tadi, semasa berterawih di sebuah masjid orang-orang sabar, terjumpa sorang ukhti ni. adik kepada my first naqib. duduk bersembang dengan dia. terdapat mutiara berguna dalam butir bicaranya. aku sungguh tertarik.
alkisah, dia menceritakan tentang perihal seorang anak menteri. menteri mana? itu tidak perlu diketahui. cukup saja kita ambil pengajaran dan iktibar. ukhti ni menceritakan tentang pengalamannya berhadapan dengan seorang anak menteri yang memang mencabar. ukhti ni cuba berkawan dengan anak menteri tersebut dan tidak pernah terfikir untuk 'membawa' dia. tapi setelah lama berkenalan, dan berkawan, ukhti ni jatuh sayang padanya.
anak menteri yang sorang ni, dia sangat social. kehidupannya penuh dengan agenda clubbing, dan bersuka ria. dan menurut anak menteri tersebut rata-rata semua anak menteri memang sepertinya. dia siap tunjuk gambar lagi pada ukhti ni, yang mana kawan2 dia semua juga banyak dari kalangan anak2 menteri.
no wonder, menteri2 yang ada rosak. sebab nukleus penting which is keluarga mereka pun rosak. anak-anak rosak. don't say la menteri yang nak memimpin kerajaan kalau pimpin keluarga pun hancur, keluarga bercerai berai. astaghfirullah. sedih mendengarnya. tapi itu realiti.
aku tak akan lupakan kisah yang diceritakan ukhti ini. sungguh aku bersyukur saat Allah menggerakkan kaki aku melangkah ke masjid. walau memang terasa berat di hati. ikut hati, nak solat kat rumah je. (konon beralasan dengan hadis nabi, pempuan tu kan afdholnya solat dirumah. tak ingat sumbernya tapi selalu dengar.)tapi ibu sudah mengajak. tinggal lagi hati sarung telekong, angkat tulang badan yang berat(yang sebenarnya hati yang mahu bermalas-malasan. astaghfirullah), dan bergerak ke masjid. sungguh perkongsian ukhti ini benar-benar mengesankanku.
ukhti ini menceritakan, semenjak dia berkawan dengan anak menteri tersebut, terdapat beberapa perubahan dalam diri adik tu. kalau dulu, words mencarut tu mmg every each sentence. tapi bila dah lama-lama, dia makin kurang. mungkin terkesan dengan agen pembaikan ukhti ni. dan itulah tarbiyyah! tarbiyyah yang mengubah jahiliyyah manusia menjadi insan yang berakhlak mulia. namun, setelah dia bercuti berbulan lama dan kemudian kembali pada pengajian, adik ini seakan telah kembali pada tabiat lamanya yang suka mencarut. ternyata di situ, dia sangat memerlukan orang yang boleh menguatkan dia dalam melakukan perubahan. dan waktu itu, ukhti ni belum lagi faham mengenai perlu 'follow up' etc.
pesan ukhti, berdasarkan pengalaman dia berhadapan dengan macam-macam jenis orang, dan juga murabbinya selalu berpesan padanya. yang aku akan cuba ingat sampai bila2
jangan takut dengan orang. tak kisahlah dia ni jahat mana. jual dadah ke. seteruk mana dan seburuk mana pun akhlaknya, jangan takut. sebab, dalam setiap diri manusia, memang ada fitrah yang Allah dah tetapkan yang mana mereka sukakan kebaikan. itu fitrah. mereka punya fitrah yang sama macam kita. jadi jangan terus pinggirkan orang orang yang nampak 'jahat'. dakwah tu seni.
teringat tatkala ukhti ni bercerita mengenai anak menteri ini. saat-saat awal perkenalan, adik ini siap warning. 'saya budak jahat! jangan kawan dengan saya'. aku yang mendengar, terasa. oh comel je. perwatakan yang nampak kompleks dan berat, tapi terasa 'comel'. comel yang mungkin menurut definisi aku yang tersendiri.
moga ibrah dari pertemuan dengan ukhti ni, dapat aku kutip dan amalkan. ameen. insha Allah.
mood raya? not my thing. paktan will be back.i'm not ready!!!! defence, defence, defence. i'm not sure if i'm strong enough, and enough to face him back. for sure I'm not strong unless with His help.O Allah. Only you we worship, only you we seek for help.
Don't let us astray. please ya Allah. don't let me easily tergoda with all those crap tipu daya. -.-
hu. sangat tak puas puasa tahun ni. i knew tak ckup. n takkan pernah ckup. unless bulan yang tak normal or sudah tiba masa menopause. tak rasa nak raya. sangat tak suka dengar lagu raya. sedih, sedih, sedih.
that was my status on fb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan