapa sahaja. Meereka mencari kita dalam tidak sedar. Buktikan islam akan kembali bersinar walau hanya sebesar lubang jarum sumbangan kita kepada islam.

Sekian, salam sahabat yg juga mahukan tertegaknya kembali fitrah islam.